The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RPH PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3 UNIT 4 SERANGGA COMEL: TEKSTUR MUZIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SOO SHAO JIAN IPG-Pelajar, 2024-03-17 22:36:23

RPH PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3 UNIT 4 SERANGGA COMEL: TEKSTUR MUZIK

RPH PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3 UNIT 4 SERANGGA COMEL: TEKSTUR MUZIK

Keywords: TEKSTUR MUZIK,RPH PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3

PELAN PENGAJARAN Mata pelajaran: Modul: Bahasa Muzik Kelas: 1 Minggu: 8 Pendidikan Muzik (Tahun 3 Unit 4) Topik: Elemen Muzik Bil murid: 20 Tarikh: 18/07/2024 Hari: Isnin Masa: 9.00a.m.- 9.30a.m. Standard Pembelajaran: 1.1.1, 1.1.2 Nilai Moral: Kerjasama dan disiplin Hubungan Rentasan Kurikulum: Sains, Moral Objektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pdpc, murid-murid akan dapat mengenal pasti dan membezakan tekstur nipis dan tebal serta menyanyikan lagu “Serangga” pada pic yang tepat. Kriteria Kejayaan: 1. Mengenal pasti 2 tekstur iaitu tekstur nipis dan tebal secara lisan dengan tepat. 2. Membezakan tekstur nipis dan tebal yang terdapat dalam lagu “Serangga”. (Pendekatan Dalcroze) 3. Menyanyi lagu “Serangga” pada pic yang tepat. Konsep Utama/Perbendaharaan Kata Utama: Tekstur Sumber: Buku Teks Kesenian Muzik Tahun 3 Halaman: 36-37 Strategi PdP: Strategi berpusatkan guru dan murid. EMK: Nilai murni: Bahasa dan nilai murni. PAK-21: • Menyanyikan lagu Strategi Kompetensi Global: 1. Komunikasi – berkomunikasi dengan rakan sekumpulan dengan beradab dan bersifat ingin tahu. 2. Kolaborasi – bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pembelajaran (nyanyian lagu “Serangga”) secara berkesan dan harmoni KBAT: • Menganalisis - Membezakan tekstur nipis dan tebal yang terdapat dalam lagu “Serangga”. • Memahami – Menguasai ilmu pengetahuan dan Kemahiran tentang tekstur nipis dan tebal dalam pendidikan muzik.


Rangka Pengajaran Impak /Refleksi Aktiviti Permulaan (Set Induksi) (5 Minit) Pop Corn (Soal jawab) 1. Guru mempamerkan gambar-gambar pelbagai jenis serangga (Pepatung, labahlabah, kelabang dan lain-lain) melalui projektor. (Pembimbing) 2. Sesi soal jawab berkenaan nama dan ciri serangga yang dipamerkan dalam gambar. (Pendorong) 3. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan pengajaran yang akan dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. (Pengawal) Pengetahuan sedia ada: Murid telah memahami dan menguasai kemahiran dan cara menyanyi sebuah lagu dengan pic yang tepat. Menarik minat muridmurid supaya mereka memberi tumpuan dan berminat pada lagu “Serangga” yang akan diajar oleh guru dalam aktiviti utama. Aktiviti Utama (20 Minit) 1. Guru menerangkan Objektif pengajaran dan kriteria kejayaan. (Pembimbing) 2. Guru menerangkan konsep tekstur dalam muzik dan ciri-ciri tekstur nipis dan tebal secara ringkas. (Pembimbing) 3. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang berbeza dan memilih seorang ketua kumpulan. (Pengawal) 4. Guru menerangkan bahawa semua murid perlu membuat pergerakan yang berbeza semasa mendengar bahagian tekstur nipis dan membuat pergerakan yang sama semasa mendengar bahagian tekstur tebal dari lagu “Serangga”. (Pendekatan Dalcroze) 5. Guru mempamerkan lagu “Serangga” dan murid membuat pergerakan. (Pendekatan Dalcroze) KBAT Mengenal pasti (menganalisis) tekstur dalam muzik berdasarkan audio lagu “Serangga” (Terdapat bahagian nyanyian solo dan nyanyian berkumpulan/koir dalam audio lagu ini). Sumber audio: Memainkan lagu Serangga melalui aplikasi YouTube. https://youtu.be/jeA PZ7q9Ipo


Bentuk pergerakan yang berbeza mewakili tekstur nipis. Bentuk pergerakan yang sama mewakili tekstur tebal. 6. Murid menyanyikan lagu “Serangga” seccara solo dan berkumpulan dengan pic yang tepat. (Pembelajaran aktif) Arahan guru: Rangkap pertama Tekstur nipis: Ketua Kumpulan 1 Tekstur tebal: Kumpulan 1 Rangkap kedua Tekstur nipis: Ketua Kumpulan 2 Tekstur tebal: Kumpulan 2 Rangkap ketiga Tekstur nipis: Guru Tekstur tebal: Kumpulan 1 dan 2 Nilai: Disiplin & patuh kepada arahan guru. Kaedah pentaksiran: -Pemerhatian dan lisan


Aktiviti Penutup (5 Minit) 1. Guru memberi pujian dan dorongan kepada kedua-dua kumpulan. (Pendorong) 2. Guru membuat rumusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. (Pengawal) Kerja susulan untuk murid. Balik rumah mendengar dan cuba menyanyi lagu Parang Ilang. Pemulihan Penerangan semula dengan lebih teliti. Penguatkuasaan Mengenal pasti tekstur dalam muzik berdasarkan audio lagu yang disediakan. Pengayaan Menerangkan semula tentang aktiviti yang telah dipelajari. Refleksi: Seramai 20 orang murid telah berjaya mengenal pasti dan membezakan tekstur nipis dan tebal serta menyanyikan lagu “Serangga” pada pic yang tepat dan 0 orang murid perlukan bimbingan/pemulihan.


Click to View FlipBook Version