The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Halangan Keterampilan Berbahasa dan Isu-Isu dalam Keterampilan Berbahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 760-9-anishah, 2022-05-07 00:38:04

Keterampilan Berbahasa

Halangan Keterampilan Berbahasa dan Isu-Isu dalam Keterampilan Berbahasa

KETERAMPILAN
BERBAHASA

BMMB1134

ISI KANDUNGAN

1.APA ITU KOMUNIKASI ?
2.PROSES KOMUNIKASI
3.HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
4.ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

APA ITU KOMUNIKASI ?

Komunikasi adalah suatu proses interaksi
untuk berhubung dari satu pihak dengan
pihak yang lain. Pada peringkat permulaan,
komunikasi dimulai dengan idea-idea
abstrak yang terkandung dalam pemikiran
seseorang untuk mencari data atau
menyampaikan informasi yang kemudiannya
disusun dan dikemas menjadi satu
maklumat dan disampaikan secara langsung
mahupun secara tidak langsung
menggunakan bahasa berbentuk kod visual,
kod suara dan kod tulisan.

PROSES
KOMUNIKASI

https://www.powtoon.com/s/dyDIuPQRtsv/1/m/s

KHOAMDLAUALNNAIGKMAANSI

MAKLUM Maklum balas secara langsung
BALAS Maklum balas positif
Maklum balas negatif
Maklum balas neutral
Maklum balas internal

Maklum balas eksternal

KOMUNIKASI 1 Interaksi yang kurang
SEHALA
2 Maklum balas tidak berkesan

3 Lebih cepat dan teratur

4 Risiko penyampai didedahkan
kurang

GANGGUAN SARAF

BISU AFASIA APRAKSIA
GAGAP
PEKAK TOURETTE

https://youtu.be/U2rvgU5nCkQ

PENYAMPAIAN SALURAN KEDUA

SURAT KHABAR
MEDIA SOSIAL SEPERTI INSTAGRAM,
FACEBOOK, TWITTER DAN
SEBAGAINYA
LAMAN SESAWANG
BAHAN CETAKAN SEPERTI POSTER,
RISALAH
PAPAN IKLAN DAN NOTIS

GANGGUAN EMOSI

MUDAH Penerima tidak menerima dengan hati yang terbuka
MARAH dan mudah marah

TERLALU MENDALAMI Penerima terlalu menghayati sesutu topik komunikasi
SESUATU sehingga tidak mampu menerima pendapat serta
idea orang lain
PERBICARAAN
Penerima atau penyampai yang mengalami tekanan akan
Stress & menyebabkan proses komunikasi yang berlaku tidak
tekanan berkesan kerana emosi yang tidak stabil

GANGGUAN PERSEKITARAN
LUARAN YANG BISING
BUNYI KANAK-
KANAK MENANGIS

GANGGUAN ORANG
LUAR SEPERTI KELUAR

MASUK BILIK

Halangan BAHASA

Penggunaan dialek yang kurang jelas
Laras bahasa yang berbeza

Panjang ayat yang digunakan
Penggunaan perkataan yang sukar disebut

HALAngan fizikal

Keadaan fizikal yang membezakan
penyampai dan penerima
Pendidikan
Latar belakang
Pemahaman
Tahap intelektual

sIKAP PENGHANTAR

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah,
mengancam, memberi amaran danmenghakimi menyebabkan
kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif,tidak
kreatif, takut dan terkongkong
Penampilan penghantar memberi kesan terhadap tanggapan
penerima
Penghantar yang suka bertanya secara terperinci dapat
menimbulkan rasa tidak selesa kepada penerima

sikap penerima

Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim,
persepsi terhadap mesej yanghendak disampaikan.
Penerima akan berasa bosan dan tidak memberi
perhatian kepada penghantar sekiranya maklumat
tersebut telah diketahui

HALANGAN

ALAM SEKITAR

Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak
jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan

satu proses komunikasi.

Mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga
yang ingin disampaikan
Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamat
Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada
gangguan yang jelasdalam komunikasi misalnya sewaktu
rebut petir dan banjir
Terputus saluran penghantar maklumat dan komunikasi
disebabkan keadaan cuaca yang buruk

BUDAYA KEJUJURAN DAN
KEBENARAN
HARAPAN
HALANGAN
KOMUNIKASI

SEMANTIK (MAKNA)

ISU DALAM
KEBTEERRBAAMHPAISLAAN

ISU KERANCUAN BAHASA Di media

sosial

Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2013), perkataan ‘rancu’
bermaksud tidak teratur, bercampur

aduk dan kacau (bahasa)
manakala kerancuan bermaksud

keadaan rancu atau kekeliruan
penggunaanya

Masalah kerancuan serta kecelaruan bahasa dalam kalangan
generasi muda semakin membimbangkan dan telah mendapat
perhatian ramai pihak. Masalah kecelaruan bahasa haruslah
diberikan perhatian yang sepenuhnya oleh semua pihak
terutamanya masyarakat serta ibu bapa. Hal ini kerana jika
masalah kecelaruan ini tidak dibendung dari awal, ia akan
memberi kesan kepada generasi muda yang akan datang. Ini
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Antara masalah kecelaruan bahasa yang banyak dilakukan
oleh golongan remaja ialah penggunaan bahasa rojak serta
pencampuran kod iaitu bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Keracuan bahasa juga termasuk dengan
keracuan daripada aspek sebutan, ejaan,

kosa kata, istilah dan laras bahasa.
Pengaruh kerancuan bahasa ini dapat
dikesan dalam dunia teknologi iaitu

media sosial yang menjadi elemen
penghubung antara manusia dengan

manusia lain seperti Facebook,
Instagram, Twitter, Whatsapp dan

lain-lain.

PENGGUNAAN BAHASA
ROJAK & SLANGA

Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja
di negara kita bukanlah sesuatu yang baharu lagi.
Punca penggunaan bahasa rojak ini adalah
disebabkan ianya mudah dan tidak perlu
mementingkan ejaan serta penggunaan tatabahasa
yang betul. Selain itu, bagi remaja penggunaan
bahasa rojak ketika berkomunikasi di laman sosial
dapat menunjukkan tahap kemodenan dan
urbanisasi. Manakala, bahasa Melayu baku pula
bagi remaja merupakan sesuatu yang dianggap
ketinggalan zaman dan kuno.



Penggunaan ayat ‘x’, ‘lmbt’, ‘kat’ dan ‘ye’. Bagi
penggunaan kata singkatan untuk ‘x’ telah
disingkatkan bagi perkataan ‘tak’ dan ‘kat’ untuk
‘dekat’. Bukan itu sahaja, terdapat juga kesalahan
ejaan seperti ‘lmbt’ sepatutnya dieja ‘lambat’ dan
‘ye’ dieja ‘ya’. Ini membuktikkan bahawa pengguna
kerap menggunakan kerancuan ayat bahasa
Melayu di media sosial.



PENCAMPURAN KOD

Pencampuran kod juga semakin meningkat dalam kalangan
remaja terutamanya bagi mereka yang banyak terdedah

dengan budaya negara luar . Penggunaan Bahasa Inggeris
yang dicampur aduk dengan bahasa Melayu di media sosial
telah banyak digunakan dalam kalangan remaja terutamanya
remaja yang terdedah dengan realiti luar dan juga berlaku

kepada kebanyakkan golongan mereka yang berkerjaya
kerana sering terdedah degan bahasa asing





Teo Kok Seong (2006:700) berkata,
penggunaan bentuk dan penggunaan bahasa

Melayu yang bercampur aduk dengan
bahasa Inggeris sama ada pada peringkat

perkataan, frasa, ayat, atau wacana
merupakan gejala linguistik bahasa Melayu

yang rancu.

PENGGUNAAN DIALEK

Penggunaan dialek negeri merupakan masalah yang amat ketara
sekali. Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang terdiri
daripada banyak negeri serta bahasa yang tersendiri. Kebanyakkan
negeri di Malaysia masing-masing mempunyai bahasa serta dialek
mereka yang tersendiri. Dalam memastikan keseimbangan serta
mengelakkan kecelaruan bahasa dalam kalangan remaja ibu bapa
perlulah menerapkan penggunaan bahasa yang formal di rumah dan
mengelakkan penggunaan bahasa dialek terlalu kerap
kerana ia akan memberikan kesan pada masa yang akan datang dan
menyebabkan masalah dalam berkomunikasi kerana menggunakan
dialek masing-masing



Negara kita dipenuhi dengan pelbagai dialek seperti dialek Kelantan,
Terengganu, Kedah, Sabah dan sebagainya.Penggunaan bahasa dialek ini
telah memberi kesan kepada penulisan di dalam media sosial. Malah,
fenomena ini juga akan menimbulkan isu makna yang berbeza jika dibaca
pengguna yang bukan berasal dari Kelantan.

Menurut Siti Rahimah Mustaffa et al. (2017), penggunaan dialek dalam
komunikasi boleh membawa kepada kemerosotan tahap keyakinan diri
seseorang individu untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Perkara
ini menjadi punca utama penggunaan bahasa dialek dalam media sosial.

PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK SOPAN

Pada masa kini, penggunaan bahasa yang kurang
sopan dan tidak elok didengar seperti kata-kata
cacian dan makian sudah menjadi kebiasaan bagi
sesetengah pengguna media sosial. Kebanyakkan
pengguna menggunakan perkataan tersebut untuk
meluahkan rasa ketidakpuas hati terhadap sesuatu
perkara. Masyarakat telah menjadikan bahasa yang
tidak sopan sebagai salah satu norma yang
diamalkan pada ruangan komen di sesetengah
laman sosial. Hal ini telah menyebabkan Bahasa
Melayu semakin terjejas dan amalan berbahasa yang
baik kurang diberi perhatian serta diamalkan oleh
generasi kini.





TERIMA KASIH !

NOR ANISHAH SURAYA BINTI NORZAINI
H4


Click to View FlipBook Version