The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM KEMPEN AMALAM 3S SMK TROPICANA 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimahshahirahzamri, 2025-02-27 08:01:49

BUKU PROGRAM KEMPEN AMALAN 3S SEMK TROPICANA 2025

BUKU PROGRAM KEMPEN AMALAM 3S SMK TROPICANA 2025

MARI BUDAYAKAN 3S SENYUM . SAPA . SALAM Kempen F EBR U ARI J U M AAT 2 8 7 . 30 PAGI 202 5 PROGRAM INI MERUPAKAN KERJASAMA ANTARA UNIT HEM DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SENYUM BERIKAN SENYUMAN APABILA BERTEMU DENGAN GURU, WARGA SEKOLAH DAN TETAMU UCAPKAN SALAM ATAU SAPAAN (SELAMAT PAGI, APA KHABAR, HI, HELLO) APABILA BERTEMU SESEORANG SAPA SALAM LETAKKAN TANGAN DI DADA KIRI SEBAGAI TANDA HORMAT amalan


PENGENALAN Amalan Senyum, Sapa, dan Salam (3S) merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam Program Guru Penyayang. Amalan ini sewajarnya diamalkan oleh semua warga sekolah bagi membentuk hubungan yang harmonis serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan mesra. Konsep dan pelaksanaan Amalan 3S dapat mengukuhkan nilai hormat-menghormati, kasih sayang, serta kepekaan terhadap persekitaran, sekali gus membantu membina suasana sekolah yang lebih positif dan selesa untuk semua. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Senyum bermaksud gerak bibir yang ternaik pada hujungnya, membayangkan rasa suka, geli hati, atau persetujuan. Sapa merujuk kepada kata-kata yang dituturkan untuk menegur atau mengajak berbual. Salam bermaksud berjabat tangan sebagai tanda hormat. Dengan mengamalkan 3S, hubungan antara guru, murid, dan warga sekolah dapat diperkukuhkan, sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan positif.


OBJEKTIF Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah. Mewujudkan hubungan yang harmoni dan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah. Memupuk sifat hormat-menghormati dan kasih sayang antara warga sekolah. Meningkatkan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah. TATACARA AMALAN 3S Senyum – Murid disambut dengan senyuman oleh guru dan pengawas bertugas ketika tiba di sekolah. Murid juga digalakkan untuk membalas senyuman sebagai tanda hormat dan mesra. Sapa – Murid menyapa guru dengan ucapan sopan seperti "Assalamualaikum, cikgu, " "Selamat pagi, " atau "Good morning, teacher." Sapaan boleh dilakukan di mana-mana sahaja, seperti di pintu kelas, koridor, atau kawasan sekolah yang lain. Salam – Murid boleh memberi salam dengan menundukkan kepala sedikit atau menggunakan isyarat tangan sebagai tanda hormat, sesuai dengan norma dan kesopanan yang diamalkan. Amalan ini membantu membentuk suasana sekolah yang mesra, harmoni, dan penuh adab antara murid dan guru.


ATUR CARA 7.30 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis : Gimik dan Pelancaran Ihya Ramadhan : Ucapan Pengetua dan Pelancaran Kempen 3S : Kuiz 3S : Persembahan Murid 8.30 Pagi : Majlis Bersurai


JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn. Rozilawati bt. Md Mustapar Naib Pengerusi I : Pn. Hanizah bt. Che Amat Naib Pengerusi II : Pn. Norhayati bt. Samad Naib Pengerusi III : Pn. Siti Hajar bt. Md Sawari Penyelaras : Pn. Siti Noraishah bt. Ismail Penolong Penyelaras : Cik Wan Mohanim bt. Marwan Shah


JAWATANKUASA PELAKSANA JK Disiplin : En. Muhammad Fadzeren b. Daud : Pn. Tan Boon Quen JK Buku Program : Pn. Fatimah Shahirah bt. Zamri JK Persembahan : En. Mohd Uzir b. Zubir JK Persiapan Tempat : En. Mohd Nortaufiq b. Katek : En. Mohammad Syakir b. Mohd Noor Sham JK Fotografi : Cik Anita Mary a/p Fathi Rosary Rajan JK PA Sistem : En.Mohd Firdaus b. Abd Halim : En. Muhammad Wafi b. Nazri JK Pengacara Majlis : Cik Wan Mohanim bt. Marwan Shah JK Dokumentasi : Pn. Siti Noraishah bt. Ismail


SEKALUNG PENGHARGAAN Jawatankuasa Kempen Amalan 3S peringkat SMK Tropicana bagi tahun 2025 dengan berbesar hati ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada :- Pengetua SMK Tropicana, Pn. Rozilawati binti Md Mustapar. Jawatankuasa Kempen Amalan 3S 2025 Serta semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan kempen ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.


Click to View FlipBook Version