SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG (2)
PESIARAN 2, FASA1C, BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES SELANGOR
( SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021 )
HARI RAYA AIDILFITRI
HARI RAYA AIDILADHA
TAHUN BARU CINA
HARI WESAK
HARI GAWAI
HARI KEAMATAN
DEEPAVALI
KRISMAS
Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya, sesuatu perayaan itu
disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah
bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku
pada suatu masa dahulu. Selain itu,perayaan juga akan disambut
berdasarkan agama yang dianuti.
Kemajmukan rakyat menjadikan kepelbagaian kebudayaan
Negara.Penduduk yang berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis
perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta
muhibah. Dalam setiap perayaan,tradisi mengadakan rumah terbuka
telah memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk saling kunjung
mengunjungi antara satu sama lain bagi memeriahkan perayaan
tersebut.
Di Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti
Malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut setiap
tahun. Di samping itu, masyarakat Negara ini mengamalkan amalan
berkongsi perayaan dan menghormati perayaan kaum lain.Tambahan
pula, melalui perkongsian perayaan, perpaduan masyarakat pelbagai
kaum di Negara ini dapat diutuhkan.
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan
tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah Atau Hari
Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
islam seluruh dunia yang beragama islam bagi menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mana umat islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan
berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu
sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah
menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan
saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-
Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke
rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk
bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan
di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum melayu yang dipakai oleh kaum
lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan
lilitan songket di bahagian pinggang.Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum
wanita ialah Baju Kurung dan Baju Kebaya. Amalan memberi wang kepada
kanak-kanak juga amat popular pada Hari raya. Duit raya selalunya diberikan
oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit raya.
Makanan yang popular dihidangkan semasa Hari Raya ialah Ketupat.
Ketupat adalah juadah istimewa yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa
dan selalu dihidangkan bersama rending ayam atau daging. Juadah-juadah lain
termasuklah lemang, lontong,dodol dan kuih raya.
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ' الأ ض حى ع يدEid Ul-Aḍḥa), Hari Raya
Korban atau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di
seluruh dunia. Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi
Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan taat pada
perintah Allah. Namun, sebelum Ibrahim dapat mengorbankan puteranya,
bagaimanapun, Tuhan menyediakan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai
gantinya. Sebagai memperingati peristiwa ini, haiwan dikorbankan secara rutin.
Sepertiga daging mereka dimakan oleh keluarga yang mempersembahkan
korban, sementara selebihnya diberikan kepada orang miskin dan yang
memerlukan.
Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-
10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12
dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Perayaan ini bermula dengan takbir
Aidiladha pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh, diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan
ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13
Zulhijjah, yang dipanggil Hari Tasyrik.
Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang
Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan
juga mengenakan wangi-wangian. Umat Islam akan mengerjakan
sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat
pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat
Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya
dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih
banyak masa untuk penyembelihan korban. Manakala bagi Aidiladha, hikmat
disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan
pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang,
upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang
dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid
sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada
golongan fakir miskin.
Tahun Baharu Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節
; pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam
nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang
jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-
rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan
pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan
melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada
mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari
selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan
dengan perayaan Cap Goh Mei.
Warna merah dan kuning akan dipakai sekiranya ia melibatkan peristiwa
menggembirakan iaitu termasuk juga pada perayaan Tahun Baru Cina. Ini
kerana mereka percaya bahawa warna-warna tersebut memberikan tuah,
kekayaan, kesihatan dan juga memberi makna simbolik yang baik.
Kepada penganut agama Buddha, Hari Wesak atau juga dikenali
sebagai Hari Buddha adalah lebih daripada sekadar cuti umum. Ini adalah
kerana festival ini adalah untuk merayakan tiga peristiwa penting, iaitu
kelahiran, ilham (nirvana) dan kematian (Parinirvana) Siddhartha Gautama
Buddha. Sambutan ini telah dirayakan sejak bertahun lamanya sebagai sebuah
tradisi buat mereka yang beragama Buddha.
Para pengikut dan penganut Buddha hanya akan dihidangkan dengan
makanan dan minuman yng berasaskan sayur-sayuran di kuil di Hari Wesak.
Tidak ada makanan tertentu yang disyaratkan untuk boleh dimakan atau tidak
pada perayaan Hari Wesak, tetapi penganut-penganut Buddha hanya percaya
bahawa mereka tidak harus memakan apa-apa sajian yang berasaskan daging
di hari sambutan. Perbuatan ini juga secara tidak langsung selari dengan
prinsip untuk menahan diri seseorang daripada melakukan sebarang aktiviti
yang melibatkan pembunuhan.
Bagi sambutan hari wesak di Malaysia, banyak kuil-kuil di seluruh
negeri di negara ini akan mengadakan aktiviti-aktiviti amal istimewa dan
khidmat sukarelawan, seperti memberi makan kepada warga gelandangan,
membuat kutipan wang derma untuk sumbangan bagi mereka yang
memerlukan dan pelbagai lagi perbuatan=perbuatan yang baik akan
dijalankan. Pada hari perayaaan, sami-sami Buddha yang berpakaian berwarna
cerah akan membacakan sutra-sutra mereka (ayat kitab suci Buddha) bersama-
sama dan burung merpati akan dilepaskan sebagai tanda kebaikan hati budi.
Para penganut dan pengikut agama juga akan turut serta dalam sesi
doa serta menawarkan bunga dan lilin bersempena perayaan Hari Wesak.
Bunga dan lilin pada Hari Wesak adalah antara perkara penting yang perlu
disertakan untuk festival ini bagi mengingatkan kepada semua pengikut agama
Buddha bahawa segala-galanya di dunia ini bersifat sementara, dan kehidupan
juga boleh mengalami kerosakan dan kemusnahan. Serupa seperti bagaimana
bunga yang akhirnya akan menjadi layu dan lilin yang dibakar sendiri oleh api.
Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum
peribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan
Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.
Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak.
Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan
berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang
baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.
Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran sejak 25 September
1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak.
Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun
1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan
Rajah Brooke. Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama
sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap
tahun. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah
panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua
pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara
penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar.
Persediaan menyambut Gawai Dayak bermula apabila tibanya bulan
Mei dengan proses penapaian “tuak” iaitu sejenis minuman tradisi komuniti
Dayak. Penapaian tuak mengambil masa kira-kira sebulan. Tuak dihasilkan
daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum
disimpan dalam tempayan.Apabila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi
pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan
ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Pada akhir
bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak
melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei,
kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil
“sarang semut”, “acuan” dan “kuih sepit”. Kuih-muih ini diperbuat daripada
tepung beras yang dicampur air, telur and gula lalu digoreng sehingga keras dan
kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam
tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara
menunggu tibanya hari gawai.
Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotong-royong untuk pembersihan
dan perhiasan rumah panjang atau kampung boleh diadakan seperti mengecat
atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak. Rumah panjang dibina
mengikuti peraturan-peraturan tertentu supaya ia digunakan sebagai tempat
kediaman dan juga tempat beribadat.Selepas itu, acara pembersihan kubur
selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang yang
telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and
masyarakat setempat.
Rumah panjang atau kampung seterusnya akan bermesyuarat untuk
menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengatur acara sambutan gawai pada
31 Mei dan 1 Jun. Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur,
perarakan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum
Iban, pendirian pokok “ranyai”, bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti
ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan nyanyian
puisi rakyat.Pada zaman moden sekarang, acara sukaneka pada siang harinya,
permainan sukaria, karaoke dan bejoget boleh diselitkan untuk memeriahkan
suasana gawai.
Peraturan-peraturan khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga
akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang meriah tanpa pergaduhan
dan gangguan yang lain. Bagi kaum Iban, peraturan ini dipanggil “begeliga”.
Apabila tibanya pagi 31 Mei, orang ramai akan turun mencari
makanan di hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup
dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari sebagai
lauk-pauk sebelum gawai.
Selepas itu, orang ramai akan menyembelih haiwan ternakan sebagai lauk
utama gawai. Sekarang ini, daging dan sayuran boleh dibeli di pasar-pasar
terutamanya bagi mereka yang bekerja dan tinggal di bandar-bandar.
Nasi pulut “pansoh” (lemang) akan dimasak dalam ruas buluh supaya ada
aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperoleh jika dimasak
dalam periuk. Nasi pulut ini dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya
melambangkan perpaduan dalam kalangan komuniti itu yang
menjamahnya.Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak,
sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi
sewaktu gawai burung atau kenyalang.
Pesta Kaamatan (Tulisan Jawi: )ک اءمات ن ڤ ي س تاatau nama lain iaitu
(Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan ("Magavau") merupakan
upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk
menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum
Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya
diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa
ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti
umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens,
Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan
pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri
daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.
Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua
tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan
sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga
pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu
cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan
kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi
antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau
"Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi
mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan
diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau
ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur
dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai
tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling"
untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling
digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain
itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang
diperbuat daripada buluh.
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan
perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh
dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Pada hari yang
bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada
mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain
itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga,
sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan
upacara sembahyang dan kegamaan.
Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana perayaan itu
sendiri mempunyai maksud Pesta Cahaya. Antara sebab mengapa perayaan ini
diraikan dengan pelita yang dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu
yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan
lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa
Krishnan.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,
telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja
Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan
syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai
perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan
lagi perayaan tersebut.
Hiasan 'kolam' pula merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka.
Manisan merupakan identiti masyarakat India.Manisan ini bukan sahaja
diminati oleh kaum india tetapi juga masyarakat lain di negara ini. Dalam
masyarkat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan
sesuatu majlis, acara atau hari perayaaan.Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif daan kesejahteraan yang berpanjangan.
Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik
dan dialu-alukan.
Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal
seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut
disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran ubi
kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran masala bersama yourgat dan kari
dhal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti muruku ,adirasam dan
payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.
Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun
lebih awal iaitu sebelum mtahari terbit. Seawal pukul 3 pagi penganut agama
Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Seluruh
keluarga juga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan
memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi
sebelum matahari terbit. Penganut Hindu menjalankan upacara mandi minyak
bijan bertujuan untuk meyucikan badan dan semangat. Ia adalah tanda simbolik
sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli
keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai
Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan
sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba
baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan
kejahatan dalam diri seseorang.
Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi
diteruskan selama hari selepas. Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi
hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut agama Hindu
akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan
menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan
mereka yang bukan beragama Hindu. Rumah terbuka tersebut amat meriah
dengan pelbagai makanan tradisional yang sungguh lazat seperti nasi beriani,
kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan seperti
laddu dan neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.
Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin
popular pada Hari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa
kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna.
Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepav
Hari Krismas atau Hari Natal ialah perayaan terbesar untuk penganut
agama Kristian disambut setiap tahun memperingati kelahiran Yesus dari
Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus
dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa
kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai
kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang
kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa
dilakukan Adam yakni "dosa asal" (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan banyak aliran dan mazhab
gereja setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja
Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain termasuk aliran tertentu di
negara Mesir, Habsyah , Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7
Januari disebabkan pengikutan sistem takwim yang berlainan (takwim
Julius berbanding takwim Gregorius).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan
keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok
Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran
Yesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang
sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa
dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-
unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan
modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga
oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu
perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana
pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan
peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka
Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor
peruncitan.
Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal
berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi
kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan
menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam,
rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan
gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di
ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan api.
Makanan yang wajib dan selalu dihidangkan pada Krismas Ayam belanda
panggang adalah sajian utama dan wajib dihidangkan pada perayaan Krismas.
Selain hiasan pokok Krismas dan kehadiran Santa Claus, biskut Krismas juga
adalah hidangan wajib.Kehadiran biskut dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna
mesti memeriahkan lagi suasana perayaan! Antara perisa biskut yang popular
adalah gingerbread man, biskut oatmeal, biskut ginger star, biskut keju
rosemary biskut baby meringue mouse dan biskut gula.