The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadhirah227, 2021-10-17 06:26:44

Laporan Aid4Palestine

Laporan Aid4Palestine

Laporan Aktiviti
Aid4Palestine

Kemaskini: 31 Ogos 2021

“Palestin, Perjuangan Tidak Bernokhtah,

Sokongan Tidak Bermusim”

Isi Kandungan 04
06
Dikeluarkan oleh Sekretarait Ai4Palestine
08
Perutusan Duta Khas Menteri 09
ke Timur Tengah 10
Perutusan Pengerusi 11
Aid4Palestine 15
Sejarah Penubuhan 17
Aid4Palestine 21

Siapakah Aid4Palestine?
Senarai Persatuan / Agensi
yang bergabung di bawah
Aid4Palestine
Kenali Duta Muhibbah
Aid4Palestine
Sejarah Palestin - Israel

Kutipan Dana Secara Besar-
Besaran
Perancangan Bantuan Fasa 1

2

Bantuan Kecemasan Edaran 24
Pek Makanan 26

Membaik Pulih Rumah Yang 27
Rosak 29
31
Projek Andalus Tanda Kasih 32
Warga Kelantan
33
Bantuan Perubatan 35
36
Bantuan Sektor Pendidikan

Majlis Penghormatan 352
Hafiz Al Quran

Perkembangan Terkini Bumi
Gaza

Rumusan

Penghargaan

3

Perutusan Duta Khas

Perdana Menteri ke Timur Tengah

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Saya mengikuti secara dekat
perkembangan terkini yang
berlaku di Palestin, serangan
berterusan yang dilakukan oleh
regim Zionis Israel terhadap rakyat
Palestin adalah suatu tindakan
zalim dan wajib dikecam oleh
seluruh rakyat dan pemimpin
negara umat Islam sedunia yang
cintakan bumi al-Aqsa.

Perompak jalanan Zionis Israel PALESTIN,
berusaha untuk mengusir PERJUANGAN TIDAK
penduduk Palestin di kawasan
Syeikh Jarrah supaya keluar BERNOKHTAH,
daripada rumah-rumah mereka, SOKONGAN TIDAK
dan selepas itu tanah dan hak
mereka akan dirampas oleh Zionis BERMUSIM
Israel secara haram.
Majlis pelancaran Aid4Palestine |
Sehingga ke saat ini menjelang 1 Sabtu, 15 Mei 2021
Syawal 1442H, rakyat dan pejuang
Palestin terus teguh
mempertahankan bumi suci itu
tanpa rasa gerun dan takut
kepada musuh Allah SWT.
Semangat jihad mereka yang
tinggi berasaskan keimanan yang
kuat menjadi obor kepada
perjuangan pembebasan bumi
Palestin.

Setiap umat Islam perlu terus
berdoa dan memberikan tekanan
ke atas rejim Zionis Israel dengan
pelbagai cara dan teknologi

4

terkini, supaya dihentikan kekejaman ini Malaysia. Manakala kutipan fasa

dan mengembalikan hak rakyat kedua minima RM 650 ribu akan dibuka

Palestin. Tidak cukup dengan itu, infaq sehingga 30 Syawal.

dan sumbangan setiap umat Islam bagi

membantu perjuangan rakyat Palestin Mudah-mudahan segala usaha yang

perlu diteruskan, sebagai tanda dilakukan ini menjadi ganjaran dan

pengorbanan dan kasih kita kepada pahala yang besar di sisi Allah sebagai

Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang tanda keimanan dan kasih sayang

dimuliakan oleh Allah. umat Islam kepada Palestin.

Justeru itu, kami telah mengadakan Intifadhah di bumi Palestin adalah

perbincangan khas pada petang 30 lambang kesatuan dan kebangkitan

Ramadhan, melibatkan beberapa umat Islam seluruhnya melangkaui

tokoh masyarakat dan pemimpin NGO, batas sempadan negara dan

untuk mengambil tindakan proaktif dan perbezaan mazhab, demi membela

segera bagi membantu perjuangan keadilan dan hak rakyat Palestin.

Palestin. Kami telah bersetuju untuk

menubuhkan sebuah “Sekretariat Selamatkan Masjid al-Aqsa, bebaskan

#Aid4Palestine” yang akan Palestin.

dipengerusikan oleh YB Ustaz

Muhammad Khalil Abdul Hadi dengan YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL

kerjasama lebih 40 buah NGO yang HADI AWANG

akan bersama menggerakkan misi ini.

Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur

Sekretariat ini akan berfungsi sebagai Tengah

koordinator jaringan NGO dan

masyarakat sivil bagi menggerakkan 1 Syawal 1442 / 13 Mei 2021

kempen kesedaran rakyat Malaysia

terhadap perjuangan Palestin, serta

menyelaras kutipan dana

#Aid4Palestine melalui kaedah

‘crowdfunding’ dengan sasaran

bantuan RM 1juta yang akan disalurkan

terus ke bumi Palestin.

Setakat ini komitmen fasa pertama
yang akan disalurkan menjelang 10
Syawal sudah mencecah RM 350 ribu
hasil kutipan terkumpul NGO PASRelief,
Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care
Malaysia Society dan Cakna Palestin

5

Perutusan Pengerusi

Aid4Palestine

YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah PALESTIN ADALAH
SWT kerana dengan limpah dan NADI UMAT ISLAM
kurnia-Nya segala perancangan
untuk kutipan dana Aid4Palestin YANG WAJIB
bagi membantu Palestin dan DIPERTAHANKAN
rakyatnya telah berjalan lancar serta
mencapai sasaran yang telah Majlis Serahan Dana
ditetapkan. Aid4Palestine bersama 3 Menteri

Berdasarkan keadaan semasa Besar | Sabtu, 22 Mei 2021
dipercayai akan lebih banyak lagi
sumbangan yang akan diterima dari
seluruh rakyat Malaysia yang prihatin
dengan sama-sama merasai
keperitan dan kesengsaraan yang
dihadapi oleh Palestin dan
warganya akibat ditindas, dizalimi
dan dijajah oleh regim zionis Israel.

Tiga NGO utama gabungan
Aid4Palestin iaitu Yayasan Amal
Malaysia, Muslim Care Malaysia dan
Cakna Palestin diberi amanah untuk
mengumpulkan segala bentuk
sumbangan dari NGO-NGO
gabungan lain. Hingga tarikh ini,
lebih 100 NGO yang bersetuju
bersama bersolidariti dengan
Palestin melalui Aid4Palestine.
Kesemua sumbangan terkumpul itu
akan diserahkan terus kepada NGO
yang berwibawa dan dipercayai di
Palestin. Antaranya melalui Nadir
An-Nuri dari Cinta Gaza Malaysia
yang sememangnya dikenali ramai
dan banyak membantu serta
membuat kerja-kerja amal di
Palestin selain beliau sendiri
bermastautin di Palestin.

6

Jumlah sumbangan tersebut juga akan Allah SWT dan seterusnya akan

diserahkan seratus peratus tanpa memberi manfaat kepada Palestin

diambil sebarang komisyen oleh NGO- dan warganya.

NGO terbabit demi untuk

mengelakkan syak wasangka yang YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL

boleh dimanipulasi oleh sesetengah HADI

pihak agar tidak memburukkan nama

NGO-NGO terbabit mahupun Pengerusi,

Malaysia, pemimpin dan rakyatnya.

Satu jawatankuasa audit oleh Sekretariat Aid4Palestine.

akauntan bertauliah dilantik bagi

mempastikan ketelusan dalam 17 Mei 2021

sumbangan yang disampaikan nanti.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL

Sumbangan yang diterima akan HADI

difokuskan kepada tiga aspek utama

iaitu pendidikan, kebajikan dan

kesihatan yang mana ketika ini ketiga-

tiga aspek tersebut menjadi keperluan

utama rakyat Palestin terutamanya di

Semenanjung Gaza.

Besarlah harapan agar setiap rakyat
Malaysia dapat menyumbang untuk
membantu Palestin dan rakyatnya
demi untuk masa depan mereka.
Semoga segala sumbangan kita akan
diberikan ganjaran dan pahala oleh

7

Sejarah
Penubuhan
Aid4Palestine

9

Senarai Persatuan / Agensi yang
bergabung di bawah Aid4Palestine

154 Sebahagian besar mereka adalah
Persatuan persatuan yang bergerak secara
sukarelawan sejak beberapa tahun
dalam dan luar negara. Isu Palestin ini
adalah semakin dekat dengan jiwa
mereka yang inginkan kedamaian
serta kemenangan umat Islam
terutama sekali di bumi Gaza,
Palestin.
Semoga dengan gabungan padu 154
NGO ini akan terus menggincang
dunia agar Palestin terus dibela.

10

Kenali Duta Muhibbah
Aid4Palestine

Saudara Nadil Al Nuri Kamaruzzaman

Seorang anak muda yang berkobar JANGAN LUPA
tinggi bagi menmba ilmu di bumi MENDOAKAN AL-QUDS
Gaza sejak 2013.
DAN PALESTIN DI
NADIR AL-NURI: RAKYAT MALAYSIA DI SAAT AFDHAL
PALESTIN BERDOA.

Siapa saja tidak kenal dengan nama Telegram t.me/nadiralnuri|
beliau. Satu-satunya rakyat Malaysia Isnin, 10 Mei 2021
yang telah meletakkan azam untuk
tinggal di bumi Palestin sejak tahun
2013.

Mari baca sedikit biodata ringkas
beliau.

NAMA PENUH:

Muhammad Nadir al-Nuri
Kamaruzaman

ASAL:

Bandar Baru Bangi, Selangor

UMUR:

34 tahun

STATUS:

Sudah berkahwin

ISTERI:

Reem al-Minawi

ANAK:

7 orang anak (5 anak tiri, 2 orang
anak kandung)

11

KELULUSAN AKADEMIK: JAWATAN TERKINI:

1. Ijazah Sarjana Muda Sains Marin, 1. Exco Kerohanian dan Syakhsiah
Universiti Malaysia Sabah (2010) Majlis Perwakilan Pelajar UMS
(2008/2009)
2. Diploma Syariah dan Bahasa Arab,
Kolej Antarabangsa Damsyiq, Syria 2. Timbalan Presiden Persatuan
(2011 – 2012, balik kerana perang) Siswazah Sabah (2009/2010)

3. Ijazah Sarjana Muda Syariah, 3. Ahli Security Action Force (SAF)
Universiti Islam G_aza (2013 –kini) Persatuan Pelajar Malaysia Syria (2012)

4. Exco Penerangan Persatuan Pelajar
Malaysia Syria (2012)

5. Setiausaha Badan Kebajikan Anak
Selangor S_yria (2012)

6. Ketua Koordinator ‘Roadshow Isu
Syria; Dari Syam Kepada Alam’
Persatuan Pelajar Malaysia Syria

7. Pengasas Persatuan Cinta G_aza
Malaysia

8. Pengasas Pusat Budaya Malaysia -
Palestin

9. Pengasas bersama P_alestine-
Malaysia Strategic Initiatives

10. Pengasas Bersama Gabungan
#MyAqsaDefenders

12

Kenali Duta Muhibbah
Aid4Palestine

Dr. Ahmed Ayesh Al Najjar

NAMA PENUH
Dr. Ahmed Ayesh Al Najjar

DILAHIRKAN DI
Gaza Strip

STATUS
Sudah Berkahwin

ANAK
3 orang

SAYA MEWAKILI SELURUH RAKYAT PALESTIN
MENGUCAPKAN TERIM AKASIH KEPADA

MALAYSIA. TERIMA KASIH AID4PALESTINE.

Sesi khas Townhall Bantuan
Palestin | Sabtu, 18 Sept 2021

13

PENDIDIKAN PENGALAMAN KERJA

Master dalam bidang pengurusan dari Pernah bekerja dengan kerajaan di
Universiti Islam Atarabangsa Malaysia.. Gaza dalam pelbagai bidang
termasuk ;
Sedang menyiapkan pengajian di
peringkat pHD di salh sebuah universiti Committee for receiving Foreign
Delegations, Translator for Sheikh Ismail
di Malaysia.
Haniya, Gaza Ex-Prime Minister.

Buat masa sekarang, beliau bekerja
sebagai Pengarah Perhubungan
Awam dan Antarabangsa dalam
Kemneterian Pendidikan.

Beliau juga merupakan salah seorang
pengarah urusan bagi beberapa
badan kebajikan di Gaza.

14

Sejarah
Palestin-Israel

Sejarah Palestin - Israel

Perkataan normalisasi dalam politik kini dipakai bagi mewujudkan
perdamaian dengan negara Israel, sebuah negara yang ditubuhkan
secara haram dengan paksaan dan penjarahan terhadap Palestin
sejak tahun 1948.
Kekerasan dan penindasan dilakukan bagi mewujudkan negara haram
itu, sehinggakan rakyat Palestin dibunuh dan dihalau keluar daripada
tanah air sendiri. Apatah lagi tanah suci Baitul Maqdis telah dirampas
untuk dijadikan milik Yahudi yang kononnya secara aman, tetapi pada
hakikatnya secara pemaksaan.
Mereka seumpama bebas berbuat demikian kerana dilindungi oleh
kuasa besar dunia, Amerika Syarikat yang menjadi broker untuk
mencapai matlamat dan cita-cita mereka.
Sebuah badan bukan kerajaan iaitu Land Research Center yang
berpusat di Baitul Maqdis telah menerbitkan laporan bahawa ketika
peristiwa Nakba pada tahun 1948, regim zionis Israel telah
memusnahkan lebih 125,000 kediaman rakyat Palestin dan telah
mengakibatkan lebih 800,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal
iaitu lebih kurang 47 peratus daripada populasi rakyat Palestin ketika
itu.
Sehingga kini, regim zionis Israel telah memusnahkan lebih 172,900 buah
kediaman rakyat Palestin, mengakibatkan 1.3 juta rakyat Palestin
kehilangan tempat tinggal dan hampir 19,000 km persegi tanah rakyat
Palestin dirampas dengan membawa masuk lebih 5 juta pendatang
haram zionis yahudi untuk menduduki penempatan haram yang dibina
oleh regim zionis Israel.
Di kala umat Islam sedunia masih merasakan kepedihan melihat Syria
yang menjadi papan catur kuasa besar, masyarakat Rohingya yang
dihalau daripada negara mereka, masih ada kalangan ulama’ yang
bersedia menerima upah telah dibayar agar berfatwa membetulkan
tindakan yang salah itu supaya dinormalisasikan hubungan dengan
Israel, namun tindakan dan langkah itu tidak mengikut adat dan adab,
bahkan bercanggah dengan ketetapan Allah SWT.
Allah SWT dan RasulNya telah menjanjikan riwayat hidup mereka akan
tamat sewaktu di alam dunia lagi sebelum berlaku hari kiamat. Maka
tindakan melakukan normalisasi terhadap Israel mengikut acuan Barat
hakikatnya menempah kemusnahan, sebagaimana yang telah
dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW terhadap bangsa Yahudi.
Langkah normalisasi terhadap Negara Israel kononnya atas nama
tujuan keamanan dan keselamatan negara serantau dan dunia adalah
tindakan yang sia-sia. Bahkan mereka yang bersama dalam usaha itu
akan menempah kemusnahan sendiri bersama Yahudi, laksana
berlindung di sebalik tembok yang akan runtuh apabila tiba masanya
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

16

Kutipan Dana
Secara Besar-
Besaran

inisiatif yang dilakukan oleh aid4palestine ini, ternyata telah mendapat
perhatian ramai pihak. Tanpa diduga usaha ini telah menarik sebanyak 129
NGO untuk sama-sama turut serta membantu dan menghulurkan bantuan.
Malah berita berkenaan kempen ini juga telah mendapat liputan yang meluas
dari saluran berita utama negara kita seperti akhbar.

18

Amat mengharukan apabila semangat juang Palestin ini bahkan telah menular
sehingga ke peringkat rakyat jelata. Di sana sini meriah dikibarkan bendera
Palestin tanda pengiktirafan dan sokongan kepada negara ini.
Jualan amal juga rancak dibuat. Ramai pengusaha pakaian membuat jualan
amal produk jenama mereka untuk disalurkan ke tabung Palestin. Bahkan
sehingga ada yang menjual rantai emas, motorsikal berkuasa tinggi, kereta dan
keris dalam usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada perjuangan
rakyat Palestin.
Agensi PASTI Malaysia juga antara yang menggerakkan tabung ke seluruh
Malaysia dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM650,000.00.

TIdak kurang hebat juga serangan di alam maya dalam pelbagai laman sosial
yang menggerakkan hashtag Israel koyak. Keberjayaan sentimen Israel koyak ini
sehinggakan perkataan koyak itu sendiri telah tular ke seluruh dunia.

19

JUMLAH KUTIPAN DANA

20

Perancangan
Bantuan
Fasa 1

PEMULIHAN PALESTIN FASA 1

Program bantuan segera telah pun disempurnakan oleh duta-duta Muhibbah
Aid4Palestine yang telah dilantik iaitu Dr Ahmed Ayesh An Najjar dan Ustaz
Nadir Al Nuri.
Gerak kerja fasa 1 ini merangkumi sumbangan berbentuk bantuan kecemasan
pek makanan, baik pulih dan selenggara rumah, rawatan untuk mangsa
serangan serta bantuan bekalan perubatan.

PPEEPNPNRRDDOOIIDDJJEEIIKKKKAANN

22

23

BANTUAN KECEMASAN EDARAN
PEK MAKANAN.

Pek makanan telah diedarkan kepada 500 keluarga yang terkesan dengan serangan.
Setiap pek makanan bernilai RM153.00 dan sesuai untuk kegunaan sehingga 2 ke 3
minggu bagi keluarga berjumlah 5 hingga 7 orang.

KOS/PEK PENERIMA JUMLAHKESELURUHAN
RM153 500KELUARGA RM76,500.00

Dibawah ialah makanan yang diperolehi oleh setiap keluarga yang menerima bantuan
kecemasan pek makanan.

24

25

MEMBAIK PULIH RUMAH YANG
ROSAK.

Projek membaik pulih rumah yang rosak ini hasil kerjasama dengan Kementerian
Perumahan Palestin dan sukarelawan di Gaza. Satu perjanjian (MoU) telah
ditandatangani antara duta Muhibbah Aid4Palestine, Tuan Nadir Al Nuri dan Dr Naji
Sarhan,wakil Kementerian Perumahan pada 16 Jun 2021.

Sebanyak 222 rumah yang telah rosak telah ditaja oleh Gabungan NGO Malaysia
dibawah selian Aid4Palestine dan dijangka siap pada pertengahan Oktober 2021.

KOS/RUMAH PENERIMA JUMLAHKESELURUHAN
RM10,325.00 222RUMAH RM2,292,150.00

26

PROJEK ANDALUS TANDA KASIH
WARGA KELANTAN.

Menjunjung kasih kepada Sultan Kelantan. Juga terima kasih kepada kerajaan
dan rakyat Kelantan.

Projek membaik pulih Bangunan Al-Andalus ini ialah projek yang telah
disumbangkan oleh Sultan Kelantan,kerajaan dan juga rakyat Kelantan melalui
pertubuhan aid4palestine.

Majlis rasmi penyerahan tapak pembinaan semula pembaikpulihan bangunan
Al-Andalus kepada kontraktor bangunan yang mendapat kotrak untuk
membaik pulih bangunan ini telah diadakan beberapa hari yang lepas.

Kos baik pulih bangunan ini bernilai 190 ribu dollar dan dijangka akan
mengambil masa selama tiga bulan lamanya untuk disiapkan. Bangunan ini
akan dibaik pulih sepenuhnya tanpa melibatkan penggantian semula
perabot-perabot yang telah dimusnahkan.

Keseluruhan bangunan ini mengandungi 450 buah rumah pangsapuri
keseluruhannya. Sembilan daripadanya telah rosak teruk dan yang lainnya
ialah rosak separa. Sembilan buah rumah ini telah musnah akibat terkena
empat buah roket yang telah dilepaskan dan meletupkan bangunan rumah
ini. Selain daripada bangunan ini, yang menerima kesan pengeboman roket
tersebut ialah kawasan sekitar.

Kawasan ini telah dibom awalnya dan telah mengakibatkan di kawasan
sekitar juga telah musnah sepenuhnya. Bangunan sekitar yang turut
dimusnahkan ialah bangunan Hanadi. Bangunan ini terletak bertentangan
dan telah musnah sepenuhnya.

Tempat ini asalnya telah terkesan dengan pengeboman tersebut dan selepas
tiga hari daripada pengeboman bangunan itu, kawasan ini pula telah dibom
dengan empat buah roket. Ini telah mneyebabkan kerosakan teruk kepada
sembilan buah rumah tadi.

27

Penduduk-penduduk di rumah ini dimaklumkan hanya 15 minit sebelum rumah itu
dibom untuk mereka meninggalkan rumah. Menurut penduduk ini, bilamana mereka
sudah sampai ke tingkat terakhir, pengeboman sudah pun mula berlaku ke atas
bangunan itu.

28

BANTUAN PERUBATAN.

Bantuan perubatan, ubat-ubatan dan pembantu petugas telah dihantar ke pusat-pusat
perubatan untuk merawat mangsa serangan. Bantuan perubatan yang terdiri daripada
ubat-ubatan dan peralatan perubatan boleh digunapakai untuk tempoh yang lama oleh
warga Gaza.

PERINCIAN JUMLAH
BantuanPeralatanPerubatan RM207,000.00
RawatanBerterusanKepadaMangsaSerangan RM413,000.00

Berikut ialah senarai ubat-ubatan yang telah disediakan :

29

Berikut ialah senarai kelengkapan peralatan perubatan yang telah disediakan :

30

BANTUAN SEKTOR PENDIDIKAN.

Universiti Islam Gaza ialah antara universiti terbaik di Tebing Barat Gaza telah
mengadakan sesi penyerahan projek “Dream Big” yang mana di dalam setiap kit
mengandungi Peralatan keperluan Jurutera. Majlis ini telah ditaja oleh pertubuhan
Muslim Care Malaysia dan Malaysia Aid4Palestine

31

MAJLIS PENGHORMATAN 352
HAFIZ AL-QURAN.

Telah berlangsung majlis penghormatan untuk
352 Hafiz Al Quran di Gaza, Palestin anjuran
Muslim Care Malaysia dan Aid4palestin.
Setinggi jutaan terima kasih diucapkan
kepada para penyumbang dan seluruh rakyat
Malaysia yang sentiasa membantu rakyat
Palestin terutama di Gaza.

32

Perkembangan
Terkini Bumi
Gaza

Sehingga hari ini, gabungan usahama ini telah mula menampakkan hasil.
Alhamdulillah terdapat beberapa usaha telah berjaya dilakukan oleh
sekatariat Aid4 Palestine ini sejak ianya ditubuhkan.
Dalam masa yang singkat, beberapa projek telah diusahakan antaranya
projek pembinaan dan baik pulih rumah rakyat Palestin, penyelenggaraan
dan baik puih rumah yang telah musnah separa di bangunaan Andalus,
pojek bantuan pendidikan serta projek bantuan perubatan.
Sejak berlakunya peristiwa serangan bom oleh tentera Zionis, banyak
bangunan-bangunan yang telah mengalami kerosakan yang teruk, malahan
ada yang musnah dan hancur. Runtuh menyembah bumi.
180 buah telah terpilih untuk dibaikpulih kesan serangan daripada pihak Zionis
israel dan sehingga hari ini sudah 40% daripada kerja-kerja baik pulih ini sudah
siap dilaksanakan. Dijangkakan kesemua rumah ini akan siap dibaikpulih
menjelang Disember 2021.

34

Kesan serangan zionis Israel, ramai rakyat Palestin memerlukan rawatan
kesihatan. Bahkan ada yang memerlukan rawatan yang berterusan dan
berpanjangan yang melibatkan kos yang banyak. Justeru, pihak aid4 palestin
telah memperuntukkan sebahagian dana untuk bantuan perubatan. Bekalan
ubat-ubatan dan alat merawat seperti kerusi roda, tongkat dan katil hospital
telah dibekalkan secukupnya.
Semoga sedikit sebanyak, ini membantu mempercepatkan proses
penyembuhan mereka daripada trauma yang dasyat.

35

RUMUSAN

Menyantuni konflik Palestin ini bukanlah suatu perkara yang mudah,
menanganinya bukan perkara yang boleh berlaku tanpa berusaha. Ia
menuntut seluruh tenaga untuk memugar kesedaran ummah dalam
memastikan penindasan yang berlaku ke atas umat Islam ini tidak berterusan
selamanya.
Usaha-usaha kesedaran, walau sekecil manapun usaha itu, sungguh akan
membuahkan sesuatu yang pasti akan menggegar bumi yang dijajah Israel itu.
Umat Islam dengan kekuatan akidahnya, tidak akan membiarkan rakan-rakan
mereka terus dirundung nasib malang. Ayuh bergerak ke arah melahirkan
masyarakat prihatin dan kumpulan pressure group bagi membangkitkan hal
penindasan umat Islam Palestin ini di peringkat antarabangsa.

Sekretariat Aid4Palestine berazam menjadi peneraju
kepada bantuan kemanusiaan dan kebajikan rakyat
Palestin. Ingatlah jika tidak kita, siapa lagi? Jika tidak
sekarang, bila lagi?

Disediakan oleh:
Dr Suhazeli Abdullah
Setiausaha Sekretarriat Aid4Palestine

Rekabentuk dan susun atur:
Puan Nadhirah Osman
Pegawai Operasi dan Media Aid4Palestine

36

Penghargaan

Sekretariat Aid4Palestine Terima Kasih Khusus kepada:
mengucapkan jutaan terima kasih YM Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan
kepada semua pihak yang terlibat YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
samada secara langsung mahupun YAB Menteri-menteri Besar Kelantan,
tidak langsung dalam menjayakan Terengganu dan Kedah.
perjalanan kutipan dana, YDP YADIM
sumbangan dan program yang Semua NGO dan Agensi yang terlibat.
dijalankan.

Kami mengucapkan
sekalung penghargaaan
terhadap sokongan yang
diberikan selama ini

NGO TERAS AID4PALESTINE

Hubungi lanjut

Sekretariat Aid4Palestine Untuk info lanjut, sila klik link di bawah:
Aras 2, Blok Barat, Bangunan Perdana
Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan https://www.facebook.com/101600168784659/
Persekutuan, 62502 Putrajaya, posts/105748618369814/
Malaysia. FB Group: https://tinyurl.com/yk3cubze
Telegram: https://t.me/joinchat/
Telefon: 011 2077 5802 (SUK) oxCKm7zT3c45YTNl
Facebook: https://www.facebook.com/
Email: [email protected] Aid4Palestine/

Website: www.aid4palestine.org


Click to View FlipBook Version