Topik 4
Impak Pelancongan
Sub Topik
4.1 Membincangkan impak industri pelancongan
dan hospitaliti dari perspektif yang berbeza.
4.2 Mengaitkan amalan pengurusan
kelestarian sektor pelancongan dan
hospitaliti dalam ekonomi hijau (green
economy).
Impak Positif dan Negatif Industri Pelancongan dan Hospitaliti
Terhadap Ekonomi
Impak Positif dan Negatif Industri Pelancongan dan Hospitaliti
Terhadap Ekonomi
Impak Positif dan Negatif Industri Pelancongan dan Hospitaliti
Terhadap Persekitaran
Impak Positif dan Negatif Industri Pelancongan dan Hospitaliti
Terhadap Persekitaran
Lain-lain Impak Terhadap A Pendapatan
Pendapatan, Peluang
Pekerjaan, Hasil Penglibatan penduduk setempat dalam
Pendapatan Kerajaan, pembangunan pelancongan dapat
Jualan dan Transaksi meningkatkan peluang perniagaan dan
keusahawanan dalam kalangan
penduduk tempatan. Langkah ini dapat
memastikan pendapatan dan
keuntungan yang diperoleh terus kekal
dalam masyarakat tersebut.
Lain-lain Impak Terhadap B Peluang Pekerjaan
Pendapatan, Peluang
Pekerjaan, Hasil Sektor pelancongan memerlukan
Pendapatan Kerajaan, jumlah pekerja yang banyak terutama
Jualan dan Transaksi bagi sektor perkhidmatan seperti
perhotelan dan pengangkutan,
manakala kawasan-kawasan yang
menjadi tumpuan pelancong membuka
peluang kepada banyak perniagaan
untuk berkembang.
Lain-lain Impak Terhadap C Peluang Pekerjaan
Pendapatan, Peluang
Pekerjaan, Hasil Sektor pelancongan telah meningkatkan
Pendapatan Kerajaan, ekonomi negara dari segi pengaliran
Jualan dan Transaksi mata wang asing ke dalam negara.
Cukai pelancongan yang dikenakan
pada kadar spesifik terhadap pelancong
yang menginap di mana-mana premis
penginapan merupakan satu mekanisme
kerjasama antara kerajaan dan industri
pelancongan untuk meningkatkan sektor
pelancongan. Keuntungan cukai tersebut
akan digunakan untuk membangunkan
infrastruktur dan kemudahan industri
pelancongan serta kempen dan promosi
pelancongan untuk negara.
Lain-lain Impak Terhadap D Jualan dan Transaksi
Pendapatan, Peluang
Pekerjaan, Hasil Sektor pelancongan secara tidak
Pendapatan Kerajaan, langsung memajukan bidang perniagaan
Jualan dan Transaksi di Malaysia. Pelancong asing yang
datang ke Malaysia memerlukan tempat
penginapan yang selesa, makanan dan
minuman yang mencukupi, perkhidmatan
pengangkutan, pemandu pelancong dan
lain-lain perkhidmatan agar destinasi
perjalanan mereka berjalan dengan
lancar. Kesemua cabang perniagaan ini
melibatkan jualan dan transaksi.
Impak Positif dan Negatif Industri Pelancongan dan Hospitaliti
Terhadap Budaya Sosial
Impak Positif dan Negatif Industri Pelancongan dan Hospitaliti
Terhadap Budaya Sosial
Konsep Pengurusan Kelestarian Dalam Ekonomi Hijau
Pengurusan Lestari
Menerapkan pengurusan amalan lestari dalam kategori perniagaan, pertanian, masyarakat,
persekitaran, dan kehidupan peribadi dengan cara yang akan memberi manfaat kepada
generasi sekarang dan generasi akan datang.
Ekonomi Hijau
Ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan risiko persekitaran dan kekurangan ekologi, dan
bertujuan untuk pembangunan lestari tanpa merosakkan alam sekitar. Ini berkait rapat dengan
ekonomi ekologi, tetapi mempunyai fokus yang lebih diterapkan secara politik.
Konsep Pengurusan Pengertian
Kelestarian Dalam Ekonomi Hijau
Ekonomi Hijau Paradigma ekonomi yang memacu
pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa
mengorbankan sumber ekosistem dan
biodiversiti semulajadi.
Ekonomi hijau mengutamakan pembangunan
ekonomi yang dapat melindungi sumber
semulajadi, meningkatkan keupayaan sumber
dan menggalakkan penggunaan secara mampan.
Aspek utama ekonomi hijau adalah
penekanannya untuk mengekalkan sumber
semulajadi bagi menjamin pertumbuhan hijau
dan kemakmuran jangka panjang.
Konsep Pengurusan Model
Kelestarian Dalam Ekonomi Hijau
Ekonomi Hijau Antara contoh model ekonomi hijau:
Melindungi dan memulihkan konsesi hutan
terbiar;
Mengurangkan penggunaan baja dan racun
perosak;
Menambah baik amalan perlombongan;
Mengutamakan pelaburan dalam kecekapan
tenaga dan tenaga boleh diperbaharui;
Mengembangkan industri berasaskan
biodiversiti seperti eko-pelancongan.
Konsep Pengurusan Perancangan dan
Kelestarian Dalam Tadbir Urus
Ekonomi Hijau Pengguna sumber semula jadi mesti mencari
mekanisma yang efisien dalam pengunaan
sumber semula jadi.
Proses ini boleh bermula dengan
membangunkan inventori sumber semula jadi,
dan kemudiannya menggunakan Pendekatan
Landskap untuk membangunkan pelan guna
tanah dan pengurusan untuk pihak
berkepentingan yang ingin mengakses sumber
semulajadi ini.
Pertumbuhan ekonomi hijau juga memerlukan
pelaburan dalam insentif, infrastruktur,
peraturan dan kepatuhan.
Komponen Penting
Dalam Ekonomi Hijau
Cabaran yang Dihadapi
Oleh Pengurusan
Kelestarian Dalam
Ekonomi Hijau
Energy and Greenhouse Gas (GHG)
Penggunaan tenaga dan pelepasan
gas rumah hijau.
Di peringkat global, kira-kira 78%
pelepasan gas rumah hijau dari aktiviti
manusia berasal dari pengeluaran dan
penggunaan tenaga.
Ini termasuk aktiviti seperti
penggunaan petrol untuk
pengangkutan, pengeluaran elektrik
yang tidak dapat diperbaharui,
pengeluaran minyak dan gas serta
pemanasan dan penyejukan bangunan.
Penggunaan Air
Pengurusan sumber air melibatkan
aktiviti merancang, membangun,
mengedar dan mengurus penggunaan
sumber air secara optimum.
Bidang pengurusan sumber air harus
disesuaikan dengan isu-isu semasa dan
masa depan mengenai peruntukan air.
Perubahan iklim global yang tidak
menentu.
Salah satu kebimbangan terbesar
untuk sumber berasaskan air pada
masa depan adalah kesinambungan
peruntukan sumber air semasa dan
masa depan.
Pengurusan Sisa Buangan
Pengurusan sisa merangkumi aktiviti
dan tindakan yang diperlukan untuk
menguruskan sisa buangan dari awal
hingga akhir pembuangannya.
Ini termasuk pengumpulan,
pengangkutan, perawatan dan
pembuangan sisa, bersama-sama
dengan pemantauan dan peraturan
proses pengurusan sisa, teknologi
serta mekanisme ekonomi yang
berkaitan dengan sisa.
Pengurusan Sisa Buangan
Sisa boleh terdiri dari pepejal, cair,
atau gas dan setiap jenis mempunyai
kaedah pelupusan dan pengurusan
yang berbeza.
Pengurusan sisa termasuk semua jenis
sisa iaitu sisa industri, biologi dan isi
rumah. Dalam beberapa keadaan, sisa
buangan boleh membahayakan
kesihatan manusia.
Pengurusan sisa buangan yang betul
adalah penting untuk membina bandar
yang lestari dan dapat dihuni, tetapi
ia tetap menjadi cabaran bagi banyak
negara dan bandar membangun.
Pengurusan Biodiversiti
Biodiversiti merupakan sistem
sokongan hidupan antara satu sama
lain. Ia merangkumi semua hidupan
termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan
(vertebrata dan invertebrata),
ekosistem akuatik, kulat, bakteria dan
serangga.
Banyak aktiviti manusia merosakkan
biodiversiti. Akibatnya, banyak spesis
yang belum lagi dikenal pasti telah
pupus. Ada antara spesis ini telah
disenaraikan dalam kategori spesis
terancam.
Pengurusan Biodiversiti
Kemunculan eko-pelancongan
mendatangkan hasil kepada negara
membangun. Namun jika tidak
dilaksanakan dengan teratur boleh
menyebabkan kerosakan biodiversiti.
Kemusnahan habitat akibat
penerokaan tanah untuk pertanian,
perlombongan, penempatan,
pembinaan dan sebagainya untuk
tujuan pembangunan juga bakal
memusnahkan kekayaan biodiversiti
dunia.
Pengurusan Biodiversiti
Perubahan iklim dan bencana alam
seperti tanah runtuh, banjir, kemarau,
tsunami (2004) dan sebagainya
menyebabkan kemusnahan kepada
kepelbagaian biologi daratan dan
akuatik dunia.
Kecairan glasier menyebabkan banyak
kawasan rendah ditenggelami air dan
banjir lebih kerap berlaku.
Aktiviti pembalakan dan pemburuan
yang tidak terkawal menyebabkan
kepupusan biodiversiti. Tangkapan ikan
dengan teknologi canggih
menyebabkan bekalan ikan pupus.
Pengurusan Warisan dan Budaya
Warisanadalah berkaitan dengan
sesuatu yang diterima secara turun-
temurun oleh seseorang atau
sekelompok masyarakat daripada
generasi yang terdahulu. Ianya
menggambarkan memori kepada
keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa
yang melambangkan ketamadunannya.
Warisan (perspektif pertama) - artifak
dan tapak yang diwarta sebagai
warisan negeri, negara atau dunia.
Pengurusan Warisan dan Budaya
Warisan (perspektif kedua) - artifak
atau tapak yang dinilai oleh pakar dan
dipersetujui agensi warisan, tetapi
masih menunggu kelulusan kerajaan
negeri untuk diwartakan.
Warisan (perspektif ketiga) - masih
banyak belum dikenali atau dalam
proses penelitian pakar atau peminat
warisan.
•Bagi negara sedang rancak
membangun seperti Malaysia, kita
perlu lebih berhati-hati menangani
konflik mengimbangi antara
pembangunan dan pemuliharaan
warisan.
Peluang Pengurusan
Kelestarian Dalam
Ekonomi Hijau
Saiz dan Pertumbuhan Sektor
Pertumbuhan hijau (green growth) bermaksud
mendorong pertumbuhan dan pembangunan ekonomi,
sambil memastikan bahawa aset semula jadi terus
menyediakan sumber dan perkhidmatan alam sekitar
yang diperlukan untuk kesejahteraan manusia.
Manusia memerlukan pertumbuhan hijau kerana risiko
pembangunan semakin meningkat dan pertumbuhan
terus menghakis modal semula jadi.
Corak Perubahan Pengguna
Amalan pelekat hijau dan eko-label telah muncul
sebagai petunjuk kepada pengguna untuk
mengamalkan sikap mesra alamsekitar dan
pembangunan lestari.
Banyak industri mula menerapkan standard ini sebagai
cara untuk mempromosikan amalan hijau mereka
dalam ekonomi global.
Memaksimakan Potensi Komuniti
Membuka banyak peluang pekerjaan hijau.
Menawarkan peluang untuk memamerkan
pengetahuan dan mendapatkan prospek pekerjaan
yang lebih baik.
Menggalakkan inovasi yang berkaitan dengan
ekonomi hijau.
Pembangunan dan Pengurangan
Kemiskinan
Dapat memanfaatkan pembangunan baru yang
dirancang untuk lebih inklusif secara sosial, serta
responsif terhadap pengurangan kemiskinan dan
objektif kepelbagaian ekonomi.
Ekonomi hijau merupakan paradigma ekonomi baru
yang dapat mendorong pertumbuhan pendapatan dan
pekerjaan, tanpa menimbulkan risiko persekitaran.
TAMAT
TOPIK 4