The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zsofea03, 2021-06-08 00:31:41

BENGKEL MENJAWAB PP_Neat

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



MODUL LATIHAN




BENGKEL PASTI A








PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2


(946/2)











DI SEDIAKAN OLEH :


PN. ATIKAH BINTI HJ. MOHD FAUZI


(BAC. PERAKAUNAN DGN PENDIDIKAN (UPM)

SMK TUMPAT




PADA :


23 APRIL 2018




TEMPAT :

SMK KG. LAUT









Hak Milik Cg Atikah SMT Page 1

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Bahagian A : Soalan Struktur




1. Jelaskan tiga peranan bermaklumat yang dilaksanakan oleh seorang Pengurus Besar di sebuah
syarikat pelancongan [6]

2. Nyatakan empat prinsip Pengurusan Saintifik yang dipelopori oleh Frederick Taylor [4]

3. Terangkan tiga perbezaan antara perancangan strategik dengan perancangan operasi [6]

4. Berdasarkan rajah yang sesuai, terangkan dua ciri-ciri perjabatan mengikut produk [4]

5. Nyatakan langkah-langkah dalam proses perancangan [5]

6. Nyatakan empat elemen penting tawaran [4]

7. Jelaskan tiga sebab sesuatu kontrak boleh batal [6]

8. Jelaskan tiga perkara yang boleh menyebabkan sesuatu kontrak perlu dilepaskan [6]

9. Terangkan dua media komunikasi yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan
pelanggan [4]

10. Terangkan secara ringkas langkah – langkah dalam proses mendengar [5]

11. Berdasarkan konsep Teori Hirarki Keperluan Maslow, terangkan bagaimana pengurus boleh
memotivasikan pekerja bawahannya dengan memenuhi tiga keperluan teratas [6]

12. Terangkan tiga kaedah kawalan yang boleh diaplikasikan untuk pengurus mengawal setiap
proses pengeluaran di sebuah restoran [6]

13. Jelaskan tiga perbezaan antara keputusan rutin dengan keputusan tak rutin yang perlu dibuat
oleh pengurus sesebuah organisasi [6]

14. Jelaskan teknik Delphi dan teknik Nominal dalam pembuatan keputusan [4]

15. Huraikan dua faktor kedapatan maklumat yang boleh mempengaruhi dalam pembuatan
keputusan memilih lokasi perniagaan [4]







Hak Milik Cg Atikah SMT Page 2

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



16. Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada Syarikat Teksi Pandu Cermat sepanjang
minggu pertama operasinya.

Hari Bil Penumpang
( orang )
Ahad 42
Isnin 31
Selasa 38
Rabu 42
Khamis 38
Jumaat 42
Sabtu 40

Hitung min, median, mod dan julat penumpang bagi Syarikat Teksi Pandu Cermat bagi minggu
tersebut [5]


17. Encik Roger ialah Pengurus Jualan bagi IceCold Sdn. Bhd. Beliau bercadang untuk menjual
peti ais yang berharga RM3500 seunit. Kos berubah ialah 50 peratus daripada harga jualan dan
kos tetap adalah sebanyak RM220 000.

(i) Hitung titik pulang modal. [2]

(ii) Hitung jumlah kos operasi pada titik pulang modal. [2]

(iii) Andaikan IceCold Sdn. Bhd. ingin memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM150 000,
berapakah bilangan peti ais yang perlu dijual? [2]

(iv) Sekiranya Encik Roger menganggarkan bahawa jumlah maksimum unit peti ais yang boleh
dijual sebulan adalah 380 unit, hitungkan samada syarikat memperolehi untung atau rugi
pada jumlah unit tersebut [4]



















Hak Milik Cg Atikah SMT Page 3

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Bahagian B : Kajian Kes

Huawei Technologies Peneraju Teknologi Maklumat dan Komunikasi

2. Huawei Technologies, peneraju teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global, mengukuhkan
komitmennya untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menerusi pembukaan Pusat Perhubungan Asia
Pasifik yang baharu di Malaysia. Malaysia merupakan pasaran telefon pintar Huawei yang kedua terbesar
selepas China dan faktor inilah yang menjadikan negara sebagai pilihan terbaik untuk menempatkan Pusat
Perhubungan Asia Pasifik yang bakal memberikan perkhidmatan selepas jualan mereka yang mantap
terutamanya kepada pengguna di negara – negara ASEAN

Syarikat Huawei menganggap pengguna telefon pintar mereka sebagai aset yang penting.
Sehubungan dengan itu, usaha penubuhan pusat perhubungan ini amat penting untuk meningkatkan
kepuasan dan kepercayaan pelanggan terhadap servis syarikat dan mengekalkan keterujaan serta kesetiaan
mereka terhadap syarikat sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan syer pasaran
syarikat yang memberangsangkan iaitu sebanyak 44 %.

Pusat perhubungan ini akan menawarkan perkhidmatan sokongan komunikasi dengan pelanggan
Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei yang membabitkan 12 pasaran di rantau Asia Pasifik. Bagi
menjamin perkhidmatan yang lebih cekap, Pusat Perhubungan Asia Pasifik ini menawarkan empat
saluran komunikasi dalam sepuluh bahasa termasuk bahasa Indonesia, Thai, Kemboja, Sri Lanka,
Benggali dan Laos selain bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Malaysia.

Menerusi talian hotline percuma ( Malaysia 1 800 22 0086 ), mesej pantas melalui laman web
rasmi Huawei , e-mel, serta platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, Huawei
dilihat mampu melayan setiap pertanyaan pelanggan dengan pantas dan berkesan oleh petugas yang
terlatih. Menerusi empat saluran perkhidmatan yang tersedia di pusat perhubungan serantau yang baharu
itu dijangka akan membuka ruang komunikasi yang lebih berkesan dan efektif antara Huawei dan
pelanggannya membabitkan aspek sokongan teknikal, penyelenggaraan, hebahan promosi jualan,
pertanyaan produk dan bil serta penyelesaian masalah dan aduan pelanggan seperti gangguan talian.
Pelanggan juga boleh menghubungi petugas untuk memberi sebarang cadangan untuk penambahbaikan
perkhidmatan sediada syarikat.

Selain daripada itu, pengguna telefon pintar Huawei juga mempunyai akses kepada semua
maklumat berkaitan perkhidmatan sokongan komunikasi syarikat dengan pelanggan melalui satu aplikasi
iaitu Hicare yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play. Sebelum ini, perkhidmatan
sokongan ini hanya terhad kepada panggilan telefon dan e-mel sahaja.

[ Dipetik dan diubahsuai daripada Bernama 18 Januari dan Berita Harian 27 Januari 2016]

Berdasarkan kes di atas jawab soalan yang berikut :

i) Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan Syarikat Huawei dalam mengukuhkan perkhidmatan
sokongan komunikasinya dengan pelanggan [16]

ii) Terangkan faedah penubuhan Pusat Perhubungan Asia Pasifik tersebut kepada syarikat
Huawei dan juga kepada pelanggannya [10]

Hak Milik Cg Atikah SMT Page 4

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Langkah menjawab soalan kajian kes ( Huawei )

i) Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan Syarikat Huawei dalam mengukuhkan perkhidmatan
sokongan komunikasinya dengan pelanggan [16]

Fakta Huraian Kaitan Kes

























ii) Terangkan faedah penubuhan Pusat Perhubungan Asia Pasifik tersebut kepada syarikat Huawei
dan juga kepada pelanggannya [14 ]

Fakta Kaitan Kes

















Hak Milik Cg Atikah SMT Page 5

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Contoh Penulisan Jawapan :

2.
i) Usaha yang dilakukan oleh Syarikat Huawei dalam mengukuhkan perkhidmatan sokongan
komunikasinya dengan pelanggan ialah :

1. Melalui pembukaan Pusat Perhubungan Asia Pasifik [F1=1]
- Huawei menawarkan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei
[H1=1] yang membabitkan 12 pasaran di rantau Asia Pasifik [H2=1]
-- Syarikat Huawei menempatkan Pusat Perhubungan Asia Pasifik di Malaysia yang merupakan merupakan
pasaran telefon pintar Huawei yang kedua terbesar selepas China [K1=2]

- menawarkan empat saluran komunikasi dalam sepuluh bahasa termasuk bahasa Indonesia, Thai, Kemboja, Sri
Lanka, Benggali dan Laos selain bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Malaysia [K2=2]

- Empat saluran komunikasi :
Talian Hotline Percuma [K3=1], Mesej pantas [K4=1],E-mel [K5=1], Platform media sosial seperti
Facebook,Twitter dan Instagram [K6=2]
2. Melalui satu aplikasi iaitu Hicare [F2=1]
Pengguna telefon pintar Huawei juga mempunyai akses kepada semua maklumat berkaitan perkhidmatan

sokongan komunikasi dengan pelanggan [H1=1] yang mana boleh dimuat turun secara percuma di Google Play
[K1=2]

ii) Faedah penubuhan Pusat Perhubungan Asia Pasifik :

1. Kepada syarikat Huawei :
• Syarikat dapat meningkatkan , kepuasan dan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan syarikat
[K1=1]

• Syarikat dapat mengekalkan keterujaan pelanggan terhadap perkhidmatan syarikat [K2=1]

• Syarikat dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan syer pasaran yang memberangsangkan iaitu
sebanyak 44 %. [K3=1]

2. Kepada pelanggan Huawei :

• Dapat membuka ruang komunikasi yang lebih berkesan dan efektif antara pelanggan dengan syarikat
[K1=1]
• Pelanggan boleh menghubungi syarikat bagi mendapatkan perkhidmatan selepas jualan seperti :
o sokongan teknikal [K2=1]
o penyelenggaraan [K3=1]
o hebahan promosi jualan [K4=1]
o pertanyaan produk dan bil [K5=1]
o penyelesaian masalah dan aduan pelanggan seperti gangguan talian [K6=1]
o pelanggan juga boleh memberi cadangan bagi penambahbaikan perkhidmatan syarikat [K7=1]


Hak Milik Cg Atikah SMT Page 6

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



STAIL PENGURUSAN JIMMY CHOO

2. Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka
kasut tetapi juga seorang pengurus yang bertanggungjawab membawa jenama Jimmy Choo melonjak di persada
antarabangsa. Dianugerahkan dengan gelaran “Datuk” oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang
fesyen.

Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd.
Beliau juga menubuhkan syarikat daripada hasil titik peluh beliau sendiri. Sebagai pereka kasut dan beg
tangan,beliau juga bijak memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan
terbarunya. Sebagai seorang tunggak dalam syarikat beliau, Datuk Jimmy Choo akan melaksanakan tugas yang
simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya Jimmy Choo melayan
permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut citarasa Puteri
Diana. Kerana itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang amat diminati oleh Puteri Diana
semasahayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.
Datuk Jimmy Choo Kan mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran terbaru butiknya, membuat
promosi,menawarkan diskaun,memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat
pelanggan. Beliau juga akan mengeluarkan kenyataan di media-media massa samada media eletronik dan media
massa mengenai barang keluarannya.Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga,beliau akan
mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut. Datuk Jimmy Choo juga pernah mendapat
anugerah OBE iaitu “Order of the British Empire” daripada permaisuri England,Queen Elizaberth II. Dalam
sebuah temuramah, Datuk Jimmy Choo menceritakan dia membaca perutusan daripada Queen Elizaberth untu
menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar-ketar. Namun hasil kesungguhan beliau yang selama ini
menubuhkan syarikatnya membuat beliau yakin untuk menerima anugerah tersebut.

Datuk Jimmy Choo adalah seorang usahawan dan beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya,
bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan rekaannya.
Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikat. Jika ekonomi merosot beliau akan
memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih sumber iaitu
langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana samada ke bahagian pemasaran ataupun ke
bahagian pengurusan dan bahagian – bahagian lain. Beliau akan berunding dengan pihak-pihak luar mengenai
citarasa mereka untuk menghasilkan rekaan terbaik. Beliau turut memberikan pendapat kepada pelanggannya
mengenai pilihan rekabentuk kasut tang bersesuaian dengan mereka. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan
dengan gaya,kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang
kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu USD.
[Diubahsuai dari http://www.usahawan .com.”Kisah Kejayaan Jimmy Choo”]

Berdasarkan situasi kes di atas

i. Terangkan peringkat pengurusan bagi Datuk Jimmy Choo di dalam Jimmy Choo Lt [4]
ii. Berdasarkan jawapan di dalam 2(i) di atas , jelaskan kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Datuk
Jimmy Choo [16]
iii. Jelaskan peranan Datuk Jimmy Choo Sebagai seorang pengurus mengikut Teori Mintzberg [15]







Hak Milik Cg Atikah SMT Page 7

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Langkah menjawab soalan kajian kes [ Stail Pengurusan Datuk Jimmy Choo ]

i) Terangkan peringkat pengurusan bagi Datuk Jimmy Choo di dalam Jimmy Choo Ltd [4]

Langkah 1 : Kenalpasti peringkat pengurusan yang wujud secara umum

1. ___________________________________

2. ___________________________________

3. ___________________________________



Langkah 2 : Tafsirkan ciri-ciri yang ada pada Jimmy Choo dengan ciri – ciri peringkat pengurusan












Jimmy
Choo










Langkah 3 : Huraikan jawapan

Fakta [1] Definisi/Huraian Fakta [1] Kaitan Kes [2]














ii) Berdasarkan jawapan dalam 2(i), jelaskan kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Datuk Jimmy Choo [16]

Hak Milik Cg Atikah SMT Page 8

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Fakta [1] Definisi/Huraian Fakta [1] Kaitan Kes [2]





















iii) Jelaskan peranan Datuk Jimmy Choo sebagai seorang pengurus mengikut Teori Mintzberg [15]


Fakta [1] Definisi/Huraian [1] Kaitan Kes [1]























Hak Milik Cg Atikah SMT Page 9

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”















Bahagian B : Soalan Esei Konsep

3. a) Dengan memberikan lima jenis kemahiran pengurusan, jelaskan bagaimana kemahiran
tersebut dapat diaplikasikan oleh pengurus pertengahan untuk menyelesaikan masalah
pada peringkat jabatan [ 20 ]




b) Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan bentuk-bentuk komunikasi yang
berlaku dalam sebuah organisasi perniagaan [ 20 ]



c) Seorang pengurus kilang pakaian menghadapi masalah pengeluaran yang semakin merosot.
Dengan bantuan gambarajah, huraikan proses pembuatan keputusan yang perlu diambil oleh
pengurus dalam usahanya menyelesaikan masalah tersebut [ 20 ]



d) Berdasarkan gambarajah yang sesuai, terangkan bagaimana Analisis Tulang ikan dapat
membantu seseorang pengurus di sesuah syarikat menyelesaikan masalah kualiti produk yang
rendah [ 20 ]













Cadangan Jawapan



Hak Milik Cg Atikah SMT Page 10

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



1 Jelaskan tiga peranan bermaklumat yang dilaksanakan oleh seorang Pengurus Besar di
sebuah syarikat pelancongan

i. Pemantau/Pengawas : F1
Pengurus mencari maklumat berguna dan peka terhadap persekitaran H1
dalaman dan luaran cth : kuasa beli pengguna, kadar tukaran mata wang asing,
dasar kerajaan dan citarasa pengguna

ii. Penyampai/Penyebar : F1
Pengurus menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pekerja bawahan H1
supaya dapat menyediakan pakej pelancongan yang menarik pada harga
berpatutan

iii. Jurucakap : F1
Pengurus memberi penjelasan tentang harga pakej atau isu berkaitan visa, H1
destinasi pelancongan kepada pelanggan dan masyarakat di luar organisasi

• Mesti kaitkan dengan pelancongan
• 1F + 1C = 2m
2 Nyatakan empat prinsip Pengurusan Saintifik yang dipelopori oleh Frederick Taylor

i. Kenalpasti kaedah,cara bekerja terbaik F1
ii. Memilih dan melatih pekerja secara saintifik F1
iii. Pengkhususan kerja yang adil F1
iv. Menitik beratkan kerjasama antara pengurus dengan pekerja F1
3 Terangkan tiga perbezaan antara perancangan strategik dengan perancangan operasi

Dimensi Rancangan Strategik Rancangan Operasi
Jangkamasa/tempoh Digunakan dlm Jangka Digunakan dlm Jangka Pendek H2
Panjang/Lebih dr 5 thn [1] kurang dr setahun/tindakan
segera[1]
Skop/liputan Penetapan Matlamat secara Penetapan Matlamat yang
Menyeluruh/Keseluruhan spesifik utk Unit Kerja/operasi H2
Organisasi harian
Peringkat Dibentuk oleh Pengurusan Dibentuk oleh Pengurusan
Pengurusan,Penggubal Atasan Bawahan H2

Tujuan/kegunaan Mencapai Visi, Misi, Objektif Perancangan Terperinci di
(VMO) keseluruhan organisasi peringkat unit kerja/operasi H2
harian

• Mesti ada ayat lengkap jika tidak buat dimensi
4 Berdasarkan rajah yang sesuai, terangkan dua ciri-ciri perjabatan mengikut produk



Pengurus Besar


Hak Milik Cg Atikah SMT Page 11

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”




R2
Pengurus Bahagian Pengurus Bahagian Pengurus Bahagian
Pakaian Sukan Kasut Sukan Peralatan Sukan



Pengurus Pemasaran Pengurus Kewangan Pengurus Pengeluaran


Ciri – ciri :
H1
1. Aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bersama untuk mengeluarkan satu
produk atau servis yang sama. H1
2. Penjabatanan ini membahagikan jabatan kepada produk yang berlainan yang
dikeluarkan syarikat. H1
3. Jabatan yang bertanggungjawab ke atas sesuatu produk tersebut fokus kepada
pelanggan dan pasaran sendiri. H1
4. Penjabatanan berasaskan produk ini adalah sesuai bagi syarikat besar yang
mempunyai pelbagai barisan produk dan menghadapi persekitaran yang sentiasa
berubah-ubah.
5 Langkah – langkah dalam proses perancangan :

1. Menentukan matlamat dan objektif H1
2. Menganalisis persekitaran perniagaan H1
3. Membentuk alternatif tindakan H1
4. Menilai alternatif tindakan H1
5. Memilih alternatif tindakan H1
6 Elemen penting tawaran :
1. Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad F1
2. Penerima tawaran harus ditentukan F2
3. Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran F3
4. Tawaran yang dibuat perlu dikomunikasikan F4
7 Sesuatu kontrak boleh batal jika terdapat unsur berikut:
1. Paksaan : F1
- Pihak yang kekerasan/ancaman terhadap seseorang yang berkontrak H1
2. Pengaruh tidak berpatutan/tidak wajar : F2
- Satu pihak menggunakan kedudukan/pangkat utk mendapat kelebihan secara H2
tidak adil
3. Salah nyataan : F3
- Kenyataan tidak benar/mengelirukan yg mendorong seseorang memasuki H3
kontrak
4. Fraud/penipuan : F4
- Pihak berkontrak berniat memperdayakan pihak lain utk berkontrak H4
dengannya
5. Khilaf/kesilapan : F5
- Terdapat kesilapan dalam fakta /menyembunyikan fakta H5


Hak Milik Cg Atikah SMT Page 12

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



8 Perkara yang boleh menyebabkan sesuatu kontrak perlu dilepaskan :
1. Dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak : F1
- Kedua –dua pihak yang berkontrak telah melaksanakan tanggungjawab H1
masing-masing
2. Dengan persetujuan semua pihak yang berkontrak : F2
- Kedua-dua pihak pihak yang berkontrak bersetuju menamatkan kontrak H2
3. Dengan kemungkiran kontrak : F3
- Salah satu pihak boleh menuntut gantirugi kpd pihak yg enggan melaksanakan H3
kontrak
4. Dengan kekecewaan kontrak : F4
- Berlakunya keadaan yg mana pada mulanya kontrak adalah sempurna tetapi H4
kemudiannya menjadi mustahil/tak mungkin dapat diteruskan lagi
5. Dengan kuatkuasa undang-undang : F5
- Apabila tempoh pelaksanaan kontrak telah tamat H5
6. Dengan tiada kemungkinan : F6
- Pelaksanaan kontrak menjadi mustahil kerana kemusnahan barang, kegagalan H6
matlamat kontrak, kematian, ketidakupayaan pihak berkontrak
9 Media komunikasi dengan pelanggan :

1. Telefon – menghubungi pelanggan utk buat promosi/semakan data pelanggan H1
2. Internet – menyalurkan maklumat kepada pelanggan melalui laman web H1
3. Media Sosial – memperkenalkan produk baru melalui whatsapp, facebook H1
4. SMS – menghantar bil/katalog melalui pesanan ringkas H1
5. Bersemuka – bertemu pelanggan secara langsung utk buat demonstrasi produk H1
6. e-mel – menghantar bil/katalog melalui talian internet H1

10 Proses mendengar :
1. Menerima – Pendengar cuba menerima maklumat yg disampaikan oleh H1
penghantar secara lisan
2. Memahami – Pendengar cuba memahami dan mentafsir maksud mesej yg H1
disampaikan
3. Mengingati – Pendengar cuba mengimbas dan menjelaskan kembali mesej yang H1
disampaikan
4. Menilai – Pendengar cuba menilai kesahihan/kebenaran maklumat yg disampaikan H1
5. Memberi tindak balas – Pendengar memberi tindak balas seperti bertanya H1
soalan,mengangguk/menggelengkan kepala

11 Berdasarkan konsep Teori Hirarki Keperluan Maslow, terangkan secara ringkas bagaimana
pengurus boleh memotivasikan pekerja bawahannya

i. Keperluan Sosial : F1=1
• Mengadakan aktiviti seperti Hari Keluarga, Pertandingan Bola Sepak, H1=1
Pertandingan Bowling, lawatan
• Membentuk pasukan kerja yang mantap
• Program Mentor-Mentee

ii. Keperluan Penghargaan : F2=1


Hak Milik Cg Atikah SMT Page 13

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



• Memberi pujian kepada pekerja atas kerjasama dan prestasi kerja yang H1=1
cemerlang
• Memberi sijil penghargaan dan anugerah pekerja cemerlang
• Menyediakan skim kenaikan gaji dan pangkat
• Memberi insentif seperti Pakej Haji/Umrah/Pelancongan, Kereta Mewah,
Kondominium Mewah

iii. Keperluan Pencapaian Hasrat Diri : F3=1
• Memberikan tugasan yang mencabar kepada pekerja H1=1
• Memberi peluang pekerja memajukan diri seperti melanjutkan pelajaran
keperingkat tertinggi

12 Terangkan tiga kaedah kawalan yang boleh diaplikasikan untuk pengurus mengawal setiap
proses pengeluaran di sebuah restoran
i. Kawalan Awalan : F1=1
Kawalan berbentuk pencegahan untuk memastikan pemilihan input mematuhi H1=1
standard ditetapkan cth : memilih sayuran,ikan, ayam yang segar dan
mencucinya dengan sempurna sebelum dimasak

ii. Kawalan Semasa : F2=1
Memantau aktiviti ketika proses pengeluaran sedang berjalan cth: memeriksa H1=1
sayur yang dicuci dan dipotong, merasa lauk yang sedang dimasak supaya
mematuhi piawaian yang sebenar

iii. Kawalan Selepas : F3=1
Kawalan terhadap output yang dihasilkan dengan memberi maklumbalas bagi H1=1
menilai prestasi restoran cth : melaporkan kerosakan, tahap kesedapan
masakan, aduan pelanggan
13 Jelaskan tiga perbezaan antara keputusan rutin dengan keputusan tak rutin yang perlu
dibuat oleh pengurus sesebuah organisasi

Aspek/Dimensi Keputusan Rutin Keputusan tak rutin
Tujuan Menyelesaikan masalah Menyelesaikan masalah H1=2
yang sering berlaku yang tidak dapat dijangka
Cara Mengikut polisi,prosedur Mengikut kreativiti dan
yang telah perlu analisis tertentu H2=2
ditetapkan/diprogramkan
Sifat Keputusan dapat dijangka Keputusan dibuat mengikut H3=3
situasi masalah

14 Jelaskan teknik Delphi dan teknik Nominal dalam pembuatan keputusan

i. Teknik Delphi
• Kaedah membuat keputusan yang kreatif dan memerlukan masa yang lama H1=1
• Ahli kumpulan akan menyumbangkan idea melalui beberapa pusingan
• Jenis keputusan yang dibuat adalah keputusan berisiko tinggi/isu sensitif
• Ahli kumpulan tidak akan bersemuka dan identiti ahli kumpulan dirahsiakan
• Cth : Temubual utk mendapatkan maklumbalas orang ramai ttg kenaikan harga C1=1

Hak Milik Cg Atikah SMT Page 14

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



minyak/barang keperluan

ii. Teknik Nominal
• Kumpulan panel yang berstruktur yang memberi peluang kepada ahli, memberi H1=1
idea dan alternatif
• Digunakan utk mendapatkan idea yang terhad
• Keputusan dibuat melalui persetujuan majoriti dalam masa yang singkat
• Ahli kumpulan akan bertukar idea dan ahli panel ditubuhkan bagi membuat
keputusan
• Idea terbaik yg disumbangkan oleh ahli akan dipilih melalui proses pengundian
• Cth : Forum berkaitan pelaksanaan GST dikalangan pakar ekonomi, pensyarah C1=1
universiti dan ahli politik

[(2H =2M) + (1C=1M) x 2 = 6m]
15 Kedapatan maklumat adalah cara, jumlah/kuantiti,jangka masa dan kualiti maklumat
untuk membuat keputusan

i. Cara mendapatkan maklumat : F1=1
- Sekiranya cara/kaedah untuk mendapatkan maklumat adalah jelas dan H1=1/
sumber yang sahih maka keputusan yang dibuat adalah lebih baik. Contoh C=1
: cara mendapatkan tentang lokasi perniagaan dilakukan dengan membuat
soal selidik kepada para pengguna, mendapatkan maklumat daripada
jabatan penilaian, membuat pemerhatian terhadap persaingan dll. Maka
kaedah yang digunakan adalah menyeluruh dan seterusnya pemilihan
lokasi perniagaan adalah lebih tepat

ii. Jumlah / kuantiti maklumat :
- Sekiraya maklumat yang diperoleh adalah banyak dan dari pelbagai F2=1
sumber, maka keputusan pemilihan lokasi perniagaan yang lebih baik H1=1
dapat dibuat

iii. Jangka masa mendapatkan maklumat :
- Sekiranya mempunyai jangka masa yang pjg, maka usahawan blh F1
mendapatkan maklumat yang lebih banyak dan berkualiti, maka H1
keputusan pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat

iv. Kualiti maklumat :
- Maklumat yang diperoleh berkualiti dan dari sumber yang sahih serta F1
boleh diukur, maka keputusan pemilihan lokasi adalah lebih baik. Cth : H1
mendapat maklumat berkualiti ttg harga tanah, harga bangunan, potensi
masa hadapan, jumlah persaingan dll dlm mklmt berangka, maka lebih
mudah utk membuat keputusan
16 Hitung min, median, mod dan julat penumpang bagi Syarikat Teksi Pandu Cermat bagi
minggu tersebut

i. Min = 42 + 31 + 38 + 42 + 38 + 42 + 40 ½
7


Hak Milik Cg Atikah SMT Page 15

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



= 39 orang penumpang 1

ii. Median = 31,38,38,40,42,42,42 ½
= 40 orang penumpang 1

iii. Mod = 42 orang penumpang 1

iv. Julat = 42 – 31
= 11 orang penumpang 1
q (i) Titik pulang modal:

TPM = kos tetap ½
Harga jualan – kos berubah
= RM220 000
RM3500 - RM1750 ½
= 125.7
= 126 buah peti ais 1

(ii) Jumlah kos operasi pada titik pulang modal:

Jumlah kos operasi = Kos berubah + Kos tetap
= 1750 (126) + RM220 000 1
= RM 220 500 + RM 220 000
= RM440 500
1


(iii)
TPM = kos tetap + untung sasaran
Harga jualan – kos berubah (1/2m)
= RM220 000 + RM150 000
RM3500 - RM1750 (1/2m)
= 370 000
1750
= 211.43
= 212 buah peti ais (1m)

(iv)

untung = hasil – kos (1m)
= (380 x RM3500) – [(380 x RM1750) + RM220 000] (1m)
= RM1 330 000 – RM885 000 (1m)
= RM 445 000 (1m)








Hak Milik Cg Atikah SMT Page 16

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Langkah menjawab soalan kajian kes [ Stail Pengurusan Datuk Jimmy Choo ]

i) Terangkan peringkat pengurusan bagi Datuk Jimmy Choo di dalam Jimmy Choo Ltd [4]

Langkah 1 : Kenalpasti peringkat pengurusan yang wujud secara umum

1. Pengurusan Atasan

2. Pengurusan Pertengahan

3. Pengurusan Atasan


Langkah 2 : Tafsirkan ciri-ciri yang ada pada Jimmy Choo dengan ciri – ciri peringkat pengurusan




menubuhkan
syarikatnya
sendiri

membuat
berperanan keputusan
sebagai
pengagih mengenai
sumber Jimmy arah tuju
syarikat
Choo




memikirkan
sebagai
tunggak dlm apa yang
syarikat terbaik utk
syarikatnya



Langkah 3 : Huraikan jawapannya

Fakta [1] Definisi/Huraian Fakta [1] Kaitan Kes [2]
Peringkat Pengurusan -Pengurus yang terlibat dalam -Jimmy Choo membuat keputusan
Atasan [F1=1] pengurusan startegik / menentukan mengenai arah tuju syarikat [K1=1]
dasar-dasar -Jimmy Choo memikirkan apa yang
organisasi/bertanggungjawab terbaik untuk syarikatnya [K2=1]
terhadap seluruh organisasi/buat - Jimmy Choo sbagai tunggak dalam
keputusan dalam pengagihan syarikat melaksanakan tugas2 simbolik
sumber,pengurusan ,falsafah dan -Jimmy Choo berperanan sebagai
budaya organisasi [H1=1] pengagih sumber





Hak Milik Cg Atikah SMT Page 17

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



ii) Berdasarkan jawapan dalam 2(i), jelaskan kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Datuk Jimmy Choo [16]

Fakta [1] Definisi/Huraian Fakta [1] Kaitan Kes [2]
1. Kemahiran -Kebolehan pengurus melihat perubahan -Jimmy Choo memainkan peranan penting dalam
Konseptual persekitaran perniagaan [H1=1] memasarkan jenama Jimmy Choo sehingga ke
[F1=1] -Mampu mengnalpasti dan menganalisis Persada antarabangsa [K1=1]
Masalah/keperluan organisasi -Jimmy Choo bertanggungjawab menentukan
-Berupaya memandang jauh kehadapan, arah tuju syarikat [K2=1]
menjangkakan apa yg bakal berlaku

2. Kemahiran -Keupayaan pengurus menjana alternatif -Jimmy Choo berusaha memikirkan cara-cara
Pembuatan bagi menyelesaikan masalah [H1=1] Untuk menyelesaikan masalah syarikat akibat
Keputusan [F2] -Mampu membuat pilihan alternatif kemelesetan ekonomi [K1=1]
terbaik bagi menyelesaikan masalah -Jimmy Choo bertanggungjawab mengagihkan
sumber kepada jabatan yang memerlukan [K2=1]
3. Kemahiran -Keupayaan pengurus mengaplikasikan -Jimmy Choo dapat menyesuaikan rekaannya
Teknikal [F3] pengetahuan,kaedah,prosedur dalam mengikut citarasa pelanggan secara individu dan
Melaksanakan tugasnya [H1=1] sesuai dengan trend semasa [K1=1]
-Rekaan kasut Jimmy Choo dikaitkan dengan ciri
eksklusif,gaya,kemewahan dan ketulenan [K2=1]

4. Kemahiran -Pengurus boleh berkomunikasi dengan -Jimmy Choo bijak menggunakan media massa
Perorangan/ pelbagai pihak [H1=1] Iaitu media cetak dan media eletronik untuk
Kemanusiaan -Pengurus menjadi pengantara antara mempromosikan produknya [K1=1]
[F4] Pihak pengurusan dan pekerja -Jimmy Choo mengadakan siding media jika timbul
-Pengurus boleh bekerja dengan orang pertikaian berkaitan kualiti produknya [K2=1]
Lain/secara berpasukan -Jimmy Choo memberi layanan peribadi kepada
pelanggan supaya dapat menghasilkan rekaan
kasut yang memenuhi citarasa mereka
-Jimmy Choo memberi pandangan kepada
pelanggan tentang rekabentuk kasut yang sesuai
dengan mereka
-Jimmy Choo mengambil inisiatif untuk
mendapat maklumbalas daripada pihak luar
tentang jenis rekaan yang menepati trend
semasa















Hak Milik Cg Atikah SMT Page 18

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



iii) Jelaskan peranan Datuk Jimmy Choo sebagai seorang pengurus mengikut Teori Mintzberg [15]

Fakta [1] Definisi/Huraian [1] Kaitan Kes [1]
-Pengurus merupakan tunggak/orang -Jimmy Choo perlu menjalankan tugas-tugas
terpenting dalam syarikat [H1=1] simbolik iaitu yang bersifat sosial dan melayan
1.Interpersonal/ pelanggan [K=1]
antaraperorangan
[F1=1] -Pengurus menjadi pengantara yang -Jimmy Choo mewakili syarikatnya mengadakan
menghubungkan pihak dalaman dan sidang media bagi menyelesaikan isu/
luaran syarikat [H1=1] masalah berkaitan dengan produk [K1=1]

-Pengurus sebagai penyampai maklumat -Jimmy Choo mengeluarkan memo mengenai
dari dalam dan luar syarikat [H1=1] keluaran baru,menawarkan diskaundan
perkhidmatan lepas jualan bagi menarik
2.Bermaklumat minat pelanggan [K1=1]
[F2=1] -Pengurus menjadi jurucakap bagi -Jimmy Choo akan mengeluarkan kenyataan
menyampaikan maklumat tentang tentang produk syarikat melalui media cetak dan
syarikat [H1=1] media eletronik [K1=1]

-Pengurus merupakan seorang -Jimmy Choo merupakan usahawan yang sentiasa
Usahawan yang menggerakkan memikirkan apa yang terbaik untuk
Perniagaannya [H1=1] Syarikatnya,cara mengekalkan kualiti barang
[K1=1]
ATAU
-Pengurus berperanan sebagai pelerai -Jimmy Choo berusaha memikirkan cara-cara
Masalah/gangguan yang wujud dari Untuk mengatasi masalah yg timbul akibat
3.Pembuat Dalam/luar syarikat [H1=1] kemelesetan ekonomi [K1=1]
Keputusan
[F3=1] ATAU
-Pengurus menjadi pengagih sumber -Jimmy Choo berusaha mengagihkan sumber
seperti kewangan , modal insan [H1=1] Secara cekap dan berkesan kepada
jabatan/bahagian tertentu bagi memastikan
ATAU operasi berjalan lancar [K1=1]
-Pengurus menjadi perunding yang akan -Jimmy Choo mengadakan rundingan dengan
mewakili organisasi dalam setiap pihak luar bagi mendapatkan maklumat
Perbincangan mengenai perniagaan tentang citarasa dan kehendak pasaran
[H1=1] [K1=1]













Hak Milik Cg Atikah SMT Page 19

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



3 (a) Lima kemahiran yang diperlukan oleh pengurus pertengahan :
i. Kemahiran kemanusiaan/perorangan [ F1=1 ]

▪ Def :Pengurus perlu berkemahiran dalam menjalinkan hubungan yang baik/
bekerjasama dengan orang lain /pengurus mampu berkomunikasi dengan
pekerja/ pengurus jabatan lain/dengan pihak di luar syarikat [H1=1]
• Sangat penting/sangat diperlukan oleh pengurus pertengahan [H2]
• Cth :
o Berhubung dengan pihak atasan, rakan sejawat dan pengurus bawahan
[C1=1]
o Bekerjasama dengan orang lain dlm jabatan yang sama [C2]
o Memahami perubahan tingkahlaku pekerja dan pihak berkepentingan
dalam jabatan [C3]
o Boleh mendorong dan memotivasikan pekerja supaya lebih produktif [C4]

ii. Kemahiran teknikal [F2=1]
• Def: Kebolehan mengaplikasikan/menguasai kaedah, prosedur,teknik,tatacara
dan ilmu pengetahuan dalam bidang kerja/melaksanakan tugasan/Kemampuan
mengendalikan peralatan, menyelia proses pengeluaran dan memberi
tunjukajar berkaitan aspek teknikal [H1=1]
• Penting/diperlukan diperlukan oleh pengurus pertengahan [H2]
• Cth :
o Menyelia dan melatih pekerja dengan memberi panduan dan tunjuk ajar
mengenai prosedur dan tatacara kerja yg betul [C1=1]
o Menilai prestasi subordinat berkenaan aspek kerja [C2]
o Mengawal pekerja bagi memastikan kerja dilakukan mengikut prosedur yang
ditetapkan [C3]

iii. Kemahiran pembuatan keputusan [F3=1]
• Def : Kebolehan pengurus memahami dan menganalisis masalah, membentuk
alternatif-alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik dalam
menyelesaikan masalah diperingkat jabatan.[H1=1]
• Penting/diperlukan oleh pengurus pertengahan [H2]
• Cth :
o Membuat keputusan berkaitan dengan pengagihan sumber [C1=1]
o Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat pada peringkat jabatan [C2]
o Mengambil tindakan segera terhadap isu /permasalahan yang berlaku pada
peringkat jabatan [C3]
o Memberhentikan pekerja yang bermasalah [C4]
o Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil [C5]





Hak Milik Cg Atikah SMT Page 20

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



iv. Kemahiran pengurusan masa [F4=1]

• Def : Pengurus dapat menggunakan masa secara cekap dan berkesan dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti kerja/ pengurus mampu membuat
penjadualan kerja mengikut keutamaan tugas diperingkat jabatan [H1=1]
• Penting/diperlukan oleh pengurus pertengahan [H2]
• Cth :
o Merancang peruntukan masa yang diperlukan bagi sesuatu aktiviti [C1=1]
o Menyediakan jadual kerja pada peringkat jabatan [C2]
o Memastikan/memantau projek/perancangan diperingkat jabatan agar
dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan [C3]
o Menentukan tugas yang paling utama perlu dilakukan dalam satu-satu masa
yang terhad [C4]

v. Kemahiran konseptual [F5=1]
• Def : Kebolehan pengurus melihat keperluan dan agihan dari perspektif jabatan
yang meliputi interaksi daripada pelbagai unit dan jabatan dalam organisasi dan
juga pengaruh persekitaran perniagaan [H1=1]
• Penting/diperlukan oleh pengurus pertengahan [H2]
• Cth :
o Menyelesaikan masalah jangka panjang pada peringkat jabatan [C1=1]
o Memahami persekitaran dan kesan perubahannya kepada aktiviti/matlamat
jabatan [C2]
o Membuat perancangan strategik dan taktikal di peringkat jabatan [C3]
o Menganalisis kesan perubahan persekitaran perniagaan seperti penurunan
harga minyak kepada kos pengeluaran [C4]


1F + 1H+2C=4M
4M X 5 = 20M


















Hak Milik Cg Atikah SMT Page 21

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



3(b) Rajah Bentuk Komunikasi

Rajah : 5M
Pengarah Urusan



Ketua Jabatan Pengeluaran Ketua Jabatan Pemasaran



Eksekutif Pengeluaran Eksekutif Pemasaran

Petunjuk :

Komunikasi Mendatar Komunikasi Menegak Komunikasi Melintang

1. Komunikasi Mendatar [ F1=1]
- Def : komunikasi yang melibatkan pertukaran maklumat antara dua atau lebih pekerja
pada peringkat kedudukan yang sama dalam hierarki organisasi [H1=1]
- Bertujuan untuk menyelaras kerja untuk mengelak pertindihan tugas[H2=1]
/menyelesaikan masalah atau konflik antara jabatan[H3=1]/perkongsian maklumat dan
menggalakkan kerjasama antara jabatan [H4=1]
- Cth : Ketua Jabatan Pengeluaran mendapatkan maklumat mengenai pasaran/tempahan
produk daripada Ketua Jabatan Pemasaran [C1=1]
- Ketua Jabatan Pemasaran membentangkan hasil penyelidikan pemasaran kepada Ketua
Jabatan Pengeluaran [C2=1]

2. Komunikasi Menegak [F2=1]
- Def : Def : komunikasi yang melibatkan pertukaran maklumat antara dua atau lebih
pekerja pada peringkat kedudukan yang berlainan dalam hierarki organisasi [H1=1]
- Terbahagi kepada dua iaitu menegak dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas [H2=1]
- Menegak dari atas ke bawah bertujuan untuk memberi arahan kepada pekerja
bawahan, menerangkan polisi, prosedur, strategi kpd pekerja, memberi nasihat dan
motivasi [H3]
- Menegak dari bawah ke atas bertujuan untuk memberi laporan tentang kemajuan
projek, memberi cadangan/idea, meluah perasaan kepada pihak atasan [H4]
- Cth : Ketua Jabatan Pengeluaran mengarahkan Eksekutif Pengeluaran menyediakan
laporan terkini perkembangan projek ( menegak dari atas ke bawah ) [C1]
- Cth : Eksekutif Pemasaran membentangkan strategi campuran promosi kepada Ketua
Jabatan Pemasaran ( menegak dari bawah ke atas ) [C2]

3. Komunikasi Melintang [F3=1]
- Def : Komunikasi yang melibatkan pertukaran maklumat antara dua atau lebih pekerja
pada peringkat atau kedudukan yang berlainan daripada jabatan yang berlainan [H1=1]
- Biasanya wujud dalam bentuk tidak formal seseorang ketua mendapat maklumat
dengan cepat daripada bahagian lain[H2=1]/mengurangkan birokrasi [H3]
- Cth : Pengurus Pengeluaran bertanya tentang jumlah pesanan pelanggan terus kepada
Eksekutif Pemasaran [C1=1]
1F+2H+2C/1F+3H+1C

Hak Milik Cg Atikah SMT Page 22

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



3(c) Rajah Proses Pembuatan Keputusan


Mengenalpasti Masalah


Mengutip Data



Menganalisis Data



Menjana Alternatif



Menilai Alternatif



Memilih Alternatif



RAJAH = 2M

Proses membuat keputusan yang rasional :

1. Mengenalpasti masalah : [ F1=1]
- Pengurus perlu mengadakan perbincangan/membentuk satu pasukan pembuat
keputusan untuk kenalpasti masalah yang dihadapi syarikat [H=1]
- Cth : syarikat sedang mengalami masalah pengeluaran yang semakin merosot [C=1]

2. Mengutip data : [F2=1]
- Pengurus perlu mengumpul segala data/maklumat berkaitan masalah yang wujud
samada secara kualitatif atau kuantitatif melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan
temubual [H=1]
- Cth : Pengurus memerhatikan pekerja, menemubual penyelia dan mengadakan soal
selidik [C=1]

3. Menganalisis data : [F3=1]
- Pengurus seterusnya menilai dan memperhalusi data yang diperolehi bagi mendapatkan

gambaran tentang masalah yang wujud [H=1]
- Cth : Mengkaji perkaitan pekerja, mesin, bahan mentah dan kaedah yang digunakan

dengan produktiviti syarikat [C=1]



Hak Milik Cg Atikah SMT Page 23

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



4. Menjana alternatif : [F4=1]
- Pengurus membentuk/menghasilkan beberapa alternatif penyelesaian bagi mengatasi
masalah yang wujud berdasarkan idea yang disumbangkan melalui sesi sumbang
saran/kumpulan fokus [H=1]
- Cth : Menambah bilangan pekerja mahir , menambah penggunaan mesin yang canggih,
membeli bahan mentah yang berkualiti tinggi, menggunakan kaedah pengeluaran
secara automatik [C=1]

5. Menilai alternatif : [F5=1]
- Pengurus membuat penilaian secara teliti/kritikal ke atas semua alternatif yang telah
dijana bagi mengenalpasti alternatif terbaik [H=1]
- Cth : Pengurus mengkaji kelebihan dan kelemahan setiap cadangan/idea yang diberikan

dan melihat sejauh mana keberkesanannya/kesesuaiannya dengan kemampuan syarikat
[C=1]

6. Memilih Alternatif : [F6=1]
- Pengurus memilih alternatif terbaik untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan dan
keberkesanannya untuk mencapai matlamat organisasi [H=1]
- Cth : Pengurus membuat keputusan untuk menambah bilangan pekerja mahir bagi
mengatasi masalah kemerosotan pengeluaran [C=1]






























Hak Milik Cg Atikah SMT Page 24

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



3(d)




MANUSIA MESIN


Kerap Rosak
Sikap
Usang

Kualiti Produk

Lewat tiba Rendah
Lama


Tidak berkualiti
Manual
KAEDAH
BAHAN MENTAH


Rajah Analisis Tulang Ikan


[Gambar rajah lengkap = 5 Markah]
[Kepala=1m, Punca besar + punca kecil= 4m]

Berdasarkan gambarajah tulang ikan di atas, syarikat boleh menyelesaikan masalah kualiti
produk rendah dengan mengambil langkah – langkah berikut :

Langkah 1 : Mengenalpasti masalah : [F1=1]
• Pernyataan masalah mesti dicatatkan pada bahagian kepala [H=1]
• Cthnya : Ahli kumpulan mendapati bahawa syarikat sedang menghadapi masalah
kualiti produk yang rendah [C=1]

Langkah 2 : Mengenalpasti punca/sebab utama : [F2=1]
• Ahli kumpulan perlu mengadakan sesi sumbangsaran bagi mengenalpasti
punca/sebab utama yang menyumbang kepada masalah [H=1]
• Cthnya : Empat punca utama yang menyebabkan masalah kualiti produk rendah
adalah seperti :
i. Manusia
ii. Mesin
iii. Kaedah
iv. Bahan Mentah [C=1]






Hak Milik Cg Atikah SMT Page 25

Bengkel Menjawab PP “ Bijak dan Tepat”



Langkah 3:Mengenalpasti punca/sebab kecil/sampingan bagi setiap punca/sebab
utama : [F3=1]
• Ahli kumpulan perlu berbincang untuk memperincikan lagi sebab sampingan
yang tersirat disebalik setiap punca/sebab utama [H=1]
• Cthnya :
i. Manusia : Pekerja tidak cekap, pekerja tidak mencukupi [C1=1]
ii. Mesin : Kerap rosak, tidak mencukupi dan sudah usang [C2=1]
iii. Kaedah : Masih menggunakan kaedah lama dan manual [C3=1]
iv. Bahan Mentah : Lewat tiba dan tidak berkualiti [C4=1]

Langkah 4 : Mengenalpasti punca sebenar : [F4=1]
• Akhir sekali semua ahli kumpulan mesti mencapai kata sepakat mengenai sebab
sebenar yang menyumbang kepada masalah [H=1]
• Cthnya : masalah ketidakcekapan pekerja merupakan punca sebenar yang
menyebabkan kualiti pengeluaran syarikat rendah [C=1]


Wajib ada gambarajah
Tiada gambarajah huraian dan contoh tidak diterima
Rajah salah atau tidak lengkap, huraian diterima












































Hak Milik Cg Atikah SMT Page 26


Click to View FlipBook Version