PAMERAN SENI VISUAL KARYA AKHIR SEMESTER 3 UiTM & UPSI 2024 KATALOG REPLIKA VISTA 2024 17 JANUARI 2023 (RABU) 9.00 Pagi - 11.00 Pagi DEWAN SEMARAK KOLEJ PRA UNIVERSITI KPM SULTAN ABDUL AZIZ KUALA SELANGOR DIRASMIKAN OLEH : EN. MUKHARITA BIN SHAHAROM
Tajuk: Kecemerlangan Akademik Nama:HAnifah Nazlin Binti Ahmad Zaidie Pernyataan Karya: karya kali ini mengisahkan sebuah usaha para pelajar yang tidak berhenti berjuang untuk mendapatkan keputusan yang cermelang biarpun ada cabaran dan rintangan yang dihadapi , namun tidak semua mendapatkan apa yang diinginkan . TAJUK : Jurus Tunggal NAMA: Nor Izzaty binti Azlan PERNYATAAN KARYA : Arca ini menceritakan tentang kejayaan Kolej Tingkatan Enam dalam pertandingan Seni Silat Gayung 2022. Arca ini dibuat berdasarkan seorang pesilat gayung yang mahir menggunakan jurus tunggal tangan kosong, tanpa senjata. Bentuk arca yang diukir menyerupai lekuk senjata keris memberikan makna bahawa walaupun tanpa senjata, pesilat ini mampu mengalahkan musuh hanya dengan menggunakan tubuhnya sendiri. Ini mencerminkan kehebatan pesilat yang dapat menjadikan dirinya sebagai senjata yang mematikan. Jurus tunggal tangan kosong, menjadi gambaran gerakan pertempuran yang mematikan Tajuk: 3..2..1.. Fly High! Nama penuh: Nur Iman Aqilah binti Razali Pernyataan kajian: Arca ini menceritakan mengenai kejayaan Kolej Tingkatan Enam dalam pertandingan roket air pada tahun 2019. Arca yang dibina merupakan sebuah kejayaan bagi KTE SAAZ dalam Pertandingan Roket Air kerana telah mendapat naib johan dalam acara tersebut. Arca roket air yang telah diolah menunjukkan ia sedang terbang ke udara. Percikan air yang keluar dari bahagian bawah roket tersebut menunjukkan roket air terbang ke udara dengan laju. Tajuk: Patah Sayap Bertongkat Paruh Nama: Irdina syasya binti Sazali Pernyataan karya: arca ini berkisahkan tentang seorang pelajar yang gigih berusaha sehingga berjaya dalam bidang akademik meskipun gagal berkali-kali sehingga beroleh kejayaan yang membanggakan. Oleh itu, tajuk ini amat menepati konsep arca yang saya hasilkan
Tajuk: Ungkapan Cinta Sejati Nama penuh: Dhanusha A/P Rajendran Pernyataan karya: Arca in berkaitan tentang Drama India yang menunjukkan satu kasih sayang antara satu sama lain dan mereka bersama-sama menghadapi semua cabaran dan mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka adalah satu tanda bagi cinta yang mulia kepada semua makhluk yang hidup dalam dunia ini Tajuk:cinta ialah radhakrish❤️ Nama:Rishalini Kamalakannan Pernyataan karya: arca ini berkisahkan tentang pasangan yang ilahi, cinta dan ikatan kebersamaan. Mereka mengasihi satu sama lain seperti seorang penyembah mencintai Tuhan. Cinta radhakrish ialah suci dan tidak terhingga. TAJUK: 'Petanquë NAMA: siti Nurafieqahadiah Binti Haslizan Penyataan Karya : Dalam karya ini, saya akan menjelaskan mesej kejayaan dan kecemerlangan kolej dari aspek permainan sukan petanque yang merupakan sukan yang aktif dipertandingkan di kolej. Karya ini merujuk kepada tangan separa abstrak dan mengambarkan cara lontaran bola petanque dan warna yang digunakan melambangkan semangat kesukanan di dalam kumpulan antara satu sama lain dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Tajuk : Kilauan Bumantara Nama penuh : Qistina Balqis Batrisyia Binti Shafie Pernyataan Karya : Arca ini mengekspresikan semangat yang perlu ada dalam diri seorang pelajar iaitu terus berjuang tanpa putus asa dan teruslah bersinar walau dalam kegelapan (glow in the dark), sekali gus memberi makna supaya terus berjuang walau pelbagai ujian mendatang.
TAJUK: CATUR BOARD NAMA: NURUL AIN KARMILA BINTI MASDAR PERNYATAAN KARYA: arca ini menunjukkan tentang kejayaan permainan catur di kolej. arca ini dilakukan bertujuan untuk menjadi mercu tanda supaya pelajar- pelajar yang lain tertarik dengan permainan catur dan menjadi kemenangan pada masa akan datang Tajuk : khayalan bentala Nama : Nur Saidatul Irdina Azhar Pernyataan karya : Arca ini berkisahkan tentang kerjayaan kolej dalam bidang reka bentuk sebuah robotik. Tajuk: Jaguh Pendekar Nama penuh: Hasya Khadijah Binti Agos Salim Penyertaan karya: Arca ini menggambarkan sebuah gerakan silat yang digayakan oleh seorang figura lelaki dan dibelakangnya terdapat sebilah keris yang terpacak. Hal ini menerangkan tentang gaya silat yang hebat dan penggunaan keris sebagai senjata utama dalam silat. Tajuk: "AIM YOUR GOALS" Nama penuh: SITI HANALISA BINTI ABD WAHAB Pernyataan karya: Arca ini menggambarkan kejayaan kolej dalam pertandingan sukan Bola Jaring peringkat sekolah. Hasil karya ini menunjukkan keadaan bola akan menjaringkan mata dengan tepat.
Tajuk: Cherish with “3B” Nama: Harishini Veerasingam Pernyataan karya: Arca ini berkisahkan tentang setiap orang perlu memberi keutamaan kepada kebersihan bukan sahaja kawasan sekeliling juga mengekalkan kebersihan diri dan kebersihan hati. Namun demikian, ini akan meningkatkan prestasi kita dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, tajuk ini amat menepati konsep arca yang saya hasilkan. TAJUK KARYA: KABADDI 3B's Nama Penuh : KIRTANA A/P LETCHUMANAN Pernyataan karya: Arca ini menceritakan tentang kejayaan Kolej Tingkatan Enam dalam pertandingan kabaddi iaitu permainan tradisional kaum India pada tahun 2015 telah memperolehi tempat Johan dalam peringkat negeri. Tajuk: Lontaran Angkasa Nama: Aima Natasha Binti Zainul Abidin Pertanyaan karya: Arca ini mengisahkan seorang pelajar yang telah memenangi sukan petanque peringkat kebangsaan pada tahun 2019. Saya memilih tajuk ini adalah untuk menunjukkan bahawa seorang pelajar telah mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum iaitu telah memenangi sukan petanque. Oleh itu, tajuk yang saya pilih ini amat menepati dengan arca yang saya hasilkan. nama: Siti Nabila Zakira binti Othman tajuk: the light of mosque pernyataan karya: Arca ini menceritakan tentang kejayaan surau kolej yang telah memenangi tempat ketiga,tiga kali berturut turut dalam acara Surau Imarah peringkat negeri Selangor pada tahun 2013 sehingga tahun 2015.
Tajuk: The Victory Nama penuh: Nurul Aina Husna Binti Azmi Pernyataan karya: Arca ini berkenaan tentang kejayaan kolej yang telah melahirkan tokoh bidang e-sport iaitu Soloz dalam permainan terkenal Mobile Legend Bang Bang. Tajuk: Khidmat bakti impian Nama: Siti Nuraisyah Binti Mohd Tarmizi Pernyataan karya: Arca ini berkisahkan tentang kepelbagaian jenis variasi batik yang terdapat di butik wakaf. Projek kemasyarakatan khidmat bakti Butik wakaf telah memberikan banyak peluang kepada pelajar untuk memperolehi baju yang cantik dengan harga yang mampu milik. Tajuk: sepakan kemenangan Nama: Muhammad Amirul Haiqal bin Alias Penyataan karya: Arca ini berkisahkan tentang sepakan penentu yang membawa kemenangan kepada kelab futsal Tajuk: semangat bola boling Nama penuh: Muhammad Nur Azim Zaem Bin Hasni Pernyataan karya: Arca ini menggambarkan seorang pemain bola boling untuk melepaskan bola boling
Tajuk: Permainan Ping Pong nama: Azid Penyataan karya: arca ini berkisahkan seorang pelajar yang menyertai pertandingan PingPong diperingkat negeri sebagai wakil sekolah hingga berjaya mendapat kejayaan di penghujungnya Tajuk: Terikat Nama penuh: Mohamad Akid bin Mohamad Zakirudin Pernyataan karya: Arca ini membawa maksud mengenai batas dan undangundang bagi setiap individu dalam mengejar kejayaan. Tajuk : Focus Nama : Mohamad Amar Bin Mohd Kamal Pernyataan Karya : Karya yang dihasilkan merupakan arca sukan menembak. Arca 3 dimensi ini menunjukkan seorang atlet atau figura sedang fokus megacukan senjata ke arah sasaran untuk medapatkan kejayaan Tajuk: Kejayaan Badminton nama: Badrul penyataan karya: Arca ini menunjukkan pergerakkan 1 reket dan 1 bulu tangkis. Pengkarya telah menggunakan tiga reket dan 6 bulu tangkis. Pengkarya juga telah mengubah kontra warna yang digunakan untuk menunjukkan pergerakkan reket yang memukul bulu tangkis dan pergerakkan bulu tangkis setelah di pukul.
Tajuk : papan tembak Nama: Muhammad izz wafiy bin moshin penyataan karya : Arca ini menunjukkan tentang ketepatan adalah sangat penting dalam sukan menembak . Namun begitu kolej ini telah melahirkan dua johan atlet menembak yang tidak putus asa berjuang untuk menggengam kejayaan dipenghujungnya . Tajuk: Semangat juang Nama penuh: Muhammad Aiman Hakim Bin Mohd Fadzil Pernyataan karya: Arca ini membawa maksud tentang seorang pemain futsal yg cuba merembat bola bagi menjaringkan gol untuk peroleh kemenangan Tajuk:Mata bola takraw Nama penuh: AMMAR DANISH BIN AHMAD TAZALI Pernyataan kajian: Arca ini mengipretasikan tentang bola takraw yang menjadi mata atau arah pandang daripada lobang segi lima yang ada pada bola takraw. Lobang bola takraw tersebut menunjukkan seorang figura yang sedang melibas bola takraw ke arah pihak lawan.
Tajuk: Pencak Silat Nama: Muhammad Faiz Bin Mohamed Fauzan Penyataan karya : Arca ini melambangkan tentang kejayaan kejohanan silat peringkat negeri selangor pada tahun 2017 Tajuk: Pena Kejayaan Nama: Muhammad Aiman Muayyad bin Muhammad Musanna Pernyataan karya: Arca ini melambangkan kejayaan pelajar-pelajar KPU Sultan Abdul Aziz dalam pencapaian akademik. Ia juga melambangkan bahawa ilmu yang diajarkan itu sudah turun temurun. TAJUK KARYA : ILMU PENCETUS KEJAYAAN NAMA : NUR ALYAA AMIRA BINTI ZAKAHIRUL PENYATAAN KARYA : Gambaran seperti figura manusia menggapai bintang. Ilmu yang diterapkan dalam diri pelajar sehinggakan pelajar peroleh kejayaan hingga ke tahap meneroka dunia. Berdasarkan pencapaian kolej mendapat keputusan PNGK 2.85 dan 100% lulus untuk kumpulan pelajar 2022. TAJUK: Menuntut Ilmu Mercu Kejayaan NAMA: PUTERI NURNAJIHAH PERNYARTAAN KARYA: Karya yang ingin disampaikan dalam arca saya adalah dengan belajar bersungguh - sungguh tanpa membuang masa, menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Tajuk : Marathon di Mongolia Nama : Siti Mimi Mariana Pernyataan karya : Arca ini mengisahkan tentang pelajar dari KPUSA yang telah layak menjadi wakil sekolah dan negara bagi mewakili aktiviti marathon di Mongolia TAJUK : KECEMERLANGAN DALAM GENGGAMAN NAMA: KHAIRUL ALEEYA BINTI KHASNAN PERNYATAAN KARYA: KARYA ini melambangkan KECEMERLANGAN para pelajar KTESAAZ dalam mencapai keputusan STPM 2022 dengan jayanya sehingga menyebabkan KTESAAZ menduduki kedudukan yang pertama didalam negeri Selangor Tajuk : Penerokaan Di Alam Semula Jadi Nama : Nur ‘ Aliah Binti Shahibur Rahman Penyataan Karya : Terdapat sekumpulan pelajar telah berjaya memperolehi pangkat pengakap diraja. Mereka telah lulus dengan jayanya semasa perkhemahan dilangsungkan sehingga membanggakan nama Kolej Pra Universiti KPM Enam Sultan Abdul Aziz. Tajuk: kasut kejayaan Nama: Shafiq hazimi bin samri Pernyataan karya: Arca ini melambangkan kejayaan pelajar-pelajar KPU Sultan Abdul Aziz didalam sukan futsal di peringkat negeri 3 tahun berturut turut Dan Kali terakhirnya pada tahun 2023
Tajuk: Kejayaan Bola Tampar Nama: Muhammad Adam bin Sulaiman Penyertaan Arca: Arca ini melambangkan tentang kejayaan kejohanan Bola Tampar peringkat Negeri Selangor pada tahun 2018 TAJUK : Sukan Sunnah membawa kejayaan NAMA: Anis Suraya BINTI JAMALUDDIN PERNYATAAN KARYA: KARYA ini melambangkan kejayaan para pelajar KTESAAZ dalam sukan memanah pada tahun 2014 Dan tahun 2015 dengan mendapat tempat pertama didalam sukan ini. Tajuk : pingpong peneraju kejayaan Nama : Zaqrhul Iqwan Bin Mohd Rasid Penyataan karya : Arca ini melambangkan kejayaan kejohanan pingpong peringkat negeri selangor pada tahun 2017 Tajuk : Kegemilangan E-sukan Nama : Ahmad Ukasyah bin Ahmad Azahari Pernyataan karya : Karya ini mempersembahkan keunggulan Esukan pada negara yang berjaya diraih oleh pelajar KPUSA dalam pertandingan di peringkat angtarabangsa.
Tajuk: Waterfront food park (WFP) Nama: Nurul Syaza Safiyyah Binti Mohd Hadafi Penyertaan kajian: Perekaan landskap ini yang mempunyai gabungan landskap lembut dan landskap kejur. Melalui perekaan ini juga tercetusnya pelbagai idea dan kreativiti dalam membangunkan kawasan foodpark dengan penekanan aspek-aspek yang tertentu. TAJUK : TAMAN TRAK MAKANAN EKOINDUSTRI KONTEMPORARI NAMA: MUHAMMAD HARIZ IMRAN BIN FAISAL PERNYATAAN KARYA :"Taman Trak Makanan Eko-Industri Kontemporari" Imran membayangkan hab makanan bandar yang mampan di Kuala Selangor, menggalakkan penglibatan yang bertanggungjawab dan kesejahteraan masyarakat."
Thank You