Dirasmikan oleh 22 SAM UNWANUS SAADAH TUAN HAJI SAIFUDDIN BIN HUSSIN TIMBALAN PENGARAH PENGEMBANGAN SEKOLAH AGAMA, BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JULAI 2023 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari Dewan Al- Ghazali Dirasmikan oleh
ISI KANDUNGAN
VISI SAM Unwanus Saadah mampu menjana sistem pendidikan yang berkualiti berteraskan alQuran dan sunah bagi melahirkan insan gemilang akademik dan sahsiah demi kesejahteraan negara MISI SAM Unwanus Saadah berhasrat melestarikan kepimpinan berkualiti warga sekolah sehingga mempunyai akauntabiliti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara yang diredhai Allah duniawi dan ukhrawi
MOTTO Sahsiah Cemerlang, Akademik Gemilang, SAMUSKD Terbilang. SLOGAN PERTAMA TERBAIK MEMIMPIN
ATURCARA MAJLIS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta Alam , Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas nikmatNya kerana dengan izinNya, kita dapat berhimpun bersama-sama di dewan yang indah ini bagi meraikan majlis yang penuh bermakna, iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan SAM Unwanus Saadah. Sesungguhnya, Hari Anugerah Kecemerlangan ini merupakan majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Pentaksiran Akhir Tahun, Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022. Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk meneruskan jejak kecemerlangan pelajar di sekolah ini agar terus berjaya dan unggul di daerah Kuala Langat. Sehubungan dengan itu, permuafakatan yang utuh dalam kalangan warga pendidik dan komitmen yang tinggi oleh semua guru, ditambah pula dengan sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat sangat penting untuk merealisasikan kecemerlangan akademik dan keunggulan sahsiah murid di SAM Unwanus Saadah. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Pada tahun 2022, keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) telah memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu dengan kelulusan sebanyak 100% dengan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 2.08. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat Mumtaz Sofi, 26 orang pelajar telah mendapat Mumtaz dan 48 orang pelajar telah mendapat keputusan Jayyid Jiddan. Bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, keputusan SPM dicatatkan dengan kelulusan sebanyak 100% dengan gred purata sekolah 3.48. Serorang pelajar yang mendapat keputusan semua A bagi 9 subjek, 5 orang pelajar memperoleh 9A, 5 orang pelajar mendapat 8A dan 13 orang mendapat 7A. Saya yakin, warga SAMUS akan terus berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah demi mencapai visi dan misi sekolah. berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah demi mencapai visi sekolah untuk menjadi SABK terbilang di daerah Kuala Langat . SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG PUAN HAJAH NORLINA BT SHAHARUDDIN PENGETUA SAM UNWANUS SAADAH
SAM Unwanus Saadah mempunyai 57 orang guru yang sentiasa berdedikasi untuk memastikan kejayaan para pelajar dengan dibantu oleh 7 orang kakitangan sokongan yang sentiasa memberikan kerjasama dalam membantu menguruskan hal-hal sekolah. Kejayaan pelajar ini tidak hanya bergantung kepada keputusan akademik sahaja malah dari segi pencapaian kokurikulum dan ko akademik juga turut diambil kira. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dan tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk memastikan kejayaan para pelajar. Sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan ini merupakan berkat daripada hasil sumbangan dan titik peluh kita bersama. Oleh itu, teruskanlah usaha dan perjuangan agar kecemerlangan dan kejayaan akan terus menjadi milik kita. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan ini. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Norlina binti Shaharuddin Pengetua, SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat. .
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,seluruh ahli keluarga Baginda dan para Sahabat sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayahNya Hari Anugerah Kecemerlangan 2022 SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat dapat diadakan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SAM Unwanus Saadah Kanchong darat, bagi tahun 2022. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kecemerlangan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah kecemerlangan merupakan satu majlis khas untuk meraikan pelajarpelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anakanak. Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. . SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG TUAN HAJI SAIFUDDIN BIN HUSSIN TIMBALAN PENGARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH AGAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM
Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah. Tuan-tuan dan puan-puan, Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada keikhlasan Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Para pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan menerima hadiah atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Semoga kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada sekolah ini kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) merasmikan Majlis Hari Anugerah kecemerlangan SAMUS bagi tahun 2022. Sekian, terima kasih. TUAN HAJI SAIFUDDIN BIN HUSSIN, TIMBALAN PENGARAH, PERKEMBANGAN SEKOLAH AGAMA, BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ANALISA GPS SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA (SPM) 2022
ANALISA GPS SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2022
ANUGERAH TOKOH MURID CEMERLANG AKADEMIK 2022 NURUL NAJIHAH BINTI MOHD ASRI
PENGHARGAAN KEPIMPINAN KETUA UMUM (LELAKI) HARITH ZAKWAN BIN AIRULNIZAN PENGHARGAAN KEPIMPINAN KETUA UMUM (PEREMPUAN) NURIS SYAMIMI BINTI NAZRI
ANUGERAH PRESTASI PANITIA 2022 SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)
ANUGERAH PRESTASI PANITIA 2022 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
MANAHIJ EN MOHD HARITH BIN OTHMAN ANUGERAH LONJAKAN GEMILANG MATA PELAJARAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)
Pn Elidyasuzi Binti Husin Daroyah En Nasuha Mustaqiim Bin Zulkipli Pn Dewiyana Binti Mat Salim AL-SYARIAH 1. 2. 3. ANUGERAH LONJAKAN GEMILANG MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
ANUGERAH TOKOH IBNU SINA 2022 ANUGERAH TOKOH SAIDATINA AISYAH 2022
ANUGERAH KHAS CITRA BUDI 2022
BorangSoalSelidik Hari Anugerah Kecemerlangan