ATURCARA PROGRAM KATA- KATA ALUAN GURU BESAR JAWATANKUASA KERJA PROGRAM ANUGERAH TOKOH 2023 ● ANUGERAH TOKOH MURID ● ANUGERAH TOKOH KURIKULUM ● ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM ● ANUGERAH TOKOH NILAM ● ANUGERAH TOKOH HARAPAN ● ANUGERAH DUTA SAHSIAH ANUGERAH PRA SEKOLAH 2023 ANUGERAH KEHADIRAN MURID 100% ANUGERAH UNIT BERUNIFORM AKTIF ANUGERAH SUKAN DAN PERMAINAN TERBAIK ANUGERAH KELAS TERBERSIH DAN CERIA ANUGERAH KHAS PIBK 2023 ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM 2023 ANUGERAH CEMERLANG PBD SAHSIAH TERPUJI 2023 (TAHUN 1- TAHUN 6) PENGHARGAAN CATATAN Kandungan 1 2 3 5 ● X ● X ● X ● X ● X ● X 23 25 27 27 27 27 28 X 37 44 45 PERKARA MUKA SURAT
8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa penjaga 9.00 pagi : Kehadiran dif-dif jemputan : Pertunjukan silat : Persembahan murid - tarian zapin : Ucapan aluan pengerusi majlis : Bacaan doa : Ucapan Guru Besar : Ucapan Perasmian : Persembahan murid - Jump Rope : Penyampaian Anugerah Tokoh 2023 ■ Anugerah Tokoh Murid ■ Anugerah Tokoh Kurikulum ■ Anugerah Tokoh Kokurikulum ■ Anugerah Tokoh Nilam ■ Anugerah Tokoh Harapan ■ Anugerah Duta Sahsiah ■ Penyampaian Anugerah Pra Sekolah 2023 ■ Anugerah Unit Beruniform Aktif ■ Anugerah Sukan dan Permainan Terbaik ■ Anugerah Kelas Terbersih dan Ceria : Penyampaian Anugerah Khas PIBK 2023 : Persembahan murid - Deklamasi Sajak : Penyampaian cenderahati kepada perasmi : Penyampaian Anugerah Khas Kokurikulum 2023 : Penyampaian Anugerah Cemerlang PBD Sahsiah --------------------- Terpuji 2023 (Tahun 1 - Tahun 6) 12.50 tgh hari : Bersurai Atucara Program 1
Kata-kata Aluan Guru Besar PN. KAMAROLZAHARAH BINTI MOHD YUNUS, GURU BESAR SKKP Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu, bagi pihak warga SK Kangkar Pulai, saya ingin mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada para tetamu, ibu bapa serta semua murid ke Majlis Anugerah Cemerlang 2023. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan serta pengiktirafan dan seterusnya meraikan kejayaan muridmurid. Ia juga berfungsi sebagai penggerak dan pemangkin kepada peningkatan pencapaian yang lebih cemerlang terutama sekali dalam era sistem pembelajaran yang pelbagai ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang telah berjaya memperoleh prestasi pencapaian yang cemerlang. Kejayaan yang diraih ini adalah hasil usaha gigih semua warga SKKP dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan pada masa kini dan hadapan. Sesungguhnya kegigihan, keazaman, dan displin diri adalah formula kejayaan bagi setiap murid yang inginkan kejayaan bagi menempuhi cabaran yang mendatang. Sesungguhnya, pihak sekolah sentiasa merancang pelbagai usaha untuk menambah baik dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan matlamat pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun, kunci kepada kejayaan tersebut terletak di tangan murid itu sendiri. Oleh itu, tingkatkan kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga SK Kangkar Pulai, PIBG sekolah serta semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Diharap kerjasama yang ditunjukkan terus berkekalan demi kepentingan pendidikan anak didik SK Kangkar Pulai. Sekian, terima kasih. PN. KAMAROLZAHARAH BINTI MOHD YUNUS Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai. 2
Jawatankuasa Kerja Program 3
4
Anugerah Tokoh 2023 5
Anugerah Tokoh Murid Pada tahun 6, saudari Qaseh Amani telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas dan dilantik sebagai Pengerusi Student Leaders Board 2023. Beliau juga menjadi pengacara bagi beberapa majlis rasmi sekolah seperti Perasmian Misi Sihat Yakult, Perasmian Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape Kementerian Pendidikan Malaysia 2023, perhimpunan rasmi sekolah dan pelbagai program sekolah yang lain. Anak kepada pasangan Encik Mohd Adzkha bin Mohd Halimi dan Puan Siti Laila binti Mohd Saibon ini sememangnya seorang yang sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang. Beliau begitu cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Beliau bercita-cita ingin berkhidmat sebagai saintis dalam bidang bioperubatan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara mendepani pelbagai penyakit pada masa akan datang. Melukis dan mendengar muzik merupakan hobi saudari Qaseh Amani pada masa lapang selain gemar membaca buku bercorak penyiasatan, cerpen, ensiklopedia, majalah dan buku-buku sains. Pencapaian Qaseh Amani dalam kurikulum begitu tinggi dengan pencapaian 11 mata pelajaran TP6 bagi penilaian PBD akhir tahun. Kejayaan ini juga diseimbangkan dengan pencapaian dalam kokurikulum dengan purata gred yang tinggi bagi markah PAJSK. Ini melayakkan beliau untuk diangkat sebagai Tokoh Murid Tahun 2023. Qaseh Amani binti Mohd Adzkha dilahirkan pada 18 Februari 2011 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini merupakan pelajar yang berani dan bersedia menghadapi cabaran. Pelajar ini tidak pernah menolak tugas yang diberi. Justeru, Saudari Qaseh Amani telah diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai Pengawas Sekolah ketika berada di Tahun 3 sehingga Tahun 6. QASEH AMANI BINTI MOHD ADZKHA 6 SUKSES 6
Sikapnya yang gigih berusaha dan tidak mudah menyerah kalah membuahkan hasil apabila banyak anugerah dan kejayaan yang dicapai diperingkat negeri. Semoga pencapaian saudari Qaseh Amani menjadi inspirasi kepada para pelajar SK Kangkar Pulai. Berikut adalah senarai aktiviti kokurikulum yang disertai oleh saudari Qaseh Amani bagi tahun 2023/2024: AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT DIGITAL COMPETENCY SCORE DIGITAL INNOVATOR / NEGERI ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE (IMELC) PENYERTAAN / NEGERI MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDGs) BERSEMPENA KARNIVAL ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON (IPRK) 2023 TEMPAT KE-3 KATEGORI SAINTIS MUDA (SEKOLAH RENDAH) / NEGERI BENGKEL MEWARNA YOUNG ARTIST AWARD 2023 PESERTA / KEBANGSAAN PERTANDINGAN DRONE EDU CHALLENGE IR 4.0 (DEC4IR) 2023 KE EMPAT PERINGKAT NEGERI JOHOR KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 TAHUN 2023 NAIB JOHAN / NEGERI JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) & JAMBOREE-ON-THE-INTERNET (JOTI) PENGAKAP MALAYSIA PESERTA / NEGERI PROGRAM SKIM LENCANA ANTIDADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 BUKU LOG TERBAIK / NEGERI PROGRAM SKIM LENCANA ANTIDADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 ANUGERAH SIJIL DAN LENCANA SLAD / NEGERI MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM (MQSS) DAERAH KULAI PESERTA / DAERAH ENGLISH CO-ACEDEMIC COMPETITION PRIMARY SCHOOL (PUBLIC SPEAKING) PESERTA / DAERAH PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA PESERTA / DAERAH 7
Anugerah Tokoh Kurikulum (L) Tanggal 28 Jun 2011, Hariss Dhiya’Ullhaq bin Md Balkiss telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Anak pasangan kepada Encik Md Balkiss bin Baharom dan Puan Hazilin binti Atan ini merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan menjadi harapan keluarga untuk berjaya suatu masa nanti. Hariss Dhiya’Ullhaq bercita-cita menjadi seorang jurutera elektrik. Ini HARISS DHIYA'ULLHAQ BIN MD BALKISS 6 KREATIF selari dengan minatnya dalam mata pelajaran matematik sejak dari darjah satu lagi. Untuk mencapai cita-cita ini, beliau menggunakan strategi menelaah pelajaran sekurang-kurangnya selama 3 jam setiap hari di samping melatih minda dengan hobinya bermain permainan berasaskan strategi secara dalam talian seperti permainan Warframe. Hasil usahanya itu, beliau telah mendapat pencapaian 11 mata pelajaran TP6 bagi PBD akhir tahun 2023. Aktiviti pembelajaran di dalam kelas juga lebih menarik dengan penglibatan aktif beliau sebagai pembimbing kepada rakan-rakan yang lain selain aktif memberikan pendapat. Sikap beliau yang bertanggungjawab juga telah menarik minat pihak pengawas sekolah melantik beliau sebagai Setiausaha Pengawas Sekolah, dan Naib Bendahari Kelab Sepak Takraw. Beliau juga diamanahkan sebagai Ketua Kontinjen semasa Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah 2023 yang lepas. Berikut adalah beberapa pencapaian aktiviti kokurikulum beliau semasa di tahun 6: AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KETUA KONTINJEN ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE (IMELC) PENYERTAAN / NEGERI KUIZ YAKULT: PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 "MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN" PESERTA - MEMBANTU SEKOLAH MENJADI JOHAN / PERINGKAT KEBANGSAAN 8
AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT KEM KEPIMPINAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN PESERTA / NEGERI KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH KULAI - PERTANDINGAN DARE TO SPELL PESERTA / DAERAH DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH 9
Tanggal 08 Julai 2011, Nur Aisya Dayana binti Herman telah dilahirkan di Hospital Royal Prince Alfred, Australia. Anak pasangan kepada Encik Herman bin Wahid dan Puan Nazariah binti Jadon ini merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik beradik dan menjadi harapan keluarga untuk berjaya suatu masa nanti. Nur Aisya Dayana bercita-cita menjadi seorang pelukis digital terkemuka NUR AISYA DAYANA BINTI HERMAN 6 KOMITED Anugerah Tokoh Kurikulum (P) terkemuka negara terutama lukisan berkonsep flora dan fauna. Ini selari dengan minatnya dalam mata pelajaran pendidikan seni visual sejak dari darjah satu lagi. Untuk mencapai cita-cita ini, beliau menggunakan strategi berlatih melukis sekurang-kurangnya selama 2 jam setiap hari. Selain itu, beliau juga menyusun jadual untuk menelaah mata pelajaran secara sistematik. Hasil usahanya itu, beliau telah mendapat pencapaian 11 mata pelajaran TP6 bagi PBD akhir tahun. Sikap beliau yang bertanggungjawab juga telah menarik minat pihak sekolah melantik beliau sebagai Naib Bendahari Pengawas Sekolah selain aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti berikut: 10 AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT BENGKEL MEWARNA YOUNG ARTIST AWARD 2023 PESERTA / KEBANGSAAN PERTANDINGAN MEWARNA ESKAYVIE COLOUR YOUR DREAMS PESERTA / KEBANGSAAN ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE (IMELC) PENYERTAAN / NEGERI KUIZ YAKULT: PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 "MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN" PESERTA - MEMBANTU SEKOLAH MENJADI JOHAN / PERINGKAT KEBANGSAAN
AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDGs) BERSEMPENA KARNIVAL ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON (IPRK) 2023 TEMPAT KE-3 KATEGORI SAINTIS MUDA (SEKOLAH RENDAH) / NEGERI PERTANDINGAN MELUKIS POSTER IMELC PENYERTAAN / NEGERI 11
Radin Muhammad Darwish bin Radin Muhammad Fadzli dari kelas 6 Sukses dilahirkan pada 06 Januari 2011. Beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik kepada Encik Radin Muhammad Fadzli bin Abdul Gani dan Puan Sherifah Ane binti Ismail. Beliau yang sememangnya sentiasa aktif dan menyertai pelbagai kegiatan kokurikulum sekolah menjadikan aktiviti bersukan terutama bermain bola sepak dan membaca buku RADIN MUHAMMAD DARWISH BIN RADIN MUHAMMAD FADZLI 6 SUKSES Anugerah Tokoh Kokurikulum buku cerita dan novel sebagai hobi pada masa senggang. Bercita-cita menjadi seorang penceramah motivasi seperti Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah, beliau menjadikan ibunya, Puan Sherifah Ane sebagai idola dan sering mengingati nasihat supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Diangkat sebagai Tokoh Harapan Lelaki pada tahun lepas, beliau terus membuktikan dirinya bukan sekadar harapan dengan aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum seperti berikut: ******* 12 AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT KUIZ YAKULT: PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 "MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN" PESERTA - MEMBANTU SEKOLAH MENJADI JOHAN / PERINGKAT KEBANGSAAN JUMP ROPE: PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 "MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN" PESERTA - MEMBANTU SEKOLAH MENDAPAT TEMPAT KE 3 / PERINGKAT KEBANGSAAN BENGKEL MEWARNA YOUNG ARTIST AWARD 2023 PESERTA / KEBANGSAAN DIGITAL COMPETENCY SCORE DIGITAL ADVANCE / NEGERI KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 TAHUN 2023 NAIB JOHAN / NEGERI
AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT PROGRAM SKIM LENCANA ANTIDADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 BUKU LOG TERBAIK / NEGERI PROGRAM SKIM LENCANA ANTIDADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 ANUGERAH SIJIL DAN LENCANA SLAD / NEGERI ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE (IMELC) PENYERTAAN / NEGERI MAJLIS PERASMIAN LARANGAN DAN PENGUATKUASAAN BAGI PEMBUANGAN SAMPAH KECIL DI TEMPAT AWAM DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI JOHOR PEMBENTANG / NEGERI KENAIKAN PANGKAT TKRS (KOPERAL) LULUS / NEGERI MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM (MQSS) DAERAH KULAI - PERTANDINGAN BERCERITA DAIE CILIK PESERTA / DAERAH PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU PESERTA / DAERAH HARI TERBUKA PPD KULAI - PAMERAN SENI PESERTA / DAERAH PROGRAM KETATANEGARAAN TKRS (MALBATT) PESERTA / DAERAH PROGRAM REVOLUSI TARGET DAN SKOR A PESERTA / DAERAH OLAHRAGA - REJAM LEMBING PESERTA / ZON SELATAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH - KETUA PERBARISAN KE 4 / SEKOLAH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH - REJAM LEMBING DAN LONTAR PELURU PESERTA / SEKOLAH 13
Naqiuddin Hakimi bin Norairulsham, seorang pelajar yang mencorakkan keunggulan di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, dilahirkan pada 24 Mac 2011. Beliau ialah anak sulung daripada dua adik-beradik, dengan bapa bernama Norairulsham bin Nordin dan ibunya bernama Noor Aruldziah binti Md. Daud. Naqiuddin Hakimi menonjol sebagai ketua Pengawas di sekolahnya, menunjukkan keupayaannya dalam memimpin dengan teladan. NAQIUDDIN HAKIMI BIN NORAIRULSHAM 6 SUKSES Anugerah Duta Sahsiah Beliau sentiasa bersedia untuk membantu rakan-rakan sekelilingnya dan menghormati arahan guru. Wajahnya yang tenang mencerminkan kebijaksanaan dan keseimbangan dalam setiap situasi. Dengan segala bakat dan nilai-nilai positif yang dimilikinya, Naqiuddin Hakimi bin Norairulsham merupakan contoh tokoh sahsiah terpuji 2023. 14 AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT PERTANDINGAN DRONE EDU CHALLENGE IR 4.0 (DEC4IR) 2023 KE EMPAT PERINGKAT NEGERI JOHOR DIGITAL COMPETENCY SCORE DIGITAL ADVANCE / PERINGKAT NEGERI KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 2023 TEMPAT KE 2 PERINGKAT NEGERI KUIZ YAKULT: PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 "MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN" PESERTA - MEMBANTU SEKOLAH MENJADI JOHAN / PERINGKAT KEBANGSAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TEMPAT KE 12 PENGAWAS SEKOLAH KETUA PENGAWAS
Anugerah Duta Sahsiah Muhammad Hail Hadi bin Mohamad Azri, seorang murid yang terpuji, dilahirkan pada 10 April 2011, anak kedua daripada empat adik-beradik. Ibunya bernama Norraima binti Ahmad manakala bapanya ialah Muhammad Azri bin Abdul Aziz. Dengan sikap personaliti yang menarik, Muhammad Hail Hadi sentiasa terus berusaha tanpa putus asa, yakin bahawa kejayaan pasti akan mengiringi langkahnya. Keazamannya dalam mengejar impian menjadikan beliau XXX MUHAMMAD HAIL HADI BIN MOHAMAD AZRI 6 POSITIF seorang murid yang membanggakan, dan kini beliau turut memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Antara hobi yang diminati oleh Muhammad Hail Hadi ialah bermain badminton dan bola sepak. Keistimewaannya terletak pada disiplin yang tinggi, memastikan setiap tanggungjawab dijalankan dengan penuh tanggungjawab. Beliau juga bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera, menunjukkan impian yang besar dan tekad untuk mencapainya. Sikap akrab dan mesra Muhammad Hail Hadi dengan rakan-rakannya turut mencorakkan imejnya sebagai murid yang terpuji. Beliau sentiasa menghormati rakan, bersikap jujur, serta memberikan bantuan kepada rakan-rakan yang berada dalam kesulitan seperti membantu rakan-rakan yang masih tidak lancar dalam membaca al-Quran. Sikap hormat dan kesungguhan Muhammad Hail Hadi juga terpancar dalam hubungannya dengan guru. Beliau sentiasa menghormati guru-gurunya, mendengar pesanan guru dengan penuh tumpuan, dan bersedia untuk memberi pertolongan kepada guru jika diperlukan. Sikap murah hati dan keterbukaan untuk belajar menjadikan beliau pelajar yang disegani di kalangan guru dan rakan sekelas. Dengan segala kelebihan dan nilai-nilai terpuji yang dimiliki, Muhammad Hail Hadi bin Mohamad Azri adalah contoh tokoh sahsiah terpuji 2023 yang membawa sinar kebaikan dan kecemerlangan dalam sekolahnya. 15
Anugerah Duta Sahsiah Ahmad Shahmie bin Shahrizal, seorang murid terpuji yang dilahirkan pada 22 November 2011, anak bongsu daripada dua adik-beradik. Ibu beliau ialah Nor Azizah binti Abu Samah, dan bapanya ialah Shahrizal bin Selamat. Hobinya yang menarik ialah memasak, menunjukkan minat dan bakatnya dalam dunia kuliner. Ahmad Shahmie bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, menunjukkan impian yang besar dalam bidang kesihatan. XXX AHMAD SHAHMIE BIN SHAHRIZAL 6 KREATIF Keunikan Ahmad Shahmie tidak hanya terletak pada hobi dan cita-citanya, tetapi juga pada personalitinya yang ceria dan sopan. Beliau memegang jawatan sebagai ketua kelas, menunjukkan kepimpinan yang diterima dengan baik oleh rakan sekelasnya. Sifatnya yang suka mencuba hal-hal baharu dan mencabar menjadikan beliau seorang yang berani menghadapi pelbagai situasi. Salah satu keistimewaannya ialah sifat empatinya yang tinggi. Ahmad Shahmie tidak dapat melihat orang lain berada dalam kesukaran dan sentiasa bersedia menolong selagi mampu. Beliau juga memiliki sikap yang bijak dalam menguruskan hubungan sosial, di mana ada masa beliau menjadi biasa dan ada masa beliau menonjol sebagai individu luar biasa. Tambahan pula, Ahmad Shahmie sering menjadi pilihan guru untuk menjaga pameran di sekolah dan pameran pertandingan. Kebolehannya untuk memberikan sumbangan yang bernilai dalam menyusun dan menjaga pameran menunjukkan kepercayaan guru-guru terhadap kemampuannya. Dengan sikap yang menyenangkan, cita-cita yang tinggi, sifat kepemimpinan yang baik, dan peranan pentingnya dalam aktiviti sekolah, Ahmad Shahmie bin Shahrizal adalah tokoh sahsiah terpuji 2023 yang tidak hanya berjaya dalam akademik tetapi juga membawa keceriaan dan semangat positif kepada rakan-rakan, guru-guru, dan keseluruhan sekolah. 16
Anugerah Duta Sahsiah Dwi Florence Bunga Anak Tinggai dilahirkan pada 31 Mac 2011 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Anak kedua daripada tiga-beradik ini merupakan pelajar yang berani dan berkebolehan, dan sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan. Seorang yang aktif dan rajin. Saudari Dwi Florence telah diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai pengawas perpustakaan sekolah ketika berada di Tahun 4 sehingga kini. Beliau selalu membantu DWI FLORENCE BUNGA ANAK TINGGAI 6 SUKSES guru Nilam untuk menaikkan peratus bacaan Nilam sekolah. Anak kepada pasangan encik Tinggai Anak Merum dan puan Helena Anak Sunang ini sememangnya seorang yang sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang. Beliau begitu cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Beliau juga sentiasa membantu rakan-rakan sekelas di dalam pelajaran dan sentiasa menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Bercita-cita menjadi seorang peguam dan menjadikan mendengar muzik dan membaca sebagai hobi pada masa lapang. Beliau kerap kali meminjam novel-novel di perpustakaan dengan pencapaian rekod sebanyak 262 buah buku dibaca. Semoga pencapaian Saudari Dwi Florence menjadi inspirasi kepada para pelajar SK Kangkar Pulai. 17
Anugerah Duta Sahsiah Amira Aisya binti Zaidiamri dilahirkan pada 26 April 2011 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik bagi pasangan Encik Zaidiamri Bin Dollah bersama Puan Radiah Binti Abu ini sentiasa tersenyum manis, bertutur dengan lemah lembut dan sentiasa bersikap positif. AMIRA AISYA BINTI ZAIDIAMRI Saudari Amira Aisya juga XXXX 6 SUKSES merupakan seorang murid yang aktif di dalam kelas dan sentiasa komited menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Beliau sentiasa mengetuai projek berkumpulan dan sentiasa menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan sentiasa disenangi rakan-rakan yang lain. Bercita-cita menjadi seorang programmer bersesuaian dengan hobinya membaca dan melukis. Beliau sentiasa mempunyai idea yang menarik dan sentiasa bertukar pendapat yang bernas semasa di dalam kelas dan sentiasa membantu rakan yang lain menyiapkan tugasan. Ketokohan dan sikap rajin membantu sesiapa sahaja serta menghormati guru dan kawan-kawan merupakan faktor utama kepada panel pemilihan memilih saudari Amira Aisya binti Zaidiamri sebagai Duta Sahsiah Terpuji SK Kangkar Pulai bagi tahun 2023. 18
Anugerah Duta Sahsiah Nur Aini Binti Mohammad Musa dari kelas 6 Positif, dilahirkan pada 5 Februari 2011 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru . Anak kepada Encik Mohammad Musa Bin Kani dan Puan Rafidah Binti Johari ini gemar menunggang basikal pada waktu petang seiring dengan sifatnya yang aktif. Dikenali dengan sifat baik seorang kakak, sentiasa disenangi oleh rakan-rakan yang lain. NUR AINI BINTI MOHAMMAD MUSA 6 POSITIF rakan-rakan yang lain. Beliau begitu mudah menghulurkan bantuan kepada guru dan rakan-rakan. Guru dan rakan-rakan menyenangi sikap beliau yang rajin. Sikapnya juga mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan suka tersenyum. Nur Aini bercita-cita menjadi seorang pensyarah. Beliau berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita. Beliau aktif di dalam kelas dan sering bertukar idea dengan rakan yang lain. Beliau dilantik menjadi ketua kelas kerana sifatnya yang sangat empathi kepada kawan-kawan dan merasakan tanggungjawab menjaga kawan adalah tugasnya. Sikap terpujinya ini sangat disenangi oleh semua orang dan melayakkan beliau dianugerahkan sebagai salah seorang duta sahsiah. 19
Anugerah Tokoh Harapan Adam Haziq bin Khairzol Zamrin dari kelas 5 Komited lahir pada 08 Julai 2012. Anak kepada pasangan Encik Khairzol Zamrin bin Hussin dengan Puan Ainul Suraya binti Zainal ini mempunyai bakat yang besar dalam pelbagai bidang kokurikulum dan akademik. Bersukan, beriadah dan aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum menjadikan Adam Haziq seorang yang berkeyakinan ADAM HAZIQ BIN KHAIRZOL ZAMRIN 5 KOMITED berkeyakinan tinggi dan dapat melaksanakan pelbagai tugasan yang diamanahkan dengan baik. Beliau juga seorang pelajar yang berdisiplin dan akur dengan peraturan sekolah. Sikap yang bertanggungjawab dan bakat kepimpinan dalam diri, berjaya menarik perhatian Unit Kokurikulum untuk melantiknya sebagai Tokoh Harapan Tahun 2023. Berikut adalah biodata ringkas penglibatan beliau dalam aktiviti kokurikulum: AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT 3KM FUN WALK SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT MELAKA (MALAYSIA) IN CONJUNCTION WITH WORLD CHILDREN'S DAY 2023 IN COLLABORATION WITH SD NEGERI 4 RANOMEETO, SULAWESI INDONESIA PESERTA BERJAYA MENCAPAI SASARAN / PERINGKAT ANTARABANGSA NATIONAL THINK MATHEMATICS COMPETITION TMC BRONZE AWARD (TOP 20%) / PERINGKAT KEBANGSAAN REDONG VIRTUAL RUN 2.0 2023 PESERTA BERJAYA MENCAPAI SASARAN / PERINGKAT KEBANGSAAN YOUNG ARTIST AWARD 2023 PESERTA / PERINGKAT KEBANGSAAN 20
AKTIVITI PENCAPAIAN / PERINGKAT KUIZ YAKULT: PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 "MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN" PESERTA - MEMBANTU SEKOLAH MENJADI JOHAN / PERINGKAT KEBANGSAAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SEMPENA HARI PENGAKAP MALAYSIA 2023 - KATEGORI PENGAKAP KANAK-KANAK TAHUN 5 LELAKI KETIGA / PERINGKAT NEGERI JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) & JAMBOREE-ON-THE-INTERNET (JOTI) PENGAKAP MALAYSIA PESERTA / PERINGKAT NEGERI 21
22 Anugerah Tokoh Nilam Muhammad Adwa Zakwan bin Mohd Zaki dari kelas 6 Potensi dilahirkan pada 01 Oktober 2011. Anak kepada Encik Mohd Zaki bin Sulong dan Puan Salwani binti Husin ini gemar membaca pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah, sastera, komik, sains fiksyen dan sebagainya. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan menjadi penerbit serta menjual buku. MUHAMMAD ADWA ZAKWAN BIN MOHD ZAKI 6 POTENSI Budaya membaca memang telah sebati dalam diri beliau. Menurutnya, detik waktu yang berlalu tidak akan sempurna andainya buku tidak ditatap. Menurut beliau lagi, membaca dapat menghilangkan stres dan memberi hiburan kepadanya di samping dapat meningkatkan pengetahuan dengan pelbagai maklumat. Saudara Muhammad Adwa Zakwan terkenal dengan sikap periang dan peramah serta mempunyai personaliti yang menarik. Beliau amat disenangi oleh warga Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai kerana sikapnya yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Beliau juga amat pemurah dan begitu mudah menghulurkan bantuan kepada guru-guru dan rakan-rakan. Beliau amat gemar membaca buku dengan mengunjungi perpustakaan sekolah hampir setiap hari dan melaksanakan tugasan untuk mencatat rekod bacaan ke dalam sistem NILAM secara berterusan. Usahanya ini disokong oleh ibu bapa beliau dengan membelikan pelbagai jenis buku dan mewujudkan sudut bacaan dirumah. Selain itu, kesungguhan untuk membaca ditambah dengan bahan bacaan secara dalam talian. Dengan usahanya yang gigih ini, beliau telah mencatat bahan bacaan sebanyak 756 rekod seterusnya melayakkan beliau mendapat taraf 5 Bintang.
Anugerah Pra Sekolah 2023 23
BIL NAMA MURID TAHUN NAMA KELAS ANUGERAH 1 NUR ZULAIKHA BINTI NORKHAIRUL PRASEKOLAH PRA A KESELURUHAN TERBAIK 2 NUR ALLYSA MEDINA BINTI ABDUL AZIM AZIZAN PRASEKOLAH PRA A AKADEMIK TERBAIK 3 MUHAMMAD AL FATEH BIN MUHAMMAD SALAHUDDIN PRASEKOLAH PRA A KOKURIKULUM TERBAIK 4 NUR ATHIRAH BINTI MOHD LOKMAN PRASEKOLAH PRA A KEHADIRAN TERBAIK 5 IYSHAT AFWAZ BIN MOHAMAD FIRDAUS PRASEKOLAH PRA B KESELURUHAN TERBAIK 6 HURAIYA MIQAILA BINTI HASLAN PRASEKOLAH PRA B AKADEMIK TERBAIK 7 NUR AYRA KEISHA BINTI ISMAIL PRASEKOLAH PRA B KOKURIKULUM TERBAIK 8 MUHAMMAD SYAQIR DA'IM BIN MOHD FAIZAL PRASEKOLAH PRA B KEHADIRAN TERBAIK 9 NUR AL JANNAH BINTI MUAZ PRASEKOLAH PRA C KESELURUHAN TERBAIK 10 IMAN YUSUF ANAQI BIN IZZUDDIN SYABIL PRASEKOLAH PRA C AKADEMIK TERBAIK 11 NUR IFFAH HUMAIRAH BINTI RAZIB PRASEKOLAH PRA C KOKURIKULUM TERBAIK 12 MUHAMMAD AHNAF HAZIM BIN MOHD SALEH PRASEKOLAH PRA C KEHADIRAN TERBAIK 24
Anugerah Kehadiran Murid 100% 2023 1 MUHAMMAD QA'ID TARIQ BIN MASRI 1 KOMITED 2 MUHAMMAD QAREESH FAARIQ BIN MOHD FAIZI 1 POSITIF 3 MUHAMMAD AAMIR DANISH BIN MOHD KHAIRUL AMRI 2 KREATIF 4 NOOR QISHA QAISARA BINTI FARID 2 KREATIF 5 MUHAMMAD RAYYAN IMAN BIN ABDULLAH 2 KREATIF 6 MUHAMMAD HAZIQ ISKANDAR BIN MOHD ISA 3 SUKSES 7 AINUL MARDHIAH BINTI MUAZ 3 KREATIF 8 NOOR IMANI IRDINA BINTI FARID 3 KREATIF 9 ADAM HARITH BIN KHAIRZOL ZAMRIN 3 POSITIF 10 DIMAS PRASETYO TAI 4 KREATIF 11 HARITH FIQRY BIN AHMAD SHAH 4 KREATIF 12 NURIN ALYA MAISARAH BINTI MOHD ISA 4 POTENSI 13 MUHAMMAD DINIE AMSYAR BIN ABDUL AZIZ 4 KOMITED 25
14 MUHAMMAD AIDIL SHAHBANEE BIN FAUZAN 5 POTENSI 15 MUHAMMAD QALEEF IMRAN BIN MOHD FAIZI 5 KREATIF 16 ADAM HAZIQ BIN KHAIRZOL ZAMRIN 5 KOMITED 17 NOOR BATRISYIA BALQIS BINTI FARID 5 KOMITED 18 SITI NURFATEEN FARHANA BINTI MOHD SHAHRIL 5 KOMITED 19 SAIFUL AIMAN BIN SAIFUL AZHAR 5 SUKSES 20 AMIRA AISYA BINTI ZAIDIAMRI 6 SUKSES 21 NUR ZAHRA RAIHANAH BINTI MOHD ROZI 6 SUKSES 22 AISYAH SOFFIYA BINTI MOHD KHAIRULFADHLAN 6 KOMITED 23 FARISAH SAFIYYAH BINTI NORAZLEY 6 KOMITED 24 NUR ALYA NABIHAH BINTI MOHD NAJIB 6 KOMITED 25 PUTRI NUR BALQIS BINTI AFZANNIZAN 6 KOMITED 26 MUHAMMAD SUFI TSAQIF BIN MASRI 6 KREATIF 26 NUR SAFIYYAH JASMIN BINTI MOHAMMAD ADIB 6 KREATIF 28 AARON ZULKARNAIN BIN SHAIFUL AMRUL RIZAL 6 POSITIF 29 ALIFF ASYRAFF BIN AHMAD 6 POSITIF 30 LIZA PUSPITA SARI BINTI SUKIPTO 6 POSITIF 31 MUHAMMAD MUQRI RAHIMI BIN FARIZAD 6 POSITIF 32 MUHAMMAD THAQIF FAKHRULLAH BIN ABDUL NIZAM 6 POSITIF 33 NUR AINI BINTI MOHAMMAD MUSA 6 POSITIF 26
Anugerah Unit Beruniform Aktif Anugerah Sukan & Permainan Terbaik Anugerah Kelas Terbersih dan Ceria Anugerah Khas PIBK 2023 27 ● NOR AZLIN BIN MOHAMED JUENI - PENGLIBATAN AKTIF PROGRAM SEKOLAH ● AZLI BIN MUSTAFA - PENGLIBATAN AKTIF PROGRAM SEKOLAH ● HASLINA BINTI BEK - PENGLIBATAN AKTIF PROGRAM SEKOLAH ● NURUL FATIHA BINTI MUSTAFA - PENGLIBATAN AKTIF PROGRAM SEKOLAH ● PUTERI ISLAM ● PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH ● 6 POTENSI ● 5 SUKSES ● 2 POSITIF
Anugerah Khas Kokurikulum 2023 28
29
30
31
32
33
34
35
36
Anugerah Cemerlang PBD Sahsiah Terpuji 2023 37
Tahun 1 38
Tahun 2 39
Tahun 3 40
Tahun 4 41
Tahun 5 42
Tahun 6 43
Penghargaan 1.GALERI BUKU SBC SDN. BHD 4.MYNZA CATERING 2. PUSTAKA NIS 5. PARA PENYUMBANG 3. MEWAH ILMU BAKTI SDN. BHD 44
Catatan 45