GAMBAR MINYAK DAN LEMAK
MINYAK DAN LEMAK
Maksud minyak dan lemak
• Minyak dan lemak ialah ester
• Minyak dan lemak ialah lipid, sejenis molekul organik
yang wujud secara semulajadi dalam organisma hidup
• Lipid paling ringkas ialah trigliserida
• Trigliserida ialah ester yang terbentuk daripada tindak
balas antara asid lemak dengan gliserol
• Asid lemak ialah asid karbosksilik yang mempunyai
rantai atom karbon yang panjang antara 10 hingga 20
atom karbon
• Gliserol ialah alkohol yang mempunyai tiga kumpulan
hidroksil, -OH
Perbandingan antara lemak dan
minyak
ASPEK MINYAK LEMAK
Sumber Diperolehi daripada Diperolehi dari haiwan
tumbuhan
Keadaan fizikal pada suhu Cecair Pepejal atau separa pepejal
bilik
Takat lebur Kurang daripada 200˚C Lebih daripada 200˚C
Struktur molekul Tak tepu iaitu sekurang- Tepu iaitu tiada ikatan
kurangnya satu ikatan ganda dua dalam molekul
ganda dua dalam molekul lemak
minyak
Persamaan tindak balas
Persamaan lemak/minyak
2 jenis lemak
Lemak tepu Lemak tak
tepu
Penukaran lemak tak tepu kepada
lemak tepu
Lemak tak tepu Proses Lemak tak tepu
penghidrogenan
• Lemak tak tepu ditukar kepada lemak tepu melalui proses
penghidrogenan (dengan menambahkan hidrogen).
• Contoh dalam pembuatan marjerin, di mana daripada minyak
tumbuhan dalam keadaan fiziknya cecair pada suhu bilik akan
ditukar dalam bentuk pepejal.
• Dalam proses ini, ikatan ganda dua antara atom karbon dan
atom karbon diganti dengan ikatan tunggal menggunakan
mangkin nikel dan dijalankan pada suhu 180˚C
Kesan lemak kepada kesihatan
• Lemak berfaedah kepada badan kerana ia memberi tenaga.
• Selain itu, lemak juga membawa vitamin A,D, E dan K yang
sangat penting kepada badan.
• Lemak tepu yang mengandungi kolestrol yang tinggi boleh
menyebabkan penyakit jantung.
• Kolestrol yang berlebihan itu boleh terenap di dalam lumen
arteri yang menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini
menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah dengan
lebih kuat.
• Lama-kelamaan jantung akan letih dan tidak boleh
menanggung beban kerja yang lebih
• Oleh itu jagalah pengambilan makanan anda
Pemprosesan minyak sawit secara
industri
Minyak sawit berasal dari buah kelapa sawit yang mengandungi
sabut, tempurung dan isirung. Minyak kelapa sawit tertumpu di
kawasan sabut dan isirung. Minyak kelapa sawit yang berasal
dari sabut disebut sebagai minyak sawit (palm oil) dan minyak
yang berasal dari isirung disebut minyak isirung (palm kernel oil).
Pemprosesan minyak kelapa sawit
• Pensterilan
- Tandan dan buah disembur dengan stim untuk
membunuh microorganisma dan melembutkan tandan
• Pengekstratan
- Minyak diperah dari buah kelapa sawit dengan penekan
skru
• Penulenan
- Minyak kelapa sawit ditulenkan dengan mengalirkannya
ke dalam karbon diaktifkan untuk membuang bau dan
menjernihkannya.
Minyak sawit dalam penghasilan
makanan
Industri minyak sawit di Malaysia
Minyak dan lemak
Soalan Kuiz Ringkas : Uji Diri
1. Apakah lemak?
2. Apakah minyak?
3. Nyatakan dua perbezaan antara lemak dan minyak
4. Apakah lemak tepu dan lemak tidak tepu
5. Lemak tak tepu boleh ditukarkan kepada lemak tepu
a. Apakah nama proses tersebut?
b. Namakan mangkin yang digunakan dan suhu bagi proses ini