The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d089828, 2021-12-29 13:47:26

KUMPULAN 2 PENDEKATAN KUANTITATIF

KUMPULAN 2

SEMESTER 1 2021/2022
HNR3023

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
KUMPULAN A



NAMA PENSYARAH:
DR. NORHAFIZA BINTI MOHD HED



KUMPULAN:

2



TAJUK:
KAEDAH PENYELIDIKAN
PENDEKATAN KUANTITATIF

BIL NAMA NO.MATRIK

1. MOHAMAD LUTFI AMIR D20191089790
BIN ISMAIL @ MOHD ISMAIL
D20191089797
2. NOR AIN NADIRAH BINTI D20191089803
MAD MAZALAN D20191089805
D20191089811
3. ROSLINDA BINTI IBRAHIM D20191089819
4. NUR AIMI SHUHADA BINTI JAMIL
D20191089822
5. NOR HADHIRA BINTI MAT YAMIL D20191089823
D20191089826
6. NURUL SHAFYNA BINTI JUPRI D20191089828

7. TUAN ISMEZAIDI BIN
TUAN IBRAHIM

8. INTAN NUR SYAHIRAH
BINTI TALIB

9. SITI NURUL ASYIKIN
BINTI BASTIN

10. TAY HUI YI

BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan
1

2.0 Kaedah Penyelidikan Pendekatan 2
Kuantitatif 3-4
5-14
2.1 Definisi 15
2.2 Ciri-ciri Pendekatan Kuantitatif
2.3 Reka Bentuk Pendekatan 16

Kuantitatif 17
2.4 Kaedah Pengumpulan / Analisis

Daftar Kuantitatif
2.5 Perbezaan Kualitatif dan

Kuantitatif

3.0 Kesimpulan

Rujukan

1.0 PENGENALAN

Kaedah merupakan cara atau jalan
menyelesaikan permasalahan penyelidikan.
‘Kaedah penyelidikan merupakan segala langkah
yang diambil untuk mencapai segala objektif
penyelidikan’. Secara umum kaedah utama
penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi
kepada dua, iaitu dengan menggunakan
pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

Penyelidik boleh memilih salah satu
pendekatan ataupun menggabungkan kedua-
duanya. Dihubungkan dengan teori-teori
sosiologi, teori yang berbentuk makro selalunya
akan menggunakan pendekatan kuantitatif
sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya
menggunakan pendekatan kualitatif.

1

2.0 KAEDAH PENYELIDIKAN PENDEKATAN
KUANTITATIF

2.1 DEFINISI

Menurut Lukas S. Musianto (2002), pendekatan kuantitatif
mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan
angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik
melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod,
peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan
sebagainya.

Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur, mempunyai
darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak
linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan
kepada hasil. Dari segi skop kajian boleh melibatkan responden
yang besar.

Manakala pendekatan kualitatif bersifat deskriptif yang lebih
kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji.
Pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’. Pendekatan ini
tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal.
Pendekatan ini juga kurang berstruktur, terbuka dan lebih
menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi
bilangan responden yang kecil.

2

2.2 CIRI-CIRI
PENYELIDIKAN

KUANTITATIF

Bersifat Deskriptif Instrumen
Ditentukan
Persembahan data deskriptif Menetapkan jenis instrumen yang
dalam bentuk graf, carta, digunakan untuk mengukur
gambar rajah, purata, min dan pemboleh ubah atau
mod atau taburan kekerapan subpembolehubah dan petunjuknya.
untuk menjelaskan sesuatu Kajian kuantitatif dijalankan
kajian atau membuat anggaran dengan cara pemerhatian, temu bual
terhadap populasi. atau boleh juga menggunakan
teknik analisis data.
Boleh Diukur
Diperhatikan & Spesifik dan Sempit

Kaedah yang digunakan lebih kepada Kajian kuantitatif dijalankan
pengukuran dan data yang kebiasaannya lebih spesifik dan terikat.
dipersembahkan dalam bentuk numerikal. Menjalankan penyelidikan
Data berangka yang dikumpul dianalisis tinjauan untuk mengumpul
dengan ujian statistik. maklumat dengan bertanya satu
Data diukur untuk membuktikan set soalan kepada satu sampel
kebolehpercayaan dan boleh digunakan individu yang dipilih dari satu
untuk menguji teori, membina fakta dan populasi yang hendak dikaji.
menyatakan kewujudan hubungan antara
pemboleh ubah.

3

CIRI-CIRI
KUANTITATIF

Penglibatan Responden
yang Ramai

Digunakan untuk kajian
yang melibatkan saiz
sampel yang besar.

Data Berbentuk
Numerikal

Melibatkan angka-

angka, data-data Penilaian yang Lebih Objektif
dan Tidak Berat Sebelah
numerikal dan statistik.
Alat keputusan kuantitatif
Eksperimen yang menggunakan data-data
berangka yang lebih tepat
melibatkan data-data dan memudahkan proses
membuat analisis dan
numerik yang perbandingan.

membolehkan

penggunaan analisis

statistik.

Contoh: pengiraan min,

median dan mod.

4

2.3 REKA BENTUK PENDEKATAN KUANTITATIF

DEFINISI REKA BENTUK




Menurut Sabitha (2006), reka bentuk kajian merupakan satu pelan
tindakan yang menghuraikan secara terperinci tentang bagaimana
sesuatu kajian itu dijalankan. Reka bentuk kajian pada umumnya
berperanan sebagai satu panduan dalam membantu para pengkaji
untuk mendapatkan data, menganalisis serta mentafsir hasil kajian
mereka. Dari aspek pendekatan kuantitatif, terdapat dua jenis reka
bentuk kuantitatif iaitu kajian intervensi dan kajian non-intervensi.
Kajian intervensi adalah melibatkan reka bentuk kajian
eksperimental, manakala bagi kajian non-intervensi pula melibatkan
reka bentuk korelasi dan tinjauan.

KAJIAN EKSPERIMENTAL

Reka bentuk kajian eksperimental merupakan reka bentuk kajian yang
mengkaji mengenai pengaruh intervensi terhadap sesuatu kumpulan
berbanding kumpulan yang lain. Dalam reka bentuk ini responden-responden
diagihkan secara rawak ke dalam kumpulan-kumpulan responden untuk
membuat perbandingan. Melalui pengagihan rawak, kedua-dua kumpulan
dikatakan seimbang dan mempunyai ciri-ciri yang sama. Kumpulan ini dikenali
sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan
merupakan kumpulan yang dikaji manakala kumpulan kawalan merupakan
kumpulan yang menerima penjagaan yang normal dan boleh dikatakan sebagai
kayu ukur bagi eksperimen yang dijalankan. Kajian ekperimental biasanya
melibatkan lima jenis reka bentuk iaitu:- Reka Bentuk Ujian Pasca, Reka
Bentuk Pra-Pasca, Reka Bentuk Empat Kumpulan Solomon, Reka Bentuk
Penukar Gantian dan Reka Bentuk Faktorial.

5

Reka Bentuk
Ujian Pasca

Reka bentuk ujian pasca merupakan satu kajian yang paling ringkas di dalam kajian
eksperimental.
Responden yang terlibat akan diagihkan ke dalam dua kumpulan secara rawak dan pemboleh
ubah bersandar akan diukur sekali sahaja melalui ujian pasca yang dilakukan.
Contoh- Keberkesanan teknik pembelajaran Round Table (Pemboleh ubah bebas) kepada
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Malaysia (Pemboleh ubah bersandar)

Reka Bentuk
Pra-pasca

Reka bentuk pra-pasca adalah melibatkan dua kali pengukuran iaitu sebelum dan selepas pemboleh
ubah bebas dimanipulasi.
Pengukuran dua kali adalah untuk melihat kesan pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah
bersandar.
Contoh: Pengaruh teknologi (pemboleh ubah bebas) terhadap perilaku remaja (pemboleh ubah
bersandar)

Reka Bentuk
Empat Kumpulan Solomon

Reka bentuk empat kumpulan solomon merupakan satu reka bentuk yang telah direka untuk mengenal pasti
kewujudan kesan pengujian yang dilakukan lebih daripada sekali.
Reka bentuk empat kumpulan solomon adalah melibatkan dua kaedah kajian eksperimental iaitu:-
i) Dua kumpulan rawatan dan dua kumpulan kawalan
ii) Dua kumpulan responden yang mendapat ujian pra dan dua kumpulan lagi tidak mendapat

ujian pra
Contoh : Kaedah Peta Minda untuk meningkatkan pemahaman pelajar.




6

Reka Bentuk
Penukar-Gantian



Reka bentuk penukar-gantian biasanya digunakan di dalam penyelidikan untuk melihat kesan sesuatu program ke atas
sesebuah institusi.
Reka bentuk ini melibatkan dua kumpulan responden, kedua-dua kumpulan responden ini akan dilakukan ujian
pengukuran sebanyak tiga kali di dalam dua fasa berlainan.
Rawatan akan diberikan secara bergilir-gilir kepada kumpulan 1 dan kumpulan 2.
Contoh: Satu program pendidikan khas telah dilaksanakan di sebuah sekolah bagi meningkatkan pencapaian pelajar
dalam subjek Pengajian Malaysia. Kedua-dua kumpulan responden akan melalui ujian bagi melihat pencapaian mereka
pada awal semester. Kumpulan 1 (Kumpulan Rawatan) menggunakan kaedah biasa dalam pembelajaran, Kumpulan 2
(Kumpulan Kawalan) pula mengggunakan kaedah pendidikan khas. Pada akhir semester, kedua-dua kumpulan akan
diberikan ujian untuk melihat pencapaian mereka. Pada semester seterunya, Kumpulan 1 akan menjadi Kumpulan
Kawalan, manakala Kumpulan 2 menjadi Kumpulan Rawatan. Penyelidikan dilakukan sekali lagi mengikut kaedah yang
sama untuk melihat pencapaian mereka pada akhir semester.




Reka Bentuk
Faktorial

a)Reka Bentuk Faktorial
Reka bentuk faktorial adalah melibatkan dua pemboleh ubah bebas.
Perubahan pemboleh ubah bersandar merupakan impak daripada manipulasi yang dilakukan
terhadap pemboleh ubah bebas utama.
Contoh: Pengaruh harga yuran (Pemboleh ubah bebas) dan bidang pengajian yang ditawarkan
(Pemboleh ubah bebas) terhadap kemasukan pelajar ke kolej berkenaan (Pemboleh ubah
bersandar)



7

KUASI EKSPERIMEN

Kuasi eksperimental merupakan kaedah kuantitatif yang
membuat kajian eksperimen berdasarkan masyarakat.
Menurut Chua (2006), reka bentuk kuasi eksperimental
menggantikan reka bentuk eksperimen tulen apabila dalam
proses pemilihan responden kajian. Malah, pengagihan secara
rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik. Menurut
Neuman (2000), kajian ini digunakan oleh penyelidik bidang
psikologi, sosiologi dan pendidikan.

Terdapat tiga bentuk kuasi eksperimental iaitu :
i) Ujian pra-pasca kumpulan tidak seimbang
ii) Reka bentuk regresi tidak bersambung
iii)Reka bentuk siri masa




8

BENTUK KUASI EKSPERIMEN

Ujian Pra-Pasca
Kumpulan-kumpulan Tidak Seimbang

Kajian ini selalu dilakukan dalam bidang pendidikan. Menurut Mohd Majid
Konting (2000:130) reka bentuk ini sesuai untuk mengkaji masalah
pembelajaran pelajar. Kajian ini mempunyai dua kumpulan responden iaitu
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini tidak menggunakan
prosedur pengagihan secara rawak (Hendra Lesmono). Sementara itu, kedua-
kedua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Sebagai contoh,
kajian mengenai tingkah laku devian daripada sekolah bandar dan sekolah luar
bandar.

Reka Bentuk Regresi
Tidak Sambung

Reka bentuk regresi tidak bersambung ini merupakan satu kajian yang melibatkan
sesuautu kumpulan khas atau kumpulan yang lemah dalam sesebuah organisasi,
Kaedah pemilihan kumpulan rawatan dan kawalan adalah berdasarkan mata
pemisahan. Misalnya, pihak sekolah membuat penilaian keberkesanan program
pemulihan daripada Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Reka Bentuk Siri Masa

Reka bentuk siri masa melibatkan penilaian secara pemerhatian atau pengukuran
serta kawalan rawatan. Kajian ini perlu membuat secara berulang-ulang sepanjang
kawalan rawatan. Kajian ini juga memerlukan jangka masa yang panjang kerana
memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Kajian dalam bentuk ini hanya perlu
melibatkan satu kumpulan masyarakat. Selain itu, membuat perbandingan skor
sebelum dan selepas rawatan yang diberikan kepada kumpulan rawatan. Hal ini
untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian bentuk tersebut. Sebagai contoh,
pendapatan tahunan penduduk tempatan di Kuala Kedah, Kedah.

9

KAJIAN TINJAUAN

Kajian tinjauan adalah salah satu kaedah penyelidikan kuantitatif yang paling popular dalam kajian
sains sosial.
Reka bentuk kajian ini juga boleh meramalkan isu masyarakat semasa yang timbul.
Dalam kajian tinjauan, penyelidik biasanya akan memilih responden daripada satu populasi secara
rawak.
Kajian tinjauan adalah satu metode bagi tujuan untuk mengumpul maklumat dengan format
pertanyaan melalui satu set instrumen berupa soal selidik kepada satu sampel individu yang dipilih
dari satu populasi yang dikaji (Hairol Anuar Mak Din & Ahmad Munawir Ismail, 2014).
Satu cara yang paling berkesan untuk merungkai persoalan kajian berhubung pernyataan
kepercayaan kendiri, persepsi dan tingkah laku (Neuman, 2003 dalam Hairol Anuar Mak Din &
Ahmad Munawir Ismail, 2014).

Bila Perlu Memilih Reka Bentuk Itu?

Menerangkan trend Kenal pasti pandangan
sesMuaetmuafheanmomi ena kelompok terhadap sesuatu

fenomena atau dasar

cross-sectional Jenis-jenis
(jangka masa tertentu/singkat)
Pemberian borang soal selidik hanya sekali Tinjauan

longtidunal (jangka masa panjang)

Pemberian borang soal selidik diberi berulang kali

10

Ciri-ciri
Kajian Tinjauan

Penggunaan Cara memungut
yang menyeluruh data yang cepat

Cara pengendalian Saiz sampel yang besar
yang mudah Keupayaan keputusan kajian
digeneralisasikan

Prosedur dalam penyelidikan kuantitatif di mana penyelidik mentadbir
tinjauan atau soal selidik kepada sampel atau keseluruhan populasi bagi

memperihalkan sikap, pandangan, perlakuan atau ciri-ciri populasi

Deskriptif

Tinjauan Matlamat Penjelasan
Fokus Kajian
Penerokaan

Fokus & Skop

Tempoh masa
pungutan

MATLAMAT Penjelasan

Deskriptif Bertujuan untuk membuat perbandingan atau penilaian.
Kajian yang menggunakan faktor atau pemboleh ubah
Tujuan mengumpul maklumat tentang pemboleh ubah- bagi menjelaskan fenomena, faktor atau pemboleh ubah
pemboleh ubah dan membuat perihalan terhadap fenomena yang lain.
wujud atau berlaku. Boleh melibatkan kajian kolerasi.
Kerap digunakan untuk memperoleh maklumat deskriptif
berkenaan sesuatu populasi, iaitu bagi mengetahui taburan Penerokaan
pembolehubah yang dipilih.

Bertujuan untuk mengenalpasti masalah atau membuat justifikasi kepada sesuatu keadaan atau amalan. 11
Dilakukan dalam bentuk penerokaan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang memerlukan penyelidikan lanjut.
Kemudian masalah atau isu didefinisikan dengan lebih baik supaya siasatan yang lebih sistematik dapat dijalankan.

FOKUS KAJIAN

Fokus dan skop Tempoh masa pungutan data

Banci Tinjauan semasa atau keratan lintang (cross sectional survey)
Penyelidikan yang memungut data daripada semua Memungut data sekali sahaja daripada suatu sampel pada suatu
individu dalam populasi dari segi pemboleh ubah yang masa.
dipilih.
Contoh : pandangan guru tentang sesi persekolahan anjal. Tinjauan panjang (Longitudinal Survey)
Memungut data lebih daripada sekali secara berturutan menjangkau
Tujuan sampel tempoh masa bagi mengkaji perubahan dalam individu dari segi
Penyelidikan yang memungut data daripada sampel yang pembolehubah yang dipilih.
dipilih daripada populasi yang diminati. Perubahan yang berlaku kepada ciri-ciri yang dikaji dalam tempoh
Elemen kos, masa dan sumber tenaga perlu dijelaskan. tersebut adalah disebabkan oleh pengaruh pemboleh ubah yang
dipilih.

Tinjauan ; Isu etika

1. Manipulasi pemilihan sampel - seperti insentif penyertaan dalam sesetengah
kajian yang melibatkan populasi yang kecil sehingga insentif melebihi kehendak
kajian.



2. Maklumat mengenai tinjauan tidak boleh dikongsi sesuka hati dengan orang lain
di luar daripada kumpulan pengkaji. Respon hendaklah dilindungi.


3. Ketelusan dan kejujuran pengkaji- responden bukan dicipta

Tinjauan ; Langkah-langkah




Langkah 1: Langkah 2 :


Memutuskan sama ada Tentukan persoalan Langkah 3 :
Tentukan populasi,
kajian dan hipotesis
tinjauan adalah reka bentuk persampelan
yang paling awal










Langkah 4 :
Tentukan kaedah
Langkah 5 :
Tentukan instrumen tinjauan yang


– pilot
sesuai








Langkah 6 :




Pentadbiran Langkah 7 :
instrumen – Analisis data

pengekodan, pos
dan lain-lain





Langkah 8 :


Tulis

laporan








12

KAJIAN KORELASI

Reka bentuk kolerasi merupakan kajian untuk menentukan
perhubungan antara pemboleh ubah.
Contohnya, penyelidik ingin menentukan perhubungan
antara prestasi murid dan kepimpinan transformasi guru
besar.
Reka bentuk korelasi terbahagi kepada dua iaitu korelasi
positif dan korelasi negatif.

KOLERASI ; BILA DAN BAGAIMANA

Bila digunakan ; Jika terdapat dua
pembolehubah dan pengkaji ingin melihat
pengaruh atau perkaitan di antara dua
pemboleh ubah

Untuk meramalkan dan menerangkan
perhubungan di antara dua pemboleh
ubah
Pengkaji menggunakan ujian statistik dan
mengukur darjah perhubungan di antara dua
pemboleh ubah (product-moment correlation
coefficient)

13

Jenis-jenis Ramalan
Kolerasi
Menjangkakan dapatan kajian dengan menggunakan
Penerangan pemboleh ubah.
Pengkaji mengukur pemboleh ubah ramalan dalam
Memperoleh tidak kurang daripada dua pemboleh ubah. suatu masa tertentu.
Mengumpulkan data pada suatu masa. Pengkaji membuat pemboleh ubah kriteria pada suatu
Menganalisis semua responden dalam satu kumpulan. masa yang lain.
Melaporkan tujuan ujian kolerasi dalam analisis data. (Shanti Subra)
Membuat kesimpulan daripada keputusan kajian
kolerasi.
(Shanti Subra)

Ciri-ciri
Kajian Kolerasi

1.Papan Taburan

1.Taburan Plot 2. Matriks

Taburan plot dalam bentuk graf hubungan antara Pengkaji akan memaparkan semua pekali kolerasi untuk
garis lurus atau saiz curvilinear . Pekali kolerasi semua pemboleh ubah dalam bentuk jadual.

dalam tahap 1.0 hingga -1.0

2.Hubungan Antara Skor Arah, Bentuk dan Tahap

Nilai r Maksud

.20 hingga .35 Perhubungan yang sedikit sahaja digunakan untuk meramalkan kajian tersebut.
.35 hingga .65 Perhubungan agak kuat untuk digunakan meramalkan kajian tersebut..
.65 hingga .85
Perhubungan yang kuat yang digunakan untuk meramalkan kajian tersebut.
.85 ke atas
Perhubungan sangat kuat untuk meramalkan kajian tersebut.

(Cohen, Manion 1994
dalam Tiwi Kamidin,2017)

3. Analisis Pelbagai Varians 14

Menganalisis daripada dua pemboleh ubah seperti
partial correlation, multiple regression, meta anlysis

2.4 KAEDAH PENGUMPULAN / ANALISIS
DATA KUANTITATIF

Analisis data merupakan satu proses untuk memberi makna kepada data
penyelidikan yang telah dikumpul. Proses ini membantu mencapai objektif

sesuatu penyelidikan dijalankan. Pengumpulan data perlu menggunakan
alat atau instrumen seperti soal selidik, temubual, pemerhatian, ujian dan
lain-lain. Analisis data juga menggunakan alat atau instrumen yang khusus.

2.4.1 Kaedah Statistik Deskriptif

Kaedah Statistik Deskriptif atau sering juga disebut sebagai statistik pemerihalan
merupakan pengukuran yang dibuat terhadap sampel kajian. Ia hanya melibatkan
pelaporan tentang sampel yang diukur dan tidak membuat sebarang generalisasi
terhadap kumpulan yang di luar sampel itu. Kaedah Statistik Deskriptif hanya
digunakan untuk mengukur sampel yang dipilih daripada populasi dan ianya
melibatkan aktiviti seperti hitungan, pengiraan, pengukuran, penjelasan dan
penjelasan data. Kaedah ini berfungsi untuk memudah, meringkas, dan
merumuskan maklumat asas yang diukur daripada kumpulan sampel kajian. Antara
item dalam kaedah statistik deskriptif ialah taburan frekuensi seperti peratus,
sukatan kecenderungan memusat seperti min, median, dan mod, sukatan serakan
seperti julat, varians, dan sisihan piawai serta pekali kolerasi seperti phi, contigency
dan cramer’s.

2.4.2 Kaedah Statistik Inferensi

Kaedah Statistik Inferensi pula melibatkan pengukuran terhadap populasi kajian. Kaedah statistik
inferensi ini digunakan untuk membuat generalisasi terhadap kumpulan populasi kajian yang
lebih besar. Pengujian yang melibatkan penolakan atau penerimaan hipotesis juga menggunakan
item-item yang terdapat dalam statistik inferensi. Kaedah statistik inferensi pula diasaskan
daripada teori-teori berkaitan kebarangkalian. Fungsi utama kaedah statistik inferensi adalah
untuk meramal dan membuat anggaran sifat populasi daripada sampel kajian. Antara contoh item
dalam kaedah statistik inferensi ialah ujian-t, analisis varians atau ANOVA dan Khi kuasa dua.
Secara ringkasnya, kaedah statistik inferensi membolehkan kajian hubungan antara pemboleh
ubah dalam sampel yang dilakukan dan kemudiannya membuat generalisasi atau ramalan tentang
bagaimana pemboleh ubah-pemboleh ubah akan berkaitan dengan penduduk yang lebih besar.

15

2.5 PERBEZAAN
KUALITATIF DAN KUANTITATIF

VS 16

3.0 KESIMPULAN

Pendekatan kuantitatif dalam sains sosial dengan para
penyelidik menganalisis data untuk memahami dan

menyelesaikan masalah masyarakat dan tingkah laku manusia.
Sementara itu, pendekatan kuantitatif mementingkan aspek-
aspek pengiraan seperti peratusan, penambahan, jumlah dan
banyak lagi yang berkaitan dengan angka atau bilangan.
Sesebuah kajian yang dilakukan memerlukan pendekatan
kuantitatif untuk menganalisis sesuatu statistik dan
berorientasikan kepada sesebuah hasil. Melalui pendekatan
kuantitatif ini, sesuatu masalah kajian dapat dinyatakan dalam
bentuk hipotesis. Oleh itu, sesebuah kajian atau penyelidikan
banyak menggunakan pendekatan kuantitatif ini dalam kajian
mereka. Hal ini untuk membantu mereka menganalisis data-
data yang diperlukan dalam kajian.

17

RUJUKAN

Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian
Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Malaysia Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH) 1(1), 17-23. Diperoleh daripada
https://bit.ly/3sCweX8

Asep Saepul Hamdi & E. Bahruddin. 2014. Metode Penelitian Kuantitatif
Aplikasi dalam Pendidikan. Diperoleh daripada https://bit.ly/3FyoB7G

Hairol Anuar Mak Din & Ahmad Munawir Ismail. (2014). Pendekatan
Kuantitatif di Dalam Mengkaji Nilai: Kajian Pemilihan Kepimpinan
Politik. Prosiding Seminar Serantau Peradaban dan Pemikiran Islam.
ISBN 978-983-3048-94-6.

Hendra Lesmono. Jenis-jenis Penyelidikan Dan Penyelidikan dan Pengenalan
Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan. Diperoleh daripada
https://adoc.pub/jenis-penyelidikan-dan-pengenalan-kepada-pelbagai-
jenis-reka.html.

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2013). Pengenalan Kepada Pendekatan
dalam Penyelidikan Pendidikan. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti
Malaysia Sabah.

Lukas S. Musianto. (2002). Perbedaan Pendekatan Kuantitatif dengan
Pendekatan Kualitatif dalam Metode Penenlitian. Jurnal Manajemen
dan Kewirausahaan 4(2), 123 - 136. Diperoleh dari pada
https://www.researchgate.net/publication/50434651

Shanti Subra. Kajian Kolerasi. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/
25129231/KAJIAN_KORELASI.

Tiwi Kamidin. (2017). Pengenalan Rekabentuk Peneylidikan Pendidikan.
Diperoleh daripadahttps://www.slideshare.net/kamektok2011/
pengenalan-rekabentuk-penyelidikan-pendidikan


Click to View FlipBook Version