KEMAHIRAN MEMBACA
AKTIVITI :
1 . B AC A P E T I K A N YA N G D I B E R I
2 . K E N A L PA S T I M A N FA AT M E N A N A M P O KO K H I A S A N
3 . S E N A R A I K A N M A N FA AT T E R S E B U T D I DA L A M B U K U
OMG HALAMAN 16
• Mungkin ada yang berpendapat manusia
tidak boleh hidup tanpa tumbuhan kerana
sumber makanan manusia secara
langsung atau tidak disumbangkan oleh
tumbuhan. Disamping itu juga
kegunaannya yang pelbagai seperti
sumber tambahan pendapatan, perubatan
dan sebagainya namun kita juga perlu
menyedari pokok-pokok juga boleh
dijadikan sebagai tanaman hiasan taman
atau di dalam rumah.
• Pokok hiasan yang kita tanam
berupaya untuk menyerikan
sesuatu kediaman atau sesebuah
bangunan itu. Di negara kita
contohnya, kita boleh dapati setiap
rumah mempunyai pokok hiasan
walaupun hanya terdiri dari sejenis
tumbuhan sahaja.
• Itulah jawapan mengapa pokok-
pokok diperlukan untuk menghiasi
halaman rumah, pinggir jalan, kawasan
awam, kompleks membeli belah,
ruang legar hotel dan pejabat, taman
rekreasi serta perkarangan bangunan.
Warna hijau pokok-pokok yang
ditanam untuk menghiasi laman dan
dalaman rumah, bangunan komersial
dan kawasan awam dapat melahirkan
suasana tenang dan damai.
• Pokok hiasan juga memainkan peranan
penting sebagai penyaman udara di
kawasan terbuka kerana pokok-pokok
berfungsi sebagai penyerap debu atau
jerebu dan menukar udara yang
mengandungi karbon dioksida kepada
oksigen. Kita sebagai individu atau
masyarakat mampu melakukan sesuatu
demi menjaga kawasan persekitaran yang
lebih hijau bersih dan selesa demi masa
depan yang lebih mencabar.