Puisi Moden : Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata
Maksud sajak :
Rangkap 1: Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur
dan menerima kenyataan.
Rangkap 2: Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan untuk berbicara tentang apa-
apa yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah
bertutur dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.
Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia
mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari rezeki.
Rangkap 4 : Unsur-unsur alam menjadi dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan itu satu)
Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita
memperbaiki persepsi kehidupan.
Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan
membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.
1.0 Tema sajak:
Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia
berkembang dan generasi ke generasi dan dari satu tempat ke satu tempat.
2.0 Persoalan:
1. Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia
kebijaksanaan untuk berbicara.
2. Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.
Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa
sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.
3. Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah
Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran
mereka ke seluruh alam.
4. Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta
Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.
5. Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.
Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama
manusia dan hubungan dengan pencipta
3.0 Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
• rangkap 1: lima baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: sembilan baris;
• rangkap 4: tiga baris.
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga empat patah kata.
Contohnya, adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal untuk mengucapkannya (4
patah kata)
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga tiga belas suku kata.
Contohnya, Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami memetik buah-buahan (13
suku kata)
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada keagamaan.
4. 0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • Kami pindahkan makna (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan k);
5.0 Gaya Bahasa Contoh
Gaya Bahasa terbentang di semesta alam.
samudera; pulau-pulau; pantai-pantai;
1. Hiperbola dari tempat ke tempat,
2. Penggunaan unsur alam.
3. Anafora (perulangan kata pada dari zaman ke zaman.
perkataan kata-kata
awal baris).
4. Repetisi.
6.0 Nilai dan Pengajaran Pengajaran
Nilai
Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk
1. Nilai kesungguhan mempelajari bahasa.
2. Nilai keberanian Kita hendaklah berani pergi ke tempat yang
jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
3. Nilai rajin kita mestilah rajin membaca dan mengkaji
kitab-kitab lama untuk memperoleh ilmu.