PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ BIJAYA SETIA JALAN KUALA KETIL, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4212308 FAX: 04-4216527 Email: [email protected] KALI KE-51 Perasmian disempurnakan oleh: Puan Azuraini Binti Md. Din Pengetua SMK. Dato’ Bijaya Setia
KANDUNGAN BIL. PERKARA HALAMAN 1. Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-51 1 2. Atur Cara Majlis 4 3. Agenda Mesyuarat 5 4. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-50 6 5. Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2024 13 6. Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 17 7. Ahli Jawatankuasa PIBG SMKDBS Sesi 2022/2024 27 8. Usul dan Cadangan Mesyuarat 28 9. Lantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2026 29 10. Penghargaan 30
1 JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 2024 SMK DATO’ BIJAYA SETIA TARIKH : 12 MEI 2024 HARI : AHAD MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SARANA ILMU, SMK DATO’ BIJAYA SETIA AJK INDUK Penasihat : Pn. Azuraini binti Md Din (Pengetua) Pengerusi : En. Sanmugam a/l Ramaiah (YDP PIBG) Naib Pengerusi I : Pn. Norshila binti Mhd. Shanol (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi II : En. Kumar a/l Ramamurthy (PK HEM) Naib Pengerusi III : Pn. Sharmila a/p Diamodzarau (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi IV : Pn. Chan Hoon Keow ((PK Ting 6) Naib Pengerusi V : Pn. Mazlina binti Che Omar (PK Petang) Penyelaras : Pn. Mancheri a/p Subramaniam (GKM Sains & Mat) : Pn. Sunita binti Maydin (GKM Teknik & Vokasional) : Pn. Nurazlina binti Awang (GKM Bahasa) : En. Mohd Ruse Farizal bin Ishak (GKM Kemanusiaan) Setiausaha : Pn. Norehan binti Yahaya Naib Setiausaha : Pn. Rafedah binti Mohd Noh Bendahari : Pn. Shuhana binti Abu Bakar Naib Bendahari : Pn. Rahayu binti Noordin AJK : Ketua Jawatankuasa Kerja, AJK PIBG AJK PELAKSANA Penyelaras l : Pn. Norshila binti Mhd. Shanol (PK Pentadbiran) Jawatankuasa Urus Setia Pn. Norehan binti Yahaya (K) Pn. Rafedah binti Mohd Noh Pn. Shuhana binti Abu Bakar Pn. Rahayu binti Noordin Jawatankuasa Buku Program Pn. Norehan binti Yahaya (K) Pn. Rafedah binti Mohd Noh (Flipbook) Pn. Noryushana binti Yunus Pn. Siti Salmah binti Othman Pn. Siti Aishah binti Jaafar Pn. Siti Nur Ain binti Mokhtar Pn. Siti Nor Masni binti Abdul Rashid Penyelaras ll : En. Kumar a/l Ramamurthy (PK HEM) Jawatankuasa Pendaftaran Pn. Nur Zatia binti Zolmaldi (K) Cik Tan Siew Hong Jawatankuasa Pengacara Majlis Pn. Azlita binti Abdullah (K) Pn. Nurita binti Jamaluddin
2 Pn. Khairul Muna binti Mohamad Ali Mustaza Pn. Kalpanah Devi a/p Kuppusamy Pn. Uma a/p Narayanasamy Pn. Ramlah binti Ismail Jawatankuasa Bacaan Doa En. Mohd Zin bin Bisri Jawatankuasa Sambutan Semua Pentadbir Penyelaras lll : Pn. Sharmila a/p Diamodzarau (PK Kokurikulum) Jawatankuasa Cenderamata AJK PIBG Pn. Vanitha a/p Veerapa (K) Pn. Noor Azma binti Abdul Halim Pn. Noorzila binti Mohd Sopian Cik Reena a/p Arumugam Jawatankuasa Sijil AJK PIBG Pn. Sabrina binti Mhd Jaini (K) Pn. Noor Hayati binti Osman Penyelaras lV : Pn. Chan Hoon Keow ((PK Tingkatan 6) Jawatankuasa Siaraya dan Lagu Negaraku En. Hong Chee On (K) Pn. Awatif binti Bahari En. Ganesan a/l Perumal Jawatankuasa Banner Pn. Eswary a/p Murugiah (K) En. Zulkifli bin Ahmad Penyelaras V : Pn. Mazlina binti Che Omar (PK Petang) Jawatankuasa Jamuan Waris dan Guru Pn. Salina binti Ahmad (K) Pn. Clarakartini binti A Hamid Pn. Hamidah binti Abdul Ghapa Pn. Azizah binti Arbain Pn. Baridah binti Din Pn. Munirah binti Md. Sidek Pn. Nor Suriati binti Abdul Rahim Pn. Norshahidayu binti Amzaiah Pn. Rehan Suwarni binti Abu Bakar Pn. Zarina binti Abdul Rahim Pn. Zawiyah binti Sulaiman Jawatankuasa Kebersihan Dewan En. Lim Eng Huat (K) En. Shahmizal bin Subri En. Nor Suhaidy bin Ramly Pn. Junita binti Jamaluddin Pn. Tong Soo San Pn. Surinder a/p Krishnamurthy Pn. Annendi a/p Kannaiah Cik Letchumy a/p Maripan Pn. Noor Hafizah binti Ismail Pn. Norhayati binti Sulaiman Penyelaras VI : Pn. Mancheri a/p Subramaniam (GKM Sains & Matematik) Jawatankuasa Pengira Undi Pn. Priyathashini a/p Darmalinggam (K) Pn. Robiah binti Sa’ari Jawatankuasa Pencatat Undi Pn. Nurhanisah binti Che Ngah (K) Pn. Thanageswary a/p Kolandial
3 Pn. Norhaslina binti Zainal Abidin Pn. Farizah binti Ahmad Pn. Elly Sabrina binti Zakaria Jawatankuasa Fotografi En. Mohd Asraf bin Suhami (K) En. Azahar bin Ahmad Penyelaras VII : Pn. Sunita binti Maydin (GKM Teknik & Vokasional) Jawatankuasa Multimedia Pn. Noraida Fadzlia binti Othman (K) Pn. Nor Azlina binti Md Saleh Jawatankuasa Dokumentasi Pn. Marzuliana binti Mukhtar (K) Pn. Norashikin binti Abd. Rahim Penyelaras VIII : Pn. Nurazlina binti Awang (GKM Bahasa) Jawatankuasa Pencatat Minit Pn. Filzah Munirah binti Muhammad Fuad (K) Pn. Noor Hanim binti Yaacob Pn. Nurul Akmal binti Abdul Hamid Jawatankuasa Teks Ucapan Pn. Noor Haspina binti Ahmad Radzi (K) (Pengetua/Perasmi) Pn. Norema binti Mat Desa (YDP PIBG) Penyelaras IX : En. Mohd Ruse Farizal bin Ishak (GKM Kemanusiaan) Jawatankuasa Persiapan Dewan dan Tempat Duduk VIP (a) Sebelum Program: En. Chandran a/l Vasudevan (K) En. Baskaran a/l Karuppiah En. Mohd Fadzil bin Mohd Khalid En. Ravintharan a/l Narayanan En. Devarajan a/l Munian Pn. Thilageswarry a/p Malakanoo Pn. Naghadewi a/p Sridaran Pn. Rohaida binti Mohd Radzi Pn. Noraini binti Abdul Ghani Pn. Kasturi a/p Munisamy (b) Selepas Program: En. Ooi Kuan Hee (K) En. Nagaretinan a/l Raman En. Kamarunzaman bin Juhari En. Mohd Ayub bin Md Daud Khan En. Mohd Ridhwan bin Hat Pn. Chee Mooi Eng Pn. Jamuna a/p Rajaram Pn. Nurul Syazwani binti Mohamad Rasid Pn. Nurfarah @ Che Sobiyah binti Malim Pn. Ratnamala a/p Varatharaju Jawatankuasa Persiapan Pentas dan Back Drop (a) Sebelum Program: Cik Sharidah binti Abdullah (K) Pn. Ruzaimah binti Jaafar Pn. Zanariah binti Mat Saad Pn. Sumathi a/p Apparu Pn. Krishna Priya a/p Appalasamy (b) Selepas Program Pn. Mashitah binti Nayan (K) Pn. Marliza binti Ramlan Pn. Masrah binti Mamat Pn. Bangaruammal a/p Kannaiah Pn. Ng Lee Hua Pn. Peh Lee Choo Jawatankuasa Tempat Mesyuarat En. Uthaya Kumar a/l Muniandy (K) En. Ibrahim bin Mohamed En. Balamurugan a/l Letchumanan Pn. Noormila binti Abdullah Pn. Choong Siew Lee
4 ATUR CARA MAJLIS 1.45 tengah hari : Pendaftaran Ibu Bapa / Waris dan Guru : Ketibaan Yang Dipertua PIBG SMKDBS : Ketibaan AJK PIBG 2.00 petang : Ketibaan Pengetua / Perasmi Majlis dimulakan: : Lagu “Negaraku” : Ucapan Aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG : Ucapan Pengetua dan Perasmian : Penyampaian Sijil dan Cenderamata 2.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat - Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-50 - Perkara-Perkara Berbangkit - Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2023 - Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 - Membahaskan Usul - Pembubaran AJK Sesi 2022/2024 - Pelantikan Pengerusi Sementara - Pemilihan dan Pelantikan AJK Sesi 2024/2026 - Hal-Hal Lain - Ucapan Penangguhan 4.00 petang : Bersurai
5 AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-50 3. Perkara-Perkara Berbangkit 4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2023 5. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 6. Membahaskan Usul 7. Pembubaran AJK Sesi 2022/2024 8. Pelantikan Pengerusi Sementara 9. Pemilihan dan Pelantikan AJK Sesi 2024/2026 10. Hal-Hal Lain 11. Ucapan Penangguhan
MINIT MESYUARAT
6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 TAHUN 2023 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ BIJAYA SETIA Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Sakti, SMK Dato’ Bijaya Setia Kehadiran AJK : 1. Pn. Chua Jock Cheng (Pengetua / Penasihat) 2. En. Sanmugam a/l Ramaiah (YDP PIBG) 3. Pn. Norehan binti Yahaya (Setiausaha) 4. Pn. Rafedah binti Mohd Noh (Penolong Setiausaha) 5. Pn. Shuhana binti Abu Bakar (Bendahari) 6. Pn. Rahayu binti Noordin (Penolong Bendahari) 7. En. Hong Chee On (AJK Guru) 8. Pn. Suraya binti Sharip (AJK Guru) 9. Pn. Chee Moi Eng (AJK Guru) 10. Pn. Bangaruammal a/p Kannaiah (AJK Guru) 11. En. Zulkifli bin Ahmad (AJK Guru) 12. En. Rajan a/l Ramasamy (AJK Waris) 13. En. Yesuthas a/l Doriasamy (AJK Waris) 14. En. Marimuthu a/l Maraiappan (AJK Waris) 15. Pn. Latha a/p Subramaniam (AJK Waris) 16. En. Sangaran a/l Munisamy (AJK Waris) 17. Pn. Liau Kim Geik (AJK Waris) 18. En. Devarajan a/l Munian (Juruaudit Guru) 19. En. Siva a/l Gunasegaran (Juruaudit Waris) Tidak Hadir Bersebab : 1. Pn. Tan Hooi Poh (NYDP PIBG) 2. Pn. Priyathashini a/p Darmalinggam (AJK Guru) 3. En. Krishna Moorthy a/l Muthiyalu (AJK Waris) 4. Pn. Roslinah binti Haslan (AJK Waris) Kehadiran Ibu Bapa : 78 orang Kehadiran Guru : 100 orang Perasmian oleh : En. Jeevithan P.Ganasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bioprime Pharmacy
7 Juruacara Majlis : Pn. Azlita binti Abdullah (K) Pn. Junita binti Jamaluddin Pencatat Minit : Pn. Hamidah binti Abdul Ghapa (K) Pn. Siti Salmah binti Othman Pn. Haliza binti Hashim Agenda I : Perutusan YDP PIBG 1. Yang Dipertua PIBG, En. Sanmugam a/l Ramaiah mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung pada hari ini. YDP juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang banyak membantu dalam menguruskan perjalanan mesyuarat agung pada kali ini dengan lancar. 2. YDP memaklumkan bahawa sumbangan PIBG tidak dapat dikurangkan kerana banyak program serta aktiviti pembangunan yang sedang dan akan dijalankan dengan menggunakan dana tersebut. Salah satunya ialah projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung di luar pagar sekolah bagi kegunaan murid-murid supaya dapat berteduh daripada hujan dan panas semasa datang dan pulang dari sekolah. Laluan berbumbung ini dibina dari pintu pagar A hingga ke pintu pagar B. 3. YDP turut menyatakan bahawa projek baik pulih tandas akan dijalankan pada tahun ini. Projek ini akan bermula dengan baik pulih tandas murid perempuan dan kemudian tandas murid lelaki. Apabila projek ini telah siap, beliau amat berharap semua murid dapat menggunakan kemudahan tandas dengan sebaik-baiknya dan tidak membuat sebarang kerosakan. 4. Beliau juga memaklumkan bahawa Tuan Pengetua akan bersara pada bulan Julai akan datang. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana banyak memberi nasihat dan sumbangan selama berkhidmat sebagai pengetua di sekolah ini. Beliau turut berharap Tuan Pengetua dijemput datang ke sekolah ini untuk merasmikan program yang akan dilaksanakan kelak. 5. YDP meminta semua ahli PIBG dapat memberi sumbangan dan melibatkan diri secara menyeluruh bagi merealisasikan semua program yang dirancang oleh PIBG dan pihak sekolah. Agenda II : Perutusan Penasihat PIBG (Pengetua) 6. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua ibu bapa dan waris serta guru dalam mesyuarat pada kali ini. Beliau menjelaskan Mesyuarat Agung PIBG hari ini dilewatkan kerana Majlis Apresiasi Murid dijalankan pada hari yang sama pada tahun ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG sesi 2022/2023 yang telah banyak menjalankan program sekolah hingga berjaya mencapai matlamatnya.
8 7. Tuan Pengetua mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang diperoleh baru-baru ini. Terdapat peningkatan gred purata sebanyak 0.20 kepada 5.44. Seramai 208 orang daripada 285 orang calon layak mendapat sijil. Justeru itu, pelbagai program peningkatan akademik telah dirancang dan akan dijalankan secepat mungkin bagi memastikan sasaran pencapaian murid dalam pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran pusat dapat direalisasikan dengan jayanya. 8. Beliau juga berharap jaringan serta kolaboratif yang kuat antara PIBG dan pihak sekolah dapat dikekalkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak terutama sekali kepada anak-anak didik kita. Agenda III : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 9. Cikgu Norehan binti Yahaya selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-49 daripada muka surat 7 hingga 15 tanpa sebarang pindaan. Cadangan diterima oleh : Pn. Chew Kooi See Disokong oleh : En. Ananthan a/l Kunyambu Agenda IV : Perkara Berbangkit 10. Tiada perkara berbangkit. Agenda V : Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG bagi Tahun 2022 11. Cikgu Norehan binti Yahaya membentangkan Laporan Tahunan PIBG daripada muka surat 16 hingga 19. Cadangan diterima oleh : Pn. Bharathi a/p Ramoo Disokong oleh : Pn. Rekha a/p Rajagopal Agenda VI : Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2022 12. Cikgu Shuhana binti Abu Bakar selaku Penolong Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan berakhir pada tahun 2022 daripada muka surat 20 hingga 26. Cadangan diterima oleh : Pn. Nurhartini binti Musa Disokong oleh : Pn. Ida Maryani binti Abd Rahman Agenda VII : Membahaskan Usul 13. Terdapat satu usul yang dicadangkan oleh seorang waris tetapi usul tersebut tidak dapat dibahaskan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-50 kerana waris berkenaan tidak hadir. 14. Tuan Pengetua turut memperjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh pihak waris tentang isu pengurusan sekolah. Antara isu-isu tersebut ialah:
9 (a) Pn. Poonapathy a/p Kalimuthu waris kepada Kiishanthan a/l Suria Gandhan (1ASK1) mencadangkan pengusaha kantin menyediakan pelbagai jenis menu vegeterian. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa beliau telah berbincang dengan PK HEM berkenaan cadangan ini, dan meminta pelajar membuat bancian untuk melihat bilangan tempahan bagi mewujudkan situasi menang-menang kerana kos yang tinggi bagi pihak kantin untuk menambah menu makanan jika tiada sambutan. (b) Pn. Manggai a/p Subramanian waris kepada Rosshni a/p Peram Annan (1ASK1) menyatakan tandas tidak bersih, berbau busuk, tidak mempunyai tong sampah, pintu tandas rosak dan tiada lampu. Selain itu, harga makanan yang dijual di kantin adalah mahal dan perlu dikurangkan harganya. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa PIBG telah menerima sumbangan daripada YB Sungai Petani sebanyak RM34,000.00 untuk membaiki tandas. Berkenaan harga makanan pula, Tuan Pengetua menjelaskan harga tersebut adalah berpatutan dan pihak sekolah telah membuat pemantauan dan meminta pihak kantin menambah jumlah saiz makanan yang dijual. (c) Pn. Kavetha a/p Mohan waris kepada Pahvanan a/l Balamurugan (1ASK1) menyatakan pandangan yang baik, positif, kagum dan berpuas hati dengan layanan pihak sekolah. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas pandangan yang diberikan. (d) Pn. Jayaseela a/p Vejayun waris kepada Thisya a/p Siva (1RBT1) mengusulkan pemasangan pendingin hawa di dalam kelas akibat cuaca panas pada masa kini. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa pihak KPM melarang penggunaan pendingin hawa di dalam kelas kerana layanan perlu sama rata antara semua pelajar serta menyebabkan kos perbelanjaan penggunaan elektrik di sekolah turut meningkat. Namun begitu, penggunaannya diperlukan di dalam bilik khas seperti makmal komputer. (e) En. Yogeswaran a/l Arumugam waris kepada Kabilan a/l Yogeswaran (1RBT1) mencadangkan pihak sekolah memasang dan menyediakan water filter. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berusaha tetapi masih belum berjaya mendapatkan tajaan dan tetap akan berusaha untuk memperolehinya lagi. (f) En. Lee Siau Foong waris kepada Au Chun Hui (1RBT4) mengusulkan pemasangan lampu isyarat di hadapan sekolah bagi menjaga keselamatan semua pelajar. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa perkara ini telah dipanjangkan kepada pihak MPSP namun lampu isyarat tidak dapat dipasang kerana lokasi sekolah yang berhampiran dengan jambatan. (g) Pn. Vicneswari a/p Selvadurai waris kepada R.Sovineswaran (2ASK1) menyatakan majalah sekolah amat menarik dan berinformasi, tetapi alamat dan nombor telefon bimbit pelajar tidak harus disebarkan. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa majalah sekolah merupakan sumber rujukan kepada pelajar bagi menghubungi rakan-rakan selepas tamat persekolahan. Beliau menegaskan bahawa nombor telefon masih selamat digunakan dan meminta persetujuan ibu bapa sama ada nombor telefon perlu dimasukkan dalam majalah ataupun tidak. Ibu bapa sebulat suara menerima dan bersetuju dengan pandangan beliau.
10 (h) Pn. Gowri a/p Balakrishnan waris kepada Yugavaran a/l Thirupathy (2ASK1) mencadangkan pemasangan cermin tingkap di kelas 2ASK1 kerana ketika hujan lebat air hujan telah memasuki kelas tersebut. Tuan pengetua menjelaskan bahawa pada 19 Mac 2023 cermin tingkap telah siap dipasang di dalam semua kelas kerana pihak sekolah telah mendapat sumbangan sebanyak 200 keping cermin daripada Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Namun begitu, sikap pelajar dalam kelas berkenaan yang kurang berhati-hati telah menyebabkan cermin tingkap itu jatuh dan pecah. Oleh itu, pihak sekolah meminta pelajar berkenaan menggantikan cermin tingkap tersebut sebagai satu pengajaran dan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pelajar. (i) En. Yesuthas a/l Doriasamy waris kepada Saangeetha a/p Yesuthas (2ASK3) menyatakan bantuan guru dan pengawal keselamatan ketika pelajar melintas jalan adalah tidak mencukupi. Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab pihak sekolah. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa guru bertugas akan keluar kelas 5 minit awal bersama murid-murid bagi menjaga keselamatan mereka bersama pengawal keselamatan di pintu pagar utama. Pengawal keselamatan akan berada di atas jalan raya semasa murid-murid melintas jalan. Oleh sebab itu, Tuan Pengetua memohon persetujuan daripada ibu bapa untuk bayaran insurans keselamatan diri bagi 4 orang pengawal keselamatan dengan anggaran sebanyak RM140.00 setiap seorang atas risiko yang akan dihadapi semasa menjaga keselamatan murid-murid di atas jalan raya. Ibu Bapa sebulat suara menerima dan bersetuju dengan permohonan ini. (j) Pn. Ooi Bee Hoon waris kepada Heng Hui Fang (3ASK2) memohon pihak sekolah menyerahkan semula kertas ujian kepada pelajar selepas semakan guru supaya ibu bapa dapat mengetahui kelemahan anak-anak dalam setiap mata pelajaran dan membuat penambahbaikan atas kelemahan tersebut. Selain itu, beliau turut memohon pihak sekolah mengedarkan laporan aktiviti kokurikulum kepada pelajar setiap akhir tahun supaya ibu bapa boleh membantu membuat tindakan susulan. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa siasatan telah dibuat tentang guru-guru yang tidak memulangkan kembali kertas jawapan kerana ujian baru sahaja selesai dan guru-guru masih dalam proses mengedarkan kertas jawapan ujian berkenaan. Ibu bapa boleh berhubung dengan Tuan Pengetua secara peribadi jika masih ada isu yang berbangkit. (k) Pn. Valarmathy a/p Palpanaban waris kepada Puvaaneswaran (4STB1) mencadangkan pihak sekolah membuat kelas tambahan bagi mata pelajaran Matematik Tambahan bagi pelajar Tingkatan 4. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai halangan untuk membuat kelas tambahan asalkan pelajar tersebut berminat untuk hadir dan belajar dengan bersungguh-sungguh. (l) En. Gunendren a/l Perumal waris kepada Sharini a/p Nadarajan (5SK6) mencadangkan pembinaan tempat teduhan bagi pelajar di luar kawasan sekolah supaya tidak kebasahan ketika hari hujan. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa tempat teduhan masih dalam proses pembinaan. Inisiatif ini diambil selepas beliau meninjau keadaan pada waktu hujan dalam tahun 2019. Kesesakan telah berlaku sehingga ke jambatan ketika ibu bapa menurunkan pelajar pada waktu pagi. Keadaan ini akan menjadi lebih terkawal jika tempat teduhan ini
11 siap dan ketika waktu pulang pelajar tiada masalah untuk berteduh jika cuaca panas mahupun hujan. (m) Pn. Ruslaila binti Bahador waris kepada Nurul Ain Syifa binti Ahmad Nordin (6AUUM) menyatakan pengawal keselamatan perlulah memastikan pintu pagar belakang dibuka ketika pelajar Tingkatan 6 pulang. Ini kerana anak saya perlu menolak motosikal sewaktu pulang ke pintu pagar hadapan. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa waktu pulang bagi pelajar Tingkatan 6 ialah pada pukul 2.20 petang pada setiap hari. Oleh itu, semua pelajar Tingkatan 6 yang menunggang motosikal perlu menolak kenderaan mereka dari kawasan parkir hingga ke pintu pagar hadapan untuk pulang ke rumah kerana pengawal keselamatan akan membuka pintu pagar belakang sehingga pukul 1.30 tengah hari bagi pelajar arus perdana yang pulang pada pukul 1.20 tengah hari. Agenda VIII : Hal-hal Lain 15. Yang Dipertua PIBG mencadangkan supaya kutipan sumbangan PIBG pada muka surat 9 dikekalkan bagi tahun 2023 dengan tambahan untuk majalah sekolah sebanyak RM20.00 bagi setiap keluarga, iaitu: Bil Jenis Bayaran (satu keluarga/seorang murid Tingkatan P, 1, 2 dan 4 Tingkatan 3 Tingkatan 5 Tingkatan 6 1 Sumbangan PIBG (bagi setiap keluarga) RM 30 RM 30 RM 30 RM 30 2 Peningkatan Prestasi Akademik RM 20 RM 40 RM 60 RM 60 3 Pembangunan dan Keceriaan Sekolah RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 4 Sukan dan Kokurikulum RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 5 Program Sahsiah RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 6 Majalah Sekolah (bagi setiap keluarga) RM20 RM20 RM20 RM20 JUMLAH RM 130 RM 150 RM 170 RM 170 Cadangan diterima oleh : Pn. Tholasi a/p Mary Disokong oleh : Pn. Clarakartini binti A Hamid 16. YDP juga memperkenalkan barisan pentadbir kepada ibu bapa dan memaklumkan sekiranya para waris atau ibu bapa yang mempunyai sebarang masalah bolehlah berhubung dengan barisan pentadbir tersebut. Antaranya ialah Cikgu Norshila binti Mhd. Shanol (Penolong Kanan Pentadbiran) bagi urusan akademik dan kurikulum murid, Cikgu Kumar a/l Ramamurthy (Penolong Kanan HEM) bagi urusan hal ehwal murid, Cikgu Noremah binti Abd. Rashid (Penolong Kanan Kokurikulum) bagi urusan sukan dan kokurikulum murid, Cikgu Mazlina binti Che Omar (Penolong Kanan Petang) bagi urusan hal ehwal murid sesi petang dan Cikgu Chan Hoon Keow (Penolong Kanan Tingkatan 6) bagi semua urusan pelajar tingkatan 6.
12 17. YDP turut memaklumkan bahawa pada tahun ini tiada pemilihan AJK PIBG daripada pihak waris kerana telah diputuskan pelantikan adalah 2 tahun sekali. Lantikan AJK guru pula ditentukan oleh pihak sekolah. Agenda IX : Ucapan Penangguhan 18. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Pn.Chua Jock Cheng atas jasa dan sumbangan beliau kepada SMK Dato’ Bijaya Setia selama ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang Disediakan oleh, ………………………........................... ……………………………........ (HAMIDAH BINTI ABDUL GHAPA) (NOREHAN BINTI YAHAYA) Pencatat Minit Setiausaha PIBG SMK Dato’ Bijaya Setia SMK Dato’ Bijaya Setia Disemak oleh, Disahkan oleh, ...................................................... ........................................ (SANMUGAM A/L RAMAIAH) (CHUA JOCK CHENG) Yang Dipertua PIBG Pengetua SMK Dato’ Bijaya Setia SMK Dato’ Bijaya Setia
LAPORAN SETIAUSAHA
13 Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2024 A. Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru 1.0 AHLI PERSATUAN Semua ibu bapa / waris pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bijaya Setia. Semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bijaya Setia. 2.0 PEGAWAI Senarai pegawai PIBG yang telah dipilih bagi sesi 2022/2024 PENASIHAT : PN. AZURAINI BINTI MD DIN (Pengetua SMKDBS) YDP PIBG : EN. SANMUGAM A/L RAMAIAH NYDP PIBG : PN. TAN HOOI POH SETIAUSAHA : PN. NOREHAN BINTI YAHAYA NAIB SETIAUSAHA : PN. RAFEDAH BINTI MOHD NOH BENDAHARI : PN. SHUHANA BINTI ABU BAKAR NAIB BENDAHARI : PN. RAHAYU BINTI NOORDIN Ahli Jawatankuasa : Wakil Waris 1. En. Rajan a/l Ramasamy 2. En. Yesuthas a/l Doriasamy 3. En. Krishna Moorthy a/l Muthiyalu 4. En. Sangaran a/l Munisamy 5. En. Marimuthu a/l Maraiappan 6. En. Kumaresan a/l Ramanathan 7. Pn. Latha a/p Subramaniam 8. Pn. Liau Kim Geik 9. Pn. Roslinah binti Haslan Wakil Guru 1. En. Hong Chee On 2. En. Zulkifli bin Ahmad 3. Pn. Priyathashini a/p Darmalinggam 4. Pn. Chee Mooi Eng 5. Pn. Bangaruammal a/p Kannaiah Pemeriksa Kira-Kira 1. En. Devarajan a/l Munian (Guru) 2. En. Siva a/l Gunasegaran (Waris)
14 3.0 TARIKH MESYUARAT Jawatankuasa PIBG SMKDBS bagi sesi 2022/2024 telah mengadakan mesyuarat AJK sebanyak empat kali seperti tarikh berikut: 4.0 ANALISIS KEHADIRAN MESYUARAT Bil Tarikh / Hari Masa Tempat Pengerusi 1. 9 Julai 2023 (Ahad) 2.00 ptg Bilik Bestari En. Sanmugam a/l Ramaiah 2 19 November 2023 (Ahad) 2.00 ptg Bilik Bestari En. Sanmugam a/l Ramaiah 3. 21 April 2024 (Ahad) 2.00 ptg Bilik Bestari En. Sanmugam a/l Ramaiah 4. 5 Mei 2024 (Ahad) 2.00 ptg Bilik Bestari En. Sanmugam a/l Ramaiah Bil. Ahli Jawatankuasa / Pentadbir 9/7/23 19/11/23 21/4/24 5/5/24 Jumlah kehadiran 1. Pn. Azuraini binti Md Din (Pengetua) – √ √ X 2/3 2. En. Sanmugam a/l Ramaiah (YDP) √ √ √ √ 4/4 3. Pn. Tan Hooi Poh (NYDP) X X X X 0/4 4. Pn. Norehan binti Yahaya (Setiausaha) √ √ √ X 3/4 5. Pn. Rafedah binti Mohd Noh (Naib Setiausaha) √ √ √ √ 4/4 6. Pn. Shuhana binti Abu Bakar (Bendahari) √ √ √ X 3/4 7. Pn. Rahayu binti Noordin (Naib Bendahari ) X √ √ √ 3/4 8. En. Rajan a/l Ramasamy √ √ √ √ 4/4 9. En. Yesuthas a/l Doriasamy X √ √ X 2/4 10. En. Krishna Moorthy a/l Muthiyalu √ √ √ √ 4/4 11. En. Sangaran a/l Munisamy X √ √ X 2/4 12. En. Marimuthu a/l Maraiappan √ √ √ X 3/4 13. Pn. Liau Kim Geik X X X X 0/4
15 Petunjuk:- √ - Hadir X – Tidak hadir 5.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PIBG PADA SESI 2022/2024 5.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertepatan dengan objektif persatuan seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan PIBG. PIBG sekolah berperanan untuk membantu pihak sekolah bagi memastikan para pelajar mendapat atau memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan yang disediakan di samping mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif. 5.2 Bagi membantu pihak sekolah untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pelajar sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum maka pihak PIBG telah memperuntukkan sejumlah wang sebanyak RM237,545.45 kepada pihak sekolah bagi tahun 2023 untuk tujuan berikut: BIL. AKTIVITI / SUMBANGAN 1. Mesyuarat AJK PIBG 2023 2. Program Peningkatan Prestasi Akademik 3. Hadiah Persaraan dan Hari Guru 4. Pembelian roti bagi calon SPM 2022 5. Sumbangan kepada Pasukan Bomba 6. Sumbangan kebakaran dan kemalangan kepada waris pelajar 7. Majlis Graduasi dan Makan Malam Tahunan Tingkatan 6 2022 8. Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah 9. Naik taraf Bilik Bimbingan Kaunseling 10. Baik pulih fasiliti di Blok A, kantin, tandas perempuan dan lelaki 14. En. Kumaresan a/l Ramanathan √ X √ √ 3/4 15. Pn. Latha a/p Subramaniam √ X X √ 2/4 16. Pn. Roslinah binti Haslan X X X X 0/4 17. En. Hong Chee On √ √ √ X 3/4 18. En. Zulkifli bin Ahmad X √ X X 1/4 19. Pn. Priyathashini a/p Darmalinggam √ X √ X 2/4 20. Pn. Chee Mooi Eng √ √ √ √ 4/4 21. Pn. Bangaruammal a/p Kannaiah √ √ √ X 3/4
16 11. Program Pemantapan Sahsiah dan Motivasi 12. Sukan dan Olahraga, Kelab dan Persatuan 13. Papan tanda pintu gerbang sekolah 14. Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM dan STPM 2022 15. Pembelian buku resit PIBG 16. Laluan Berbumbung (Walkway) 17. Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM 18. Program RIMUP Tahun Baru Cina 5.3 Selain itu, pihak PIBG juga telah berjaya mendapatkan pelbagai sumbangan daripada pihak agensi luar di sepanjang tahun 2022 sehingga 2024. Antara sumbangan-sumbangan tersebut ialah: Pemasangan 5 unit penghawa dingin di Blok A. Pemberian 20 unit komputer riba kepada pelajar. Sumbangan RM38,000 daripada Ahli Parlimen Sungai Petani untuk Projek Naik Taraf Tandas Pelajar Perempuan. Sumbangan 16 set kerusi dan meja batu daripada AJK PIBG (Waris). Pemberian 20 unit beg sekolah kepada pelajar. Pembinaan Laluan Berbumbung (Walkway) di hadapan sekolah kerjasama antara Kelab Rotary dengan PIBG SMKDBS. Sumbangan cenderahati alat tulis kepada semua guru SMKDBS sempena pembukaan sekolah sesi 2023/2024. 6.0 PENUTUP Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian dan kegemilangan sesebuah sekolah, kerjasama dan sokongan padu daripada PIBG akan menjadi pendorong kepada pihak sekolah untuk merancang pelbagai program bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Komitmen yang diberikan oleh AJK PIBG dan juga waris dalam menjayakan program sekolah boleh dipertingkatkan. Kesepakatan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan PIBG akan menjadi pemangkin kepada kegemilangan sekolah. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ........................................... ............................................... .......................................... (NOREHAN BINTI YAHAYA) (SANMUGAM A/L RAMAIAH) (AZURAINI BINTI MD DIN) SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA PIBG PENGETUA SMK DATO’ BIJAYA SETIA SMK DATO’ BIJAYA SETIA SMK DATO’ BIJAYA SETIA
LAPORAN KEWANGAN
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27 AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK DATO’ BIJAYA SETIA, SESI 2022/2024 YDP PIBG : EN. SANMUGAM A/L RAMAIAH NYDP PIBG : PN. TAN HOOI POH SETIAUSAHA : PN. NOREHAN BINTI YAHAYA NAIB SETIAUSAHA : PN. RAFEDAH BINTI MOHD NOH BENDAHARI : PN. SHUHANA BINTI ABU BAKAR NAIB BENDAHARI : PN. RAHAYU BINTI NOORDIN AHLI JAWATANKUASA: AJK GURU EN. HONG CHEE ON EN. ZULKIFLI BIN AHMAD PN. PRIYATHASHINI A/P DARMALINGGAM PN. CHEE MOOI ENG PN. BANGARUAMMAL A/P KANNAIAH AJK WARIS EN. RAJAN A/L RAMASAMY EN. YESUTHAS A/L DORIASAMY EN. KRISHNA MOORTHY A/L MUTHIYALU EN. SANGARAN A/L MUNISAMY EN. MARIMUTHU A/L MARAIAPPAN EN. KUMARESAN A/L RAMANATHAN PN. LATHA A/P SUBRAMANIAM PN. LIAU KIM GEIK PN. ROSLINAH BINTI HASLAN JURUAUDIT EN. DEVARAJAN A/L MUNIAN (GURU) EN. SIVA A/L GUNASEGARAN (WARIS)
28 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT Usul dan cadangan daripada AJK PIBG dan pihak sekolah : PIBG dan pihak sekolah mencadangkan untuk menaikkan RM20 (dua puluh ringgit) wang Peningkatan Prestasi Akademik bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Ini akan menjadikan jumlah wang Peningkatan Prestasi Akademik Tingkatan 1, 2 dan 4 ialah sebanyak RM40 (empat puluh ringgit). SUMBANGAN PIBG TAHUN 2023 : Bil. Jenis Bayaran (satu keluarga/seorang murid) Tingkatan P, 1, 2 dan 4 Tingkatan 3 Tingkatan 5 Tingkatan 6 1. Sumbangan PIBG (bagi setiap keluarga) RM 30 RM 30 RM 30 RM 30 2. Peningkatan Prestasi Akademik RM 20 RM 40 RM 60 RM 60 3. Pembangunan dan Keceriaan Sekolah RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 4. Sukan dan Kokurikulum RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 5. Program Sahsiah RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 JUMLAH RM 110 RM 130 RM 150 RM 150 SUMBANGAN PIBG TAHUN 2024 : Bil. Jenis Bayaran (satu keluarga/seorang murid) Tingkatan Peralihan Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 6 1. Sumbangan PIBG (bagi setiap keluarga) RM 30 RM 30 RM 30 RM 30 2. Peningkatan Prestasi Akademik RM 20 RM 40 RM 60 RM 60 3. Pembangunan dan Keceriaan Sekolah RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 4. Sukan dan Kokurikulum RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 5. Program Sahsiah RM 20 RM 20 RM 20 RM 20 JUMLAH RM 110 RM 130 RM 150 RM 150
29 LANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2024-2026 YANG DIPERTUA PIBG ______________________________________ NAIB YANG DIPERTUA PIBG ______________________________________ SETIAUSAHA ______________________________________ NAIB SETIAUSAHA ______________________________________ BENDAHARI ______________________________________ NAIB BENDAHARI ______________________________________ AJK IBU BAPA 1. ______________________________ 2. ______________________________ 3. ______________________________ 4. ______________________________ 5. ______________________________ 6. ______________________________ AJK GURU 1. ______________________________ 2. ______________________________ 3. ______________________________ 4. ______________________________ JURUAUDIT DALAM 1. ______________________________ 2. ______________________________
30 Penghargaan Kalungan penghargaan dengan setulus hati Atas jasa dan budi yang dihulurkan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kepada Semua pihak sama ada individu-individu, organisasi-organisasi mahu pun agensi kerajaan dan swasta. Daripada Tuan Pengetua, Tuan Yang Dipertua dan Barisan AJK PIBG, Guru-guru dan Warga SMK Dato’ Bijaya Setia. Jasa dan Budi tetap abadi di sanubari. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi kekal abadi.
LALUAN PERMATA SMKDBS