PEJUANG
KEMERDEKAAN
DATO’ ONN BIN JA’AFAR
SK DATO’AHMAD MANAF, NILAI
NAMA : AISYAH HUMAIRAH BINTI NOR AZLAN
KELAS : 5 PROAKTIF
EMAIL : [email protected]
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
Biodata Tokoh
Pendidikan Tokoh
Kerjaya Tokoh
Sumbangan Tokoh
Nilai Kepimpinan yang boleh dicontohi
Penutup / kesimpulan
Sumber Rujukan
PENDAHULUAN
Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa
Melayu. Jasanya meniupkan semangat
nasionalisme kepada orang Melayu tidak
sesekali luput dan ingatan dan masih
segar terpahat di sanubari rakyat
Malaysia.
Mantan Menteri Besar Johor ini ,
merupakan pengasas dan Yang Dipertua
pertama UMNO , peneraju utama
gerakan untuk menentang dan
mengalahkan Malayan Union dan tokoh
pelapor dan pemangkin perpaduan dan
kerjasama antara kaum di Malaysia.
"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat
diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita
juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah
akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh
kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan
lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn
Jaafar
BIODATA TOKOH
➢ Datuk Onn Jaafar di lahirkan pada tahun 1895 di
Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu.
➢ Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh
orang anak lelaki dan tujuh orang anak
perempuan.
➢ Bapanya Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu
Menteri Besar Johor yang pertama semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim. Datuk Jaafar
berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibunya
bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat,
berketurunan Turki.
➢ Datuk Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim
sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam
tahun
PENDIDIKAN TOKOH
✓ Pendidikan asasnya bermula di Sekolah
Melayu Johor Bahru.
✓ Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh
oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota
Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad
pada usia sembilan tahun.
✓ Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge
di England selama enam tahun.
✓ Setelah tamat pelajaran di England beliau
telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac
1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar.
KERJAYA TOKOH
❑ Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16
tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan
Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor.
❑ Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor.
❑ Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Penasihat British (British Advisor).
❑ Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai
Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan
❑ Bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu
Kerani Besar.
❑ 1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat
Penasihat Undang-undang Johor,
KERJAYA TOKOH
❑ Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn
berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor
pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat
Leftanen..
❑ Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan
Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah
sementara dalam pejabat tanah.
❑
Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai
Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar.
❑ Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong
Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya
berpindah ke Johor Bahru.
❑ Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan
di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan
Syed Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga
1933.
❑ Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa
orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan
Mingguan Lembaga Malaya dan Harian
Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai
pengarangnya.
❑.
KERJAYA TOKOH
❑ Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan
Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah
menerima dengan syarat beliau bebas
mengeluarkan pendapat.
❑ Pada 1 Jun 1938 beliau dilantik pula sebagai
Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor,
membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama
ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.
❑ Ketika meletusnya Perang Dunia dan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk
Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan
Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun
1945.
❑ Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik
menjadi Menteri Besar Johor.
❑ Dato’ Onn juga merupakan yang Dipertua
Pertama United Malays National Organisation
(UMNO).
SUMBANGAN TOKOH
Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai
sumbangan terhadap pembentukan Malaysia
ASPEK POLITIK
Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam
aspek politik dan secara tidak langsung membuka
mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan
bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu pada tahun 1946.
Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau
ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei
1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden
UMNO yang pertama.
Di bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa
kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union
dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan , serta
memberi hak istimewa orang Melayu.
SUMBANGAN TOKOH
ASPEK EKONOMI
Penubuhan UMNO juga menekankan aspek
pembangunan ekonomi masyarakat Melayu.
Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam
memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna
sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum
Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi semakin
meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut
menggubal Rancangan Lima Tahun yang
menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat
Melayu yang berlandaskan objektif UMNO iaitu
menambah pendapatan dan modal, menggalakkan
penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan
sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap
pelbagai kemahiran.
Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau
sentiasa membela nasib masyarakat Melayu dengan
menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan
Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis
Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun
1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh
beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk
menggalakkan masyarakat Melayu menceburi
bidang ekonomi.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI
➢ Pemimpin yang mempunyai
wawasan jelas memiliki
kemampuan berfikir dalam
pelbagai pendekatan bagi
mencari alternatif serta mampu
memperjelas atau memperhalusi
sesuatu yang abstrak kepada
yang nyata.
➢ Memimpin orang lain dengan nilai
kasih sayang, teladan serta
mempunyai nilai integriti dalam
diri.
Taat setia kepada Raja
➢ Memiliki daya kekuatan hingga
mampu menggerakkan orang lain
serta mempunyai daya tahan
fizikal dan mental.
Berusaha untuk memajukan diri sendiri
PENUTUP
Secara kesimpulannya, jelas
menunjukkan kepada kita bahawa
Dato’Onn bin Jaáfar merupakan
❖ seorang pejuang, pendukung
keamanan beliau mempunyai
pendirian politiknya yang tersendiri.
❖ Kepintaran dan kegigihannya tidak
ada tolok banding di waktu beliau
berada di mercu politik UMNO dan
tanahair sehingga diperakui semua
golongan.
❖ Beliau seorang tokoh politik
nasionalis dengan keupayaan
intelektual yang tinggi.
Meningkatkan semangat
patriotik
SUMBER RUJUKAN
1. https://umno-
online.my/presiden/onnjaafar/
2. Buku Teks Sejarah Tahun 5
3.
http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.c
om/2016/09/pengajian-malaysia-
sumbangan-tokoh.html
4.
https://www.bharian.com.my/taxonomy
/term/61/2016/11/217290/3-ciri-
utama-perlu-ada-pada-pemimpin
5.
https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafa
r
6.
thina75.blogspot.com/2015/12/pengajia
nmalaysia-peranan-tokoh-isu_24.html
7. http://tokohsejarahmalaysia-
2a1.blogspot.com/2011/07/dato-onn-
jaafar.html