The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Liza Smkmahang, 2020-10-26 00:02:21

MINIT MESYUARAT JPMS BIL 2 2020

MINIT MESYUARAT JPMS BIL 2 2020

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHANG
BIL. 2/2020

Tarikh : 28 Jun 2020 (Rabu)
Masa : 02:30 – 03.42 petang
Tempat
Pengerusi : Bilik Peperiksaan SMK Mahang
Kehadiran
: Penolong Kanan Pentadbiran

:

1. Cikgu Shaiful Annuar Bin Mohamad Salleh (Pengerusi)

2. Cikgu Faizah Binti Mohamad Sani

3. Cikgu Siti Noor Safurah Binti Abu Zarin

4. Cikgu Zahrah Binti Mat

5. Cikgu Bashri Bin Hassan

6. Cikgu Firdaus Bin Baharum

7. Cikgu Nor Asmah Binti Mohd Rejab

8. Cikgu Abdul Hamid Bin Abu Bakar

9. Ustaz Wan Faisal Bin Wan Mahmud `

10. Cik Zanariah Binti Ismail

11. Cikgu Rihana Binti Mohamad

12. Cikgu Nalene A/P Jaganathan

13. Cikgu Munira Binti Abdul Mubin

14. Cikgu Norhasliza Binti Haron

15. Ustazah Noor Aini Binti Ramli

16. Cikgu Azila Binti Abdul Alim

17. Cikgu Roslina Binti Md Noor

18. Cikgu Mohd Firdaus Bin Abdul Halim

Tidak Hadir Bersebab:
1. Cikgu Sariza Binti Md Saleh
2. Ustazah Rosda Hanim Binti Hj. Omar
3. Cikgu Mahadzir Bin Ahmed

1

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca ummul kitab surah Al-fatihah. Pengerusi
mengalukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JPMS dan mengucapkan terima kasih atas
kerjasama yang diberikan sepanjang 6 bulan di tahun 2020.
Makluman

2. Pengerusi memaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah mengandungi 3 komponen
utama yang perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa JPMS iaitu Pengurusan
Sekolah (EMIS Online), Pengurusan Guru (e-Operasi) dan Pengurusan Murid (APDM).
Makluman

3. Pengerusi juga menyatakan bahawa Mesyuarat JPMS wajib dilaksanakan sebanyak 3 kali
setahun iaitu pada setiap minggu akhir bulan Januari, Jun dan Oktober mengikut kutipan data
berakhir pada 31 Januari 2020, 30 Jun 2020 dan 31 Oktober 2020.
Makluman

4. Pengerusi menyatakan tiada banyak perubahan yang berlaku sepanjang 6 bulan pertama tahun
2020 kerana sekolah ditutup akibat wabak covid19 yang melanda Malaysia dan dunia.
Makluman

II. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JPMS BIL. 3 /2018

5. En. Firdaus Bin Baharum (S/U JPMS) membentangkan Minit Mesyuarat JPMS Bil. 1/2020
untuk diteliti dan disahkan.

6. Minit Mesyuarat JPMS Bil. 1/2020 diterima sebulat suara tanpa sebarang pindaan.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Maklum balas Minit Mesyuarat JPMS yang lalu.

7. Dalam perkara 10, guru tingkatan perlu mengisi sendiri kehadiran murid kelas masing-masing
secara atas talian setiap hari bermula bulan Februari 2020 sebelum jam 10:00 pagi.
Tindakan: Guru Tingkatan

8. Dalam perkara 13.4, Pengerusi menegaskan bahawa guru tingkatan perlu sentiasa
mengemaskini nombor telefon waris atau penjaga supaya mudah dihubungi ketika kecemasan
tertutama ketika negara dilanda Covid19 ini.
Tindakan: Guru Tingkatan

IV. PELAPORAN DAN PENGESAHAN DATA RASMI

9. Pelaporan Modul Pengurusan Sekolah (EMIS).

9.1 En. Firdaus Bin Baharum, Guru Data memaklumkan bahawa SMK Mahang adalah
sekolah kerajaan dan gred sekolah adalah Gred A yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan. Sesi persekolahan adalah sesi pagi sahaja.
Makluman

2

9.2 SMK Mahang berkeluasan 15.00 Ekar iaitu kira-kira 6.07 Hektar dan terdiri daripada
bangunan sekolah dan kuarters guru. Terdapat 8 unit kuarters guru yang tidak dihuni. Dan
hanya 1 unit kuarters tersebut dalam keadaan baik.
Makluman

9.3 Pada tarikh 24 Jun 2020, SMK Mahang mempunyai enrolmen murid seramai 376 dan
terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang ditempatkan dalam 16 kelas iaitu
Tingkatan 1 (3 kelas), Tingkatan 2 (3 kelas), Tingkatan 3 (3 kelas), Tingkatan 4 (3 kelas)
dan Tingkatan 5 (4 kelas). Berikut adalah rumusan enrolmen murid mengikut tingkatan.

Tingkatan Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan
Kelas
TINGKATAN 1 34 40 74 3
TINGKATAN 2 40 34 74 3
TINGKATAN 3 31 34 65 3
TINGKATAN 4 30 41 71 3
TINGKATAN 5 45 47 92 4
JUMLAH 180 196 376 16

Makluman

9.4 Enrolmen staf smk mahang pula adalah seperti yang berikut:-

GURU Lelaki Perempuan Jumlah
BUKAN GURU 15 23 38
JUMLAH 3 3 6
18 26 44

Makluman

9.5 Guru data melaporkan bahawa semua bangunan berada dalam keadaan sederhana, namun
terdapat beberapa kerosakan fizikal seperti lantai, dinding dan syiling di kelas 4 UPM, 5
UMS, 4 UITM, dan 3 UKM. Keadaan fizikal di dalam kelas ini pada tahap rosak teruk
dan boleh membahayakan murid.
Makluman

9.6 Dari segi pendawaian elektrik secara keseluruhannya berada dalam keadaan rosak sedikit
kerana sudah melewati usia 30 tahun dan paling serius kerosakan berlaku di bilik seni,
bangunan blok A, B, C dan F yang sering berlaku litar pintas.
Makluman

9.7 Guru data perlu mengemaskini maklumat dalam EMIS dan seterusnya disahkan berakhir 30
Jun 2020 oleh Tuan Pengetua. Data perlu dicetak dan dihantar satu salinan ke Unit ICT,
PPD Kulim Bandar Baharu.
Tindakan: Guru Data

10. Pelaporan Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)

10.1 Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Shaiful Annuar Bin Mohamad Salleh selaku
pentadbir data e-Operasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang telah
kemaskini maklumat masing-masing dalam e-Operasi.
Makluman

3

10.2 Sehingga hari ini 28 Jun 2020, terdapat 38 orang guru dan 6 orang bukan guru yang
berkhidmat di SMK Mahang. Berlaku pindah keluar guru iaitu Cikgu Julaidi ke SMK
Sungai Karangan dan pindah masuk guru iaitu Cikgu Amer Hmzah dari SMK Selama.
Makluman

10.3 PK Pentadbiran menegaskan bahawa guru perlu mengemaskini alamat terkini dalam e-
operasi bagi guru yang baharu berpindah masuk atau guru yang berpindah alamat ke
rumah baharu. Perkara ini sangat penting sekiranya berlaku pertukaran guru atas sebab
pekhidmatan akan ditempatkan mengikut alamat terkini.
Tindakan: PK Pentadbiran

10.4 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa menurut laporan BSKG melalui e-operasi, SMK
Mahang kekurangan guru opsyen Pendidikan Seni Visual, Geografi dan Bahasa Inggeris
serta Bahasa Melayu. Guru opsyen yang berlebihan adalah guru Perdagangan.
Makluman

10.5 PK Pentadbiran juga menyatakan bahawa maklumat yang penting untuk dikemaskini
adalah nombor telefon pasangan dan bahagian sejarah perkhidmatan.
Makluman

10.6 Pengerusi menyatakan bahawa maklumat dalam e-Operasi perlu dikemaskini 4 kali
setahun iaitu bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
Makluman

11. Pelaporan Modul Pengurusan Murid (APDM)

11.1 Pengerusi mengesahkan bahawa jumlah murid sehingga 28 Jun 2020 adalah seramai 376
orang setelah disemak bersama admin APDM iaitu Penolong Kanan HEM.
Makluman

11.2 Pengerusi menyatakan bahawa dalam bulan jun ini, masalah murid ponteng dapat
diselesaikan dan lawatan ke rumah pelajar yang ponteng telah dijalankan bagi memastikan
kehadiran murid setiap hari adalah melebihi 90%.
Makluman

11.3 Pengerusi juga meminta semua guru memasukkan amalan-amalan terpuji pelajar dan nilai
murni pelajar dalam sistem SSDM. Mana-mana pelajar yang banyak membantu guru-guru
boleh dimasukkan dalam sistem ini.
Makluman

V. PERBINCANGAN DATA-DATA LAIN

12. Pelaporan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) oleh Cikgu Munira Abdul Mubin.

12.1 Beliau telah meneliti dan mengemaskini laman web e-spbt tentang pesanan-pesanan buku
untuk daerah Kulim Bandar Baharu bagi sesi tahun 2020.
Makluman

13. Pelaporan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) oleh Puan Norasmah Binti Mohd Rejab.

13.1 Puan Nor Asmah, Setiausaha LDP telah menyatakan bahawa semua guru dan staf SMK
Mahang dapat melengkapkan bilangan 5 hari LDP sehingga bulan Jun tahun 2020.

4

Makluman

13.2 Beliau juga menyatakan bahawa, semua guru dan staf boleh menjalankan Webminar dan
membaca buku untuk menambah mata kreadit dalam sistem e-SPLG.
Makluman

14. Pelaporan Guru Aset dan Perabot oleh Ustaz Wan Faisal Bin Wan Mahmud

14.1 Beliau menyatakan bahawa laporan suku kedua perlu dihantar pada julain nanti, namun
beliau belum menerima sebarang laporan kemasukan aset bagi tahun 2020.
Tindakan: Guru Pemverifikasi Aset

15. Pelaporan i-Keps

15.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pengisisan i-Keps selalunya akan dikemaskini pada
bulan Oktober nanti oleh Setiausaha Sukan di PPD Kulim Bandar Baharu. Beliau meminta
supaya Setiausaha Sukan bersedia dengan perkara tersebut.
Tindakan: Setiausaha Sukan

VI. HAL-HAL LAIN

16. Pelaporan PBD bagi penggal pertama persekolahan akan diserahkan pada hari selasa ini 30
Jun 2020.
Makluman

VII. UCAPAN PENANGGUHAN

17. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan meminta semua
ahli dapat bekerja dalam satu pasukan.
Makluman

18. Pengerusi juga memohon agar ahli jawatankuasa ini dapat bekerjasaman untuk memudahkan
semua urusan terutama urusan secara online kerana pihak PPD, JPN dan KPM boleh
mengambil data bila-bila masa sahaja apabila diperlukan.
Makluman

19. “Kesahihan data adalah tanggungjawab kita bersama”. Terima Kasih.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.42 petang.

Disediakan oleh, .

……………………………...
FIRDAUS BIN BAHARUM
SETIAUSAHA JPMS
SMK MAHANG,
KARANGAN, KEDAH.

5


Click to View FlipBook Version