The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN BULOH KASAP, 2020-12-23 22:16:46

MINIT METT PUTERI CAWANGAN 2018

MINIT METT PUTERI CAWANGAN 2018

Cawangan Gelang
Chinchin

PERSIDANGAN
TAHUNAN PUTERI
UMNO CAWANGAN
GELANG CHINCHIN

2018

TARIKH : 25 MEI 2018
MASA :
TEMPAT : 6.00 PETANG

PERKARANGAN BILIK GERAKAN
PDM GELANG CHINCHIN

ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN/PERKARA MUKA SURAT

1. Surat Notis Persidangan 1
2
2. Agenda Persidangan 3

3. Lagu: 4-8
9
i) Bangsa Johor 10
ii) UMNO Johor
iii) Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
iv) Lagu Puteri

4. Peringatan Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan 2017
(KERTAS PERSIDANGAN BIL.1/2017)

5. Penyata Tahunan Puteri UMNO Cawangan 2016/2017
(KERTAS PERSIDANGAN BIL.2/2017)

6. Penyata Kewangan Puteri Cawangan berakhir 31 Disember 2017

AGENDA PERSIDANGAN PUTERI UMNO CAWANGAN 2018

1. Pengerusi Tetap mengambil tempat dan membaca serta menandatangani Surat
Sumpah di hadapan ahli-ahli persidangan yang hadir.

2. Bacaan Doa.

3. Nyanyian lagu Bangsa Johor, UMNO Johor, Bersatu Bersetia Berkhidmat, dan lagu
Puteri UMNO.

4. Pengerusi Tetap memulakan Persidangan.
i) Mengumumkan mengenai jumlah ahli berdaftar bagi tahun 2017
serta bilangan ahli yang hadir.
ii) Pesanan Pengerusi Persidangan mengenai tatacara persidangan

5. Membentangkan Kertas-kertas Persidangan.
i) Peringatan Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan yang lalu
ii) Penyata Tahunan Puteri UMNO Cawangan 2016/2017
iii) Penyata Kewangan Puteri UMNO Cawangan berakhir
31 Disember 2017

6. Ucapan Ketua Puteri UMNO Cawangan.

7. Memilih Ahli-ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Cawangan (Fasal 17.1.1,
17.1.2 dan 17.1.3 PERATURAN PERGERAKAN PUTERI tertakluk kepada Fasal 17.2)
i) Seorang Pengerusi Tetap Puteri
ii) Seorang Timbalan Pengerusi Tetap Puteri
iii) Seorang Ketua Pergerakan Puteri Cawangan
iv) Seorang Naib Pergerakan Puteri Cawangan
v) 7 Orang Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri Cawangan

8. Memilih 2 orang Wakil ke Perwakilan Puteri Bahagian. Wakil-wakil yang Tidak Dipilih
di Dalam Persidangan Puteri Cawangan atau Sebarang Pertukaran selepas itu adalah
tidak sah.
(Fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO)

9. Membahaskan usul-usul (jika ada).

10. Ucapan Penangguhan.

11. Persidangan ditangguhkan.

2

LAGU

LAGU “BANGSA JOHOR” HIDUP MELAYU BERSATU

Allah peliharakan Sultan… Hidup Melayu, teguh berpadu…
‘Nugerahkan dia segala Bergerak maju…
kehormatan…
Pimpinan luhur, terbilang masyhur…
Sihat dan ria kekal dan makmur… UMNO Johor…
Luaskan kuasa naungkan kami…
Seia sekata, bulat cita-cita…
Rakyat dipimpini berzaman lagi… Bertekad waja…
dengan merdeka bersatu hati…
Bersama janji, ikrar kami…
Allah berkati Johor… Allah restui…

Allah selamatkan Sultan… Berpandu syiar agama…
Kedaulatan junjung setia…
BERSATU, BERSETIA BERKHIDMAT
Membina Negara jaya…
Bersatu kita bersatu… Mempertahan maruah bangsa…
Dengan setia berganding bahu… Itulah sumpah, sepenuh rela…

Jiwa teguh berpadu… Darah dan nyawa…
Kita rumpun Melayu…
LAGU PUTERI UMNO
Bersama kita bersama…
Mendukung hasrat semua… Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia…
Berjasa pada Bangsa,
Agama dan Negara… Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati,
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka…
Lambang kita yang gagah…
Dipandang mulia dan indah… Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan Negara,
Bersatu, Bersetia Bekhidmat Rela untuk berkorban harta dan nyawa…
Demi agama bangsa dan Negara,
Cogankatanya… PUTERI UMNO terus mara…

UMNO terus mara… Dengan bersemangat tabur bakti dan khidmat,
Untuk rakyat di kota dan di desa…
Untuk rakyat Malaysia…
Hingga ke titisan darah yang terakhir,
Rela berjuang demi maruah bangsa…

PUTERI UMNO akan tetap setia,
PUTERI UMNO akan terus mara...

~TrIpLe H~

3

PERINGATAN
PERSIDANGAN

LAPORAN PERINGATAN PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
UMNO CAWANGAN GELANG CHINCHIN YANG LALU

TARIKH : 31 MAC 2017

MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWANRAYA KAMPUNG GELANG CHINCHIN

2. 8.45 MALAM ~ PENDAFTARAN AHLI CAWANGAN YANG HADIR

Ahli puteri yang hadir mendaftarkan diri ke Persidangan Puteri
UMNO cawangan Gelang Chinchin. Ketibaan wakil cawangan dan
wakil dari Puteri UMNO Bahagian Segamat.

3. 9.00 MALAM ~ BACAAN DOA
Persidangan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.

4. 9.05 MALAM ~ NYANYIAN LAGU UMNO DAN LAGU PUTERI UMNO

Semua yang hadir menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku,
UMNO Johor, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat dan lagu Puteri UMNO.

5. 9.20 MALAM ~ UCAPAN KETUA PUTERI UMNO CAWANGAN

~ Puan Hazura Hazatul Hanim binti Mohamed selaku ketua
Puteri UMNO Cawangan Gelang Chinchin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Puan Nor Suriya binti Mohd Zin, Ketua Puteri
Bahagian, Puan Noraini binti Md Misman Naib Ketua Puteri
Bahagian, penyelaras puteri bahagian iaitu Puan Raze binti
Jamaludin dan Puan Yusmaslina binti Yahya serta barisan
jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Segamat kerana sudi hadir.
Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua ahli puteri dan
wakil pemerhati cawangan iaitu Tuan Haji Abd Rahman bin Atan,
Ketua UMNO Cawangan Gelang Chinchin bersama Puan Johana binti
Ali, Ketua Wanita UMNO Cawangan Gelang Chinchin dan semua ahli
jawatankuasa UMNO cawangan yang turut hadir.

4

~ Alhamdulillah, beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas
kepada Puteri UMNO Cawangan kerana telah memberi komitmen
dan kerjasama dalam setiap program dan aktiviti berkaitan
cawangan dan kampung.

~ Beliau juga mengingatkan tentang kesiapsiagaan puteri
dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 yang dijangka pada
tahun hadapan.

6. 9.35 MALAM ~ MEMBACA DAN MENANDATANGANI SURAT SUMPAH

Timbalan Pengerusi Tetap - Puan Shiqahrati binti Adisaputra,
membaca dan menandatangani surat sumpah.

7. 9.40 MALAM ~ PENGUMUMAN PENGERUSI PERSIDANGAN TENTANG JUMLAH
AHLI BERDAFTAR 2016 DAN JUMLAH AHLI YANG HADIR

Pengerusi Tetap Persidangan telah memaklumkan bahawa jumlah
ahli Puteri UMNO Cawangan Gelang Chinchin yang berdaftar pada
tahun 2016 ialah seramai 39 orang, dan ahli puteri yang hadir adalah
seramai 11 orang.

8. 9.45 MALAM ~ PESANAN PENGERUSI PERSIDANGAN

Pengerusi Tetap Persidangan mengingatkan kepada ahli puteri yang
hadir agar sentiasa mematuhi peraturan persidangan.

9. 9.50 MALAM ~ MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN TAHUNAN
PUTERI UMNO CAWANGAN YANG LEPAS

Penolong Setiausaha Puteri UMNO Cawangan Gelang Chinchin, Puan
Suria Safura binti Abd Rahman membentangkan peringatan
persidangan tahunan puteri cawangan yang lepas seperti mana yang
terdapat di dalam buku persidangan.

10. 9.55 MALAM ~ MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN PUTERI UMNO
CAWANGAN TAHUN 2016/2017

5

Penolong setiausaha Puteri UMNO Cawangan Gelang Chinchin, Puan
Suria Safura binti Abd Rahman membentangkan penyata tahunan
puteri cawangan seperti mana yang terdapat di dalam buku
persidangan.

11. 10.00 MALAM ~ MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN PUTERI UMNO
CAWANGAN TAHUN 2016
Bendahari Puteri UMNO Cawangan Gelang Chinchin
membentangkan penyata kewangan puteri cawangan yang berakhir
31 Disember 2016, seperti mana yang terdapat di dalam buku
persidangan.

12. 10.05 MALAM ~ MEMILIH DUA ORANG WAKIL PUTERI UMNO CAWANGAN
GELANG CHINCHIN KE PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO
BAHAGIAN 2016

i) Zailily binti Taib
ii) Nur Azimah binti Mohamed
iii) Shiqahrati binti Adisaputra (ganti ketua)

13. 10.20 MALAM ~ MEMBAHASKAN USUL
Tiada usul yang dibahaskan.

14. 9.21 MALAM ~ PENANGGUHAN PERSIDANGAN

Pengerusi tetap sementara menangguhkan persidangan pada jam
9.45 malam.

15. 9.25 MALAM ~ UCAPAN PENANGGUHAN
i)
Tuan Haji Abd Rahman bin Atan (Wakil Pemerhati Cawangan)

~ Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Puteri
UMNO Cawangan Gelang Chinchin kerana telah bersidang.

~ Memaklumkan mengenai program-program dan aktiviti
kampung serta cawangan.

6

~ Mengharapkan penyertaan ahli puteri cawangan di setiap
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh cawangan.
ii) Puan Johana binti Ali (Wakil Pemerhati Cawangan)
~ Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Puteri
UMNO Cawangan Gelang Chinchin kerana telah selamat bersidang.
~ Mengharapkan penyertaan ahli puteri cawangan di setiap
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh cawangan terutamanya
dalam program Wanita. Kerana puteri yang akan menjadi pelapis
Pergerakan Wanita Cawangan akan datang.

iii) Puan Noraini binti Md Misman (Wakil Puteri Bahagian)
~ mengucapkan syukur kerana diberikan kesempatan
menghadirkan diri dalam mesyuarat ini. Ucapan terima kasih dan
tahniah kepada semua ahli Puteri Cawangan yang hadir, pemerhati
cawangan dan penyelaras dari Puteri Bahagian.
~ sekadar mengenai isu hari ini, tetapi biarkan mereka yang di
atas yang menyelesaikannya. Kita diperingkat akar umbi terus
rapatkan saf dan kuda-kuda perjuangan kerana ada perkara yang
lebih penting untuk kita laksanakan iaitu PRU 14.
~ kenalpasti ahli-ahli yang masih belum berdaftar untuk
memastikan kemenangan pada PRU 14, dan menyeru, mohon
sokongan daripada semua untuk turut serta di dalam program-
program puteri bahagian, cawangan dan sayap-sayap cawangan.

7

AKTIVITI SERTA PROGRAM PUTERI UMNO
CAWANGAN GELANG CHINCHIN

1) Menyampaikan kek sempena Hari Guru 2017 pada 16 Mei 2017, bertempat di
SK Gelang Chinchin.

2) Wakil puteri cawangan turut bersama dalam program berkaitan JKKK,
KRT dan KOSPEN peringkat Kampung Gelang Chinchin.

3) Hadir bersama di Persidangan Tahunan UMNO Cawangan 2017.
4) Terlibat secara langsung dengan Persidangan Tahunan Puteri UMNO

Bahagian Segamat 2017.
5) Turut bersama perwakilan cawangan dalam Mesyuarat Agong Perwakilan UMNO

Bahagian Segamat 2017 (seorang perwakilan cawangan adalah dari Puteri).
6) Turut serta dalam setiap program dan aktiviti cawangan.
7) Turut serta dalam setiap program dan aktiviti bersama Puteri UMNO Bahagian

Segamat.
8) Turut serta dalam setiap program dan aktiviti bersama UMNO Bahagian Segamat.

8

PENYATA
TAHUNAN
PUTERI UMNO
CAWANGAN
GELANG
CHINCHIN

SENARAI JAWATANKUASA PUTERI UMNO
CAWANGAN GELANG CHINCHIN 2013-2016

Pengerusi Tetap : HAMIDAH BINTI ABU BAKAR
Timbalan Pengerusi Tetap : SHIQAHRATI BINTI ADISAPUTRA
Ketua Puteri : HAZURA HAZATUL HANIM BINTI MOHAMED
Naib Ketua Puteri : ROSLINA BINTI JAMAL
Setiausaha : SUFFIAN BIN ABU BAKAR
Penolong Setiausaha : SURIA SAFURA BINTI ABD RAHMAN
Penolong Bendahari : ZAILILY BINTI TAIB
Ketua Penerangan : NUR AZIMAH BINTI MOHAMED
Ahli Jawatankuasa : AZILAH BINTI ABD AZIZ
: RAFIZAH BINTI RASIB
: NORHAYATI BINTI SENEN
: INSYIRAH BINTI IDRIS
: NORANIZAH BINTI SAAN

9

PENYATA
KEWANGAN
BERAKHIR
31 DISEMBER

2017

PENYATA KEWANGAN PUTERI U
Berakhir 3

BIL PENDAPATAN RM

1. Baki 2016 98.80
200.00
2. Sumbangan Puteri
UMNO Bahagian

Jumlah 298.80

Disediakan oleh Disemak oleh
.................................. .................................
(Zailily binti Taib) (Hazura Hazatul Han
Penolong Bendahari Puteri Cawangan Ketua Puteri Cawang

10

UMNO CAWANGAN GELANG CHINCHIN
31 disember 2017

BIL PERBELANJAAN RM

1. Perbelanjaan untuk 235.00
Persidangan Puteri 55.00
Cawangan dan
cenderahati

2.
Perbelanjaan
kegunaan untuk
program sepanjang
tahun 2017

JUMLAH BAKI 8.80

.. Disahkan oleh
nim binti Mohamed) ..................................
gan (Suria Safura binti Abd Rahman)
Penolong Setiausaha Puteri Cawangan
0


Click to View FlipBook Version