The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazwinafaizal42, 2023-03-03 06:51:51

Konsep dan Fungsi Kesusasteraan Melayu serta Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NUR SYAZWINA BINTI MOHD FAIZAL PENSYARAH : PN. NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL


KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU SERTA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Maksud kesusasteraan (Kamus Dewan Edisi Keempat) Maksud kesusasteraan (Kamus Dewan Edisi Keempat) seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa (novel, sajak dan lain-lain), karang-mengarang, persuratan, seni sastera nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia)


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Maksud kesusasteraan, Hashim Awang (1987) Maksud kesusasteraan, Zalila Sharif (1993) Hashim Awang (1987) mengatakan keusasteraan adalah "ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu sastera lisan dan jika ditulis ianya disebut sebagai sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya". Menurut Zalila Sharif (1993), kesusasteraan ialah segala pengucapan yang bernilai sastera sama ada secara bertulis atau tidak bertulis dan ianya juga berbentuk lisan atau tulisan


CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU 1 2 3 4 KEINDAHAN PENGALAMAN SENI KARYA SENI MENCERMINKAN PENGALAMAN


CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU KEINDAHAN Keindahan dapat terhasil melalui gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera Seterusnya, sesuatu karya itu akan menjadi lebih indah apabila ianya memenuhi enpat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur


CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU PENGALAMAN SENI Karya yang dihasilkan oleh penulis atau sasterawan ini dapat memberikan sedikit pengalaman dan nilai-nilai seni kepada pembacanya Seterusnya, pembaca juga dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya. Semestinya apabila pengkarya mengetahui bahawa karya yang dihasilkannya dpaat difahami oleh pembaca, pengkarya akan berasa gembira


CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU KARYA SENI Terdapat perkara yang membezakan dalam karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu seperti sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus Seperti yang kita tahu, fiksyen adalah karya sastera yang dihasilkan melaui imaginasi perngkarya itu sendiri berdasarkan pengalaman yang telah mereka telah hadapi


CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU MENCERMINKAN PENGALAMAN Pengalaman di sini adalah merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara realiti Seterusnya, jika kita lihat dalam setiap karya sastera, pengalaman diungkapkan melalui bahasa yang digunakan dalam karya sastera kita


JENIS -JENIS KESUSASTERAAN MELAYU Prosa Melayu Tradisional Naratif Naratif lisan Naratif tulisan Mitos Legenda Cerita rakyat sastera hikayat sastera agama Bukan Naratif sastera undang-undang sastera ketatanegaraan


JENIS -JENIS KESUSASTERAAN MELAYU Puisi Melayu Tradisional Naratif Syair Bukan Naratif Pantun Gurindam Seloka


PROSA MELAYU TRADISIONAL


NARATIF LISAN MITOS Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan suci serta di luar jangkauan akal manusia. Terdapat beberapa ciri-ciri bagi aspek mitos. Antaranya adalah, mitos ini hanya dianggap benar-benar terjadi dan bukannya cerita yang sebenar. Seterusnya, mitos ini juga mempunyai peristiwa yang berlaku itu adalah aneh tetapi peristiwa itu penting. Selain itu, mitos ini ialah cerita pada zaman lampau. Mitos juga terdiri daripada tiga jenis iaitu asalusul, institusi sosial atau budaya dan politik. Asal-usul tersebut ialah cerita yang mengemukakan corak pemikiran yang mistikdan bersangkut-paut dengan sesuatu rahsia. Sebagai contoh, karya Kisah Tasik Chini. Institusi sosial atau budaya adalah cerita yang menceritakan asal-usul sesebuah institusi sosial dalam masyarkat Melayu. Akhir sekali, mitos politik ialah cerita yang berkaitan struktur pemerintahan dan kerajaan.


NARATIF LISAN LEGENDA Legenda ialah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi dianggap suci. Seterusnya, terdapat ciri-ciri lagenda seperti latar masa bagi lagenda ini tidak semestinya masa lampau tetapi masih berkaitan dengan masa silam. Selain itu, lagenda ini ialah karya yang mempercayai benar-benar berlaku. Tambahan lagi, lagenda ini dianggap sebagai sejarah yang kolektif dan lagenda ini mempunyai tokoh atau sesuatu tempat yang mempunyai sifat luar biasa. Terdapat beberapa jenis-jenis lagenda sepeti keagaaman, perseorangan, alam ghaib dan tempat. Keagamaan ini menceritakan mengenai orang alim dan seorang yang menyebarkan agama. Sebagai contoh, Tok Kenali. Seterusnya, lagenda alam ghaib yang mengisahkan kisah yang dianggap perkara tersebut benar-benar terjadi dan pernah dialami oleh seseorang seperti pengalaman dengan makhluk ghaib. Tambahan lagi, lagenda perseorangan yang menceritakan tentang tokoh-tokoh tertentu yang dianggap benar-benar terjadi.


NARATIF LISAN CERITA RAKYAT Terdapat jenis cerita rakyat iaitu seperti cerita binatang iaitu cerita yang bersifat menghibur dan mendidik Cerita ini adalah cerita binatang yang mempunyai sifat dan perlakuan seperti manusia Cerita ini semestinya cerita yang mengisahkan binatang. Sebagai contoh, Sang Kancil menipu gergasi Cerita lipur lara iaitu cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara. cerita ini menggambarkan sistem masyarakat Melayu dan cerita ini juga mengandungi ciri-ciri tempatan walaupun terdapat pengaruh luar Kebiasaannya tema bagi cerita ini adalah berdasarkan peperangan, percintaan dan pengembaraan Sebagai contoh, cerita Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal Cerita rakyat ialah cerita yang tidak dianggap benar-benar terjadi. Cerita rakyat ini dibuat sebagai sumber hiburan dan mempamerkan kebenaran serta mengandungi moral atau sindiran.


NARATIF LISAN CERITA RAKYAT Cerita jenaka pula cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan ketawa kepada orang yang mendengarnya cerita ini juga disampaikan secara santai dengan menggunakan bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita Antara ciri-ciri cerita jenaka adalah seperti mempunyai unsur kebetulan, mempunyai kelucuan serta mempunyai sifat-sifat pintar bodoh Sebagai contoh, cerita Pak Pandir, Pak Kaduk dan sebagainya Cerita teladan pula ialah cerita yang mempunyai unsur-unsur pengajaran ciri-ciri bagi cerita ini adalah seperti tokoh yang bertingkah laku baik, mulia dan jujur seterusnya, ciri-ciri bagi cerita teladan ialah mempunyai tokoh manusi yang biasa Contoh-contoh bagi cerita jenaka adalah seperti Bawang Merah Bawang Putih, Batu Belah Batu Bertangkup dan sebagainya.


NARATIF TULISAN SASTERA HIKAYAT DAN SASTERA AGAMA sastera ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu unsur Hindu seperti Hikayat Seri Rama, unsur Islam seperti Hikayat Sultan Dmasyik dan berunsur Hindu-Islam seperti Hikayat Putera Jayapati sastera ini menceritakan keagungan dan kehebatan baginda dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia di dunia sebagai contoh, Hikayat Bulan Berbelah yang mempunyai tujuan untuk memperlihatkan kelebihan dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW yang dapat melakukan sesuatu mukjizat yang luar biasa Sastera Hikayat menggunakan nama tempat dan negeri tertentu sebagai latar Sastera Agama hanya memfokuskan kepada cerita-cerita Nabi Muhammad SAW


PUISI MELAYU TRADISIONAL


NARATIF SYAIR Bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan lagi oleh Hamzah Fansuri dengan tujuan mengajarkan tentang agama Islam Ciri-ciri bagi syair pula ialah syair mempunyai : Syair merupakan bentuk puisi tradisional yang dicipta dan menjadi kepunyaan orang melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi - satu rangkap memepunyai empat baris - skema rima hujungnya sama iaitu aa,aa - syair dibuat dengan beberapa rangkap bagi membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian pertistiwa - kebiasaanya syair ini merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya empat bar


BUKAN NARATIF GURINDAM Gurindam ini mempunyai dau jenis iaitu terikat dan tidak terikat Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta Gurindam mempunya beberapa ciri : Gurindam ialah sejenis puisi yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" pada tahun 1846 - Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan - Skema rima hujungnya adalah sama iaitu a : a - Kebiasaanya, serangkapa mempunyai dua baris empat bar


BUKAN NARATIF PANTUN Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud Rima atau bunyi pada hujung baris adalah sejajar Bunyi akhir baris a,b,a,b Dua baris pertama adalah sampiran dan dua baris berikutnya adalah isi pantun Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap. empat bar


BUKAN NARATIF SELOKA Seloka ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap empat baris serangkap menggunakan bentuk pantun atau syair Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya, Seloka bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir Seloka juga merupakan puisi yang tertua dalam kesusasteraan Melayu - Seloka terdiri daripada unit pembayang dan unit bermaksud - karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas - Seloka mengandungi unsur jenaka atau gurau senda empat bar


FUNGSI KESUSASTERAAN TRADISIONAL


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU ALAT PENDIDIKAN INSTRUMEN PERPADUAN KEPUASAN ESTETIK MEMBERI PENGAJARAN DAKWAH HIBURAN


DAKWAH Karya sastera juga dapat meningkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah Selain itu, dalam sesebuah karya sastera juga mengandungi persoalan-persoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah Dakwah juga bukan sahaja boleh dilakukan dengan lisan iaitu seperti ceramah malah melalui karya sastera juga dapat memberi dan keinsafan dalam diri. Oleh yang demikian, pembaca juga akan dapat ilmu agama dalam karya sastera tersebut contoh karya sastera dakwah seperti hasil karya Harun Haji Salleh


HIBURAN Karya sastera juga dapat menghiburkan dan mengembirakan hati pembaca Cerita kanak-kanak, puisi, syair, pantun, novel dan cerpen mempunyai hiburan yang tersendiri. Kebanyakkannya karya sastera hiburan ini ianya mempunyai tema dan isu yang ringan dan tidak berat Selain itu dalam karya tersebut juga mereka ada menyelitkan ilustrasi atau gambar yang menarik supaya dapat menrik tarikan para pembaca untuk membaca


ALAT PENDIDIKAN Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera ini semestinya telah banyak pengalaman Oleh yang demikian, pengalaman yang telah mereka rasai itu mereka terjemahkan dalam karya mereka yang merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ilmu politik, ekonomi, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka juga dapat dijadikan prosa atau puisi dan sekaligus dapat memberikan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi.


INSTRUMEN PERPADUAN Sastera ini dapat mewujudkan semagat perpaduan dan kekitaan dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyatakan " Sastera kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memartabat dan memperkasakan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan "


KEPUASAN ESTETIK Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, estetik beraksud bukan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dalam bidang seni) tetapi sebenarnya pertelingkahan ini adalah antara nilai Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya Pembaca juga akan berpuas hati apabila membaca karya-karya yang mempamerkan keindahan


MEMBERI PENGAJARAN Karya yang dihasilkan oleh para sasterawan semestinya akan memberi pengajaran kerana kebanyakkan karya-karya mereka mempunyai nilai-nilai murni dalam kehidupan Contohnya, Seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat Karya-karya ini selalunya menjadi panduan dan rujukan buat masyarakat dalam kehidupan harian


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL


PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI) PANTUN Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Melangsir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa. Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat. Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL PANTUN Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa Rangkap 4 Pada rangkap empat dalam pantun ini menceritakan tentang setiap remaja perlulah berwaspada atau mengingati bahawa percakapan yang tidak dijaga akhirnya akan membawa bencana kepada diri seseorang. Jadi pantun ini menyuruh orang sentiasa menjaga pertuturan mereka dan berfikir terdahulu apa yang ingin disampaikan supaya tidak menyebabkan orang lain terasa hati atau terguris hati. Perkara ini perlulah dielakkan dan dimulkan sejak remaja lagi supaya apabila menjadi dewasa kita tidak lagi melakukan perkara yang sama


SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH) SYAIR Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajikan ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri. Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajinpada bekerja. Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmu yang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan.


SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH) SYAIR Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu. Segala perbuatan dengan berilmu, Maka kebajikan boleh bertemu, Jika sebarang-barang diramu, Akhirnya anakanda jatuh tersemu. Ilmu itu besar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukum dengan adilnya. Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda capak permudah, Takyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk terngadah.


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL SYAIR Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. RANGKAP 3 Pada rangkap dalam syair ini bermaksud supaya sentiasa mengutamakan proses pembelajaran iaitu terus belajar daripada melakukan perkara-perkara yang lain. Di samping itu, seseorang itu hendaklah memastikan bahawa dia tidak melanggar mana-mana peraturan dalam kehidupan supaya terhindar daripada imej buruk dan tercela. Oleh yang demikian, syair ini menerangkan bahawa supaya melakukan perkara yang baik dan jauhi daripada perkara yang buruk. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa melakukan sesuatu dengan ikhlas supaya dapat mengelakkan keterpaksaan dalam diri mereka


SELOKA SANTAP ISTIADAT (ZA'BA) SELOKA Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam.


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL SELOKA Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, muliamemuliakan RANGKAP 2 Seloka pada rangkap ini menerangkan tentang adab dan tertib ketika makan. Pertama, apabila ingin menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan jika ingin mengambil lauk itu perlulah dalam keadaan yang sopan. Seterusnya, makanan tersebut perlulah dikunyah dengan perlahan-lahan dan tidak gelojoh supaya tidak mendatangkan kemudaratan seperti tercekik makanan. Apabila selesai makan nasi, barulah boleh untuk minum air. Oleh yang demikian, pada rangkap ini kita dapat lihat bahawa pemakanan juga mempunyai peraturannya yang tersendiri. Hal ini untuk mengelakkan kita makan dengan tidak sopan dan juga akan menyebakan kemudaratan atau sakit yang menimpa apabila makan dengan tidak mematuhi peraturannya.


GURINDAM DUA BELAS (FASAL KETIGA) GURINDAM Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tidak senonoh. Anggota tengah hendaklah ingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL GURINDAM Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping Rangkap 2 Gurindam pada rangkap ini menerangkan bahawa kita mestilah menjauhkan diri daripada mendengar perkara-perkara yang buruk atau kejian. Hal ini dapat menyebabkan diri kita akan terjebak dengan perbuatan tersebut. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa mendengar perkara yang buruk akan mendatangkan keburukan kepada kita juga akan memikirkan perkara yang buruk terhadap seseorang.


RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, et.al. (2022). Kesusasteraan dan kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan. https://cikgusimile.blogspot.com/2017/01/antologi-bintang-hatitingkatan-3_11.html


Click to View FlipBook Version