The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E Magazine Peristiwa Bukit Kepong yang dihasilkan untuk tugasan NationHood Studies.
GROUP 2 :
1. Nur Auni Syahirah binti Azmi (298078)
2. Aveline Woo Yi Ling (298229)
3. Puteri Nur Yasmin binti Kamarun Majif (298212)
4.Najihah solehah binti mohd zaidi (298119)
5. Ravinndra A/L S.Karithigesu Thevar (298231)
6. Farah Anesya Natasya Binti Mazlan (298084)
7. Siti Nur Aqila Binti Mohd Hanafiah (298135)
8. Fatin Farhanah Najwa binti Aizul Fazri (298301)
9. Fatin Nurliyana binti Azhar (298228)
10. Nur Azimah binti Azizan (298259)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ravinndra Karithigesu, 2023-12-10 10:36:26

E-Magazine Peristiwa Bukit Kepong

E Magazine Peristiwa Bukit Kepong yang dihasilkan untuk tugasan NationHood Studies.
GROUP 2 :
1. Nur Auni Syahirah binti Azmi (298078)
2. Aveline Woo Yi Ling (298229)
3. Puteri Nur Yasmin binti Kamarun Majif (298212)
4.Najihah solehah binti mohd zaidi (298119)
5. Ravinndra A/L S.Karithigesu Thevar (298231)
6. Farah Anesya Natasya Binti Mazlan (298084)
7. Siti Nur Aqila Binti Mohd Hanafiah (298135)
8. Fatin Farhanah Najwa binti Aizul Fazri (298301)
9. Fatin Nurliyana binti Azhar (298228)
10. Nur Azimah binti Azizan (298259)

Keywords: Bukit Kepong

FEB 1950 N 23RD ATION HOOD STUDIES PERISTIWA BUKIT KEPONG Peristiwa Berdarah Kisah Sebenar K 1 U . ( N A 2 M v 9 u e 8 r P l 0 A in 7 U u e 8 n L W ) i S A o y o a N h Y i i r L a 2 h in b g inti Azmi _ (298229) 2. Puteri Nur Yasmin binti Kamarun Majif 298212 3. Najihah solehah binti mohd zaidi (298119) 4. Ravinndra A/L S.Karithigesu Thevar (298231) 5. Farah Anesya Natasya Binti Mazlan (298084) 6. Siti Nur Aqila Binti Mohd Hanafiah (298135) 7. Fatin Farhanah Najwa binti Aizul Fazri (298301) 8. Fatin Nurliyana binti Azhar (298228) 9. Nur Azimah binti Azizan (298259) 10. 23RD FEB 1950 ' T I S T H E S E A S O N T O B E


1 KANDUNGAN 1 2 3 4 5 1


Bukit Kepong adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Muar,Johor, Malaysia. Padatahun 1948, Bukit Kepong merupakan sebuah mukim perkampungan yang kecil yang didiami sebanyak 20 buah rumah berderet berbumbung atap dan terdapat beberapa buah kedai kepunyaan orang Cina yang terletak di tebing Sungai Muar. Perkampungan di Bukit Kepong ini menghubungkan beberapa lorong kecil dan ban ke beberapa buah perkampungan Melayu yang terletak dua hingga tiga batu ke pendalaman. Bilangan penduduk yang menetap di mukim perkampungan ini tidaklah terlalu ramai, ia hanya seribu penduduk saja. Majoriti penduduk menjalankan aktiviti perniagaan berunsurkan pertanian dan perikanan, merekajuga dikenalisebagai peniaga kecil. Bukit Kepong yang dulunya merupakan sebuah pekan yang maju memiliki kisah sejarah yang amat tragis yang kini masih berada dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.Peristiwa tragis di Bukit Kepong bermula pada 23 Februari 1950 iaitu seawal pukul 5 pagi, dimana munculnya segerombolan komunis iaitu sebanyak 180 orang telah melancarkan serangan gerila di Balai Polis Bukit Kepong. Balai Polis itu dibina dengan kayu dan terletak di tebing Sungai Muar kira-kira 59 km dari Bandar Muar, Johor. Kejadian serangan Parti Komunis Malaya ini berlangsung semasa Persekutuan Tanah Melayu berada keadaan darurat selepas Perang Dunia Kedua di mana Sir Edward Gent selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu dengan secara rasminya. Peristiwa bersejarah Bukit Kepong ini berlakudiantara polis iaitu sebanyak 22 orang anggota polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Melayudicapai. Pada awalnya, pihak komunis melakukanserangan sebagai tanda amaran sahaja. Namun, serangan tersebuttelah bertukar kepadatragedi burukdimana pihak komunis bertindak untuk mengepungbalai polis ekoran tindakan pihak polis yangmenembak mati seorang pengganas komunis yangsedang menceroboh balai polis tersebut. Kesemuaanggota polis telah berjuang habis-habisanmenentang komunis sehingga nyawa seorang demi seorang anggota polis telah terkorban termasuk duaorang isteri anggota polis turut mengangkat senjataapabila mendapati suami mereka terkorban danmereka terus bertempur bersama anggota-anggotalain sehingga kehabisan peluru . Serangan yangdilakukan oleh Parti Komunis Malaya telahmenyebabkan 19 orang anggota polis dan sejumlah40 tentera komunistelah terkorban. Pertempuran yang berlaku di antara anggotapolis dan komunis telah menemui kemenanganterhadap Parti Komunis Malaya disebabkan merekamemiliki senjata yang terlalu canggih dan bilangananggota yang ramai berbanding bilangan anggotapolis. 2 iNur Azimah binti Azizan (298259)


Peristiwa Bukit Kepong merupakan pertempuran bersenjata yang telah berlaku pada tarikh 23 Februari 1950 antara pihak polis dengan Parti Komunis Malaya, atau lebih dikenali sebagai PKM. Peristiwa bersejarah ini berlaku sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (sekitar 1948-1963), dan berlaku di kawasan balai polis Bukit Kepong yang terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Malam sebelum kejadian, sejumlah 180 anggota Angkatan Muda Parti Komunis Malaya (AMPM) telah berkumpul bagi membincangkan dan menyusun strategi untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Kira- kira pada pukul 4.30 hingga 5 pagi, ketika pasukan polis bantuan Bukit Kepong sedang bertugas seperti biasa, anggota AMPM telah meniupkan trumpet buat kali pertama sebelum menyerang Balai Polis Bukit Kepong dengan melepaskan tembakan bertalu-talu. Mereka juga turut mengepung dan mengelilingi balai polis tersebut. Pihak komunis itu beranggapan bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan dapat mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat, setelah berjaya mengepung kawasan tersebut. Namun, sebaik menyedari perkara yang berlaku, Sarjan Jamil serta anak-anak buahnya terus membina kubu pertahanan di dalam balai sebelum mengambil tempat masing- masing untuk menyerang balas serangan daripada pihak komunis tersebut. AWAL Siti Nur AqilaBintiMohd Hanafiah (298135) KRONOLOGITembak menembak berlaku dengan sangat sengitsehingga pihak komunis meniupkan trumpet buatkali kedua dan mengarahkan Sarjan Jamil serta anak-anak buahnya untuk menyerah diri. Namun amaranitu langsung tidak diendahkan oleh merekasebaliknya mereka terus berjuang untukmempertahankan diri, keluarga dan balai polistersebut. Pertempuran dan tembak menembak yangberkelanjutan itu telah menyebabkan satu demi satuanggota polis tewas dan mati terkorban. Bahkan, duaorang isteri anggota polis sanggup mengangkatsenjata dan bertempur bersama anggota-anggota yanglain apabila mendapati suami mereka telah tewas danmati terkorban. Melihat kepada situasi pertahanan di balai polisyang masih kukuh, pihak komunis mulamenggunakan taktik kotor dengan menculik seorangisteri anggota polis dan mengacukan pistol kearahnya. Mereka memaksanya menyuruh anggota-anggota polis yang berada di balai untuk menyerahdiri. Dalam situasi lain, seorang lagi isteri anggotapolis dan anak perempuannya dipaksa keluar daribalai tetapi mereka enggan, menyebabkan merekatelah mati dibunuh. Biarpun keadaan ini berlaku,anggota-anggota polis itu tetap tidak beranjak danmeneruskan serangan demi mempertahankan balaipolis tersebut walaupun, jumlah mereka semakinberkurangan. 3


Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan. KRONOLOGI 4 PERTENGAHAN Najihah solehah binti mohd zaidi (298119)) 4


Pengganas komunis mengimplementasikan strategi yang tercela, yang melibatkan penahanan dan pembunuhan anggota keluarga polis. Pada tahap paling akhir pertempuran, mereka secara hina membakar berek kelamin serta balai polis, mengakibatkan dua wanita dan anak-anak mereka terpapar api dalam serangan tersebut. Hanya tiga anggota polis dan seorang pengawal kampung yang berhasil selamat dari kejadian tersebut. Mereka melarikan diri dari bangunan yang terbakar dan menyerang posisi komunis dengan menghasilkan tiga kematian dalam kumpulan pengganas yang mencuba menghalangi mereka. Pihak komunis secara berterusan membuka tembakan terhadap individu yang berusaha melarikan diri dari balai polis yang tengah terbakar. Pada masa yang sama, penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat mengirimkan perahu ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini. Setelah lima jam pertempuran, pihak komunis berhasil menawan Balai Polis Bukit Kepong dan membakar balai tersebut. Mereka menyebabkan kerusakan dan kematian sebelum mundur ke hutan. Pihak komunis juga melakukan tindakan yang kejam dengan melontar mereka yang terluka serta jenazah mereka yang telah tewas ke dalam api. Di antara yang terlibat adalah Hassan bin Abu Bakar, anak kepada Konstebal Abu Bakar, yang dilemparkan hidup-hidup ke dalam kobaran api. Pertempuran di Bukit Kepong ini telah menjadi sebuah tragedi yang bakal terpahat dalam lembaran sejarah negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pertempuran ini telah melibatkan kehilangan nyawa sebanyak 25 orang, yang terdiri daripada 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, serta nyawa isteri Abu Bakar Daud dan tiga anak mereka. Kesemua mereka mengalami kematian dalam konteks kejadian ini. Mereka yang selamat dari pertempuran yang mematikan tersebut melibatkan empat anggota polis dan sembilan anggota keluarga, termasuk isteri dan anak-anak mereka. Waktu serangan berlaku, bantuan disampaikan dari Kampung Tui ketika pertempuran melanda beberapa kampung berdekatan. Sebuah kumpulan penduduk di bawah pimpinan Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui, ditemani oleh 13 anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung (HG), turut serta dalam usaha membawa bantuan. Mereka mengalami serangan mendadak oleh pihak komunis ketika dalam perjalanan, kira-kira setengah kilometer dari stesen polis Bukit Kepong. KRONOLOGI AKHIR Mereka menghadapi keterbatasan senjata berbandingdengan pihak komunis yang dilengkapi dengan senjataautomatik, berbeza dengan senapang raifal dan senapangpatah yang diberikan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung mengalami kecederaandan kematian. Walaupun terhalang, kehadiran merekatelah membantu mengurangkan tekanan terhadappasukan pertahanan di Bukit Kepong dan memaksapihak komunis untuk mengundurkan diri secara umum. Berdasarkan maklumat dari penduduk kampung, salah satu faktor yang menyebabkan serangan dankekejaman komunis di Balai Polis Bukit Kepong adalahberpunca daripada insiden dua minggu selepas penubuhan darurat, di mana pengawal kampungMohamad Said bin Alam dan Saibun, yang hanyabersenjatakan parang, membunuh seorang individukomunis Cina dan menahan dua individu komunis lain, seorang berbangsa India dan seorang komunis Melayu. Sayangnya, individu komunis Melayu berjaya melarikandiri. Kejadian ini berlangsung di simpang kampung Tui dan Bukit Kepong. Beberapa hari setelah peristiwa di Bukit Kepong, pemimpin komunis Cina, Goh PengTun, yang masih menyimpan dendam terhadapMohamad Said Alam, melancarkan serangan keKampung Belatek dengan tujuan mencarinya ketikapenduduk kampung sedang menjalani waktu berbukapuasa. Dalam serangan tersebut, pengawal kampungShahdan bin Md. Yunus, bersama dengan seorang ibudan anak yang berada dalam buaian, menjadi mangsapembunuhan yang kejam oleh pihak komunis yangtidak berhasil membunuh Mohamad Said. Peristiwa tersebut menemui kesudahannya denganpahit, di mana terjadi insiden pembantaian yangmelibatkan pengganas yang menewaskan hampir keseluruhan anggota polis yang sedang bertugas di lokasi tersebut. Niat pihak komunis adalah untukmengeksploitasi serangan tersebut sebagai contoh bagi mereka yang menentang perjuangan Komunis, dengantujuan untuk menakut-nakuti dan menunjukkan akibat yang akan dihadapi oleh pihak yang menentang ideologi tersebut. Sejurus selepas memulakan serangan, pihakpenyerang meyakini bahawa mereka dapat mengatasi pasukan polis dan merebut kawalan stesen polis dalamjangka masa yang relatif singkat. Meskipun kalah secarafisik, keberanian dan semangat perjuangan anggota polis dalam mempertahankan balai polis di Bukit Kepongtetap menjadi inspirasi bagi generasi berikutnya. AvelineWoo Yi Ling (298229)) 5


N 6 ur Auni Syahirah binti Azmi (298078) Fatin Farhanah Najwa binti Aizul Fazri(298301)


FAKTOR & KESAN Pertempuran Pertempuran ini semestinya semestinya meninggalkan meninggalkan kesan yang mendalam. mendalam. Kesan pertama pertama ialahkematian. kematian. 19 anggota anggota polis dan dua orang isteri kepada polis marin, dua orang kanak- kanak dan dua orang penduduk penduduk kampung kampung telah terkorban terkorban Ketika berjuang berjuang habis-habisanhabis-habisanketika mempertahankan pertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Jumlah yang terkorban terkorban didalam didalam tragedi tragedi ini ialah 25 orang. Kesan yang kedua pula ialah kebakaran. kebakaran. Di penghujung penghujung pertempuran, pertempuran, pihak komunis komunis telah membakar membakar berek kelamin kelamin dan balai polis. Hanya 4 orang sahaja yangterselamat terselamat dari kebakaran kebakaran yang dilakukan dilakukan pihak komunis komunis iaitu tiga orang pegawai pegawai polis dan seorang pengawal pengawal kampung. kampung. Setelah Setelah pihak komunis komunis berjaya berjaya menawan menawan Balai Polis Bukit Kepong, Kepong, mereka berundur berundur ke dalam hutan dan meninggalkan meninggalkan kesan kemusnahankemusnahandan kematian yang dahsyat. gazine. Faktoryangkeempatialahsenjatayang kurang. Pihak komunis telahmendapat berita bahawa senjatamereka lebih banyak daripadapihak lawan. Pihak komunisbanyak menggunakan senjataautomatik yang balai Polis BukitKepong tidak memilikinya. Faktoryang seterusnya ialah menaikkansemangat moral. Pihak komunisingin menunjukkan kepada orangmelayu akibat jika menentangkomunis. Mereka menyerang balaipolis ini untuk menaikkansemangat moral pihak komunisyang baru menerima kekalahan. Faktor yang terakhir ialah konflikantara pasukan komunis dantenteraBritish. Faktor yang kedua ialah tali barut. Muhammad bin Indera telah mengetuai serangan tersebut dimana dia adalah salah seorang aggota komunis melayu. Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan ini merupakan serangan amaran kepada orang melayu tetapi apabila Komisar Goh Peng Tun, serangan amaran tersebut menjadisebuah tragedy buruk yang menyebabkan kematian. Faktor yang ketiga pula ialah penaklukan pihakkomunisterhadaptanahmelayu. Pihakkomunisinginmeluaskankuasa mereka ke tanah melayu. Kejadian ini berlaku Ketika keadaan darurat yang berlaku di Persekutuan tanah melayu selepasperangduniakeii. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pihak komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Antara faktornya ialah kedudukan balai polis itu sendiri. Balai polis itu terletak di sebuah pekan terpencil menyebabkan Parti Komunis Malaya (PKM) yang Ketika itu sedang memberontak melawan British menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Kedudukan balai polis yang terasing dan mudah ditawan menyebabkan pihak komunis menyerang mereka. Semangat pihak komunis membuak-buak apabila mereka baru sahaja mengalami kekalahan di Labis yangmengorbankan27orang. 7 Puteri Nur Yasmin binti Kamarun Majif(298212) Farah Anesya NatasyaBinti Mazlan (298084) Fatin Nurliyana binti Azhar (298228)


KESIMPULAN “Peristiwa Bukit Kepong merupakan titik bersejarah penting dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia yang memperlihatkan keberanian dan pengorbanan para polis dalammenghadapi serangan gerilyawan komunis pada 23 Februari 1950. Dalam serangan brutal tersebut, 25 polis, termasuk perempuan dan anak-anak, terkepung di pos polis kayu di Bukit Kepong oleh lebih dari 180 gerilyawan komunis. Pertempuran yang berlangsung selama lebih dari 12 jam memperlihatkan tekad dan semangat juang para polis untuk mempertahankan pos mereka, namun, terbatasnya persenjataan dan jumlah yang tidak sebanding membuat mereka akhirnya kalah. Tragedi ini mengakibatkan kematian 14 orang polis, tetapi juga menegaskan semangat perlawanan terhadap ancaman komunis. Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa Bukit Kepong adalah pentingnya kebersamaan, kesatuan, dan ketahanan dalam menghadapi ancaman yang mengancam keselamatan negara. Kecakapan, semangat, dan keberanian para polis tersebut menjadi inspirasi bagi generasi kini untuk memahami nilai kebersamaan, semangat berjuang, dan tekad dalammenghadapi tantangan masa kini demi menjaga kedaulatan dan kedamaian negara." 8 Ravinndra A/L S.Karithigesu Thevar(298231)


Click to View FlipBook Version