SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. LUKE, SRI AMAN
MINIT MESYUARAT DLP BIL 3/2019
Tarikh : 05 November 2019 (Khamis)
Masa : Jam 1515
Tempat : Bilik Mesyuarat Tennant, SMK St. Luke
Agenda Mesyuarat:
1. Kata alu-aluan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat Bil. 2/ 2019
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Penyelarasan pelaksanaan program DLP 2019 mengikut tingkatan
5. Hal-hal lain
Kehadiran: Pengetua/Pengerusi
1. Limok anak Shem Penolong Kanan Pentadbiran
2. Villa Lau Po Choo Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. Rosdi bin Shamsudin Penolong Kanan Kokurikulum
4. Gibson Gunting anak Luyoh Guru Kanan Sains dan Matematik/Penyelaras DLP
5. Anita Bruin Guru Kanan Bahasa/Bahasa Inggeris 3 ZH
6. Sarah anak Anchah
Guru kelas 3UD/Sains DLP – 3UD, 3ZH
7. Yong Pei Yik Matematik DLP – 3UD
8. Kong Sing Ching Sains DLP – 2ZH
9. Linda Lau Sheng Sheng Matematik DLP – 2UD
10. Tan Huang Hui Matematik DLP – 1UD, 2ZH
11. Wee Tshi Len Bahasa Inggeris – 2ZH
12. Jee Nguk Lan Bahasa Inggeris – 1UD/3UD
13. Regina anak Gisu Matematik DLP – 1ZH
14. Ting Yien Sains DLP – 1UD
15. Roland anak Laka Guru kelas – 1UD
16. Helen anak Jack Sungul Guru kelas – 1ZH
17. Margaret anak Chana Guru UPBK
18. Nurin anak Changgan Guru UPBK
19. Stella anak Jimmy Setiausaha/Pencatat minit /Guru kelas 2UD/ Sains - DLP 1ZH
20. Norita anak Joseph 2UD/ Matematik DLP – 3ZH
Tidak hadir bersebab: Pengawas SPM
1. Mohammad Khir bin Mustapa Pengawas SPM
2. Georffery Steven Sempurai Ada temujanji di Poliklinik Sri Aman
3. Shirley Sana anak Bennet
1.0 Kata alu-aluan pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat DLP bil. 3/2019 dan memaklumkan bahawa
program DLP di sekolah ini sudah bertapak selama 3 tahun. Kohot pertama DLP telah pun menduduki PT3
dan keputusan akan diumumkan pada 12.12.2019 nanti.
1.2 Pengerusi menyarankan agar semua murid harus dialu-alukan dan diberi peluang untuk menyertai kelas
DLP khasnya murid tingkatan 1 2020.
1.3 Pengerusi juga berhasrat untuk menjadikan blok Danson sebagai zon DLP, zon TS25, dan “speaking
english zone’. Hal ini kerrana murid di blok ini menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
utama dan proses PdPc yang dijalankan mestilah berlainan daripada kelas yang lain iaitu murid yang
memainkan peranan utama dan guru adalah sebagai pemudahcara sahaja.
Makluman
1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada cikgu Regina anak Gisu di atas sumbangan dan jasa bakti
beliau sepanjang mengajar di SMK St. Luke iaitu selama 12 tahun. Cikgu Regina anak Gisu akan bersara
pilihan pada hujung tahun 2019 dan ini merupakan mesyuarat DLP terakhir beliau di SMK St. Luke.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat Bil. 2/ 2019
2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh cikgu Sarah anak Anchah dan disokong sebulat suara oleh semua ahli
mesyuarat.
3.0 Perkara-perkara berbangkit
3.1 Bil. 2/2019 Perkara 4.2
Alvin Raffael Dion anak Giri telah dirujuk kepada pihak HEM dan telah diambil tindakan oleh cikgu Wellesley
anak Albert.
4.0 Penyelarasan pelaksanaan program DLP 2019 mengikut tingkatan
4.1 Cikgu Norita anak Joseph memaklumkan bahawa berdasarkan analisis peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan akhir tahun 2019, kelas 2UD menunjukkan keputusan yang baik dan mempunyai potensi untuk
lulus dengan lebih baik pada masa hadapan untuk semua matapelajaran.
Makluman
4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau akan mencari masa yang sesuai untuk bertemu dengan semua
murid tingkatan satu memandangkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2019 hanya sembilan orang murid
sahaja yang layak melepasi tahap penguasaan minimum.
Tindakan: Pengetua
4.3 Cikgu Norita anak Joseph memaklumkan ada seoramg murid daripada kelas 1MH yang layak untuk
mengikuti kelas DLP pada tahun hadapan berdasarkan keputusan yang dia perolehi semasa peperiksaan
akhir tahun 2019. Murid itu adalah Flexious Silang anak Jugol.
Tindakan: PK Pentadbiran, PK HEM
4.4 Cikgu Norita anak Joseph juga memaklumkan bahawa ada lima orang murid yang boleh dicadangkan untuk
digugurkan daripada mengikuti kelas DLP berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2019. Senarai
nama murid dan keputusan peperiksaan adalah seperti berikut:-
Bil. Nama Murid Kelas Peperiksaan Peperiksaan Akhir Tahun
1. Darrick Wayner Beti anak 1UD Pertengahan Tahun
Bahasa Inggeris – 51
Dominic Bahasa Inggeris – 40 Sains - 29
Sains - 28 Matematik – 33
2. Wong Ming Zheng Matematik – 36
Bahasa Inggeris – 31
1UD Bahasa Inggeris – 20 Sains - 15
Sains – 22 Matematik – 33
Matematik – 50
3. Alvin Raffael Dion anak Giri 1ZH Bahasa Inggeris – 50 Bahasa Inggeris – 41
Sains - 42 Sains - 34
Matematik – 24 Matematik – 25
4. Eamonn Tang Kai Yuan 1ZH Bahasa Inggeris – 38 Bahasa Inggeris – 37
Sains - 28 Sains - 31
Matematik – 58 Matematik – 53
5. Richard Illin anak Mingkul 1ZH Bahasa Inggeris – 40 Bahasa Inggeris – 31
Sains - 34 Sains - 35
Matematik – 26 Matematik – 24
Tindakan:PK pentadbiran, PK HEM
,
Tindakan; PK Pentadbiran, PK HEM
4.5 Pengerusi memaklumkan pada tahun hadapan untuk tingkatan empat, pihak sekoalah akan menawarkan
satu kelas sains tulen (4UD), kelas 4ZH dan 4MH adalah di bawah bidang kemanusiaan dan menawarkan
elektif yang sama tetapi untuk kelas 4ZH, matapelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam Bahasa
Inggeris (DLP).. Manakala kelas 4MI, 4ZL dan 4US kekal ditawarkan dengan matapelajaran teras sahaja
namun pada masa yang sama pihak sekolah membuka peluang kepada kumpulan murid ini untuk
mengambil matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Pihak sekolah tidak menawarkan matapelajaran ini
kepada semua tetapi kepada yang berminat sahaja.
Makluman
5.0 Hal-hal lain
5.1 Cikgu Anita anak Bruin mencadangkan agar keputusan matapelajaran Bahasa Melayu perlu juga
dimasukkan ke dalam perbandingan markah untuk setiap kali analisis peperiksaan dibuat.
5.2 Cikgu Villa Lau Po Choo membuat pengesahan bahawa Daneal Dylano anak Demendraa akan dipindahkan
ke 1MH daripada 1ZH atas permintaan ibubapa dia sendiri.
5.3 Cikgu Regina anak Gisu mengatakan apabila sudah menjadi seorang guru, maka seorang guru mestilah
mengajar dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.
6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas penglibatan aktif semua ahli mesyuarat dan mesyuarat telah
ditangguhkan pada jam 1555.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Diperakukan oleh,
________________ _________________ ____________
(NORITA ANAK JOSEPH) ( VILLA LAU PO CHOO) (LIMOK ANAK SHEM)
Setiausaha JK DLP Penolong Kanan Pentadbiran Pengetua
Tarikh: Tarikh: Tarikh: