The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Syarat Perjanjian Biasiswa ijazah dalam & luar negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurin Hazwani, 2023-05-07 09:37:27

Syarat Perjanjian Biasiswa ijazah dalam & luar negara

Syarat Perjanjian Biasiswa ijazah dalam & luar negara

Syarat Perjanjian Biasiswa Ijazah Dalam/Luar Negara /1 LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH ( FASAL 9 PERJANJIAN BIASISWA ) 1. PERINGKAT PENAJAAN Pelajar dikehendaki mengikuti pengajian sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Surat Tawaran. 2. PERJANJIAN a) Pelajar dan Penjamin dikehendaki menandatangani Perjanjian Biasiswa Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan akan terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi yang diputuskan bagi tempoh 10 tahun perkhidmatan. Lembaga berhak menuntut balik jumlah biasiswa yang telah diberikan sekiranya pelajar gagal memenuhi kehendak Kerajaan Negeri. b) Selepas tempoh 12 bulan tamat pengajian, pelajar bebas untuk berkhidmat di mana – mana agensi atau syarikat tertakluk kepada pelepasan pihak Lembaga. c) Dalam tempoh 10 tahun selepas tamat pengajian, pelajar juga terikat untuk menyumbang khidmat kepada Kerajaan Negeri sama ada dalam bentuk idea, komitmen intelektual atau seumpamanya. d) Tuan/Puan adalah dikehendaki menandatangani Perjanjian Biasiswa Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebagaimana berkembar. Cara mengisi perjanjian tersebut adalah seperti di dalam Panduan yang dilampirkan bersama-sama ini. Bagi makluman tuan/puan, bahawa semua syarat di lampiran ini hendaklah dibaca bersama dan merupakan sebahagian daripada Perjanjian (Fasal 14 Perjanjian Biasiswa Sultan Ismail Nasiruddin Shah). e) Pelajar adalah terikat dengan segala terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian tersebut yang dibaca bersama dengan surat tawaran ini. f) Sekiranya tuan/puan tidak menandatangani perjanjian biasiswa dan tidak mengembalikan ke Lembaga ini dalam tempoh 21 (dua puluh satu) hari dari tarikh surat ini, maka tawaran biasiswa pelajaran ini dianggap terbatal dengan sendirinya.


Syarat Perjanjian Biasiswa Ijazah Dalam/Luar Negara /2 3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Semasa mengikuti mana-mana pengajian yang dinyatakan di perenggan 1 di atas, pelajar hendaklah mematuhi arahan/peraturan sebagaimana berikut : a. Berkelakuan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab dan dikehendaki mematuhi undang-undang negara dan arahanarahan/peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Lembaga dan/atau pusat pengajian berkenaan dari semasa ke semasa; b. Memasuki dan meneruskan pengajian serta menghadiri kuliah, seminar, ceramah, tutorial, latihan amali, ujian peperiksaan dan apa-apa program yang dijalankan berkaitan dengan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.; c. Dimestikan mengikuti pengajian yang ditentukan oleh Lembaga. Pertukaran institusi / bidang / peringkat atau penarikan diri daripada pengajian yang diikuti adalah dilarang tanpa mendapat kelulusan Lembaga. d. Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan yang difikirkan oleh Lembaga tidak selaras dengan kepentingan tuan/puan atau kepentingan negara dan apabila tuan/puan diberitahu oleh Lembaga bahawa apa-apa kegiatan yang tuan/puan mengambil bahagian adalah tidak selaras dengan kepentingan tuan/puan atau kepentingan negara, maka tuan/puan hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada mengambil bahagian selanjutnya; e. Tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga dan Lembaga mengikut budibicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; f. Tidak boleh menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatankegiatan apa-apa pertubuhan/badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah pada pendapat Lembaga boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga dan Lembaga mengikut budibicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; dan tidak boleh terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah, jenayah dan apa – apa salahlaku yang akan mencemarkan nama baik Lembaga dan negara. g. Sekiranya tuan/puan melanggar syarat-syarat sebagaimana di para (d) – (f) di atas, maka tindakan menamatkan biasiswa tuan/puan akan diambil dan tuan/puan dikehendaki membayar balik segala perbelanjaan yang telah dibuat ke atas tuan/puan. h. Dikehendaki mengemukakan kepada Lembaga ini satu salinan keputusan peperiksaan / ujian penggal, semester, tahunan atau akhir yang disahkan oleh Dekan dalam tempoh 14 (empat belas) hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan dan Lembaga ini boleh menahan apa jua bayaran kepada pelajar sekiranya gagal mengemukakan keputusan peperiksaan tersebut.


Syarat Perjanjian Biasiswa Ijazah Dalam/Luar Negara /3 i. Tidak dibenarkan berkahwin tanpa kelulusan Lembaga semasa mengikuti pengajian. Sekiranya pelajar diketahui telah berkahwin sebelum mengikuti pengajian, maka tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya. Walaubagaimanapun hanya dalam keadaan-keadaan tertentu, permohonan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut ; i. Mendapat persetujuan dan kebenaran bertulis daripada ibu, bapa, penjamin dan Lembaga. ii. Mematuhi peraturan-peraturan nikah kahwin yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. iii. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab menanggung apa-apa perbelanjaan yang timbul di atas perkara ini; dan iv. Lembaga berhak menarik balik penajaan dan menuntut balik perbelanjaan sebenar jika prestasi akademik pelajar tidak memuaskan sama ada secara langsung atau tidak langsung diakibatkan oleh perkahwinan tersebut. j. Pelajar hendaklah berpakaian sopan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh institusi pengajian dan semasa menghadiri ceramahceramah atau perjumpaan-perjumpaan yang diaturkan oleh Lembaga ini. k. Pelajar bertanggungjawab i. Memberitahu Lembaga ini alamat surat menyurat semasa mengikuti kursus; ii. Memberitahu Lembaga ini tentang sebarang pertukaran alamat; iii. Menghadiri kursus/seminar/khemah kerja/bengkel yang dianjurkan oleh Lembaga ini/badan-badan lain sekiranya di arah; dan iv. Mencatatkan nombor fail rujukan seperti di surat tawaran apabila berhubung dengan Lembaga ini. l. Pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya pelajar memerlukan pelanjutan untuk menamatkan pengajian, pelajar perlu memohon kepada Lembaga tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh tajaan asal dengan menyertakan maklumat berikut : i. Sebab-sebab gagal menamatkan pengajian dalam tempoh tawaran tajaan. Sekiranya gagal disebabakan oleh masalah kesihatan, laporan perubatan perlu dikemukakan. ii. Borang Pelanjutan yang diisi dengan lengkap. iii. Struktur pengajian dari semester pertama sehingga akhir semester. iv. Keputusan semua peperiksaan /ujian penggal, semester, tahunan atau akhir. Lembaga akan menimbang permohonan pelanjutan biasiswa pelajar sekiranya didapati wajar.


Syarat Perjanjian Biasiswa Ijazah Dalam/Luar Negara /4 m. Penangguhan Pengajian Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penangguhan pengajian tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga. n. Pindaan Tempoh Tawaran Sebarang pindaan terhadap tempoh tawaran yang disebabkan oleh perubahan struktur pengajian, polisi institusi, pindahan kredit atau sebabsebab lain, perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga. o. Tamat Pengajian Pelajar dikehendaki melapor diri dan mengemukakan satu salinan Sijil/Diploma/Ijazah atau surat pengesahan tamat pengajian kepada Lembaga sebaik sahaja memperolehi slip keputusan peperiksaan akhir. 4. ELAUN-ELAUN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN a) Semasa mengikuti pengajian, pelajar adalah layak menerima kadar biasiswa, elaun dan kemudahan seperti dinyatakan pada surat tawaran/jadual bayaran. Elaun/wang saku/elaun sara hidup akan dikreditkan melalui cek/pindahan atas nama pelajar. b) Sekiranya terdapat biasiswa, elaun terlebih bayar dimasukkan ke akaun pelajar, maka adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengembalikan semua lebihan tersebut kepada lembaga. Kegagalan pelajar berbuat demikian selepas diminta oleh Lembaga membolehkan pihak lembaga menamatkan penajaan pelajar serta merta. c) Yuran pengajian akan dibayar oleh Lembaga terus kepada Pusat Pengajian. Justeru itu pelajar hendaklah meminta pihak universiti/kolej mengemukakan invois berkaitan terus kepada Lembaga untuk pembayaran. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengingatkan pihak institusi agar mengemukakan invois pada tarikh yang ditetapkan. 5. PENJAMIN GANTIAN Tuan/Puan adalah dikehendaki mendapatkan seorang penjamin yang lain sekiranya dalam tempoh perjanjian ini salah seorang daripada penjamin mati atau tidak tinggal di dalam Malaysia dalam tempoh lebih daripada 6 (enam) bulan atau dijatuhkan hukuman menjadi seorang bankrap. 6. PELANGGARAN SYARAT-SYARAT TAWARAN Biasiswa Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini akan ditamatkan sekiranya didapati pelajar melanggar mana-mana syarat tawaran seperti yang telah dinyatakan. Sekiranya ini berlaku, pelajar dan penjamin dikehendaki membayar ganti rugi dan lain-lain bayaran sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian. 7. HAK LEMBAGA Walau apapun perbekalan di dalam surat tawaran ini, Lembaga berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan tuan/puan adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.


Syarat Perjanjian Biasiswa Ijazah Dalam/Luar Negara /5 PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN ( BIASISWA / PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH ) 1. SURAT PERJANJIAN Setiap penuntut yang mendapat biasiswa / pinjaman pelajaran, dikehendaki mengisi empat (4) salinan perjanjian biasiswa / pinjaman dan mengembalikan semula ke Lembaga ini dengan seberapa segera untuk tindakan selanjutnya. Kelewatan mengembalikan borang-borang itu mengakibatkan penarikan semula pemberian biasiswa / pinjaman. 2. CONTOH BORANG PERJANJIAN Contoh perjanjian biasiswa / pinjaman yang telah lengkap diisi adalah dilampirkan bersama-sama ini. Penuntut-penuntut hendaklah berhati-hati apabila mengisi borang-borang itu. Jika berbuat sesuatu kesilapan, janganlah cuba memadamnya. Sebarang kesilapan, hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan ditandatangani ringkas (initial) oleh penuntut dan kedua-dua penjamin. Penggunaan sebarang cecair pemadam (correcting fluid) untuk tujuan pembetulan adalah tidak dibenarkan. Penuntut adalah diingatkan bahawa Lembaga berhak untuk menolak borang perjanjian yang didapati kotor atau terlalu banyak kesilapan. 3. CARA-CARA MENGISI BORANG PERJANJIAN a) Hanya huruf cerai sahaja dibenarkan untuk mengisi borang perjanjian. b) Kesemua salinan, hendaklah diisi dengan dakwat hitam cair (permanent black ink) atau ditaip sahaja. Salinan karbon (carbon copies) tidak dibenarkan. c) Nama, hendaklah sama seperti di dalam kad pengenalan. d) Semua alamat yang digunakan, hendaklah alamat tetap. Alamat pejabat, quarters atau rumah sewa tidak boleh digunakan. 4. PENJAMIN-PENJAMIN a) Dua (2) orang penjamin diperlukan untuk setiap penuntut dan kedua-dua penjamin mestilah warganegara Malaysia. b) Penjamin Pertama sahaja boleh terdiri daripada sama ada BAPA atau IBU atau PENJAGA (guardian) kepada penuntut tanpa mengira kedudukan kewangan. c) Penjamin Kedua mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak kurang daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia : Lima ratus sahaja) sebulan. d) Penjamin Pertama dan Penjamin Kedua, hendaklah dua (2) orang yang berlainan. LAMPIRAN A


Syarat Perjanjian Biasiswa Ijazah Dalam/Luar Negara /6 e) Bagi penjamin-penjamin yang tidak boleh menandatangani di dalam TULISAN RUMI, mereka dibenarkan menurunkan cap jari. Nyatakan sama ada cap jari kanan atau kiri. f) Penjamin boleh menjadi penjamin kepada lebih dari seorang penuntut sekiranya ada kemampuan dan sanggup menghadapi sebarang kemungkinan yang akan timbul. g) Kedua-dua penjamin dikehendaki melengkapkan borang kedudukan kewangan penjamin dan dihantar bersama-sama dengan borang perjanjian. h) Penjamin-penjamin diingatkan bahawa mereka adalah bersama-sama bertanggungjawab dengan penuntut yang dijamin terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Lembaga sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat. i) Penjamin-penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian, tidak boleh menarik diri dari menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam surat perjanjian. 5. SAKSI-SAKSI a) Saksi-saksi hendaklah berumur 18 tahun ke atas. Sesiapa sahaja boleh menjadi saksi kepada penuntut dan penjamin kecuali penuntut itu sendiri. b) Saksi-saksi (kalau boleh) hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau yang sedang berkhidmat dengan kerajaan dan hendaklah menurunkan cop gelaran jawatannya seperti Penolong Setiausaha, Penolong Pengarah, Penolong Pegawai Daerah dan sebagainya. Penggunaan cop jawatan bagi pihak Ketua Jabatan seperti b.p. Ketua Setiausaha, b.p. Ketua Pengarah dan sebagainya, adalah tidak dibenarkan. c) Saksi boleh terdiri dari 1 (satu) orang sahaja dalam satu borang perjanjian yang sama. 6. CUKAI SETEM Borang-borang perjanjian yang telah dipenuhi hendaklah dimatisetemkan bagi setiap salinan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh LHDN atau dengan membeli setem-setem HASIL sebagaimana kadar yang ditetapkan oleh badan yang berkaitan dan dimatisetemkan di pejabat setem daerah masing-masing. PERHATIAN Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah untuk memenuhi borang perjanjian, tuan/puan adalah dinasihatkan supaya datang ke Pejabat Yayasan Terengganu atau berhubung melalui telefon 09-6221733 seberapa segera. Untuk mengelakkan daripada berlakunya pengisian yang tidak betul, ataupun perkara-perkara lain yang berkaitan, tuan/puan adalah dinasihatkan supaya menyemak borang berkenaan dengan pihak Yayasan Terengganu sebelum dimatisetemkan (endorsed).


Syarat Perjanjian Biasiswa Ijazah Dalam/Luar Negara /7 7. PENGEMBALIAN BORANG-BORANG PERJANJIAN Keempat-empat salinan borang perjanjian yang telah lengkap diisi dan dimatisetemkan hendaklah dikembalikan kepada :- PENGARAH YAYASAN TERENGGANU BANGUNAN YAYASAN JALAN SULTAN ISMAIL 20200 KUALA TERENGGANU. dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat tawaran biasiswa/pinjaman pelajaran. Kegagalan tuan/puan menepati tarikh ini akan mengakibatkan tawaran biasiswa/pinjaman dibatalkan. 8. PEMULANGAN BORANG PERJANJIAN KEPADA PENUNTUT DAN PENJAMINPENJAMIN Setelah Lembaga ini mengambil tindakan ke atas borang-borang perjanjian itu, Lembaga ini akan memulangkan 3 (tiga) salinan perjanjian (setiap satu kepada penuntut dan kedua-dua penjamin) untuk simpanan. 9. PERTUKARAN ALAMAT Sebarang pertukaran alamat penuntut dan penjamin-penjamin hendaklah dimaklumkan ke Lembaga ini dengan seberapa SEGERA.


Click to View FlipBook Version