The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM, MINIT MESYUARAT, PENYATA KEWANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazirahwakinuddin, 2024-06-25 20:33:10

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELIAU

BUKU PROGRAM, MINIT MESYUARAT, PENYATA KEWANGAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke 49 ini. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SK Seliau sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik,sahsiah mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi kewangan ,tenaga dan sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Pihak sekolah sentiasa berlapang dada untuk menerima idea membina, sokongan dan kerjasama daripada pihak JPNS, PPD Seremban, PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah ini ke tahap yang lebih cemerlang. Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada seluruh PIBG SK Seliau yang telah memberikan sokongan dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan sekolah. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama harmoni yang berterusan antara sekolah dan PIBG. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seliau Kali ke 49 ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih. GURU BESAR PN HJH SOLEHAH BINTI HASHIM SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU MesyuaratAgungPIBGKalike-49 SekapurSireh GURUBESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SK SELIAU ASSALAMUA’LAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya, dapat kita samasama berkumpul dalam suasana yang muhibah ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seliau kali ke 49 tahun 2024. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa, tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini. Oleh itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibubapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan. Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua guru-guru SK Seliau, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG serta ibu-bapa atas kerjasama yang diberikan. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk disumbangkan sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang. Sekian,Terima Kasih TN HAJI RAMDAN BIN HAJI SORATDY YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU MesyuaratAgungPIBGKalike-49 SeulasPinang YDPPIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 AturcaraMajlis MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-49 02.00 Petang : Pendaftaran : Ketibaan Jemputan Khas En. Salehuddin Bin Idrus : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Guru Besar SK Seliau : Ucapan YDP PIBG SK Seliau : Ucapan Perasmian En. Salehuddin Bin Idrus : Tayangan Montaj : SK Seliau 2022-2024 : Penyampaian Cenderamata AJK PIBG 2022/2024 : Cabutan Bertuah : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi : Jamuan ringan : Mesyuarat agung kali ke - 49 bermula : Cabutan bertuah : Bersurai 03.30 Petang


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 AgendaMesyuarat MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-49 3.30 Petang. Mesyuarat Agung PIBG Tahunan SK Seliau bermula: Agenda: 1. Ucapan YDP PIBG 1.1Pembubaran AJK 2022/2024 1.2 Perlantikan AJK 2024/2025. 2. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung 2.1 Pengesahan Minit 2.2 Laporan Kewangan dan pengesahan 3. Perkara berbangkit 4. Perbincangan Profesional 4.1 Pembahasan Usul 4.2 Persetujuan Kutipan sumbangan PIBG tahunan 4.3 Perancangan aktiviti tahunan 5. Hal – hal lain 6.Penangguhan mesyuarat


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 AhliJawatankuasa 2022/2024 MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-49 PENASIHAT PuanHjhSolehahbintiHashim (GuruBesarSKSeliau) YANG DIPERTUA PIBG TuanHajiRamdanbinHajiSoratdy NAIB YDP PIBG MuhammadIzamAzroybinJapri NAIB PENGERUSI 1 PuanNorazlinabintiGhazali NAIB PENGERUSI 2 Encik ZulkiflibinAwang SETIAUSAHA En.R.ShanmuganathanA/LRamasamy Pn.MardhiahBtMohdNasir PnSiti ZubaidahBtOmar BENDAHARI Pn.Geeta a/pSomasundram Pn.HayatiBtArshad Pn.HapsahBtThuanaris Pn.AidaRohani.BtMahmood Pn.ErmanatashaBtAfizan En.MohdHasrizalB.Samrin NAIB PENGERUSI 3 EncikMohdZakybinMohdAsari PuanKhuguneshvarieA/PSegaran PuanNoorHazirahBtAhmadWakinuddin AHLIJAWATANKUASA GURU AHLIJAWATANKUASA IBUBAPA PEMERIKSA KIRA-KIRA PnSitiSalniahBtAzirun(wakil guru) En.MuhammadIzamAzroyB. Japri(wakilibubapa)


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 AhliJawatankuasa MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-49 SAMBUTANDANPROTOKOL PNHJHSOLEHAHBTHASHIM TUANHAJIRAMDANBINHAJISORATDY ENCIKZULKIFLIBINAWANG JURUACARA PUANMARDHIAHBTMOHDNASIR PUANZUBAIDAHBINTIOMAR PERSIAPANTEMPAT ENCIKRUZAIDIAMRIBINRIDUAN ENCIKMOHDZAKYBINMOHDASARI ENCIKMOHAMMADHAZIQBINMOHAMMAD ENCIKZULKIFLIBINAWANG PEKERJASEKOLAH SIARAYA,LCD&POWERPOINT ENCIKRSHANMUGANATHANALRAMASAMY ENCIKMOHDZAKYBINMOHDASARI ENCIKRUZAIDIAMRIBINRIDUAN ENCIKMOHAMMADHAZIQBINMOHAMMAD HIASANPENTASDANBACKDROP PUANMEGALAAPPOOMALAI PUANMARDHIAHBTMOHDNASIR PUANNOORHAZRATUL IRMABINTIISMAIL PENDAFTARAN PUANSITI ZUBAIDAHBTOMAR PUANNORAZLINABTGHAZALI PENCATATMINIT/LAPORAN PUANNORAIDAHBINTIMOHDSULONG PPUANBADARIAHBTISMAIL CIKNURALIASYAHIRABINTIANUAR BACAANDOA/MONTAJ ENCIKMOHAMMADHAZIQBINMOHAMMAD JAMUAN PUANSITISALNIAHBTPAIMAN@AZIRUN PUANNOORHAZRATUL IRMABTISMAIL MARYAMBINTIKAMALUDIN HANUMBINTIRUSMADI CABUTANBERTUAH/CENDERAHATI/SIJIL PUANNOR’ËLINABTMARLIS PUANHAYATIBINTIARSHAD NURFATINSYUHADABINTIAMRAN NURINHUSNABINTIISMAIL BUKUPROGRAM PUANNOORHAZIRAHBTAHMADWAKINUDDIN FOTOGRAFI PUANTEHNURIDAYUBINTIABDGHAFAR


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 SekalungPenghargaan MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-49 SETINGGI – TINGGI PENGHARGAAN KEPADA : PENGERUSI PIBG SK SELIAU IBUBAPA / PENJAGA SK SELIAU GURU – GURU SK SELIAU KAKITANGAN SK SELIAU DAN SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 USULDANCADANGAN AGMPIBG2024 MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-49


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 Oleh:ShahidanNizammasmera Namawaris :SitiNur shaza alisha USUL1 Kelas tambahanbagi kelasmembacadanmemahami setiapmata pelajaran USUL2 Perbanyakkanaktivitimurid-muriddi sekolah CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN Kelas komputer Oleh:SitiAzizahAmbran Namawaris :MuhamadHaidar,Nur Fatimah&PutriNurSukainah USUL1 Ringankanbeg sekolahsupayamuridtak sakitbelakang. CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN Kumpul dana beli almari atau box untuk murid- murid letak buku di setiapkelas, terutamabukuteksdanbukuyang tiada kerja rumah. Oleh:NurainBintiAzlanAllan Namawaris :MuhammadImanAffendi&MuhammadImanZafran USUL1 Pihak sekolahbolehmenyediakanpenapis air supayamudahuntukmurid mengisi semula secarapercuma kerana cuaca yang tidakmenentuakan menyebabkanbekalanair yangdibawa selalutidak cukup. USUL2 MenganjurkanHARIKANTIN/HARIUSAHAWANuntuk tambahdana serta baiki suasana,persekitaran&struktur sekolah.. CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN Kerapkan posting dan update perkembangan aktiviti sekolah, program yang bakal dijalankan dan yang sedang dijalankan di dalam media social supaya ibu bapa dan orang awam untuk turut serta terutamanya dalam aktiviti seperti kutipandana ataudermademi anak -anakS.K.Seliau.


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 Oleh:FathimahAzzaharahBintiKamaludin Namawaris :SofiyyahBintiMohdSaini USUL1 Bolehkahbuat taklimat kepada ibubapapelajar thn6 berkenaanukkm,uasauntukmasuk ke sekmenengah. CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN Kipas di surau banyak rosak menyebabkan murid2 tidak selesa. Mungkinbolehbuat kutipanDari ibubapauntukpembaikan Oleh:Marlianabintimatmukri Namawaris :Nur zara atiqah/Nur fitrinadhira USUL1 Adakan2/3 aktiviti sukanuntukpra sekolahsemasahari sukannti CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN - Oleh:Nurainbintimasnan Namawaris :Maulidur azim,maulidurhafiz ,maulidur ammar ilyas USUL1 Mintakditukarkantander kantinsekarang USUL2 Keputusanpeperiksaansesipagi sedia asal yang takmenggunakan keputusanTP CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN -


MesyuaratAgungPIBGKalike-49 Oleh:Mohdsyahrizal Namawaris :Muhammadlutfi USUL1 Penapis airuntuk kegunaanmurid-murid..penapis air yang sedia ada telahrosak. CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN - Oleh:NorbadariahBintiIsmail Namawaris :MuhammadArshadNaufal,UwaisAlqorni USUL1 Menyediakanpenapis air kepadamuridmuridSKSeliau CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN - Oleh:MaryamKamaludin Namawaris :HannanbinRozaidi USUL1 Mintkditukarkantander kantinsekarang USUL2 Pemasangan COWAY/CUCkOObaruutk kegunaanwargaSKSeliaudimaklumkanbahawa yang sedia ada rosak CADANGANUNTUKPENAMBAHBAIKAN -


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE 48-2023


SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE 48-2023 TARIKH : 21 JUN 2023 HARI : RABU MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN AL-FARABI, SK SELIAU AGENDA 1. UCAPAN GURU BESAR 1.1 Guru Besar mengucapkan kata alu-aluan dan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 Tahun 2023. 1.2 Beliau memaklumkan SK Seliau sedang berganding bahu dalam usaha menaikkan nama sekolah. Sokongan dan kesepaduan ibu bapa dan guru amat diperlukan. 1.3 Beliau memaklumkan kecemerlangan sebuah organisasi iaitu PIBG bergantung kepada beberapa elemen iaitu kesepaduan, kerjasama ibu bapa. Sumber tenaga dan buah fikiran amat diperlukan ke arah kecemerlangan sekolah. 1.4 Beliau amat bangga dengan kesungguhan guru dalam menjayakan pelbagai program dan pertandingan sepanjang tahun 2023. 1.5 Beliau memaklumkan, pengurusan PIBG berperanan penting dalam merealisasikan dasar pendidikan iaitu pembelajaran seronok dan bermakna yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran 1.6 Beliau mengalu-alukan ibu bapa atau penjaga yang sudi menghulurkan tenaga dan sumbangan dari sekolah lain boleh maklum kepada pihak sekolah. 1.7 Beliau memaklumkan sumber kewangan yang diperolehi diurus dengan bijaksana. Beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa penjaga yang telah memberi sumbangan yang banyak membantu dalam pelaksanaan program yang melibatkan semua murid


1.8 Beliau memaklumkan selepas mesyuarat Agung PIBG akan adakan perjumpaan bersama ibu bapa murid tahun 6 mengenai Pentaksiran Bilik Darjah. 1.9 Beliau berharap perjalanan sekolah dan kesungguhan guru akan lebih baik. Beliau bersyukur kerana masalah displin murid masih terkawal. AGENDA 2. UCAPAN PENGERUSI PIBG SK SELIAU 2.1 Tn, Hj Ramdan Bin Soratdy Pengerusi PIBG SK Seliau mengucapkan salam kepada Guru Besar, Barisan Pentadbir, Barisan AJK PIBG, guru-guru SK Seliau dan ibu bapa penjaga yang hadir dalam mesyuarat hari ini 2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat Agung PIBG Kali ke 48 2.3 Beliau mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga NYDP PIBG Allahyarham En. Mohd Yatim yang telah pergi menghadap ilahi. 2.4 Pelantikan 2 tahun sekali pada tahun lalu adalah disebabkan sukar pelaksanaan mesyuarat secara semuka akibat pandemik Covid-19. Beliau mencadangkan pemilihan dilaksanakan pada tahun hadapan. 2.5 Beliau memaklumkan tujuan pelantikan 1 tahun sekali adalah untuk memastikan setiap jawatankuasa yang kosong perlu dipenuhi. Keperluan jawatan perlu dipenuhi adalah untuk memastikan pihak Jawatankuasa PIBG boleh membantu sumbang tenaga dan idea apabila sesuatu program dijalankan, 2.6 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan guru yang terlibat dalam pelaksanaan program merentas desa walaupun pelaksanaan mengambil masa yang singkat selepas pemakluman aktiviti luar dibenarkan oleh pihak KPM. 2.7 Beliau berharap ibu bapa dan penjaga dapat membantu menjayakan program sekolah kerana anak berpotensi berjaya dalam bidang sukan dan pendidikan. 2.8 Beliau memohon jasa baik ibu bapa dan penjaga murid SK Seliau untuk melunaskan bayaran yuran tahunan PIBG bagi melancarkan perjalanan program sekolah. Beliau berharap berlaku penambahan yuran PIBG. 2.9 Beliau berharap guru dapat menaikkan nama sekolah SK Seliau dengan cemerlang.


2.10 Beliau memohon maaf sepanjang perkhidmatan mempunyai kelemahan. Beliau memaklumkan akan berusaha sebaik mungkin dalam membantu kecemerlangan sekolah. AGENDA 3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 3.1 Tuan HJ Ramdan Bin Haji Soratdy membentangkan minit mesyurat PIBG 2023 untuk disahkan. Pencadang : Nur Amani Bt Samion Penyokong : Hapsah Binti Thuanaris AGENDA 4. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022 4.1 Tuan HJ Ramdan Bin Soratdy membentangkan penyata pendapatan berakhir 31 Disember 2023. Pencadang : Asmiah Binti Iman Penyokong : Zuraidah Binti Baharum AGENDA 5. MEMBAHASKAN USUL USUL PERTAMA Puan Nurain binti Masnan (Maulidur Azim Tahun 3) Yuran pibg dikurangkan daripada RM100 ke RM80. Keselamatan kawasan sekolah dipertingkatkan lagi. Usul pertama tidak dibahaskan kerana ketidak hadiran pengusul.


USUL KEDUA Encik Muhamad Shukri bin Osman (Muhammad Suffi Irfan Tahun 3) Harga makanan kantin Guru Besar memaklumkan, harga makanan di kantin tertakluk pada kontrak. Pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat bagi tujuan penambahbaikan harga. Beliau memaklumkan harga nasi goreng, mee goreng, adalah RM1.00. Harga dan menu dipaparkan di kantin sekolah. USUL KE TIGA Puan Norhaliza bte Abdul Halim (Mifzal Aidil bin Azmi) Adakan permainan bola sepak untuk wakil sekolah Guru Besar memaklumkan pihak sekolah berusaha melibatkan semua murid darjah 4, 5, dan 6 dalam aktiviti sukan. Walaupun sekolah kecil tetapi penyertaan masih ada. GPK Kokurikulum memohon sekiranya terdapat anak-anak yang menyertai pertandingan terbuka di luar seperti bola sepak, renang boleh maklum pada GPK Kokurikulum bagi pengisian pemarkahan Kokurikulum anak-anak dalam PAJSK. Anak-anak juga boleh melibatkan diri di luar sekolah boleh maklum pada pihak sekolah. USUL KE EMPAT Puan Geetha A/P Somasundram (G. Logaashini Tahun 3) Menambah aktiviti fizikal GPK Kokurikulum memaklumkan pihak sekolah telah melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan yang melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6. Selain itu,murid-murid terlibat dalam Hari Sukan Negara dan Sukan Tahunan Sekolah.


USUL KE LIMA Puan Hapsah binti Thuanaris (Nur Qurratu' Aini Tahun 6) Harap pihak kantin dapat lebih menjaga kebersihan pinggan dan cawan agar tidak berkeladak (hitam di kawasan sekeliling atas dan bawah cawan dan pinggan) agar anak-anak lebih sihat dan terhindar dari sebarang penyakit. YDP PIBG berharap pihak kantin mengambil maklum mengenai kebersihan pinggan dan cawan. Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah menyediakan penapis air yang bersih bagi memastikan murid SK Seliau minum air yang bersih. Beliau memohon ibu bapa memastikan anak-anak membawa botol minuman dan mengurangkan penggunaan cawan. USUL KE ENAM Puan Noorhaslina Binti Zainal (Muhammad Asyraf Bin Ridzuan (Tahun 3) Minta kerjasama cikgu-cikgu untuk semak ejaan murid sebelum tanda sebab anak saya ada salah ejaan, tapi cikgu tanda semua betul. Usul keenam tidak dibahaskan kerana ketidak hadiran pengusul. USUL KE TUJUH Puan Azian Binti Masdenan (Muhammad Akid Wafir Bin Ramdan. Tahun 5) Untuk tahun ini, saya mencadangkan kanak-kanak pra yang tamat dan akan memasuki Tahun 1 dipakaikan baju jubbah graduasi pada hari penyampaian anugerah. Jika guru pra sekolah mempunyai kesulitan untuk persiapan baju jubah, guru boleh maklumkan pada parent agar dapat membantu serba sedikit. GPK Kurikulum memaklumkan murid prasekolah setiap tahun hari anugerah memakai jubah. Jadual masa yang amat padat dan guru keluar berkursus menyebabkan murid tidak memakai jubah. Namun sesi bergambar tetap dijalankan seperti biasa sebagai kenangan kepada murid berkenaan.


Guru Besar memohon maaf atas keterlepasan dan memaklumkan minggu hari anugerah tersebut Guru Prasekolah di maklumkan perlu menghadiri kursus. Jubah yang ada tidak mencukupi untuk 25 orang murid dan perlukan bantuan untuk mendapatkan set jubah yang baru. USUL KE LAPAN Puan Siti Nabilah binti Muhammad (Hana Humaira, tahun 3) Cat bangunan sekolah supaya lebih ceria & pelajar-pelajar lebih bersemangat datang ke sekolah. Usul kelapan tidak dibahaskan kerana ketidak hadiran pengusul. USUL KE SEMBILAN Puan Ummy Rozailyn Binti Mazlan (Muhammad Akid Qisy Bin Abdullah Tahun 1) Sediakan atau adakan locker buku untuk tahun 1 atau kesemua pelajar bagi memudahkan pelajar. Buku terlalu berat untuk mereka bawa sampai ke tingkat 2. YDP PIBG memaklumkan rak simpanan buku boleh disediakan oleh ibu bapa sendiri tetapi untuk lebih kemas dan seragam, ibu bapa boleh berbincang dengan guru kelas. GPK Kurikulum memaklumkan buku teks tidak dibenarkan ditinggalkan kerana berlaku kehilangan buku teks. Jika murid ingin meringankan beg, buku yang boleh ditinggalkan hanyalah buku aktiviti. USUL KESEPULUH Puan Siti Azizah Ambran (Muhammad Haidar bin Muhamad Sepriani Tahun 3) Cadangan atasi beg sekolah berat untuk buat tempat letak buku bertutup setiap murid di belakang kelas, seperti box plastik. Boleh kutip dana setiap ibu bapa. Usul kesepuluh tidak dibahaskan kerana ketidak hadiran pengusul


USUL KESEBELAS Puan Rawidah binti Hashim (Nur Rahadatul Aisy binti Mohd Firdaus Tahun 2) Bagi murid pinjam buku untuk membaca waktu masa rehat. GPK HEM memaklumkan murid meminjam dan membaca buku pada waktu pagi. Jika ada murid yang telah selesai makan dibenarkan ke sudut NILAM untuk membaca waktu rehat. Guru Perpustakaan memaklumkan murid boleh membaca pada waktu pagi dengan mengambil buku di sudut Nilam yang terletak di belakang dewan sekolah. Buku NILAM tidak dibenarkan bawa pulang. AGENDA 7 .HAL-HAL LAIN 7.1. YDP PIBG Tn, Hj Ramdan Bin Soratdy memohon setiausaha mengeluarkan surat permohonan untuk membuat tempat letak kereta di kaki lima bagi memudahkan ibu bapa menunggu anak-anak. 7.2 Puan Asmiah Binti Iman memohon guru memaklumkan dalam kumpulan whatsapp kelas mengenai tugasan kerja sekolah sekiranya ada murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi. GPK Kurikulum memaklumkan murid tahap dua guru menggalakkan murid berdikari mengingat sendiri sekiranya ada tugasan yang perlu dibuat.. 7.3 Puan Norzila Binti Md Yazid mencadangkan waktu rehat dibahagi kepada dua sesi untuk tahap satu dan tahap dua bagi memudahkan murid membeli dan sempat makan makanan yang dibeli.mGPK Kurikulum memaklumkan murid SK Seliau tidak ramai dan semua murid sempat membeli dan makan. Beliau memaklumkan untuk murid tahun satu ada minggu transisi. Dalam Program tersebut guru akan membantu murid-murid membeli makanan. AGENDA 8 . UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 YDP PIBG Tn. Hj Ramdan Bin Soratdy mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa/penjaga yang hadir dalam mesyuarat harini. 8.2 Beliau menangguhkan mesyuarat pada pukul 4.45 petang.


Disediakan oleh : ……………………………………….. (NORMASZALILLA BINTI NAJIB) Pencatat Minit Disemak oleh : ……………………………………….. (KHUGHUNESHVARIE A/P SEGARAN) Setiausaha PIBG SK Seliau Disahkan oleh : ……………………………………….. (TUAN HAJI RAMDAN BIN HAJI SORATDY) YDP PIBG SK Seliau


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEK KEB SELIAU PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MEI 2024 BAGI SESI 2023/2024 2023 Nota RM Penerimaan Sumbangan PIBG 1 10,860.00 Pendapatan-pendapatan Lain 2 41,070.42 Jumlah Penerimaan 51,930.42 Perbelanjaan Pengurusan PIBG 3 13,476.45 Akademik 4 16,118.00 Hal Ehwal Murid 5 9,675.50 Ko-Kurikulum 6 17,077.00 Profesionalisme Guru AKP 7 3,000.00 Jumlah Perbelanjaan 59,346.95 Kurangan Bersih - 7,416.53


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SELIAU 71200 RANTAU NEGERI SEMBILAN NOTA-NOTA KEPADA PERAKAUNAN NOTA 1 : SUMBANGAN PIBG Kutipan Sumbangan PIBG Sehingga Ogos 2023 Kutipan Sumbangan PIBG Sehingga Disember 2023 Kutipan Sumbangan PIBG Sehingga Februari 2024 Kutipan Sumbangan PIBG Sehingga Mac 2024 NOTA 2 : PENDAPATAN-PENDAPATAN LAIN Sumbangan Stesyen Minyak Petronas Rantau untuk Program Team Building Sumbangan Stesyen Minyak Petronas Rantau Untuk Sukan Tahunan 2022/202Sumbangan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan Untuk Sukan Sumbangan Pembinaan Susur Gajah Melalui Cek Bank Islam Sumbangan Ibu bapa Penjaga Untuk Pembinaan Susur Gajah Prasekolah Sumbangan Wang Dari Adun Rantau Untuk Pembelian Baju Korporat Guru


2023 RM 4,410.00 2,000.00 4,250.00 200.00 10,860.00 RM 200.00 3 200.00 Tahunan 2022/2023 1,500.00 10,000.00 550.00 1,000.00


Sumbangan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan Untuk Program Hari SukaSumbangan Gotong Royong Kementerian Pendidikan Malaysia 2023/2024 Sumbangan J/K Projek Khas PPN daripada Menteri Pertahanan Adun Rantau Sumbangan Back To School Adun Rasah Yuran Kafa 2024/2025 NOTA 3 : PENGURUSAN PIBG Pengurusan Sehingga Ogos 2023 Printer Bilik Guru Jamuan Mesyuarat AJK PIBG Caj-caj BankMikrofon Mesyuarat Agung PIBG Fotostat Buku Minit Mesyuarat 2022/2023Jamuan kuih-muihJumlah Perbelanjaan Mesyuarat Agung Penyelenggaraan Membaiki Tangki dan Paip Air di Prasekolah Kerugian Pelupusan Aset Alat Tulis


n 2023/2024 3,000.00 5,000.00 10,000.00 3,000.00 6,620.42 41,070.42 RM 1,000.00 254.00 15.00 350.00 75.00 240.00 315.00 400.00 5.00 174.95


Susur Gajah Prasekolah Fail Kewangan 2024/2025Pengurusan Sehingga Disember 2023 Baik Pulih Singki Kantin SK Seliau Jamuan Mesyuarat AJK PIBG Pengeluaran Semula Sumbangan Wang Dari Adun Rantau Untuk Pembelian BaAKP Caj-Caj BankCaj-caj Penyata Bank Feb hingga April 2024NOTA 4 : PROGRAM AKADEMIK Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2022/2023 Latihan Dalam Perkhidmatan Team Buliding (Sumbangan Dari Stesyen Minyak Petronas Rantau) UPKK 2022/2023Majlis Apresisasi dan Graduasi Tahun 6 2023/2024 Pengeluaran J/K Projek Khas PPN daripada Menteri Pertahanan Adun Rantau


10,550.00 10.00 350.00 52.50 aju T-shirt Sukan Guru dan 1,000.00 20.00 36.00 13,476.45 RM 2,508.00 5,000.00 200.00 60.00 3,350.00 5,000.00 16,118.00


NOTA 5 : PROGRAM HAL EHWAL MURID Pengangkutan Bas Untuk Lawatan Murid ke Petrosains Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) Program Bersama Bomba 2022/2023 Bayaran Jamuan Makan Gotong Royong Madani 2023/2024 Program Hari Kanak-Kanak SK Seliau 2023/2024 Program Hari Kesedaran dan Keselamatan 2023/2024 Bayaran Jamuan Makan VIP Minggu Solidariti Palestine Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah Pengeluaran Semula Sumbangan Gotong-Royong KPM 2023/2024 Pengeluaran J/K Projek Khas PPN daripada Menteri Pertahanan Adun Rantau Bayaran Pengangkutan Bas Lawatan Murid SK Seliau ke Fama Festival 2024/20


RM 1,800.00 118.00 298.00 200.00 575.00 280.00 157.50 347.00 5,000.00 500.00 025 400.00 9,675.50


NOTA 6 : PROGRAM SUKAN DAN KOKURIKULUM Sukan Tahunan SK Seliau 2022/2023 Merentas Desa 2023/2024 Merentas Desa Peringkat SK Seliau Merentas Desa Peringkat MSSDJumlah Merentas Desa Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia Peringkat Daerah SerembanOlahraga MSSD Yuran Penyertaan MSSD SerembanBip Atlet Olahraga MuridPengangkutan Bas ke Stadium ParoiMakanan dan Minuman PesertaTuntutan Perjalanan Guru Pengiring OlahragaJumlah Olahraga MSSD Yuran Penyertaan Program Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Penyertaan Perkhemahan Pengakap Kanak-kanak Penyertaan dan Makan Minum Peserta Bola Baling Penyertaan dan Makan Minum Peserta Catur Sukan Tahunan SK Seliau 2023/2024 Hari Sukan Negara 2023/2024 Program Perkhemahan Perdana Tahun 4, 5,6 2023/2024 Pengeluaran Semula Sumbangan Menteri Besar Untuk Program Hari Sukan


4,160.00 750.00 196.00 946.00 35.00 50.00 200.00 400.00 411.00 150.00 1,211.00 40.00 570.00 260.00 245.00 2,900.00 310.00 1,900.00 3,000.00


Pengeluaran J/K Projek Khas PPN daripada Menteri Pertahanan Adun Rantau NOTA 7 : Perbelanjaan Program Profesionalisme Kebajikan Guru dan KakitanPengeluaran J/K Projek Khas PPN daripada Menteri Pertahanan Adun Rantau


1,500.00 17,077.00 ngan 3000


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEK KEB SELIAU KUNCI KIRA-KIRA PADA 31.5.2024 SESI 2023/2024 RM Aset Tetap Mesin Pencetak - Perabot Boad Kaca Penyaman Udara UBS Accounting System Komputer - - Aset semasa SK Seliau 3,500.00 Tunai Di Tangan 1,421.91 Tunai Di Bank 10,007.42 - Jumlah Aset 14,929.33 14,929.33 Dibiayai Oleh Dana Terkumpul 22,853.83 Kurangan - 7,416.53


31/5/2024 31/12/2023 RM - - - 3,500.00 1,681.91 9,647.92 - 14,829.83 14,829.83 27,180.78 - 4,326.95


15,437.30


22,853.83


Click to View FlipBook Version