The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pertandingan sempena sambutan kemerdekaan ke 63
2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sifu Hayazi, 2020-08-17 02:18:53

syarat peraduan suara kemerdekaan KKPT

pertandingan sempena sambutan kemerdekaan ke 63
2020

GARIS PANDUAN DAN SYARAT

PROGRAM

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SUARA KEMERDEKAAN

DAN HARI MALAYSIA NORMA BAHARU 2020

1. Terma Dan Syarat Pertandingan

2. Tema nyanyian adalah berunsurkan Patriotik dan lagu kemerdekaan.

3. Nyanyian adalah secara SOLO sahaja Pakaian peserta hendaklah mengikut tema dan
menutup aurat sesuai dengan lagu patriotik.

4. Pertandingan ini terbuka kepada Pelajar Kolej Komuniti Padang Terap secara dalam
talian dan penyertaan adalah PERCUMA

5. Pertandingan ini dilaksanakan bagi menjiwai erti kemerdekaan walaupun negara sedang
mengalami Pandemik Covid melalui norma baharu.

6. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU rakaman sahaja kepada urusetia.

7. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana – mana portal/ media
sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

8. Pemilihan lagu dan lirik yang dinyanyikan BUKAN ciptaan baharu dimana peserta boleh
menyanyikan lagu yang sedia ada dipasaran

9. Persembahan nyanyian bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik. Hanya
pergerakan yang bersesuaian dengan lagu,lirik dan muzik yang dissampaikan dan tidak
keterlaluan dibenarkan.Pergerakan yang tidak keterlaluan bermaksud tiada unsur tarian dan
unsur yang mengganggu sensitiviti agama islam. Setiap peserta DILARANG
mempersembahkan unsur puisi,sajak,pentomen dan seumpamanya dalam persembahan.
Lirik lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris sepenuhnya atau gabungan
antara kedua-dua bahasa tersebut.

10. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
memenuhi terma dan syarat pertandingan.

11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran
hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

12. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urusetia semasa menghantar/
upload video dengan menyertakan item berikut :

Kategori : pelajar http://gg.gg/suarakemerdekaanharimalaysia
Nama

No Kad Pengenalan

No Matrik

No H/P untuk dihubungi dan WhatsApp

Ruangan Upload rakaman video

13. Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton,ketepatan
pic,nada,frasa,sebutan,dinamik,keseimbangan dan harmoni.

14. Rakaman video persembahan (paparan meliputi separuh bahagian badan atau penuh
badan ) dalam format MP4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berdurasi untuk
sebuah lagu sahaja TANPA DISUNTING hendaklah dimuatnaik bersama didalam borang
yang disediakan.Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara
yang terbaik.

Hadiah Pertandingan Kategori Perempuan
Tempat 1 RM50.00
Kategori Lelaki Tempat 2 RM30.00
Tempat 1 RM50.00 Tempat 3 RM20.00
Tempat 2 RM30.00
Tempat 3 RM20.00

20 saguhati disediakan pada 20 peserta terawal

PENILAIAN JURI

Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut :

Suara : 50 Markah

Persembahan : 30 Markah

Kreativiti : 20 Markah

15. Keputusan Juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dipertimbangkan

16 Pemenang akan dimaklumkan dalam telegram InfoWargaPelajar Kolej Komuniti Padang Terap
dan penyampaian hadiah akan dilakukan pada hari Ahad ,30 Ogos 2020

17 TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA HARI KHAMIS 27 OGOS 2020,JAM 10 PAGI


Click to View FlipBook Version