KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK SI GAJAH DAN SI KANCIL
Pada masa Dahulu, pada suatu petang yang indah dan nyaman seekor sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya. Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir
"Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini." Kancil berkata sendiri. Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar datang kearah kancil.
"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain mesti gajah ni!" kata si kancil. Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang. Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil. "Eh sang kancil, tengah buat apa?" sang gajah bertanya kepada kancil.
"Menyelamatkan diri!" jawab si kancil. "Dari apa? Tanya sang gajah lagi. “Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam”. Kata si kancil kepada sang gajah. Gajah yang dungu itu pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" sang gajah bertanya Kembali.
"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”. Jawab si kancil. Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
“Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kata si kancil dengan bangga. Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi. ~tamat~
Nilai-nilai murni: Sentiasa berfikir sebelum bertindak Tidak berputus asa Bijak dalam membuat keputusan Sekian terima kasih Disediakan oleh: Muhammad Umar Bin Abdul Hamid Muhammad Fikri Bin Soriya Muhamad Norhakim Bin Ruzman