Topik 1
Pengenalan Industri Pelancongan
dan Hospitaliti
SUB TOPIK
1.1 Menjelaskan tentang industri pelancongan
dan hospitaliti.
1.2 Mengenal pasti istilah-istilah dalam industi
pelancongan dan hospitaliti.
1.3 Mengklasifikasikan sub sektor dalam
industri pelancongan.
Pelancongan
Aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu
tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan
menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi
tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.
Industri Pelancongan
Bermula kira-kira 5000 tahun lalu, melibatkan
perjalanan yang didorong oleh perdagangan,
ketenteraan dan pentadbiran kerajaan.
Di Malaysia industri pelancongan mula muncul
pada akhir tahun 1960.
Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula
membangunkan industri pelancongan untuk
memenuhi beberapa objektif.
Industri pelancongan merupakan satu
daripada sumber yang menyumbangkan
pendapatan kepada negara.
Peningkatan pendapatan negara melalui
industri pelancongan dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat setempat dan
pengagihan ekonomi yang seimbang.
Hospitaliti
Layanan baik tuan rumah kepada tetamu.
Industri Hospitaliti
Kategori luas dalam industri perkhidmatan yang
termasuk penginapan, perancangan acara, taman
tema, pengangkutan, pelayaran, perjalanan dan
bidang tambahan lain dalam industri pelancongan.
Industri perhotelan seperti restoran, hotel, atau taman
hiburan.
AKTIVITI SENGGANG
Kesenggangan adalah masa terluang yang
digunakan untuk melakukan aktiviti yang
menyeronokkan dan memberikan kepuasan
kepada seseorang individu.
REKREASI
Rekreasi ialah penggunaan masa lapang untuk
mewujudkan keseronokan bersama ahli keluarga
atau aktiviti bukan kerja.
Hubungan industri Hospitaliti merupakan salah satu faktor
hospitaliti dan penyokong yang positif dalam kemajuan bidang
pelancongan dalam pelancongan.
pembangunan ekonomi Industri hospitaliti merangkumi sektor-sektor
negara perkhidmatan yang menyokong pertumbuhan
industri pelancongan seperti restoran,
perniagaan katering, perjudian, taman tema,
sektor retail, hiburan, sukan dan rekreasi dan
sebagainya.
Industri hospitaliti amat memerlukan jumlah
tenaga kerja yang besar bagi melancarkan lagi
pengurusan operasi dan menjamin tahap
perkhidmatan yang diberikan kepada para
pelancong.
Hubungan aktiviti Pelancongan dianggap sebagai satu
senggang dan rekreasi kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang
dengan pelancongan yang mempunyai masa dan wang sahaja
mampu melancong.
Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang
semakin baik, kemudahan pengangkutan yang
sempurna telah menjadi faktor yang mendorong
lebih banyak orang pergi melancong.
Ciri-ciri alam semulajadi seperti sinaran
matahari,laut dan pantai sehinggalah kepada
tempat-tempatyang belum pernah manusia lalui
menjadikan alam sekitar sebagai tunjang utama
kepada industri pelancongan rekreasi.
Mengenal pasti PELANCONG
hubungan faktor
asas pelancongan Individu / kumpulan yang menginap
sekurang-kurangnya satu malam di
sesebuah destinasi yang dilawati untuk
tujuan tertentu.
PENYEDIA PERKHIDMATAN
PELANCONGAN
Tenaga kerja yang menyediakan
perkhidmatan pelancongan.
KERAJAAN TEMPATAN
Menyediakan dan melaksanakan
undang-undang, peraturan dan garis
panduan bagi industri pelancongan.
Mengenal pasti KOMUNITI TUAN RUMAH (HOST)
hubungan faktor
asas pelancongan Komuniti yang tinggal di sesuatu kawasan
pelancongan.
PERSEKITARAN
Alam semulajadi seperti bentuk muka
bumi, iklim, flora dan fauna
Warisan dan budaya seperti
bangunan lama atau bersejarah
Hiburan seperti tarikan buatan
manusia dan festival
Pendidikan seperti pusat kajian dan
penyelidikan
Mengenal pasti istilah-istilah dalam
industi pelancongan dan hospitaliti
PELANCONG/TOURIST PENGEMBARA/TRAVELLER
Individu yang membuat lawatan ke sesuatu Individu/kumpulan yang melakukan perjalanan tanpa tujuan
tempat yang jauh dari rumahnya dengan tertentu. Mereka merancang perjalanan sendiri, mengelak
tempat tarikan pelancongan dan gemar bergaul dengan
tujuan mencari keseronokan dan bersantai. masyarakat setempat.
PELANCONG BALIK
HARI/EXCURSIONIST
Individu/kumpulan yang melakukan perjalanan singkat atau perjalanan
yang bermula dari pagi dan kembali pada hari yang sama. Juga
dikenali sebagai day tripper.
Mengenal pasti istilah-istilah dalam
industi pelancongan dan hospitaliti
PELAWAT/VISITOR BACKPACKER
Individu yang melawat sesuatu tempat Individu yang membuat perjalanan jauh
atau tinggal di tempat tersebut untuk tanpa ada arah tujuan tertentu dan
jangka masa yang singkat dengan meletakkan kepeluan dirinya seperti
tujuan tertentu.
makanan dan pakaian di dalam beg yang digalas di belakang.
TETAMU/GUEST
Individu yang menerima layanan di sesebuah tempat oleh tuan rumah
yang dipanggil host/hostess. Individu tersebut membayar untuk
perkhidmatan yang diberikan.
ALLOCENTRIC (THE WANDERERS) Topologi
Pelancong
Pelancong yang mencari pengalaman dan pengembaraan baru dalam
pelbagai aktiviti. Pelancong ini bersikap terbuka dan yakin dengan diri
sendiri. Mereka lebih suka meneroka kawasan baru sebelum orang lain
melakukannya.
PSYCHOCENTRIC (THE REPEATER)
Pelancong yang tidak sukakan cabaran. Mereka lebih gemar kembali
ke destinasi pelancongan yang biasa mereka lawati di mana mereka
boleh beristirehat dan mengetahui jenis makanan dan aktiviti yang
akan dilakukan.
MIDCENTRIC (COMBINATION)
Pelancong ini merangkumi mereka yang termasuk dalam kedua-dua
kategori allocentric dan psychocentric.
PELANCONGAN INBOUND
Pelancong asing/luar yang masuk ke dalam negara
tuan rumah. Aktiviti pelancongan ini melibatkan pergerakan keluar di
kalangan non-residents untuk melawat negara luar.
PELANCONGAN OUTBOUND
Pergerakan keluar penduduk sesebuah negara yang melawat sesebuah
negara lain.
PELANCONGAN DOMESTIK
Aktiviti pelancongan yang melibatkan pergerakan keluar penduduk
sesebuah negara untuk melawat negara mereka sendiri.
PELANCONGAN DALAMAN Istilah
Pelancongan
Lawatan atau pengembaraan seseorang individu ke
destinasi yang sama dalam kawasan destinasi asal
mereka.
Sub Sektor Industri
Pelancongan
Pelancongan Bersejarah
Melibatkan beberapa tempat lawatan yang
mengandungi kepentingan sejarah.
Terdapat banyak bandar dan tempat di dunia
yang menyediakan pemahaman mendalam
tentang sejarah negara.
Terdapat banyak bangunan dan tugu sebagai
bukti penjajahan masa lampau di sesebuah
tempat.
Pelancongan Kebudayaan
Menekankan elemen budaya sebagai tarikan.
Elemen budaya merangkumi tarian, seni bina,
pakaian, adat resam, amalan hidup, warisan
tradisi dan makanan.
Pelancongan Eko
Pelancongan yang berasaskan alam semulajadi.
Pelancongan ini berkaitan dengan penghayatan
terhadap flora dan fauna serta keadaan bentuk
muka bumi di negara yang dikunjungi
Pelancongan Rekreasi
Pelancongan yang berkaitan dengan aktiviti
rekreasi atau aktiviti lasak.
Pelancong akan berkunjung ke sesebuah
destinasi rekreasi untuk melakukan aktiviti lasak
yang menjadi kegemaran mereka.
Mereka mempunyai minat, mahir dan sentiasa
bersedia dengan peralatan dan kelengkapan
untuk melakukan aktiviti pilihan masing-masing.
Pelancongan Sukan
Pelancongan yang melibatkan penganjuran
sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel,
Sukan Asia, perlumbaan kereta Formula One,
Formula One Powerboat dan sebagainya.
Pelancong datang dengan tujuan untuk
memberi sokongan kepada pasukan pilihan
mereka dan berbelanja untuk membeli produk
yang mewakili pasukan tersebut.
Mereka menyumbang kepada hasil pendapatan
negara melalui perkhidmatan yang digunakan
seperti pengangkutan, penginapan dan
perkhidmatan makanan dan minuman.
Pelancongan Membeli-
belah
Juga dikenali sebagai ‘shopping tourism’.
Pelancongan yang berkaitan dengan aktiviti
membeli-belah.
Membeli-belah adalah aktiviti di mana
pelanggan melihat barang-barang atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh satu atau
lebih peruncit sambil membuat pertimbangan
untuk membeli pilihan yang sesuai dengan
citarasa mereka.
Pelancongan Persidangan
Disenaraikan di bawah pelancongan MICE.
MICE adalah singkatan kepada Meetings,
Incentives, Conventions and Exhibitions yang
bermaksud Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan
Pameran.
MICE telah dikenal pasti berpotensi
memberikan pulangan yang tinggi kepada
industri pelancongan negara.
Pelancongan Pendidikan
Program yang melibatkan perjalanan ke sesuatu
lokasi oleh sekumpulan individu untuk tujuan
membina pengalaman secara terus.
Banyak negara bergantung antara satu sama
lain dengan kejayaan, pertumbuhan dan
kepesatan ekonomi melalui kemampuan industri
pendidikan dan pelancongan dalam menyokong
program pertukaran pelajar antarabangsa.
Pelancongan Agro
Pelancongan berasaskan pertanian atau
dikenali dengan pelancongan tani/agro
Dikhususkan bagi pelancong yang meminati
bidang pertanian dan penternakan.
Aktiviti pelancongan tani bertujuan untuk
mendapatkan maklumat terbaru penggunaan
teknologi dan kepelbagaian aktiviti pertanian di
sesuatu kawasan.
Pelancongan Gastronomi
Juga dikenali sebagai pelancongan makanan.
Suatu perjalanan pelancongan yang berfokus
untuk menjelajah dan menikmati makanan serta
minuman khas di sesebuah destinasi bertujuan
untuk mengalami sendiri budaya tempatan di
tempat itu.
Pelancongan Keagamaan
Pelancongan yang berkaitan dengan aktiviti
keagamaan penganut sesuatu agama.
Dorongan utama bagi pelancong adalah untuk
melihat sendiri kepelbagaian kepercayaan dan
agama yang dianuti.
Pelancongan Kesihatan
Lawatan ke sesebuah negara sambil menjalani
rawatan atau untuk mendapatkan rawatan.
Semakin mendapat perhatian kerana
kemudahan pusat perubatan yang canggih,
peralatan yang berteknologi tinggi, kadar yuran
perubatan yang rendah dan doktor yang mahir.
Terbahagi kepada dua iaitu pelancongan
perubatan hospital dan rawatan yang
diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit,
dan pelancongan penjagaan kesihatan spa dan
sauna.
Pelancongan Perniagaan
Perjalanan yang melibatkan aktiviti perniagaan
yang berpusat di tempat yang jauh dari tempat
tinggal.
Perniagaan merupakan sektor penting yang
tidak terpisah dari ekonomi pelancongan.
Aktiviti pelancongan perniagaan merangkumi
mesyuarat, kongres, pameran, perjalanan
insentif dan hospitaliti korporat.
Pelancongan perniagaan berkaitan dengan
orang yang melakukan perjalanan untuk tujuan
yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Tamat
TOPIK 1