INSPIRING FUTURES, CREATING LEGACIES
01 02 06 07 03 08 04 10 05 12 11 UCAPAN KHAS PENGETUA UCAPAN KHAS PENYEL IA EBULET IN SIDANG REDAKSI PENGURUSAN FELO JAWATANKUASA JAKMAS LAMA JAWATANKUASA JAKMAS BARU LATAR BELAKANG KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAF FAE PENGENALAN BLOK KEDIAMAN AUKU CARTA EMERGENCY TEAM 13 14 15 MINGGU SUAI MESRA KE- 2 9 MALAM SEERAT SALAM 2 0 2 3 KEM EXCEL LENT 16 AKT IVI T I KELAB TAHUN 2 0 2 2 / 2 0 2 3 17 09 18 PENGAGIHAN AIR MINERAL PERGERAKKAN JAKMAS BARU KEMPEN DERMA DARAH
EN. AHMAD NORAZHAR BIN MOHD YATIM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi keran dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pemimpin dan pendidik. Di kesempatan ini, saya juga ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuranke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan E-Bulletin Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR). Jutaan syabas dan tahniah buat semua staf pentadbiran, felo-felo, Jawatankuasa Mahasiswa (JAKMAS) dan sekretariat yang terlibat dalam merealisasikan penghasilan E- Bulletin KKTPAR 2023. Secara amnya, pembangunan E-bulletin ini bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pengguna, malah sekaligus berkongsi informasi tentang pengenalan kolej, aktiviti kolej serta pencapaian kejayaan semasa pengurusan kolej kediaman. Dalam kita meniti arus kemajuan IT dan internet, E-bulletin sebegini amat penting supaya kita dapat menyampaikan sebarang bentuk maklumat secara terus kepada pelajar-pelajar khususnya di kolej kediaman serta dunia luar tentang aktiviti-aktiviti dan semua bentuk kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang berlaku di kolej kediaman. Akhir kata,saya mendoakan agar mahasiswa/i KKTPAR terus melakar kecemerlangan dalam pada masa akan datang dari segenap dimensi dengan usaha yang gigih tanpa mengenal erti penat lelah, seperti kata pepatah ‘Berjuang itu memenatkan, tapi untuk berjaya perlukan perjuangan’. “JADILAH INSAN YANG MENINGGALKAN JASA BUKAN MENINGGALKAN NAMA” Sekian, Ahmad Norazhar Mohd Yatim Pengetua KKTPAR (PENGETUA) KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE
CIK ROZIANA RAMLE Selamat pagi dan salam sejahtera, Syukur kepada Tuhan dan kurniannya e-buletin ini telah disiapkan dengan baik dan lancarnya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana memberi sokongan penuh terhadap penerbitan e-buletin ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengetua Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) iaitu En. Ahmad Norazhar Mohd Yatim di atas tunjuk ajar dalam penghasilan buku e-buletin ini. Seperti yang semua maklum bahawa, kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) antara Kolej yang paling aktif dalam menjalankan aktiviti dalam apa jua bidang termasuklah sukan, akademik, kesenian dan kebudayaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Justeru, dalam penghasilan buku e-buletin ini adalah salah satu usaha dalam memperkenalkan Kolej Kediaman Tun Pengiram Ahmad Raffae (KKTPAR) dalam keaktifannya dalam menjalankan aktiviti dan program yang dijalankan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan Penghargaan kepada Exco Media dan Teknikal kepada Saudari Flora dan para sekretariat Media dan Teknikal yang telah bertungkus-lumus, tanpa mengira penat lelah dan memberi sepenuhnya masa dalam menyiapkan tugasan ini yang begitu komited. Tanpa adanya bantuan daripada mereka e-buletin ini tidak mungkin akan disiapkan dengan jayanya. Oleh itu, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun secara tidak langsung dalam membantu dan memberi bekerjasama yang sangat baik kepada Exco Media dan Teknikal ini dalam menyiapkan e-buletin ini. Harapan saya sebagai felo Penyeleras bagi Exco Media dan Teknikal dengan adanya e-buletin ini ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai panduan dan menjadi capaian yang berguna bagi kegunaan Kolej Kediaman ini. E-buletin ini sebagai tanda kenangan dari kami dan Exco Media dan Teknikal bagi sesi 2023/2024. (Penasihat E-Buletin) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae
CIK NUR LIYANA ZAHIDAH BINTI JURI Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Illahi dengan rahmat dan limpah kurnianya Buletin ini dapat disiapkan dengan lancar. Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada pihak pentadbir Kolej kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) kerana memberikan sokongan terhadap penerbitan buletin ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada pengetua Kolej Kediaman Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae, En Ahmad Norazhar bin Mohd Yatim di atas kepercayaan serta tunjuk ajar bagi menghasilkan Buletin ini. Kolej Kediaman KKTPAR sememangnya merupakan antara kolej paling aktif dalam menjalankan aktiviti sukan, akademik, kesenian dan kebudayaan. Justeru , buletin ini adalah satu usaha untuk menonjolkan Kolej Kediaman KKTPAR sangat aktif dalam menjalankan aktiviti. Setinggi - tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat ahli E-Buletin yang telah bertungkus lumus, tanpa mengira penat lelah, masa yang dikorbankan dan komitmen atas tugasan yang diberikan. Harapan saya sebagai Felo penyelaras dengan adanya E-Buletin ini ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai panduan dan menjadi satu pencapaian yang dibanggakan oleh Exco Media dan Teknikal JAKMAS Kolej Kediaman KKTPAR sesi 2023/2024. (Penasihat E-Buletin) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae
sidang redaksi E- buletin exCELLENT KKTPAR. Jawatankuasa yang bertanggungjawab menghasilkan buletin ini ialah Portfolio Media dan Teknikal Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae sesi 2023/2024. Portfolio ini merupakan salah satu daripada 9 portfolio yang terdapat dalam Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Exco JAKMAS yang memegang portfolio ini ialah Flora Anak Dian. Felo penyelaras bagi penghasilan E-Buletin ini ialah Cik Nur Liyana Zahidah Binti Juri dan Cik Roziana Ramle. Terdapat 12 orang sekreteriat yang berfungsi untuk membantu menggerakkan sidang redaksi e-Buletin ini. Aktiviti utama portfolio ini adalah mendapatkan maklumat yang sahih dan menyampaikannya kepada pembaca, khususnya warga Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. E-Buletin ini dibangunkan semula untuk dijadikan wadah meguar-uarkan pelbagai aktiviti pelajar terutamanya JAKMAS dari peringkat kolej kediaman hingga peringkat antarabangsa. Melalui kreativiti dan usaha sama sidang redaksi, kami boleh memupuk minat membaca dan meningkatkan sikap ambil tahu dalam kalangan residen KKTPAR mengenai pemakluman penting kolej kediaman.
pengenalan KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE LOGO e-BULETIN Logo ini direka dengan memasukkan ikon kamera sebagai antara peralatan elektronik paling penting untuk mendapatkan media visual iaitu gambar sebagai bukti untuk pelaporan dalam E-Buletin. Frasa Excellent KKTPAR menepati matlamat e-Buletin dalam mempamerkan aktiviti-aktiviti para pelajar terutamanya residen Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae yang sentiasa mencapai objektifnya yang tersendiri. MISI KE ARAH MELAHIRKAN MAHASISWA CAKNA DAN BERINTEKLETUAL. MOTO ANNOUNCE, ACKNOWLEDGE, APPLY. SIDANG REDAKSI e-BULETIN PENAUNG En. Ahmad Norazhar Bin Mohd Yatim PENASIHAT Cik Roziana Ramle Cik Liyana Zahidah Binti Juri EXCO MEDIA DAN TEKNIKAL Flora Anak Dian EDITOR Putri Nurul Fara’Ain Binti Yunus Muhammad Azlan Bin Hanafiah Mohamad Didi Aqasha Bin Jahar WARTAWAN Hurin Najihah Binti Hairudin Nur Ezzaifah Binti Akbar Nawab Raveanna Alysandree Robert David JURUGAMBAR Claire Ryan Richard Muhammad Zahir Fitri Bin Juri Muhammad Hafizuddin Syafie Bin Wakiau @ Sainin REKA BENTUK Nurul Syuhada Binti Daud Ameera Alya Binti Abdul Rahim Adriana Melissa
(IBNU SINA) (IBNU QAYYIM) (IBNU HAITHAM) (IBNU TUFAIL) (IBNU KHALDUN)
Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae merupakan salah satu daripada tiga buah kolej yang berada di dalam Universiti Malaysia Sabah kampus Kota Kinabalu iaitu Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kolej Kediaman Tun Fuad selain Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Terdapat dua lagi kolej kediaman yang berada di luar kampus iaitu Kolej Kediaman Antarabangsa Kingfisher (KKAF) dan Kolej Kediaman Wanita (USIA-1Borneo). Sebelum Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae bertapak di sini, ia dulunya adalah sebuah perkampungan kecil yang dinamakan “Suang Paroi“ (padi). Namun, setelah penubuhan Universiti Malaysia Sabah yang memerlukan penempatan untuk pelajar-pelajarnya, Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae telah dibangunkan dan secara rasminya diduduki oleh pelajar pada 15 Jun 2004, yang mana pada awalnya hanya terdapat Blok A1 (IBNU SINA), A2 (IBNU QAYYIM) dan A3 (IBNU HAITHAM). Kolej kediaman ini dibina atas konsep penswastaan mengikut kaedah “BLT” (Build, Lease & Transfer) atau (Bina, Sewa & Pindah) oleh Syarikat Konsesi Sepanggar Jaya JV Sdn. Bhd. Projek ini dimiliki oleh tiga pengusaha besar iaitu Chase Perdana Development Sdn.Bhd (60%), Segi Warisan Sdn. Bhd (30%) dan Yayasan UMS (10%). Berdasarkan perjanjian Konsesi selama 30 tahun, Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa 1 adalah di mana sebanyak tiga buah blok asrama telah didirikan pada awalnya iaitu A1, A2 dan A3. Manakala pada Fasa 2 pula, dua buah blok lagi telah didirikan iaitu Blok B1 dan B2. Bangunan Blok A1 dan A2 mempunyai 64 buah rumah manakala bangunan A3 mempunyai 61 buah rumah. Bangunan Blok B1 mempunyai 70 buah rumah manakala B2 mempunyai 72 buah rumah. SEJARAH KOLEJ TUN KEDIAMAN PENGIRAN AHMAD RAFFAE
BLOK IBNU KHALDUN (B2) EN. MOHAMMAD RAHMAT BIN DERISE (FELO) EN. DALL PHILIP RICARDO (FELO) EN. MOHD HILMAN SYAH (JAKMAS) BLOK IBNU TUFAIL (B1) EN. MOHAMMAD ASLY (TIMB. PENGETUA) CIK. SUZANNE (SJJV) CIK CATHERIN ANAK LIOM (FELO) BLOK IBNU QAYYIM (A2) EN. NASRUL RUKUNG CIK NURASYIQIN BT AWANG SHAIRI (FELO) CIK SITI NORASYIKIN (JAKMAS) BLOK IBNU SINA (A1) DR DYG SAFRINA (TIMB.PENGETUA) CIK SITI ASMAH BIN MUSLIM (FELO) EN. CHRISTER (SJJV) BLOK IBNU HAITHAM (A3) CIK MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (FELO) CIK NUR QAMARINA BINTI MADANI (JAKMAS) PENGENALAN KEPADA BLOK ASRAMA PELAJAR KKTPAR
Pemakaian seluar pendek @ hot pants dalam kalangan pelajar perempuan dan lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekalidi sekitar kawasan kolej. Isu ini kurang mendapat perhatian pelajar kerana mereka mrngambil enteng mengenai isu pemakaian seluar pendek ini. Sesiapa sahaja yang dilihat memakai seluar pendek oleh felo ketika berada di sekitar kawasan kolej kediaman akan dikenakan hukuman dan denda Ruangan ini disediakan untuk mendedahkan pelajar tentang peraturan kolej yang sering kurang diberi perhatian. Isu yang sering menjadi masalah di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae adalah apabila pemakaian pelajar semasa berada di sekitar kawasan kolej kediaman termasuk kafe dan pejabat HEP. Pelajar sepatutnya mengenakan pakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata. Mengikut akta pindaan AUKU 2012, dalam Fasal (C) Etika Pakaian ada dinyatakan; Pelajar perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berurusan di pejabat Pentadbran Kolej/ Kafeteria Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian sukan yang kotor dan berpeluh ke pejabat Pentadbiran Kolej/ Kafeteria Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata semasa ke pejabat kolej/ Kafeteria. AUKU
NOMBOR KESELAMATAN KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE Pejabat Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Bahagian Keselamatan UMS Pusat Rawatan Warga UMS 088-448201 088-320392 088-329054 [email protected] [email protected] [email protected]
EN. AHMAD NORAZHAR MOHD YATIM (PENGETUA KKTPAR) EN. LEE CHEE KEONG (PENGURUS BESAR SJJV SDN. BHD) KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE 1.DR DYG SAFRINA (TIMB.PENGETUA) 2.CIK SITI ASMAH BIN MUSLIM (FELO) 3.EN. CHRISTER (SJJV) SKUAD LOGISTIK SKUAD PEMADAM KEBAKARAN 1.CIK SITI NUR ANISA (FELO) 2.EN. MOHD HAZIQ IZYAN NORDIN 3.CIK AMANDA (KETUA BLOK) 1.ROZIANA RAMLE (FELO) 2. EN. MOHD AMER SYUKRY (SJJV) 3. EN. NICK JONNEL DEBULLY (JAKMAS) SKUAD KECEMASAN KOORDINATOR KECEMASAN EN SAM BIN SANAN (SETIAUSAHA) EN.MAXIMILLIAN NELSON LIDONG (SJJV) KOORDINATOR KECEMASAN KOMANDER KECEMASAN BLOK A1 CARTA EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)
CARTA EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE 1. EN. NELMON JEOFFREY 2. EN. SAMIRU (SUJV) EN. MOHD KHAIRUNNAS BIN ABDUL KAHAR (JAKMAS) 3. BLOK A2 1. EN. NASRUL RUKUNG CIK NURASYIQIN BT AWANG SHAIRI (FELO) 2. 3. CIK SITI NORASYIKIN (JAKMAS) SKUAD LOGISTIK SKUAD PEMADAM KEBAKARAN 1. CIK NURELLA EZIWANA (FELO) 2. CIK. SUSANTIE BINTI NASIP 3. CIK. SURA (KETUA BLOK) SKUAD KECEMASAN BLOK A3 SKUAD KECEMASAN SKUAD LOGISTIK SKUAD PEMADAM KEBEKARAN CIK MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (FELO) 1. CIK NUR QAMARINA BINTI MADANI (JAKMAS) 2. 1.HELYATUL RASMAH BINTI MAHALI (FELO) 2. CIK NUR IZZAH (SJJV) 3. CIK SHERRY (KETUA BLOK) 1.CIK SHERON MALANTING 2. EN. RETHAUDDDIN (SJJV) MUHAMMAD AFIQ BIN KHAIRULAZMI (JAKMAS) 3.
EN. MOHAMMAD ASLY (TIMB. PENGETUA) 1. 2. CIK. SUZANNE (SJJV) 3. CIK CATHERIN ANAK LIOM (FELO) SKUAD LOGISTIK SKUAD PEMADAM KEBAKARAN 1.CIK NUR LIYANA ZAHIDAH (FELO) 2.EN. MATHEW (SJJV) 3.CIK VELLAYRIE (KETUA BLOK) CIK AIMAN NABILA BINTI ABDUL MALIK (FELO) 1. 2. CIK. DEBORAH (SJJV) 3. DEXTER AGONG (JAKMAS) SKUAD KECEMASAN BLOK B1 KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE CARTA EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) BLOK B2 SKUAD KECEMASAN SKUAD LOGISTIK SKUAD PEMADAM KEBEKARAN EN. MOHAMMAD RAHMAT BIN DERISE (FELO) 1. 2. DALL PHILIP RICARDO (FELO) 3. EN. MOHD HILMAN SYAH (JAKMAS) 1.EN. MUHD. DANIAL MU'IZ BIN JAMAIN (FELO) 2. EN. AZRIN (SJJV) 3. EN. MOHD HAFIZAN (KETUA BLOK) 1.EN. HAZLEE JIRIP 2. EN. FREDOLIN (SJJV) 3. FAIZ WAFIUDDIN BIN ASAHARI
Pendaftaran pelajar baharu telah dilakukan pada 30 MSM29 September sehingga 1 Oktober. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, para ajk yang terlibat gigih melaksanakan tugas masing-masing disamping memberi pertolongan kepada semua pelajar baharu. Selain itu, suasana yang penuh dengan pahit manis bagi semua pelajar kerana inilah saatnya mereka bakal memulakan perjalanan hidup mereka jauh daripada keluarga. KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE Minggu Suai Mesra Kali Ke-29 (MSM29) telah berlangsung pada 30 September 2023 sehingga 4 Oktober 2023 yang lalu. Program ini bertujuan untuk menyambut semua siswa dan siswi Universiti Malaysia Sabah sesi 2023/2024.
MSM29 DAY 1 DAY 2
Pada 5 Oktober 2023 bersamaan dengan hari Khamis yang lalu, program Malam Seerat Salam 2023 (MSS 2023) telah diadakan di DKP 18, Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 dan telah dihadiri oleh semua residen Tahun 1 Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) Program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan residen baru dengan Pengetua KKTPAR, barisan felo blok, barisan ahlijawatankuasa kolej (JAKMAS) sesi 2022/2023 dan sekaligus sesi bersuai kenal dengan para residen baharu. MMAALLAAMMSSEEEERRAATTSSAALLAAMM22002233 Program ini telah diacarakan oleh saudari Caroline Gulut Anak Edi. Antara slot yang telah disampaikan adalah ucapan amanat dari pengetua KKTPAR, En Ahmad Norazhar Mohd Yatim. Seterusnya, slot pengenalan kepada pengurusan KKTPAR. Selanjutnya taklimat peraturan kolej kediaman dan pengurusan Sepanggar Jaya JV (SJJV). Disusuli slot pengenalan JAKMAS dan organisasi pelajar KKTPAR. Soal jawab antara para residen juga diadakan bagi mereka yang kurang jelas. Program diakhiri dengan sesi bergambar.
Pada 17 hingga 19 November yang lalu, telah diadakan Kem Execellent Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (JAKMAS KKTPAR) yang telah bertempat di Disan Baang Kiulu, Tuaran. Kem Excellent JAKMAS yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini diadakan dengan membawa obejktif-objektif berikut: Proses pencarian Ahli Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae untuk sesi 2023/2024. Pendedahan pengetahuan tentang pengurusan organisasi Kolej Kediaman. Melatih ketahanan mental dan fizikal calon-calon JAKMAS dalam menghadapi cabaran sebagai pemimpin pelajar di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE
P e n c a p a i a n b a g i T a h u n 2 0 2 3 P e n c a p a i a n b a g i T a h u n 2 0 2 3 INSPIRING FUTURES, CREATING LEGACIES
Karnival Sukan Kolej Kediaman UMS 2022/2023 (KARUMS) merupakan acara sukan yang diadakan oleh Universiti Malaysia Sabah. Karnival ini melibatkan pelbagai permainan dan pertandingan antara kolej kediaman di UMS. Tarikh Karnival Sukan Kolej Kediaman UMS 2023 (KARUMS) berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2023. Universiti Malaysia Sabah menjadi penganjur acara ini yang melibatkan penyertaan daripada pelajar kolej kediaman UMS. Berikut adalah senarai permainan sukan yang akan dipertandingkan dalam Karnival Sukan Kolej Kediaman UMS 2023 (KARUMS): Bola Tampar Wanita Badminton Futsal Lelaki Sepak Takraw PS4 FIFA 2023 Ping Pong Petanque Ragbi 7's Karnival Sukan Kolej Kediaman UMS 2022/2023 (KARUMS)
PENYERTAAN: Bola Tampar Wanita: 12 atlet wanita Badminton: 4 atlet lelaki/wanita Futsal Lelaki: 4 atlet lelaki Sepak Takraw: 5 atlet lelaki PS4 FIFA 2023: 1 atlet lelaki Ping Pong: 4 atlet lelaki/wanita Petanque: 4 atlet lelaki/wanita Ragbi 7's: 12 atlet lelaki Karnival ini adalah percuma untuk pelajar kolej kediaman UMS yang ingin menyertai. Terdapat hadiah yang menarik untuk pemenang setiap permainan, termasuk medal, trophy, dan sijil. Pasukan yang mencapai prestasi terbaik akan memenangi gelaran Johan, Naib Johan, dan tempat ketiga. Karnival Sukan Kolej Kediaman UMS 2022/2023 (KARUMS) diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara kolej kediaman di UMS melalui persaingan sukan yang sihat. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk memperjuangkan kecemerlangan dalam bidang sukan dan memupuk semangat kompetitif serta kebolehan berpasukan. Sukan adalah satu bidang yang penting dalam pembangunan pelajar. Melalui Karnival Sukan Kolej Kediaman UMS 2023 (KARUMS), pelajar di UMS dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang menyeronokkan dan membina semangat kejiranan, kesihatan fizikal, dan kecemerlangan akademik.
Pada tanggal 22 Mei hingga 7 Julai 2023, pertandingan liga bola jaring telah berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan antara pertarungan yang paling ditunggu ialah pertarungan sengit antara pasukan Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dan pasukan Non-Resident (NR). Liga ini telah menyaksikan pencapaian gemilang pasukan KKTPAR yang berhasil meraih gelaran naib johan. Pencapaian ini tidak terlepas dari peranan penting JAKMAS dan Felo yang terlibat secara langsung dalam penyelenggaraan dan sokongan kepada pasukan. Folley Cella Alice James dan Encik Hazlee Jirip, wakil JAKMAS dan Felo, telah memainkan peranan utama dalam membimbing dan memastikan kecemerlangan pasukan KKTPAR sepanjang perlawanan. Kejayaan ini bukan hanya mencerminkan semangat sukan yang tinggi di kalangan penduduk kolej, tetapi juga memperkukuhkan ikatan komuniti serta semangat kebersamaan di UMS.
Pada 17 November 2023, telah bermulanya UMS Premier League. Pasukan Bola Sepak Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) telah bermain empat perlawanan dan telah memenangi keempat perlawanan tersebut secara berturut-turut. Pada 22 November 2023, Pasukan Bola Sepak KKTPAR telah mengalahkan Pasukan Bola Sepak Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) dengan skor 3 berbalas 0 di Padang UMS. Pada 30 November 2023, keputusan perlawanan menentang Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) yang berlangsung di Padang Sintetik UMS merupakan seri dengan skor 2 berbalas 2 tetapi Pasukan Bola Sepak KKTPAR menang perlawanan ini dan memperoleh 3 mata kerana perlawanan ini dianggap “forfeit”. Pada 7 Disember 2023, Pasukan Bola Sepak KKTPAR sekali lagi memenangi perlawanan menentang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan skor 3 berbalas 0 yang bertempat di Padang Sintetik UMS. Seterusnya pada 13 Disember 2023, Pasukan Bola Sepak KKTPAR menang besar melawan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) dengan menjaringkan 10 gol berbalas 0 tanpa belas kasihan yang bertempat di Padang Sintetik UMS. Hanya berbaki tiga perlawanan untuk Pasukan Bola Sepak KKTPAR pada bulan Januari 2024. Antara tarikh perlawanan bagi Pasukan Bola Sepak KKTPAR pada bulan Januari tahun hadapan ialah 3 januari 2024 iaitu KKTPAR melawan Fakulti Kejuruteraan (FKJ), pada 6 januari 2024 menentang Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) dan akhir sekali melawan Fakulti Perhutanan Tropika pada 9 Januari 2023. ★UMS PREMIER LEAGUE★ KEDUDUKAN TERKINI JADUAL PERLAWANAN
Pesta Talenta Budaya 2.0 (PETABU 2.0) Pada 13-14 Mei 2023, Exco Kesenian Kebudayaan dan Kebudayaan JAKMAS Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae telah mengadakan Pesta Talenta Budaya 2.0 (PETABU 2.0) di Kafeteria KKTPAR dari jam 4:00 PM hingga 11:00 PM. Program ini dijalankan bagi membudayakan seni budaya yang terdapat di negara kita di samping mengeratkan silahturrahim antara pelajar UMS. Pihak KKTPAR telah menghantar 1 pasukan melalui Kelab Akasia Citra Tari yang memiliki kekuatan anggota sebanyak 7 orang wakil telah mempersembahkan Tarian Melanau ketika pesta ini melalui kategori Rentak Tari. Dengan berkat usaha yang dicurahkan serta disiplin dalam menjalani latihan, wakil Kelab Akasia Citra Tari telah berjaya mendapatkan Naib Johan bagi layegori tersebut Persembahan daripada Akademi Tarung Kalimah dan Kelab Gema Pawana Gambar Pemenang Naib Johan bagi kategori Rentak Tari
D E B A T Pada 6 Mei 2023, Exco Akademik JAKMAS Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae telah mengadakan fiesta belia intelek yang disertai oleh ahli kelab Orator di Kafeteria KKTPAR. Pencapaian johan bagi pertandingan sajak telah disandang oleh Nurul Aidah manakala naib johan bagi pertandingan pidato disandangkan oleh Naseha Shaqina. Pada tarikh 18 Jun 2023, seramai 4 ahli Kelab Seni Orator KKTPAR sesi 2022/2023 telah menyertai pertandingan debat Astar pada peringkat IPT yang bertempat di KafeteriaKKTPAR.
AKTIVITI KELAB BAGI TAHUN 2022 & 2023
Pada 5 Jun 2022, Exco Keusahawanan dan Exco Kesenian dan Kebudayaan, JAKMAS Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) akan menganjurkan Pesta Talenta Budaya di Kafetaria KKTPAR. Acara ini melibatkan 10 orang ahli yang terlibat dalam kelab E-Semtra KKTPAR. Salah satu aktiviti yang akan dilakukan dalam acara ini adalah persembahan alat musik tradisional Sabah. Para anggota kelab ESemtra akan berkolaborasi dalam memainkan alat-alat muzik tradisional seperti gong, suling, dan kulintangan. Tujuan dari aktiviti ini adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan warisan budaya Sabah kepada pengunjung. Seterusnya, pada 18 Jun 2022, kelab E-Semtra KKTPAR juga diundang oleh Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UMS untuk tampil dalam acara Multicultural Night di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS. Selain melakukan persembahan muzik tradisional, kelab ESemtra juga akan memberikan tunjuk ajar kepada peserta lain dan pengunjung mengenai cara bermain alat muzik tradisional Sabah. Pada 29 Oktober 2022, Rye Production Sdn Bhd dan FINAS akan menyelenggarakan pameran berjudul "The Murut Journey to New York" di Galeri Azman Hashim, UMS. Dalam program ini, kelab ESemtra diundang untuk bermain alat musik sebagai pengiring pasukan tarian yang akan tampil dalam peluncuran dokumentari "Saudin The Orangutan Whisperer and The Murut Journey to New York - 1936". Keempat anggota kelab E-Semtra akan turut serta dalam persembahan ini. KELAB E-SEMTRA
Selain itu, pada 24 November 2022, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKTPAR akan mengadakan Majlis Apresiasi KKTPAR di Kafetaria KKTPAR. Kelab E-Semtra diundang untuk tampil dalam acara ini dengan tujuan mempromosikan kelab kepada warga KKTPAR dan mendorong lebih banyak pelajar untuk bergabung dengan kelab E-Semtra. Acara ini akan melibatkan 14 orang anggota kelab E-Semtra. Pada tanggal 12 Desember 2022, kelab E-Semtra KKTPAR diundang oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UMS untuk tampil dalam Majlis Konvokesyen ke-24 UMS di Tapak Parkir Anjung Siswa. Dalam acara ini, mereka akan memberikan persembahan musik tradisional sebagai bagian dari perayaan konvokesyen. Sepuluh anggota kelab E-Semtra akan terlibat dalam persembahan ini. Kemudian, pada tanggal 10 Desember 2023, kelab E-Semtra KKTPAR akan berkolaborasi dengan kelab lain dalam persembahan teater dalam rangkaian Majlis Konvokesyen ke-25 UMS. Acara ini akan diadakan di Tapak Parkir Anjung Siswa dan melibatkan 7 orang anggota kelab E-Semtra. Akhir sekali, pada tanggal 13 dan 14 Mei 2023, Exco Keusahawanan dan Exco Kesenian dan Kebudayaan, JAKMAS KKTPAR akan menyelenggarakan Pesta Talenta Budaya 2.0 di Kafetaria KKTPAR. Dalam acara ini, kelab E-Semtra KKTPAR juga diundang untuk tampil dan memberikan persembahan musik tradisional Sabah. Acara ini khusus untuk warga KKTPAR, yang memberikan kesempatan kepada anggota kelab untuk memperkenalkan budaya Sabah kepada komunitas kampus. Partisipasi aktif kelab E-Semtra KKTPAR dalam berbagai acara ini membuktikan komitmen mereka dalam melestarikan dan mempromosikan budaya Sabah melalui seni musik tradisional.
Pada 2 Mac yang lalu, Kelab Gema Pawana di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae, Universiti Malaysia Sabah (UMS), mengadakan Perasmian dan Penutupan Majlis Apresiasi Kompang. Majlis tersebut diadakan dengan megah di Kafeteria Kolej Kediaman Excellent, menandai penghujung kejayaan kelab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan seni budaya tradisional. Majlis Perasmian dan Penutupan tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Kelab Gema Pawana, yang menyampaikan rasa syukur dan penghargaan kepada para pelajar yang mendedikasikan diri mereka dalam mempromosikan seni kompang di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Beliau juga menyampaikan terima kasih kepada pihak pengurusan kolej dan penasihat kelab yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang perjalanan kelab. Acara Perasmian dan Penutupan ini juga diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, termasuk pengetua kolej, pensyarah, dan pelajar-pelajar yang berminat dengan seni tradisional. Mereka turut menyampaikan kata-kata semangat dan sokongan kepada anggota-anggota kelab yang telah berusaha keras dalam mempertahankan dan menghidupkan semula seni kompang di kampus. KELAB GEMA PAWANA
Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan menarik yang ditunjukkan oleh anggota-anggota Kelab Gema Pawana. Mereka memainkan kompang dengan penuh semangat dan kecemerlangan, menunjukkan kemahiran dan keahlian yang telah mereka kembangkan melalui latihan dan penekanan terhadap aspek tradisi dan keindahan seni. Selain itu, majlis ini turut melibatkan pertandingan antara kelabkelab muzik irama lain di UMS. Pertandingan ini memberikan peluang kepada para peserta untuk bersaing secara sihat dan menunjukkan bakat mereka dalam memainkan alatan muzik. Kehebatan dan kreativiti dalam persembahan mereka menjadi tarikan kepada penonton yang hadir. Pada akhir majlis, Ketua Kelab Gema Pawana mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejayaan Majlis Apresiasi Kompang ini. Beliau menyatakan harapan agar kelab ini terus berkembang, menghasilkan generasi muda yang berbakat dan bersemangat dalam mempromosikan seni budaya tradisional di kalangan mahasiswa UMS. Perasmian dan Penutupan Majlis Apresiasi Kompang ini telah menjadi penghormatan kepada seni kompang dan telah mencerminkan semangat dan dedikasi anggota-anggota Kelab Gema Pawana. Dengan kejayaan majlis ini, kelab ini telah membuktikan betapa pentingnya mempromosikan dan memelihara seni budaya tradisional di kalangan mahasiswa universiti. Semoga kelab ini terus berkembang dan memberi sumbangan yang bermakna dalam mempertahankan warisan seni budaya tradisional.
KELAB SURAU Kelab Surau di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae telah mengadakan gotong-royong dan jamuan kesyukuran pada 16 Disember 2023. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dan keselesaan pelajar serta orang awam dalam melaksanakan ibadah mereka. Kelab Surau menyambut kedatangan semua ahli kelab dan sukarelawan yang turut serta dalam gotong-royong tersebut. Sepanjang pagi itu, mereka bekerjasama membersihkan ruang solat, menyusun alas sejadah, membersihkan kipas, dan menjalankan tugas-tugas lain yang diperlukan untuk memastikan surau dalam keadaan yang terbaik. Majlis ini tidak hanya melibatkan anggota kelab Surau, tetapi juga melibatkan orang awam yang menghargai dan menggunakan surau sebagai tempat ibadah. Melalui gotong-royong ini, mereka menyampaikan pesanan bahawa menjaga kebersihan dan keselesaan surau adalah tanggungjawab bersama. Dengan gotong-royong mereka berharap surau akan terus menjadi tempat yang harmoni dan nyaman untuk melaksanakan ibadah.
Pada 27 November 2023 bersamaan dengan hari Isnin yang lalu, telah dilangsungkan Pengagihan Air Mineral kepada residen Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR). Pengagihan Air Mineral ini telah diadakan di hadapan Bilik JAKMAS, Blok A3. Pengagihan Air Mineral ini telah dilaksanakan dengan kerjasama JAKMAS dan Sekretariat KKTPAR. PENGAGIHAN AIR MINERAL Berhubung dengan isu ketiadaan air di kawasan Kolej Kediaman dan juga hampir seluruh fasiliti di UMS, pihak JAKMAS KKTPAR telah mengambil inisiatif untuk membuat agihan air mineral khas unuk semua residen KKTPAR. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan sedikit kemudaratan yang dihadapi oleh seluruh residen KKTPAR mahupun seluruh warga UMS. Diharapkan dengan inisiatif ini dapat mengurangkan beban seluruh warga KKTPAR.
P E R G E R A K A N J A K M A S S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 MISI Memastikan kebajikan pelajar terjaga dan menjadikan KKTPAR sebagai kolej kediaman terbaik di UMS Hingga kini, JAKMAS KKTPAR di UMS telah melaksanakan beberapa gerak kerja kecil, termasuk pembahagian air mineral kepada pelajar, pemasangan kanvas pada tangki air blok A3, dan rondaan malam. Meskipun belum ada program besar yang dijalankan, aktiviti-aktiviti ini memperlihatkan komitmen JAKMAS dalam meningkatkan kehidupan pelajar di KKTPAR. Pihak JAKMAS merancang untuk mengadakan pelbagai program pada tahun hadapan, terutamanya pada semester 2 sesi 2023/2024. Rancangan ini menjanjikan pengalaman menyeluruh bagi pelajar, termasuk aspek sosial, akademik, dan sukan, seiring dengan semangat pembangunan komuniti di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Jawatankuasa Mahasiswa atau lebih dikenali sebagai JAKMAS, di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae di Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan organisasi yang dinamik dan berpengaruh. Terdiri daripada sembilan anggota Jawatankuasa Eksekutif (exco), setiap individu memegang peranan utama dalam penyelenggaraan organisasi. Masingmasing exco memimpin portofolio tertentu yang melibatkan pelbagai aspek kehidupan pelajar di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR). Tugas-tugas ini merangkumi pengurusan aktiviti sosial, pembangunan akademik, sukan, dan banyak lagi. Kehadiran exco dan portfolio bukan hanya menjadi tulang belakang kepada kelancaran operasi harian JAKMAS tetapi turut memastikan keperluan pelajar dipenuhi dengan baik. Gabungan kepakaran dan semangat kerjasama di kalangan exco menjamin kecemerlangan dan kesejahteraan pelajar di KKTPAR, serta menyumbang kepada semangat kebersamaan yang diterapkan di seluruh kampus UMS.
KejayaanKempen Derma DarahdiKafeKolej Kediaman Tun PengiranAhmadRaffae! Pada tanggal 02 dan 03 November 2023 pihak Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae telah menganjurkan Kempen Derma Darah yang telah dijalankan di kafe kolej kediaman tersebut. Kempen Derma Darah ini telah berjaya mendapat sambutan meriah dari warga Universiti Malaysia Sabah denga merekodkan seramai 156 orang warga UMS telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Namun disebabkan faktor kurang berat badan dan kurang darah, hanya 67 orang dari peserta yang berdaftar mampu untuk menderma darah pada hari kejadian. Sungguhpun begitu, Kempen Derma Darah dengan kolaboratif dari pihak Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu telah mengklasifikasikan kemoen derma darah ini sebagai satu kejayaan dalam mencerminkan semangat kebersamaan dalam komuniti kolej. ApaYangTelah Dicapai : Melalui kempen derma darah di UMS, warga kampus telah memperoleh pengajaran berharga. Aktiviti ini menanam semangat kebersamaan dan solidariti, mengasah kesedaran kesihatan, dan memupuk sikap keprihatinan terhadap kebajikan orang lain. Pengalaman derma darah juga mencerminkan nilai sukarelawanisme dan mendorong warga UMS untuk menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Proses ini tidak hanya melibatkan pemberian darah semata tetapi juga membentuk budaya derma dan meningkatkan penghargaan terhadap prosedur keselamatan. Melalui sumbangan ini, warga UMS tidak hanya memberi manfaat kepada orang lain tetapi juga telah membentuk jati diri dan membina asas bagi lebih banyak inisiatif kemasyarakatan di masa depan. 0 2 N o v e m b e r 2 0 2 3 K E M P E N D E R M A D A R A H
AZLAN (EDITOR) DIDI (EDITOR) ADRIANA (REKA BENTUK) SYUHADA (REKA BENTUK) AMEERA (REKA BENTUK) ZAHIR (JURUGAMBAR) CLAIRE (JURUGAMBAR) HAFIZUDDIN (JURUGAMBAR) EZZAIFAH (WARTAWAN) HURIN (WARTAWAN) ROZIANA RAMLE (PENASIHAT) LIYANA ZAHIDAH (PENASIHAT) FLORA (EXCO MEDIA DAN TEKNIKAL) EN. AHMAD NORAZHAR BIN MOHD YATIM (PENAUNG) PUTRI (EDITOR) RAVEANNA (WARTAWAN)
Autographs WRITE YOUR MESSAGES HERE