The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iliakmal, 2021-09-09 02:43:03

SPL10173 TOPIK 4

SPL10173 TOPIK 4

TOPIK 4

TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA

Sub Topik

1. Maklumat umum 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di
Kuala Lumpur
2. Taman Laut
3. Taman Negara
4. Tapak Warisan Dunia (UNESCo)
5. Tanah Tinggi
6. Mercu Tanda
7. Pulau dan pantai
8. Taman Tema
9. Kraftangan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Maklumat umum 13 negeri dan
wilayah persekutuan di Malaysia

13 ,Malaysia terdiri daripada
buah negeri iaitu Perlis

, , , , ,Kedah Terengganu Kelantan Pulau Pinang Perak

, , , , ,Selangor Pahang Negeri Sembilan Melaka Johor

3Sabah dan Sarawak dan wilayah persekutuan iaitu

,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah

Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan

Labuan

Maklumat umum 13 negeri dan
wilayah persekutuan di Malaysia

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara
langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir
di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan
Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan iaitu

,Kuala Lumpur Labuan dan Putrajaya
- ,Daripada ketiga tiga bahagian ini Kuala Lumpur
,merupakan ibu negara rasmi Malaysia Labuan merupakan
( )Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa IBFC

manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran
Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia



TAMAN LAUT

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan
memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik

Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian
flora dan fauna

Negara ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu
Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut
Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin

Lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia

Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi
satu kesalahan di bawah AktaPerikanan 1985

Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Laut Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13
perairan di Terengganu, 9 perairan di Pahang, 13 perairan di Johor, 4 di Kedah dan 3 di
Wilayah Persekutuan Labuan

Taman Laut Pulau Taman Laut Pulau Taman Laut Pulau
Redang, Terengganu Payar, Kedah Mabul, Sabah

TAMAN NEGARA

Taman Negara adalah hutan hujan primer tertua di dunia, terletak di Semenanjung Malaysia

Ia didirikan pada tahun 1938/1939 sebagai Taman Nasional King George V setelah Theodore
Hubback melobi Sultan-sultan Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk mengetepikan sebidang
tanah yang merangkumi ketiga-tiga negeri tersebut untuk diwujudkan kawasan perlindungan

Ia dinamakan semula sebagai Taman Negara setelah merdeka, yang bermaksud “taman
negara” dalam Bahasa Melayu

Ia mempunyai keluasan 4.343 km dan merupakan salah satu hutan hujan lebar tertua di dunia

Tarikan yang dijumpai berhampiran Kuala Tahan termasuklah jalan kanopi, sistem gua (Gua
Telinga) dan jeram Lata Berkoh

Pengunjung dapat menikmati hutan hujan tropika, memerhati burung, atau trekking di hutan
dan menikmati pemandangan sepanjang Sg Tahan

Taman Negara Pahang Taman Negara Gunung Taman Negara Kinabalu,
Mulu, Sarawak Sabah

TAPAK WARISAN DUNIA
(UNESCO)

Tapak Warisan Dunia UNESCO merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh pihak UNESCO
(Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan) terhadap tempat-tempat yang penting dalam
warisan budaya atau khazanah alam semula jadi

Tujuan pengiktirafan juga diberikan untuk memelihara lokasi-lokasi penting ini dari dimusnahkan
oleh arus permodenan

Saban tahun, lebih kurang 25 lokasi global dari pelbagai negara akan diiktiraf dan ditambah ke
dalam senarai Tapak Warisan Dunia / World Heritage

Sehingga kini, terdapat lebih 1,000 tapak warisan telah diiktiraf di seluruh dunia

Di Malaysia juga, terdapat 4 tempat yang diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagai Tapak
Warisan Dunia iaitu Gunung Mulu, Sarawak, Taman Kinabalu, Sabah, Lembah Lenggong,
Perak, Bandar Melaka, Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang

Bandar Melaka, Georgetown, Lembah Lenggong,
Melaka Pulau Pinang Perak

TANAH TINGGI

Destinasi pelancongan yang menjadikan kawasan tanah tinggi sebagai tarikan pelancong seperti

Cameron Highlands, Genting Highlands dan Fraser’s Hill

Setiap kawasan tanah tinggi mempunyai tarikannya yang tersendiri

Menjadi destinasi yang sangat popular bagi pelancong dalam dan luar negara

Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser's Hill,
Pahang Pahang Pahang

MERCU TANDA

Mercu tanda adalah sebagai tarikan kepada pelancong

Pelancong mudah mengenali sesebuah tempat melalui mercu tanda yang dibina

Dibina menggunakan ciri-ciri moden dan berteknologi untuk menggambarkan Malaysia sebuah
negara yang mengikuti arus pembangunan

Menara Berkembar Putrajaya Masjid Shah Alam,
Petronas, Kuala Lumpur Selangor

PULAU & PANTAI

Malaysia adalah sebuah negara yang memegang reputasi sebagai syurga bagi pulau-pulaut
ropika disebabkan oleh kekayaannya dengan pulau-pulau yang mempesonakan bukan sahaja di
sekitar Kepulauan Borneo tetapi juga di kawasan Semenanjung

Pulau-pulau ini menjadi lebih istimewa kerana keindahannya yang cukup terjaga dan lebih
privasi berbanding pulau-pulau di negara lain yang terlalu sibuk dengan kedatangan pelancong-
pelancong dari seluruh pelusuk dunia

Pantai merupakan sumber semulajadi yang paling banyak dibangunkan menjadi destinasi
pelancongan

Malaysia yang dikelilingi lautan menjadi kelebihan kepada industri pelancongan kerana setiap
pantai memberikan pemandangan yang menarik

Pulau & pantai Pulau & pantai Pulau & pantai
di Sabah di Terengganu di Kedah

TAMAN TEMA

Tarikan pelancongan buatan manusia yang banyak didapati di Malaysia

Semua taman tema mempunyai sejarah dan tarikannya yang tersendiri

Terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

Amusement Park - Taman tema hiburan (Contoh: Genting Theme Park)
Water Park - Taman tema air (Contoh: Sunway Lagoon)
Educational Park - Taman tema pendidikan (Contoh: Kidzania)

Amusement Park: Water Park: Educational Park:
Genting Theme Park Sunway Lagoon Kidzania

KRAFTANGAN DAN INDUSTRI
KECIL & SEDERHANA (IKS)

Kraftangan ialah penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan
sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja

Pertukangan kraf tangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan dan
hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat
yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak
melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang

Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan
penuh daripada kerajaan



Batik Labu sayong Songket

TAMAT

TOPIK 4


Click to View FlipBook Version