The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42344979, 2021-08-02 14:25:13

KEMAHIRAN TATABAHASA

KATA KERJA TRANSITIF

Keywords: BAHASA MELAYU,TINGKATAN 2

KEMAHIRAN
TATABAHASA
TINGKATAN 2

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA TRANSITIF
- Kata kerja yang diikuti oleh objek atau penyambut.

- Penyambut atau objek dalam kata kerja transitif boleh terdiri daripada satu
atau dua dalam satu-satu ayat.

– Kata kerja transitif dengan satu – Kata kerja transitif dengan dua
objek objek

SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Jurujual itu
KATA KERJA OBJEK KATA KERJA OBJEK OBJEK
TRANSITIF pelanggan TRANSITIF TEPAT SIPI

melayan Kak Siti membelikan saya buku itu

PERINGATAN

1. Kebanyakan kata kerja transitif berawalan meN- dan mempeR- yang diikuti oleh objek yang dikenakan perbuatan manakala
semua kata kerja berimbuhan meN-…kan, meN…i, mempeR…kan dan mempeR…i ialah kata kerja transitif.

Contoh:

– i. Murid menyapu sampah.

– ii. Mereka menceritakan kehebatan pemidato itu.

2. Kata kerja seperti “menguning”, “menginap”, dan “melompat” merupakan kata kerja tak transitif kerana tidak mempunyai
objek.

Contoh:

– i. Padi menguning.

– ii. Mereka menginap di inap desa

(Perkataan “inap desa” dan “menguning” ialah keterangan, bukannya objek kerana objek ialah benda yang dikenakan perbuatan.)

3. Semua kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek.

Contoh:

– i. Mereka membuat. X

– ii. Mereka membuat kerja. /

4. Semua kata kerja transitif, mesti diikuti terus oleh objek. Perkataan lain tidak boleh disisipkan
antara kata kerja transitif dengan objek kecuali kata bilangan.
Contoh:
– i. Pencemaran meninggalkan dalam jangka masa panjang kesan yang sangat buruk. X
– ii. Pencemaran meninggalkan kesan yang sangat buruk dalam jangka masa panjang. /
– iii. Pengurus itu menggajikan dua orang pekerja tambahan. /

5. Imbuhan yang tepat mesti digunakan.
Contoh:
– i. Asap mencemari alam sekitar.
– ii. Kilang itu mencemarkan alam sekitar.

Kenal pasti kata kerja transitif dalam petikan di
bawah. Kemudian, tulis jawapan anda dalam
buku BM3


Click to View FlipBook Version