TOPIK 6
KEPENTINGAN
INDUSTRI
PELANCONGAN
Sub Topik
1 Kepentingan industri pelancongan di
Malaysia dari aspek ekonomi
2 Kepentingan industri pelancongan di
Malaysia dari aspek sosial
3 Kepentingan industri pelancongan di
Malaysia dari aspek alam semulajadi
4 Kepentingan industri pelancongan di
Malaysia dari aspek politik
Kepentingan industri pelancongan di
5 Malaysia dari aspek teknologi
Kepentingan industri
pelancongan dari aspek
ekonomi
Pendapatan
Menyumbang kepada pendapatan individu, syarikat dan negara
Memberikan peluang dari pekerjaan dalam bidang
pelancongan
Membantu meningkatkan taraf hidup
Mempromosikan negara di mata dunia
Mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan
Menarik lebih ramai pelabur asing
Memajukan sektor IKS
Tukaran Wang Asing
Kedatangan pelancong asing membolehkan berlakunya tukaran
matawang asing
Perbezaan nilai matawang memberikan keuntungan kepada
negara jika nilai RM lebih tinggi berbanding nilai matawang
lain
Membuka pasaran produk negara ke peringkat antarabangsa
Cukai Ke Atas Produk Pelancongan
Produk pelancongan seperti tempat penginapan (hotel dan
resort) dan pengangkutan (kapal terbang) dikenakan cukai
yang seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara
Cukai yang diperolehi kerajaan digunakan untuk pembangunan
keperluan asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan
sebagainya
Contoh cukai: cukai kerajaan, cukai perkhidmatan, cukai
lapangan terbang, cukai perniagaan pelancongan, cukai
warisan
Kepentingan industri
pelancongan dari aspek
sosial
Budaya
Mengetengahkan pelbagai aktiviti kehidupan sesebuah
masyarakat termasuk cara hidup, pakaian, makanan, seni
muzik, kraftangan, permainan rakyat, senibina dan tarian
Menarik minat pelancong untuk melihat kebudayaan tempatan
Mewujudkan produk dan usaha niaga pelancongan seperti
homestay (tinggal bersama pemilik homestay) dan merasai
aktiviti kehidupan homestay
Menghasilkan pelbagai peluang pekerjaan berasaskan aktiviti
budaya
Warisan
Warisan adalah berkaitan dengan sesuatu yang diterima
secara turun-temurun oleh seseorang dan sesuatu kelompok
masyarakat daripada generasi yang terdahulu
Ianya menggambarkan memori kepada keseluruhan kehidupan
sesuatu bangsa yang melambangkan ketamadunannya
Menyumbang ke arah pengekalan budaya tempatan yang
menjadi warisan dari zaman ke zaman
Kesenian
Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni,
keindahan (kehalusan)
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat
Melayu sejak turun temurun lagi
Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat
Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai
Kepentingan industri
pelancongan dari aspek
alam semula jadi
Flora dan fauna serta habitatnya
Memelihara flora dan fauna yang unik
Memelihara haiwan-haiwan yang hampir pupus; contoh Pusat
Pemeliharaan Penyu, Terengganu
Mengekalkan bentuk muka bumi yang menarik dengan
mengekalkan alam semula jadi dan landskap yang indah;
contoh Hutan Simpan dan Taman Negara
Menghargai alam semulajadi dengan menggalakan ‘Sustainable
Tourism’ / Pelancongan Mampan
Pemeliharaan dan pemuliharaan
Memelihara habitat yang ada supaya tidak akan pupus
Mewujudkan undang-undang untuk memastikan destinasi
pelancongan bebas daripada pencemaran dan pembangunan
tidak terancang
Menjalankan pelbagai kempen seperti menjaga kebersihan
tandas awam, pembuangan sampah yang teratur, pemuliharaan
sungai dan sebagainya
Mengisytiharkan taman negara dan taman laut sebagai
khazanah negara
Bagaimana pemeliharaan dan
pemuliharaan boleh dilaksanakan?
Pewartaan hidupan liar
Membantu menjaga spesis flora dan fauna yang
terancam
Dalam tahun 1972, Akta Perlindungan Hidupan Liar No.
76, diwartakan. Pewartaan akta ini membolehkan
hidupan liar di negara ini diberi perhatian yang
sewajarnya dan masyarakat mula sedar akan perlunya
hidupan ini dilindungi
Dengan pewartaan akta ini, usaha-usaha dapat
dijalankan untuk mengawal dan melindungi pelbagai
spesis pokok dan hidupan liar dari pupus ditelan arus
pembangunan
Bagaimana pemeliharaan dan
pemuliharaan boleh dilaksanakan?
Pengekalan hutan simpan
Hutan Simpan Bukit Nanas
Hutan Simpan Sepilok
Hutan Lipur Templer
Hutan Paya Laut Matang
Hutan Rekreasi Sungai Udang
Taman Negeri Royal Belum
Taman Hidupan Liar Tabin
Bagaimana pemeliharaan dan
pemuliharaan boleh dilaksanakan?
Undang-undang terhadap mereka yang
menceroboh kawasan spesis flora dan fauna yang
telah diwartakan
‘Carrying capacity’ di sesuatu tempat
'Carring capacity' bermaksud jumlah maksimum
individu yang dapat ditanggung oleh sumber daya
yang ada di dalam sesuatu ekosistem
Menghadkan bilangan pengunjung di sesuatu tempat
dalam satu-satu masa
Contohnya had pengunjung menaiki jambatan gantung
adalah 5 orang dalam satu-satu masa
Kepentingan industri
pelancongan dari aspek
politik
Kestabilan politik
Mendorong pelancong merasa selamat untuk datang ke
negara tersebut
Corak pemerintahan demokrasi berparlimen contohnya di
Malaysia
Dasar kerajaan yang menggalakkan
industri pelancongan
Hubungan kerjasama dengan negara lain
Meningkatkan prasarana pelancongan (selesa, jimat, mencukupi dan
mudah)
Kerajaan menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di
negara ini (Langkawi Duty Free)
Peraturan imigresen dilonggarkan kepada mereka yang ingin melancong
Kempen atau promosi pelancongan; contoh Malaysia Truly Asia,
Everyone Can Fly
Dasar Pelancongan Negara (2020-2030)
Kepentingan industri
pelancongan dari aspek
teknologi
Pengangkutan
Sistem pengangkutan yang baik dan canggih mendorong
kepada pelancong untuk datang melawat ke sesuatu tempat
Sistem tempahan dan tiketan
Tiket yang mudah didapati dengan harga yang berpatutan juga
mendorong kepada seseorang untuk melancong
Sistem tempahan; contohnya AMADEUS, SABRE, Galileo dan
sebagainya
TAMAT
TOPIK 6