The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iliakmal, 2021-09-01 02:53:17

IAI 162/2

IAI 162/2

TOPIK 2

SEKTOR DALAM INDUSTRI
PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI

2.1 Menyatakan sektor yang terlibat dalam
industri pelancongan.

SUB 2.2 Mengenal pasti kepentingan dan
TOPIK sumbangan setiap sektor yang terlibat
kepada ekonomi negara.

2.3 Mengesan cabaran yang dihadapi oleh
industri hospitaliti dan pelancongan.

2.4 Membincangkan cara operasi perniagaan
sektor yang terlibat dalam industri
hospitaliti dan pelancongan pada masa
akan datang.

PENGINAPAN MAKANAN &
MINUMAN
PENGANGKUTAN

PERKHIDMATAN sektor TARIKAN
SOKONGAN
yang terlibat

PERDAGANGAN M.I.C.E MEMBELI-BELAH
REKREASI

PENGANGKUTAN

PENGANGKUTAN

Sektor pengangkutan merupakan satu daripada sektor yang
penting dalam industri pelancongan. Sektor ini melibatkan
komponen syarikat yang menawarkan pengangkutan darat,
air dan udara kepada masyarakat awam yang terdiri daripada

penduduk tempatan dan pelancong luar.

Pengangkutan Darat Pengangkutan Air Pengangkutan Udara

Pengangkutan pilihan ramai Kemudahan membawa Tempoh perjalanan yang
kerana kos yang rendah pelancong yang sukar singkat
dihubungi melalui darat
Cepat dan mudah didapati Tarikan pelancongan Memberi keselesaan yang
Terdapata banyak pilihan menyelusuri sungai, tasik, laut optimum
Contoh: Feri, kapal persiaran,
kenderaan Contoh: Kapal terbang,
Contoh: Kereta api, bas, teksi, bot helikopter, jet peribadi, belon

kereta sewa udara panas

Pengaruh Sistem Pengangkutan Dalam
Industri Pelancongan

Pengangkutan merupakan suatu kemudahan bagi pelancong untuk
bergerak dari satu tempat tarikan ke tempat tarikan yang lain

Pelancong lebih mudah dan cepat tiba di destinasi pilihan kerana
kemajuan dan kecekapan sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan itu sendiri merupakan tarikan pelancong.
Contohnya, kapal persiaran, beca, caravan, belon udara panas, kereta

kabel dan sebagainya
Keselesaan penumpang dengan menawarkan kenderaan berhawa
dingin, tempat duduk yang besar dan selesa, serta layanan mesra

boleh meningkatkan hospitaliti kepada pelancong

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Sektor penginapan amat penting sebagai keperluan asas untuk
pelancong dan pengembara. Terdapat beberapa jenis

penginapan yang ditawarkan dalam negara untuk kemudahan
pelancong. Sektor penginapan ini dibahagikan mengikut pakej
dan taraf kemudahan yang disediakan iaitu mewah, sederhana

dan murah. Setiap jenis penginapan ini memberikan
perkhidmatan dan pengalaman yang berbeza berdasarkan

pakej dan harga yang ditawarkan kepada pelancong.

Jenis Penginapan & Ciri-ciri

Jenis Penginapan & Ciri-ciri

MAKANAN & MINUMAN

MAKANAN & MINUMAN

Sektor perkhidmatan makanan dan minuman memberi
pengalaman kepada pelancong untuk merasai makanan yang

pelbagai yang ditawarkan oleh pengusaha. Kebiasaannya,
pelancong lebih tertarik untuk merasai keunikan rasa tradisional
dalam masakan seharian penduduk di Malaysia. Perkhidmatan
ini boleh dinikmati di pelbagai jenis kedai makan dan minuman

di serata negara.





TARIKAN

TARIKAN

Sektor tarikan merupakan daya penarik untuk pelancong
mengunjungi ke sesbuah destinasi pelancongan. Ia

menawarkan pengalaman, pemandangan dan keseronokan
serta kegembiraan kepada pelancong. Destinasi pelancongan
biasanya menawarkan pelbagai aktiviti untuk dinikmati dan
disertai oleh pelancong. Tarikan pelancongan terbahagi kepada

dua iaitu tarikan semulajadi dan tarikan buatan manusia.

Tarikan Semula Jadi

Flora dan Fauna Iklim

Tumbuhan, haiwan dan hidupan Iklim yang berbeza-beza
liar yang terdapat di sesuatu menjadi tarikan
tempat secara semula jadi
Hutan
Bentuk Muka Bumi
Kawasan hutan semula jadi yang
Terdiri daripada pantai, sungai, belum dterokai
air terjun, lembah, paya, tasik,
laut, bukit, gunung dan gua

Tarikan Buatan Manusia

Warisan dan Budaya Pendidikan

Tarikan yang disediakan untuk Tarikan yang disediakan kepada
memelihara dan memulihara pelancong yang ingin mengkaji
warisan sejarah dan kesenian dan menambah pengetahuan
dalam bidang tertentu
Hiburan

Tarikan yang dibina bagi tujuan
berhibur

MEMBELI-BELAH REKREASI

Rujuk Topik 1

M.I.C.E

MEETING, INCENTIVE,

CONFERENCE & EXHIBITION

(MICE)

Sektor ini melibatkan penganjuran pameran, perdagangan dan
persidangan yang terdiri daripada mesyuarat, konvensyen, seminar dan
forum yang dihadiri oleh peserta tempatan dan antarabangsa. Sektor ini

merupakan satu daripada aktiviti pelancongan yang istimewa kerana
peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tempat akan

berkumpul untuk tujuan persidangan, pameran dan perdagangan. Peserta
dan pelancong perniagaan turut menggunakan kemudahan daripada

sektor pengangkutan, penginapan, peruncitan dan tarikan pelancongan
yang terdapat di sekitar kawasan persidangan atau pameran yang disertai.

PERDAGANGAN

PERDAGANGAN

Sektor ini melibatkan penglibatan daripada pengusaha-
pengusaha dalam industri pelancongan. Sektor ini hampir sama

dengan MICE. Ia menyediakan platform yang meluas kepada
pengusaha bagi tujuan pemasaran dan dagangan produk dari

syarikat masing-masing. Perdagangan juga melibatkan
usahasama antara syarikat-syarikat besar dalam menghasilkan

keuntungan yang lebih dalam industri.

PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERKHIDMATAN SOKONGAN

Sektor ini merupakan sektor pentadbiran dan pembuat polisi
yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta. Sektor ini

berperanan untuk menyediakan dan melaksanakan undang-
undang, peraturan dan garis panduan bagi memastikan indutri

pelancongan terus berkembang dan terpelihara.

PERANAN WTO

PERKHIDMATAN Membincangkan dan membentuk polisi
SOKONGAN pelancongan antarabangsa

MOTAC

Kementerian di bawah kerajaan pusat
yang bertanggungjawab terhadap
pentadbiran dan polisi pelancongan di
Malaysia

MTPN

Agensi kerajaan negeri yang mentadbir
industri pelancongan di peringkat negeri

Dewan Bandar Raya / Majlis
Perbandaran / Majlis Daerah

Pentadbiran dan pembuat polisi untuk
pembangunan pelancongan secara kecil-
kecilan di peringkat bandar raya,
perbandaran dan daerah

KEPENTINGAN SEKTOR YANG TERLIBAT
KEPADA EKONOMI NEGARA

Aliran Tukaran
Tunai Asing

Pelancong membuat pembayaran untuk Pelancong akan menukar nilai mata wang
mendapatkan perkhidmatan/produk di negara mereka dengan Ringgit Malaysia

tempat-tempat pelancongan bagi memudahkan perbelanjaan
Memberi pendapatan kepada peniaga dan Perbezaan nilai mata wang berlaku untuk
setiap urusniaga pertukaran wang asing
pengusaha dalam industri pelancongan
Perbezaan nilai mata wang ini boleh
menjadi hasil/keuntungan kepada negara

KEPENTINGAN SEKTOR YANG TERLIBAT
KEPADA EKONOMI NEGARA

Pendapatan Peluang
Kerajaan Pekerjaan

Kerajaan dapat meningkatkan pendapatan Industri pelancongan menyumbang
negara hasil daripada pelbagai jenis cukai peluang pekerjaan dan perniagaan kepada
yang dikenakan ke atas perkhidmatan dan
produk yang digunakan oleh pelancong rakyat
Pneglibatan masyarakat dalam industri
Contoh: Cukai perkhidmatan, cukai mampu meningkatkan taraf hidup dan
lapangan terbang, cukai perniagaan
pendapatan mereka
pelancongan, cukai warisan

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH INDUSTRI
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

Pandemik

Apabila sesuatu wabak melanda negara, banyak
industri terpaksa menutup perniagaan dan
mengurangkan pekerja

PERSAINGAN

Negara terpaksa menghadapi persaingan
dengan negara lain dalam penawaran tempat-
tempat menarik dan unik

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH INDUSTRI
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

PENCEMARAN

Tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan
rakyat tentang penjagaan alam sekitar. Tempat
tarikan pelancong sering dicemari dengan
sampah sarap

BUDAYA YANG PUDAR

Masyarakat semakin moden dan mula
melupakan budaya tradisional yang dianggap
ketinggalan zaman

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH INDUSTRI
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

ADAPTASI TEKNOLOGI

Seiring dengan kepesatan penggunaan
teknologi, industri pelancongan perlu
beradaptasi dengan teknologi untuk capaian
yang mudah dan meluas

cara operasi
perniagaan

sektor yang terlibat
dalam industri
hospitaliti dan
pelancongan

AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992:
PERLESENAN

AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992:
PERLESENAN

TAMAT

TOPIK 2


Click to View FlipBook Version