The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1 EDIT-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chekasma4766, 2020-07-07 19:51:11

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1 EDIT-converted

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1 EDIT-converted

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG ENGGANG
JALAN PASIR HOR, 15150 KOTA BHARU
KELANTAN

No. Tel : 09-7432068 No. Faks : 09-7432948 email : [email protected]

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL. 1 TAHUN 2020

TARIKH : 15 JANUARI 2020
HARI : RABU
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA

KEHADIRAN: - Pengetua (Pengerusi)
1. Pn. Hjh. Nor Asiah bt. Abdul Rahman - PK Pentadbiran (Timbalan Pengerusi)
2. Pn. Suarani bt. Ariifin - PK HEM (Naib Pengerusi 1)
3. En. Rozhan b. Ab Rahim - PK Kokurikulum (Naib Pengerusi 2)
4. Pn. Noriah bt. Jusoh - Kaunselor (AJK)
5. En. Ismail b. Mohd Sidek - GKSS / Penyelaras UPP SPM
6. Pn. Mariati bt. Ramli - GKTV / Penyelaras UPP PT3
7. Pn. Nur Hasyilla bt. Hasmi - GKB / Penyelaras UPP Tingkatan 4
8. Pn. Siti Faridah bt. Sheikh Abdullah - GKSM / Penyelaras UPP Tingkatan 1&2
9. En. Zaidi b. Awang - Setiausaha Kurikulum
10. Pn. Chek Asma bt. Che Isa - Ketua Panitia Bahasa Melayu
11. En. Ariffin b. Esa - Ketua Panitia Bahasa Inggeris /SU PAK 21
12. Pn. Zurainee bt. Ariffin - Ketua Panitia P.Islam
13. En. Mohd Nasri b. Mohd Adawi - Ketua Panitia Sejarah
14. Pn. Hjh. Haslinah bt. Mohd Samat - Ketua Panitia Geografi / SU PLC
15. Pn. Rusmarini bt. Mat Alwi - Ketua Panitia Sains / SU UPP Tingkatan 4
16. Pn. Hjh. Siti Halimah bt. Abd Samad - SU Peperiksaan Dalaman
17. Pn. Mazni bt. Mohd Abd Razak - Pen. SU Peperiksaan Dalaman
18. Tn. Hj Noorazman b. Ismail - Ketua Panitia MPEI: P/Akaun / Perniagaan /
19. Pn. Habibah bt. Yaakob
Ekonomi
20. En. Mohamed Amin b. Abdul Rahim - SU Peperiksaan SPM
21. En. Halimin b. Hussein - Ketua Panitia PSV
22. Pn. Nor Hidayah bt. Mohammad - Ketua Panitia RBT
23. Pn. Afifah bt. Mohd Isa - Ketua Panitia PSK /SU PBS
24. En. Rosli b. Che Wil - SU Jadual Waktu
25. Pn. Hjh. Nik Aizah bt. Nik Baidilleh - SU PT3
26. Pn. Nurfairus bt. Ismail - SU Pemantauan & Semakan Kerja Murid
27. Pn. Suhaila bt. Ma’asom - SU UPP PT3
28. Pn. Nik Umi Shafarah bt. Abdul Rahim - SU Pusat Sumber/SU e-RPH
29. Pn. Noorhasrillshah bt. Hassan - SU MBMMBI
30. Pn. Norazlina bt. Mustafa - SU Frog VLe / Ketua Panitia ASK
31. Pn. Hjh. Zainun bt. Abd. Wahab - SU UPP Tingkatan 1 & 2
32. Pn.. Che Kelsom bt. Abdullah - SU UPP SPM
33. En. Aminudin b. Omar - Ketua Panitia Bahasa Arab
34. En. Ahmad Rosniy b. Mohamed Rahim - Ketua Panitia Matematik
35. En. Mohd Fadzil b. Ab. Rahman - Ketua Panitia Tassawur Islam
36. En. Mohamad Ruzaman b. Mohd Nasir - Ketua Panitia PJPK

1

TURUT HADIR:

1. Pn. Hjh. Hisan bt. Abd Kadir
2. En. Mohd Rafi b. Ismail
3. Pn. Hjh. Noor Suryati bt. Mohd Ashari
4. Pn. Hjh. Haizam bt. Abu Bakar
5. Cik Hjh. Norhazila bt. Abdullah
6. En. Noorhisham b. Md. Noor
7. Pn. Nurzarinee bt. Mustapha
8. Pn. Nor Aliza bt. Abdullah
9. Pn. Hjh. Nazipah bt. Hassan
10. En. Zulkapli b. Dollah
11. En. Sabri b. Mahmood
12. Pn. Hjh. Hanisah bt. Hanapi
13. En. Iskandar b. Omar
14. En. Hazizal b. Jaafar
15. En. Adnan b. Yusof

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. En. Hilmee b. Mohamed – cuti sakit

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua guru dan pentadbir sekolah
atas sokongan kepada program kurikulum sepanjang tahun 2020.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir Gelombang
Kedua (Memacu Peningkatan Sistem) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2025. Sehubungan dengan itu, pengerusi mengharapkan semua guru yang terlibat
dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dapat melaksanakannya dengan baik agar
Tahap Prestasi (TP) murid dapat dinilai setiap kali proses PdPc selesai dilaksanakan.
Tugas SU PBS adalah untuk menyediakan takwim perancangan PBS untuk setahun dan
menguruskan mesyuarat PBS.

Makluman

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pemantauan bagi pelaksanaan Pendidikan Sivik
Sekolah Menengah akan dilakukan pada bila-bila masa. Sehubungan dengan itu semua
guru yang terlibat dikehendaki membuat persediaan lengkap dan mengemas kini fail,
laporan prestasi dalam PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah
dan Pendidikan Islam serta dihebahkan dalam perhimpunan yang perlu dicatat oleh guru
dan murid sebagai dokumentasi Pendidikan Sivik.

Tindakan: PKP, PKHEM, Ketua Panitia, Guru Kanan

2

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 4 TAHUN 2019

En. Mohamad Nasri b. Mohd. Adawi mencadangkan pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum
Bil. 4 Tahun 2019 dan disokong oleh Pn. Nik Aizah bt. Nik Baidilleh.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit memandangkan semua program kecemerlangan yang dirancang
telah dilaksanakan.

4.0 AGENDA MESYUARAT

4.1 Laporan dan Refleksi Aktiviti 2019

4.1.1 Unit Jadual Waktu

PK Pentadbiran menjelaskan berkaitan penyediaan Jadual Watu Mengajar Guru.
a. Operasi Jadual Waktu PdPc bagi tahun 2020 ialah 36 minggu.
b. Pengagihan guru mengajar adalah secara sistem ‘follow-up’ dan mengikut

kepakaran.
c. Jadual mengajar setiap guru tidak melebihi 35 waktu seminggu.
d. Peruntukan masa minimum bagi setiap mata pelajaran.

(Rujuk SPI Bil. 6 Tahun 2019 Pelaksanaan KSSM Menengah Atas dan Pakej
Mata Plajaran Tahun 2020)

Makluman

4.1.2 Unit Peperiksaan dan Penilaian

a. PK Pentadbiran memaklumkan tentang Jadual Waktu PT3 2020 (rujuk
Lampiran 1) dan Takwim Peperiksaan 2020 untuk dilaksanakan sepanjang
tahun ini (rujuk Lampiran 2).

Makluman

b. Silibus sukatan pelajaran bagi Tingkatan 3 perlu diselesaikan pada atau
sebelum bulan Ogos 2020.

Tindakan: SU Peperiksaan dan Penilaian dan KP Mata Pelajaran

4.1.3 Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pn. Afifah bt Mohd Isa; Setiausaha PBS membuat laporan tentang pencapaian
dan pengurusan PBD bagi tahun 2019.

a. PBD perlu dilaksanakan pentaksiran berterusan sepanjang tahun.
b. Pentaksiran berdasarkan tema di dalam DSKP iaitu perlu mengikut Standard

Kandungan (SK) dan Standard Prestasi (SP) yang disediakan.
c. Guru Mata Pelajaran perlu menyediakan template pelaporan yang disediakan

sendiri mengikut mata pelajaran masing-masing.

3

d. Skor boleh dibuat berasarkan peperiksaan, pemerhatian atau latihan.
e. TP1 dan TP2 ada terdapat dalam 11 mata pelajaran – rujuk Buku Panduan

Pelaksanaan PBD.
f. Sekiranya murid mendapat TP1 atau TP2, guru mata pelajaran perlu

berusaha supaya muri tersebut berjaya mendapat TP yang lebih baik melalui
pengukuhan atau pengayaan

Makluman

4.1.4 Program Tingkatan 5 (SPM 2019)

Pn. Mariati bt. Ramli; Penyelaras UPP Tingkatan 5 (SPM) telah melaporkan
program kecemerlangan SPM bagi tahun 2019 yang telah dilaksanakan (rujuk
Lampiran 3).

a. Majlis Aku Janji
b. Program Jana Jaya
c. Program Puncak jaya
d. Lawatan Rehat Minda
e. Program sayangi Masjid
f. Majlis Khatam dan Izin Ilmu
g. Progra Pecutan Akhir (Geografi, Sastera dan PSV)
h. Kelas Intensif
i. Malam Tautan Ukhuwah

Makluman

4.1.5 Analisis PT3 2019

Pn. Nur Hasyilla bt. Hasmi; Penyelaras UPP Tingkatan 3 (PT3) telah melaporkan
Analisis PT3 2019.

a. Calon berdaftar ialah 116 orang dan hadir 114 orang.
b. Peratusan kelulusan ialah 30.7% berbanding tahun 2018 iaitu 17.27%.
c. GPS pula ialah 3.65 berbanding tahun 2018 iaitu 3.74.
d. Prestasi calon:

- 9A ialah 2 orang
- 8A ialah 2 orang
- 7A ialah 2 orang
- 6A ialah 1 orang
- 5A ialah 2 orang
- 4A ialah 3 orang
- 3A ialah 6 orang
- 2A ialah 13 orang
- 1A ialah 15 orang
- Tiada A ialah 68 orang

Makluman

4

4.2 Perancangan 2020

4.2.1 Dasar dan KPI (Fokus Pengurusan Kurikulum Tahun 2020)

PK Pentadbiran membentangkan Dasar dan KPI Kurikulum bagi tahun 2020
(rujuk Lampiran 4).

Makluman

4.2.2 Peranan dan Tanggungjawab

PK Pentadbiran membentangkan peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa
Kurikulum (rujuk Manual Pengurusan Sekolah 2020).

a. GK Mata pelajaran
b. Setiausaha Jabatan
c. Setiausaha Kurikulum
d. Pengurusan Panitia
e. Pengurusan Unit-unit

Makluman

4.2.3 Program PT3 2020

Pn. Nur Hasyilla bt. Hasmi; Penyelaras UPP Tingkatan 3 (PT3) telah
membentangkan Program Induk UPP PT3 Tahun 2020 (rujuk Lampiran 5a) dan
Program Memacu Kecemerlangan Jangka Pendek PT3 Tahun 2020 (rujuk
Lampiran 5b).

a. Program Induk UPP PT3 Tahun 2020
- Program Dialog Prestasi
- Program Motivasi “Sentuhan Nurani”
- Kelas Tambahan Mutiara (Harian)
- Kelas Tambahan Permata (Sabtu)
- Cuti-cuti SEMEPE Tingkatan 3
- Program Motivasi
Fasa 1: Siri Motivasi Teknik Belajar Berkesan
Fasa 2: Program Jati Diri
- Jamuan Jalinan Mesra Murid Akhir Tahun Tingkatan 3
- Solat Hajat Perdana PT3
- Majlis Restu Ilmu
- Anugerah Dorongan Pengetua

b. Program Memacu Kecemerlangan Jangka Pendek PT3 Tahun 2020
- Program Muhasabah Diri
- Program Gilap Diri
- Program Gilap Kualiti
- Program A
- Skuad Cakna Kualiti
- Program Makan Bersama Murid Cemerlang
- Program 3 Langkah Sebelum Mendarat

Tindakan: Penyelaras & SU UPP PT3, GMP Ting 3

5

4.2.4 Program Tingkatan 4 Tahun 2020

Pn. Siti Faridah bt. Sheikh Abdullah; Penyelaras UPP Tingkatan 4 telah
membentangkan Program UPP Tingkatan 4 Tahun 2020 (rujuk Lampiran 6).

a. Program Motivasi (Sahsiah Diri)
b. Bengkel dan Kelas Tambahan Berfokus
c. Bengkel Mata Pelajaran Teras

Makluman

4.2.5 Program Tingkatan 5 (SPM) 2020

Pn. Mariati bt. Ramli; Penyelaras UPP Tingkatan 5 (SPM) telah membentangkan
Program UPP Tingkatan 5 Tahun 2020 (rujuk Lampiran 7).

a. Motivasi Berfokus
b. Dialog Prestasi Ibu Bapa & Guru Bersama Pengetua
c. Program Bersama Bonda Pengetua

Fasa 1: Program Pentadbir Bersama Murid Target
Fasa 2: Program Pentadbir Bersama Murid Gagal BM dan Sejarah
Fasa 3: Program Prihatin Pentadbir Anugerah Stimulan
d. Program Kelas Tambahan Petang
e. Kelas Cuti Terancang
f. Kelas Sabtu
g. Program Intervensi
h. Bengkel Teknik Menjawab Soalan
i. Kem Kecemerlangan SPM
j. Program Guru Muda
k. Program Rehat Minda
l. Majlis Izin Ilmu dan Solat Hajat Perdana
m. Malam Penghargaan Guru Bersama Murid

Tindakan: Penyelaras & SU UPP SPM, GMP Ting. 5

4.2.6 Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran

4.2.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang mengemas kini
pengurusan fail sekolah supaya mematuhi prosedur yang sepatutnya.
Pengerusi juga memaklumkan bahawa semua surat panggilan mesyuarat
dan minit mesyuarat dihantar kepada Pembantu Tadbir di pejabat untuk
tindakan.

Makluman

4.2.6.2 PK Pentadbiran membentangkan senarai kandungan Fail Panitia Mata
Pelajaran untuk penambahbaikan (rujuk Lampiran 8).

a. Fail Induk
b. Fail Sukatan Mata Pelajaran
c. Fail Minit Mesyuarat Panitia

6

d. Fail Program Kecemerlangan
e. Fail Peperiksaan
f. Fail Penyeliaan / Pencerapan
g. Fail Pemeriksaan Buku Latihan / Nota Murid
h. Fail Koakademik
i. Fail Bank Soalan
j. Fail Maklumat Guru panitia

Makluman

4.3 Bajet dan Kewangan

4.3.1 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa Borang Perincian Kewangan Panitia
telah diedarkan kepada Ketua Panita. Sehubungan dengan itu Ketua Panitia
perlu mengemas kini maklumat tersebut dan disimpan di dalam fail panitia
masing-masing.

Makluman

4.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Pengurusan Kewangan Sekolah telah
mendapat anugerah cemerlang dalam pengurusan kewangan. Pengerusi
memohon semua panitia mengguna pakai evidens dalam SKPMg2 untuk
pengurusan kewangan panitia.

Makluman

4.3.3 Pengerusi memaklumkan sebarang urusan kewangan panitia mesti mengisi Nota
Minta dan mendapat kelulusan daripada pengetua.
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa konsep 6C (Critical Thinking, Creative Thinking,
Collaboration, Communication, Character, Country) dalam PAK-21 perlu diterapkan kepada
murid melalui PdPc atau di luar waktu PdPc.

Makluman

5.2 PK Pentadbiran memohon kepada semua guru supaya mengemas kini maklumat Penilaian
Kendiri SKPMg2 sebelum cuti Tahun Baru Cina.

Makluman

5.3 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa Pentaksiran Sumatif 1 akan diaksanakan pada
bulan Mac. Semua guru diminta membuat analisis item bagi mengenal pasti tajuk yang
belum dikuasai sepenuhnya oleh murid dan membuat rumusan.

Makluman

7

5.4 PK Pentadbiran memohon kepada semua guru untuk mengemas kini Borang Keberhasilan
sebagai persediaan awal bagi pencerapan guru PBPPP yang akan bermula pada bulan
Mac.

Makluman

5.5 Semua guru mata pelajaran bagi Tingkatan 3 dan 5 diminta menyediakan TOV dan ETR
bagi mata pelajaran yang diajar masing-masing. Guru mata pelajaran Tingkatan 5 diminta
menyediakan target bagi mata pelajaran masing-masing dan menyerahkannya kepada
Setiausaha Kurikulum. Target Gred Purata Sekolah ialah 5.00 dan target lulus SPM ialah
100%.

Makluman

5.6 Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah akan menerima ETA bagi tahun ketiga.
Pengerusi memaklumkan bahawa semasa taklimat berkaitan ETA, fungsi ETA adalah
berfokus kepada komunikasi Bahasa Inggeris.

Makluman

5.7 Pengerusi memaklumkan bahawa Bengkel Kemahiran Hidup telah dibuat penjenamaan
semula iaitu:

BIL. BENGKEL KHB BENGKEL RBT
a. Bengkel Kerja Kayu dan Logam Bengkel Pembuatan
b. Bengkel Elektrik dan Elektronik Bengkel Elektrik dan Elektronik
c. Bengkel Kerja Paip Bengkel Pertanian
d. Bilik Masakan Bilik Masakan
e. Bilik Jahitan Studio Reka Bentuk
f. Bilik Pengurusan Diri Tiada

Makluman

5.8 Semua panitia perlu membuat PLC bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan PdPc
KSSM Tingkatan 4

Tindakan: Panitia Mata Pelajaran

5.9 Semua pentadbir sekolah diminta melaksanakan Coaching Mentoring (CM)

Makluman

5.10 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa pihak sekolah perlu menyediakan surat iringan
bagi urusan surat-menyurat kepada Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan
Negeri.

Makluman

8

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas kerjasama yang
diberikan selama ini untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada para
murid khususnya, semakin meningkat dari masa ke masa sekali gus memartabatkan nama
SMK Padang Enggang dalam sistem pendidikan semasa.

6.2 Pengerusi berharap kerjasama ini terus berkekalan demi kebaikan bersama, sama ada
warga sekolah, ibu bapa, masyarakat, agama dan pemegang taruh.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih
Kifarah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………. ……………………………..…………………..
(PN. CHEK ASMA BT. CHE ISA) (HJH. NOR ASIAH BT. ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Kurikulum Pengetua
SMK Padang Enggang SMK Padang Enggang

Tarikh: Tarikh:

9


Click to View FlipBook Version