TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI Viral Isu Semasa Impak ! Apa itu Berita Palsu? Berita palsu, tanggungjawab siapa? Politik Masyarakat Kesihatan Banyak berita pal su dikesan Tiada lagi Pertandingan Tilawah AlQuran? tempat penyebaran berita pal su. HANGAT! Hukum penyebar berita pal su, jangan bagi muka Pejabat MB Selangor nafi ber ita pal su i su ai r . MEDIA SOSIAL
03 KANDUNGAN Pengenalan & Objektif Dewan Rakyat: Sebanyak 861 berita palsu dikesan sejak 1 Disember 2022 4 disiasat sebar kandungan palsu berkaitan majlis tilawah dan hafazan Hukum penyebar berita paslu, jangan bagi muka Pejabat MB Selangor nafi berita palsu isu air. 2 Isu Semasa Impak Penyebaran Polarisasi Politik Sindiket Penipuan Kesihatan Mental Kesihatan Awam Terjejas Langkah Mengatasi Individu Masyarakat Kerajaan Perbincangan Kesimpulan 05 10 12 13 14 15 Rujukan
Kebelakangan ini terdapat peningkatan ketara dalam penyebaran maklumat atau berita palsu, sama ada tentang pandemik COVID-19, vaksinasi, kesihatan, isu sosial mahupun isu politik. Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan orang ramai. Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta beberapa agensi yang terlibat bertindak proaktif dalam mengekang peningkatan berita palsu antaranya pemantauan oleh Pasukan Respon Pantas sejak Mac 2020 telah menangkis sebanyak 464 berita palsu. Selain itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 turut dikuatkuasakan mulai Mac 2021 bagi mencegah dan mengambil tindakan terhadap penyebaran berita palsu tentang COVID-19 dan kesihatan. PENGENALAN Saya menyeru semua pihak media dalam pelbagai medium, meliputi stesen televisyen dan radio, akhbar dan platform dalam talian untuk terus mempergiatkan usaha, bukan sahaja mengenal pasti dan membongkarkan berita palsu, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang ancaman berita palsu dan langkah-langkah untuk mencegahnya. -Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan MultimediaMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berita membawa maksud maklumat mengenai sesuatu kejadian yang disampaikan sama ada secara lisan atau surat dan sebagainya, manakala palsu pula bermaksud sesuatu yang tidak benar atau perihal yang palsu. Berita palsu semakin lama semakin menjadi-jadi yang boleh membawa kesan buruk dalam kehidupan seseorang individu tersebut seperti tekanan, tidak fokus membuat sesuatu perkara, serta boleh membuat seseorang itu bunuh diri kerana fikiran yang tidak dapat dikawal lagi. Perbuatan masyarakat yang masih menyebar dan berkongsi berita palsu boleh memberi impak buruk bukan sahaja kepada individu dan reputasi sesebuah organisasi tetapi juga kepada kesejahteraan negara. Banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu perkara atau isu disebarkan dan dipanjangkan kepada orang lain. Masyarakat juga perlu disedarkan bahawa bukan semua berita di internet adalah benar. 3
OBJEKTIF 4 "Saya yakin terhadap kematangan pemikiran masyarakat dalam membuat PENILAIAN BERITA PALSU. Marilah bersama-sama mencegah berita palsu" Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah Parlimen Indera Mahkota, Pahang Mengenalpasti kesan penyebaran berita palsu Mengkaji cara mengatasi penyebaran berita palsu Mengkaji konsep berita palsu
ISU SEMASA 5
Multimedia 1998 (Akta 588) yang diguna pakai untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu. Tambah beliau, dalam tempoh Januari 2023 hingga 15 Februari 2024, sebanyak 6168 kandungan yang tidak ditentu sahkan telah diturunkan hasil kerjasama SKKM dengan penyedia media sosial. Sebanyak 861 berita tidak ditentukan kesahihannya yang menyentuh institusi diraja, agama dan perkauman (3R) termasuk melibatkan Perdana Menteri serta anggota pentadbiran kerajaan dikenal pasti oleh Task Force Menangani Berita Palsu dari 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember tahun lalu. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 91 kertas siasatan telah dibuka iaitu 60 daripadanya telah selesai manakala 31 masih dalam siasatan di peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM). Kata beliau, antara usaha yang diambil adalah melalui perundangan sedia ada seperti Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan DDeewwaann RRaakkyyaatt: : SSeebbaannyyaakk 886611 bbeerriittaa ppaallssuu ddiikkeessaann sseejjaakk 11 DDiisseemmbbeerr 22002222 Nie Ching di Dewan Rakyat 6
4 DISIASAT SEBAR KANDUNGAN PALSU BERKAITAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN Empat pemilik akaun Facebook disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran kandungan palsu membabitkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2024. MCMC melalui kenyataan berkata, empat yang dipanggil itu adalah sebahagian daripada pemilik akaun media sosial disyaki membuat penghantaran berkaitan kandungan berkenaan. Baru-baru ini, beberapa pemilik akaun Facebook dan X mendakwa negara kononnya tidak lagi menganjurkan pertandingan Tilawah Al-Quran, sebaliknya menumpukan kepada penganjuran konsert. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan tuduhan menggunakan media sosial kononnya majlis itu tidak diadakan tahun ini adalah tidak benar. MCMC mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2024. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50 000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Orang ramai diingatkan tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu. Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat konglomerat, Meta Platforms Inc, bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pihaknya akan membangkitkan bagaimana Meta yang juga syarikat pemilik kepada Facebook, WhatsApp dan Instagram diperalat untuk memesong fakta dan menyebar maklumat berita palsu. 7
Isu penyebaran berita palsu bukanlah suatu perkara baharu dan boleh dikatakan hampir setiap rakyat pernah disajikan berita yang tidak dapat disahihkan ketulenannya. Umum mengetahui penyebaran berita palsu mampu mengakibatkan panik, kebencian dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Namun, entah kenapa perkara itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching kelmarin dipetik berkata, jumlah kes penyebaran berita palsu di Malaysia menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 35 kes bulan lalu berbanding 48 kes yang direkodkan sepanjang tahun 2022. Jumlah tersebut disifatkan sebagai tinggi dengan kebarangkalian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima laporan berita palsu untuk disiasat pada tahun ini boleh mencapai lebih 350 kes. Peningkatan tersebut patut dibimbangkan dan ditangani lebih-lebih dalam situasi kerajaan yang baharu dibentuk memerlukan perpaduan kukuh dalam kalangan rakyatnya. Menerusi laman web SKMM, perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dann boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya sekali. Tidak dinafikan, rakyat Malaysia cenderung untuk berkongsikan sesuatu yang ‘panas’ atau terkini, namun sering kali terlepas pandang proses menyemak kesahihan sesuatu berita itu yang mengakibatkan berlaku penyebaran berita tidak benar. Usah jadikan ia sebagai satu kebiasaan terutamanya di platformplatform media sosial atau aplikasi komunikasi. Biasakan diri untuk menyemak sesuatu berita yang diterima agar kita tidak menjadi penyebar berita palsu tanpa disedari. Hukum Penyebar Berita Palsu, Jangan Bagi Muka 8
SHAH ALAM - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan penularan berita dan info grafik palsu berkaitan isu gangguan bekalan air di Sabah. Berdasarkan penularan berita palsu tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari didakwa kononnya mengeluarkan kenyataan meminta rakyat Sabah memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan isu air di negeri bawah bayu itu. Bagaimanapun, difahamkan kenyataan itu adalah palsu dan gambar keratan berita yang tular itu merupakan gambar lama malah kejadian bukannya berlaku di Sabah. Selain itu, terdapat satu info grafik juga tular dengan memetik Amirudin berkata, isu air di Selangor hanyalah isu kecil dan tidak menjejaskan kualiti rakyat. PEJABAT MB SELANGOR NAFI BERITA PALSU ISU AIR Sejak berlakunya gangguan bekalan air di Selangor bermula Jumaat lalu, terdapat beberapa penularan berita palsu dikesan menerusi platform aplikasi dan media sosial. Malah, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga meminta pengguna mendapatkan maklumat rasmi mengenai situasi semasa gangguan bekalan air dikeluarkan oleh pihaknya. Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berhubung gangguan bekalan air itu. Kenyataan Elina itu adalah susulan penyebaran satu kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan menyatakan pencemaran bau sudah terkawal dan Loji Rawatan Air (LRA) kembali beroperasi pada jam 8 malam. 9
I M P A K N E G A T I F P E N Y E B A R A N B E R I T A P A L S U Penyebaran berita palsu mahupun berbaur fitnah dan hasutan melalui media sosial serta internet seiring perkembangan era digitalisasi, bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi serata dunia. Penerimaan orang ramai terhadap media sosial membuatkan mereka sentiasa menjadikan setiap maklumat diperoleh sebagai sesuatu yang serius. Terdapat penyebaran berita palsu serta berbaur provokasi dalam talian ketika tempoh kempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang diadakan tahun 2022. Sehinggakan ketika fasa akhir kempen PRU15 iaitu dalam tempoh 48 jam yang berbaki untuk berkempen, wujud pelbagai berita palsu yang sengaja direka oleh pelbagai pihak untuk menarik perhatian pengundi. Ia memberi kekecohan dan perbalahan diantara penyokong parti melalui platform media sosial dimana berita palsu itu disebarkan, mengakibatkan berlakunya hubungan renggang diantara masyarakat. Pol a r i s a s i Pol i t i k K e s i h a t a n A w a m T e r j e j a s Penyebaran maklumat palsu tentang amalan perubatan boleh menyebabkan wabak sukar dikawal dan mengakibatkan kehilangan nyawa. Contohnya, dakwaan bahawa vaksin COVID-19 mengandungi unsur haram dan merupakan satu konspirasi telah menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat. Akibatnya, ramai yang tidak mengambil vaksin pada peringkat awal, menyebabkan imuniti kelompok lambat dicapai dan banyak kematian berlaku. Terdapat juga kes kematian di mana individu menggunakan sejenis chloroquine untuk merawat COVID-19, sedangkan ia sebenarnya digunakan untuk pembersihan tangki ikan (Mohd Nor, 2021). 10
S i n d i k e t Pe n ipu a n K e s i h a t a n M e n t a l Terdapat sindiket penipuan menjadikan media sosial bagi menyebarkan berita-berita palsu sebagai umpan untuk memerangkap dan memperdayakan mangsa. Berita-berita palsu yang disebar ini melibatkan maklumat berkaitan bantuan kerajaan, pinjaman serta skim pelaburan, sekali gus mengakibatkan ada dalam kalangan pengguna media sosial terperdaya dan masuk dalam perangkap sindiket penipuan. Bukan itu sahaja, kaedah penipuan ini menggunakan laman sesawang palsu dan logo sebenar sesebuah institusi. Kemudian, ia ditular melalui medium media sosial yang mudah diakses oleh orang awam terutama Facebook. Berita palsu boleh cetus ketegangan kaum. Ia bukan perkara kecil, malah ia sekali gus dibimbangi boleh mendatangkan kesan buruk terhadap masyarakat dan negara. Apabila sesuatu berita palsu tidak dikawal, maka akan timbulnya perasaan marah dan dendam, dan dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan sekiranya ia tidak dikawal. Perkembangan teknologi semakin canggih di samping medium media sosial yang mampu berhubung dengan pengguna seluruh negara membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat termasuklah penyebaran berita palsu. Situasi ini banyak meninggalkan kesan negatif pada sebahagian kita sehingga ada yang mengalami tekanan hidup, emosi dan mental gara-gara terpengaruh dengan maklumat palsu tersebut. Bercerita lanjut, Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani menjelaskan kesan paling awal yang dihadapi seseorang individu yang terkesan dengan penyebaran berita palsu adalah stres iaitu tindak balas emosi, fizikal dan mental. Katanya lagi, information disorder atau gangguan maklumat seperti berita palsu adalah salah satu masalah sosial masa kini yang semakin menjadi-jadi dan sudah tiba masanya untuk Malaysia menangani masalah ini secara lebih strategik. 11
Ambil masa dan berfikir seketika untuk menilai sejauh mana sesuatu berita yang diterima memberi manfaat atau tidak. Jika tidak sahih dan bermanfaat, batalkan sahaja hasrat untuk dikongsikan pada orang lain. Mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan memberikan manfaat contohnya, daripada Sidang Media Harian Kementerian, Portal Kementerian, Berita Harian, Radio Televisyen Malaysia (RTM). LANGKAH MENGATASI PENULARAN BERITA PALSU DALAM KALANGAN MASYARAKAT SEMAK Semak sebelum sebar. Tak pasti, jangan kongsi. Kongsi sesuatu berita jika tertera sumber yang sahih daripada pihak berautoriti dan akhbar utama tempatan. Semak dahulu kebenaran sesuatu berita di portal SEBENARNYA.MY sebelum berkongsi. M ANFAAT S E SUATU B E R ITA KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG Kerajaan mennggubal undang-undang khas seperti Akta Antiberita Tidak Benar 2018 untuk mengawal penyebaran berita palsu. Walaupun akta ini telah dimansuhkan, terdapat undangundang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Penguatkuasaan ini memastikan mereka yang menyebarkan berita palsu akan dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan hukuman penjara. 12
Berita Palsu P e n y e b a r a n Berita palsu di media sosial biasanya disebar oleh segelintir pengguna media sosial yang tidak beretika. Mereka menggunakan laman sesawang palsu dan logo sebenar sesebuah institusi untuk memerangkap mangsa dan memperdayakan mereka. Berita palsu ini melibatkan maklumat berkaitan bantuan kerajaan, pinjaman, dan skim pelaburan, serta isu sensitif yang dapat menimbulkan ketidakstabilan perpaduan masyarakat di negara ini. Media sosial harus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyebaran berita palsu dengan memberikan maklumat yang tepat dan cara untuk membezakan berita palsu dan benar. Dalam perbincangan ini, penting untuk memahami bagaimana berita palsu dapat mempengaruhi masyarakat dan bagaimana masyarakat dapat mengurangkan penyebaran berita palsu melalui media sosial. PERBINCANGAN M edia sosial merupakan perbincangan bagi penyebaran berita palsu kerana telah menjadi isu yang semakin penting dalam masyarakat moden. Berita palsu dapat mempengaruhi cara seseorang berfikir, bertindak dan menimbulkan pelbagai isu negatif dan sensitif. T r e n d i n g 13
KESIMPULAN Penyebaran maklumat palsu merupakan isu yang semakin kritikal dalam era digital ini, memberikan impak yang mendalam kepada masyarakat Malaysia. Maklumat palsu boleh mencetuskan kekeliruan, menimbulkan panik, merosakkan reputasi individu dan organisasi, serta mengganggu keharmonian sosial. Lebih-lebih lagi, ia boleh menyebabkan polarisasi dalam kalangan rakyat dan menghakis kepercayaan terhadap media, institusi awam, dan kerajaan. Fenomena ini, jika tidak ditangani dengan efektif, boleh membawa kepada ketidakstabilan sosial dan ekonomi yang serius. Oleh itu, kesedaran mengenai etika dalam komunikasi dan penyebaran maklumat adalah kritikal untuk mengurangkan kesan negatif ini. Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan yang menyeluruh dan kolaboratif diperlukan. Individu perlu mengambil tanggungjawab dengan mengamalkan literasi media, memeriksa kesahihan maklumat, dan bersikap kritikal terhadap sumber yang mencurigakan. Kerajaan dan institusi awam harus memperkukuhkan undangundang dan menjalankan kempen kesedaran untuk memerangi penyebaran maklumat palsu. Platform digital juga perlu memainkan peranan dalam mengenal pasti dan menghapuskan kandungan palsu secara proaktif. Dengan komitmen bersama dari semua pihak – individu, masyarakat, institusi, dan teknologi – kita boleh membina persekitaran maklumat yang lebih selamat dan bertanggungjawab, melindungi integriti maklumat dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. 14
Asyraf Muhammad. 2020. Pejabat MB Selangor nafi berita palsu isu air. Sinar Harian. httpps://www.sinarharian.com.my / article / 99912/ edisi /selangor-kl/pejabat-mbselangor-nafi-berita-palsu-isu-air. [30 Mei 2024] Berita Harian Online. 2024. 4 disiasat sebar kandungan palsu berkaitan majlis tilawah dan hafazan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1232190/4- disiasat-sebar-kandungan-palsu-berkaitan-majlis-tilawah-dan [6 Jun 2024] Bernama. 2021. Media perlu pergiat usaha kenal pasti, bongkar berita palsu. Malaysia Kini. https://www.malaysiakini.com/news/582619. [2 Jun 2024] Bernama.2022.PRU15: Waspada berita palsu di media sosial untuk tarik perhatian pengundi.Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-waspadaberita-palsu-di-media-sosial-untuk-tarik-perhatian-pengundi-392070. [3 Jun 2024] Dato Saifuddin Abdullah. 2021. Bersama Cegah Berita Palsu. Kementerian Komunikasi Multimedia.https://www.kkd.gov.my/images/AdHoc/210711BERSAMA_MENCEGAH_BERI TA_PALSU.pdf.[2 Jun 2024] Eddy Hamidi.2023. Hukum penyebar berita palsu, jangan bagi muka. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2023/03/01/hukum-penyebar-berita-palsu jangan-bagimuka/#google_vignette. [30 Mei 2024] Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. 2017. Dewan dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=c. [2 Jun 2024] Khairul, N. A. Z. [2023]. Ramai Mental, Tertekan Ekoran berita palsu. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/05/05/ramai-mental-tertekan-ekoran-berita-palsu/. [5 Jun 2024] Mohd Azahari, Mohammad & Jasmi, Kamarul Azmi. 2022. Penularan Berita Palsu di Malaysia. 4. 391. Mohd Iskandar Ibrahim. 2024. MCMC jumpa Meta Isnin ini, bincang penyebaran berita palsu.BeritaHarianOnline.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/12311 42/fahmi-mcmc-jumpa-meta-isnin-ini-bincang-penyebaran-berita-palsu [6 Jun 2024] Mohd Nor, Dr Wan. 2021. Usah rumitkan keadaan dengan sebar berita palsu. Berita Harian. Diakses dari https://www.bharian.com.my/ kolumnis/2020/10/745207/usahrumitkan-keadaan-dengan-sebar-berita-palsu. [1 Jun 2024] Manzor, Z. 2024. Dewan Rakyat: Sebanyak 861 Berita Palsu dikesan sejak 1 disember 2022. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2024/02/27/dewan-rakyatsebanyak-861-berita-palsu-dikesan-sejak-1-disember-2022/ [2 Jun 2024] Muhammad Aminuralif.2023. Sebar Berita palsu perangkap mangsa. Sinar Harian. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/242561 Perkongsian berita palsu boleh bawa impak negatif. 2023. https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-clippings/perkongsian-berita-palsu-bolehbawa-impak-negatif. [1 Jun 2024] RUJUKAN 15
LMCW 2153 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK KAJIAN : IMPAK PENYEBARAN BERITA PALSU DAN LANGKAH MENGATASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA NAMA PENSYARAH : DR PUTEH NORAIHAN A. RAHMAN NAMA AHLI KUMPULAN 2 : NURNABILA HANIS BINTI NORIZAN (A192674) SYARIFAH SOFIYAH BHAIF (A193227) NUR AININ SOFIYA BINTI MUKHTAR (A194904) FATIMAH BINTI AHMAD MUSRI (A195613) SUFIAH NATASHA BINTI MOHAMED SHAH (A195570) MAS EZETY DIANA BINTI MOHD HAIZAT (A193438) NORBATRISYA BINTI MAZRUL HISHAM (A194528) WARDINA DARWISYAH BINTI AZHAR (A195510)