GARIS PANDUAN DAN SYARAT
PROGRAM
PERTANDINGAN NYANYIAN SUARA KEMERDEKAAN
DAN HARI MALAYSIA NORMA BAHARU 2020
1. Terma Dan Syarat Pertandingan
2. Tema nyanyian adalah berunsurkan Patriotik dan lagu kemerdekaan.
3. Nyanyian adalah secara SOLO dan BERKUMPULAN. Pakaian peserta hendaklah
mengikut tema dan menutup aurat sesuai dengan lagu patriotik.
4. Pertandingan ini terbuka kepada Staff Kolej Komuniti Padang Terap secara dalam talian
dan penyertaan adalah PERCUMA
5. Pertandingan ini dilaksanakan bagi menjiwai erti kemerdekaan walaupun negara sedang
mengalami Pandemik Covid melalui norma baharu.
6. Setiap peserta dibenarkan menghantar lebih dari satu rakaman kepada urusetia dengan
lagu yang berbeza
7. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana – mana portal/ media
sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.
8. Pemilihan lagu dan lirik yang dinyanyikan BUKAN ciptaan baharu dimana peserta boleh
menyanyikan lagu yang sedia ada dipasaran
9. Persembahan nyanyian bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik. Hanya
pergerakan yang bersesuaian dengan lagu,lirik dan muzik yang dissampaikan dan tidak
keterlaluan dibenarkan.Pergerakan yang tidak keterlaluan bermaksud tiada unsur tarian dan
unsur yang mengganggu sensitiviti agama islam. Setiap peserta DILARANG
mempersembahkan unsur puisi,sajak,pentomen dan seumpamanya dalam persembahan.
Lirik lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris sepenuhnya atau gabungan
antara kedua-dua bahasa tersebut.
10. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
memenuhi terma dan syarat pertandingan.
11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran
hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.
12. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urusetia semasa menghantar/
upload video dengan menyertakan item berikut :
Kategori : Staf http://gg.gg/suaramerdekastaffkkpt
Nama
No Kad Pengenalan
Tajuk lagu dan penyanyi asal
No H/P untuk dihubungi dan WhatsApp
Ruangan Upload rakaman video
13. Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton,ketepatan
pic,nada,frasa,sebutan,dinamik,keseimbangan dan harmoni.
14. Rakaman video persembahan (paparan meliputi separuh bahagian badan atau penuh
badan ) dalam format MP4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berdurasi untuk
sebuah lagu sahaja BOLEH DISUNTING atau TANPA DISUNTING hendaklah dimuatnaik
bersama didalam borang yang disediakan.Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi
mendapatkan kualiti suara yang terbaik. MIMING DARI SUARA ASAL PENYANYI TIDAK
DIBENARKAN.
Hadiah Pertandingan Kategori Berkumpulan
Tempat 1 RM 150.00
Kategori Solo Tempat 2 RM 100.00
Tempat 1 RM 100.00 Tempat 3 RM 50.00
Tempat 2 RM 70.00
Tempat 3 RM 50.00
8 saguhati disediakan pada 8 peserta terawal
PENILAIAN JURI
Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut :
Suara : 50 Markah
Persembahan : 30 Markah
Kreativiti : 20 Markah
Aspek Suara ( 50 Markah )
Ketepatan pic,nada dan frasa – 10 Markah
Keseimbangan/ Harmoni - 10 Markah
Dinamik - 10 Markah
Kualiti ton - 10 Markah
Kejelasan sebutan - 10 Markah
Aspek Persembahan (30 Markah)
Koreografi - 10 Markah
Ketepatan Gaya - 8 Markah
Ekspresi - 5 Markah
Pakaian dan Aksesori - 5 Markah
Bonus - 2 Markah
Aspek Kreativiti (20 Markah)
Irama dan alunan muzik dan keserasian - 10 Markah
Alunan / Kreativiti - 10 Markah
15. Keputusan Juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dipertimbangkan
16 Pemenang akan dimaklumkan dalam telegram InFoRasmiKKPTSTAFF Kolej Komuniti Padang Terap
dan penyampaian hadiah akan dilakukan pada hari Ahad ,30 Ogos 2020
17. 17 TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA HARI KHAMIS 27 OGOS 2020,JAM 10 PAGI