CABARAN DAN RISIKO YANG PERLU
DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM
REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Julica Anak Sapi
1.0 PENGENALAN
Revolusi industri 4.0 ialah aktiviti industri yang
menyelaraskan teknologi automasi dengan teknologi siber di
dalam Negara Malaysia. Kemajuan revolusi industri 4.0
mendatangkan impak secara tidak langsung dalam pelbagai
aspek. Trend automasi dan pertukaran data ialah teknologi
pembuatan yang telah memasuki zaman moden dalam
revolusi industri 4.0. Pada zaman ini, revolusi berkembang
kepada penggunaan teknologi yang canggih. Antara sistem
yang merangkumi bidang perindustrian dalam industri 4.0
ialah sistem siber-fizikal, internet perkara (IoT),
pengkomputeran awan, dan pengkomputeran kognitif.
Penggunaan sistem-sistem dan trend yang canggih ini banyak
memberi kesan positif dan manfaat kepada kehidupan
manusia. Antara bidang yang terlibat dalam perubahan
revolusi industri 4.0 ialah bidang pekerjaan, ekonomi dan
gaya hidup manusia itu sendiri. Secara tidak langsung,
revolusi 4.0 mewujudkan teknologi pintar yang dapat
menghubungkan pelbagai bidang kehidupan manusia.
2.0 CABARAN YANG
DIHADAPI OLEH MALAYSIA
DALAM REVOLUSI INDUSTRI
4.0
1). KEKURANGAN
TENGA MAHIR
2). INOVASI
DALAM
PENDIDIKAN
3). CABARAN
KOMUNIKASI
Kekurangan tenaga mahir
Perkembangan dan kemajuan revolusi industri 4.0 sememangnya memerlukan
tenaga kerja yang mahir untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Pada zaman ini
dikatakan kita kekurangan tenaga mahir dari aspek penggunaan ICT iaitu kebanyakan
tenaga kerja kurang terdedah dengan teknologi canggih yang sering digunakan untuk
menghasilkan produk. Contohnya, penghasilan kereta memerlukan tenaga yang mahir
menggunakan teknologi dan alatan yang canggih untuk menghasilkan kereta yang berkualiti.
Bukan itu sahaja, usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan individu yang
mahir dalam bidang teknologi dan digital selaras dengan perkembangan revolusi ndustri 4.0
memberi cabaran kerana kos yang terlalu tinggi serta mengambil masa yang lama untuk
mempelajari penggunaan teknologi. Pihak kerajaan perlu mengeluarkan dana yang tinggi
sekiranya mereka ingin mencapai bilangan tenaga mahir yang mencukupi dalam revolusi
industri 4.0. Pihak kerajaan perlu memberi latihan yang secukupnya kepada para pekerja
untuk mempelajari penggunaan teknologi dan digital supaya dapat mewujudkan pekerja
mahir dalam teknologi. Golongan pekerja Eropah yang tidak mempunyai kebolehan asas
teknologi dan digital akan memberi impak dan masalah yang rumit kepada Negara mereka
dalam mendepani cabaran revolusi teknologi baru dan didapati sebanyak 37 peratus pekerja
Eropah mengalami masalah dalam penggunaan teknologi baru (World Economic Forum).
Oleh itu, Malaysia perlu memberi latihan yang sewajarnya kepada para pekerja untuk
membentuk tenaga mahir supaya dapat bersaing dengan Negara luar dalam revolusi industri
4.0.
Inovasi dalam Sistem Pendidikan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah kreatif dan inovatif
serta selaras dengan penggunaan digital dalam revolusi industri 4.0. Hal ini jelas agar
pelajar yang kreatif, inovatif , serba boleh dan mempunyai kemahiran yang tinggi dapat
diwujudkan. Hal ini berlaku apabila dalam revolusi industri 4.0 kita perlu menerapkan
penggunaan teknologi dan digital dalam melakukan sesuatau perkara seperti ketika
mendapatkan maklumat, membuat latihan dan seumpamanya. Misalnya, setiap murid akan
menggunakan medium digital tools dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu, inovasi dalam kalangan pelajar di Malaysia berkurang kerana mereka kurang mahir
menerapkan penggunaan teknologi dan digital dalam pembelajaran. Oleh itu, dengan
memasukkan elemen digitalisasi dalam ‘mainstream’ pembelajaran merupakan cara
penambahbaikan kelestarian akademik. Bukan itu sahaja, perkara ini sekali gus dapat
mengasah minda dan pemikiran mereka supaya lebih bersedia untuk berhadapan dengan
persaingan kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan. Pekerjaan pada masa ini juga
amat memerlukan kemahiran dalam penggunaan teknologi dan digital. Misalnya,
penggunaan ICT yang canggih amat bersesuaian dengan permintaan pekerjaan
terutamanya di luar Negara. Oleh itu, langkah yang efektif telah diambil oleh kerajaan iaitu
dengan melatih kebolehan pengekodan dalam kalangan pelajar serta masyarakat melalui
program Coding@Schools. Tujuan langkah ini adalah untuk mengatasi cabaran dalam
revolusi industri 4.0.
Cabaran komunikasi
Cabaran revolusi industri 4.0 bagi setiap individu dalam mendepani revolusi
industri 4.0 adalah jurang komunikasi yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
individu akan bergantung kepada teknologi seperti telefon bimbit untuk berkomunikasi
antara satu sama lain. Secara tidak langsung, hubungan antara individu akan renggang
kerana kurang interaksi secara langsung antara satu sama lain. Misalnya, individu akan
menggunakan saluran telefon untuk memaklumkan maklumat walaupun jarak antara
individu dekat. Penggunaan teknologi sememangnya mendatangkan lebih banyak manfaat
kepada Negara kita namun ianya juga akan memberi impak yang negatif kerana individu
akan kurang berinteraksi dan menjadi pasif. Justeru, maklumat yang akan disampaikan
berkemungkinan salah kerana kita tidak dapat menjelaskannya dengan lebih terperinci.
Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi dan saluran media juga dapat menimbulkan
perselisihan faham dan pergaduhan dalam kalangan masyarakat. Pada masa kini, apabila
melayari internet kita sering melihat terdapat masalah yang berlaku antara individu
disebabkan oleh beberapa perkara tertentu. Masalah ini dapat dikaitkan dengan revolusi
industri 4.0 kerana saluran komunikasi yang tidak lancar.
3.0 RISIKO YANG
DIHADAPI MALAYSIA
DALAM REVOLUSI
INDUSTRI 4.0
1). Pengangguran akibat
Revolusi Industri 4.0
2). Ancaman
keselamatan siber
Pengangguran akibat Revolusi
Industri 4.0
Pengangguran merupakan isu global berlaku dalam Negara maju yang
banyak menggunakan teknologi dan digital yang canggih. Kebanyakan Negara maju
yang berkembang teknologi dan digital kurang menggunakan tenaga pekerja kerana
hanya bergantung dengan teknologi. Oleh hal yang demikian, pengangguran sesebuah
Negara dapat dilihat melalui keadaan ekonomi. Isu pengangguran sering berlaku akibat
masalah ekonomi. Peluang pekerjaan yang wujud tetap tidak dapat menarik minat para
pekerja. Secara tidak langsung, kadar pengangguran akan meningkat. Misalnya,
perkhidmatan pekerja di kilang-kilang perindustrian akan digantikan dengan penggunaan
mesin dan robotik. Para majikan akan mengurangkan penggunaan tenaga manusia untuk
memperoleh produk yang lebih berkualiti. Dalam pada itu, terdapat beberapa tempat
perindustrian yang memiliki teknologi penjimatan buruh dan membawa kepada
penurunan bilangan buruh. Secara tidak langsung, berlaku pengangguran dalam
sesebuah Negara seperti Negara Malaysia kerana menggunakan teknologi canggih dan
tidak memerlukan tenaga manusia. Penggunaan teknologi dan digital telah
mengurangkan keperluan tenaga manusia.
Ancaman keselamatan siber
Kewujudan revolusi industri 4.0 akan membawa kepada ancaman
jenayah siber yang semakin berleluasa di Negara kita. Misalnya, permulaan
Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT) telah menggabungkan antara
sistem fizikal dan alam siber dan akan mewujudkan lebih banyak kekurangan
dalam sistem yang perhubungan antara satu sama lain termasuklah ancaman
penggodam dan penjenayah siber (Min, David & Suk,2018). Ancaman siber ini
telah membawa kepada risiko keselamatan rakyat dan Negara. Misalnya,
penggodam dapat mencuri maklumat dan rahsia kerajaan serta dapat mengakses
data-data peribadi masyarakat. Bukan itu sahaja, ancaman siber yang
dimaksudkan juga adalah berkaitan dengan ancaman keamanan data yang dimilki
oleh seseorang individu atau sesebuah firma termasuklah hilang pengawalan
maklumat, pencerobohan data dan maklumat peribadi serta gabungan dan
penyelidikan maklumat (Morrar, Arman &Mousa, 2017). Hal ini jelas apabila ramai
individu atau syarikat yang kita lihat pada hari ini menjadi mangsa penggodam
dengan penipuan secara atas talian sehingga mereka kehilangan wang dengan
jumlah yang tinggi.
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, revolusi industri 4.0 dalam Malaysia telah
meghadapi beberapa cabaran dan risiko. Oleh itu, pihak berkuasa
telah mengambil langkah yang efektif untuk menangani masalah yang
berlaku dalam revolusi industri 4.0. Dengan langkah tersebut kita
dapat mengatasi cabaran yang berlaku dalam revolusi industri 4.0
serta dapat memajukan penggunaan teknologi dan digital dalam
pelbagai bidang. Bagi Negara Malaysia adalah penting untuk Negara
kita berkembang terutama dalam revolusi industri 4.0 kerana dapat
memberi pelbagai manfaat dan kesan positif kepada Negara Malaysia.
Sumber rujukan
A. (n.d.-a). Revolusi Industri 4.0. Revolusi Industri 4.0.
https://bendahari.ump.edu.my/index.php/ms/info-kewangan1/530-
revolusi-industri-4-0
Ahmad, S. (2018, January 1). Revolusi Industri 4.0 beri pelbagai kesan pada
kehidupan. UTM NewsHub. https://news.utm.my/ms/2018/01/revolusi-
industri-4-0-beri-pelbagai-kesan-pada-kehidupan/
@news. (2021, October 14). Empat cabaran utama hadapi Revolusi Industri
4.0. Sarawakvoice.Com. https://sarawakvoice.com/2021/10/14/empat-
cabaran-utama-hadapi-revolusi-industri-4-0/
Badhrulhisham, A. (2019). MENDEPANI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI
4.0 (IR 4.0) DALAM KONTEKS MAHASISWA: ANALISIS MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM | Badhrulhisham | Jurnal ILMI. MENDEPANI
CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0) DALAM KONTEKS
MAHASISWA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.
https://journal.kuim.edu.my/index.php/JILMI/article/view/620
Revolusi Industri 4.0: Definisi, Prinsip dan Cabaran Generasi Milenium. (n.d.).
https://getittogetherbook.com. https://getittogetherbook.com/136-
industrial-revolution-4-0-definition-principles-and-challenges-of-millennial-
generation