The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36251704, 2023-05-22 10:17:52

TOKOH NILAM SEKOLAH MENENGAH (LD)

TOKOH NILAM SEKOLAH MENENGAH (LD)

( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( . . . . . . . . . . . . . . . . ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Resensi Buku


Penciptaan lahir daripada sesuatu idea dan idea tersebut hanya akan menjadi kenyataan melalui kajian secara berterusan dan usaha yang gigih. Why? Penciptaan dan Penemuan berkisar tentang kegigihan dan kecekalan para penemu dan pencipta menghasilkan sesuatu yang amat penting kepada kemajuan manusia sejagat. Contohnya penemuan SinarX, penciptaan ketuhar gelombang mikro, penciptaan kapal terbang dan kereta yang memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain, penciptaan telefon yang membolehkan kita berhubung dan banyak lagi penemuan yang hebat. Penemuan-penemuan ini telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang perubatan, kejuruteraan, komunikasi, dan sebagainya. Judul : Why? Penciptaan dan . Penemuan Penulis : Kim Min Jae Penerbit : YaeRimDang Publishing Tahun terbit : 2011 Jumlah muka surat : 160 •


Judul : Sekerat Rotan Sebuah Kasih Penulis : Jais Sahok Penerbit : Citra Publishing Sdn. Bhd. Tahun terbit : 1994 Jumlah muka surat : 232 Buku ini mengandungi 14 buah cerpen karya Jais Sahok, seorang penulis yang terkenal di tanah air. Di dalamnya diungkapkan pelbagai idea seperti sikap, pemikiran, nilai, motif, citra dan falsafah yang dijalin dalam cipta sastera yang baik lagi berkesan. Gambaran hidup dan kehidupan setengah- setengahnya dilukiskan dengan pewarnaan setempat atau pewarnaan sejagat bagi memperlihatkan iltizam penulis kepada visi penulisannya.


Judul : Mereka Tidak Mengerti Penulis : Hashim Awang Penerbit : K Publishing Sdn. Bhd. Tahun terbit : 1991 Jumlah muka surat : 266 Mereka Tidak Mengerti adalah antologi cerpen 21 orang penulis terkenal tanah air. Prof. Madya Dr.Hashim Awang, pengkaji dan penyelenggara buku ini telah memilih cerpen yang ditulis oleh penulis yang mewakili semua zaman seperti A. Rahim Kajai hinggalah kepada Shahnon Ahmad, Abdullah Hussain dan seterusnya penulis muda seperti Anwar Ridhwan dan Anis. Cerpen tersebut kemudiannya dibahagiakan kepada lima kumpulan yang memperkatakan unsur sesebuah cerpen. Misalnya, cerpen dan komposisi, apresiasi dan penilaian, dan cerpen daripada sudut masyarakat, budaya, dan Islam. Ulasan dan kupasan yang dilakukan beliau adalah suatu usaha untuk memperkenalkan seni sastera kita kepada pembaca umum khususnya pelajar. Prof. Madya Dr. Hashim Awang pernah menjadi guru di Terengganu. Kini, beliau menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


Judul : Keluarnya Yakjuj Makjuj Zombie Pemusnah Penulis : Akem & The Typewritter Penerbit : Komikaw PLT. Tahun terbit : 2018 Jumlah muka surat : 120 Buku ini menceritakan tentang sekumpulan bangsa yang dikatakan akan muncul dari kerak bumi.Bangsa ini sebelumnya sudah ditembak dan dipenjarakan oleh Iskandar Zulkarnain.Namun begitu,bangsa ini berjaya melepaskan diri apabila Allah memberikan kebenaranNya.Sifat bangsa ini persis seperti zombie yang membawa kemusnahan.Mereka membunuh,merogol,memusnahkan harta benda serta mengambil segala hasil bumi.


Judul : Hantu Kutip Hutang Penulis : Ain Maisarah dan Eima Manan Penerbit : Blink Book Sdn. Bhd. Tahun terbit : 2016 Jumlah muka surat : 120 Buku ini menceritakan tentang lagenda hantu pengutip hutang di Sekolah Sri Bali.Neeloma, seorang bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar yang berpindah ke sekolah Sri Bali kini turut sama terpalit dengan kes hantu kutip hutang.Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa dia akan dilantik sebagai bendahari Kelab Supercef walaupun baru sahaja menyertai kelab tersebut.Namun malang tidak berbau.Satu hari,wang yuran kelab telah hilang.Tanpa ragu-ragu,semua ahli menunding jari kepada Neeloma sebagai pecah amanah.Felizia,salah seorang ahli Kelab Supercef kemudiannya menyeru hantu pengutip hutang untuk mengacau Neeloma Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.Semua ahli Kelab Supercef diganggu dan mati seorang demi seorang.


( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( . . . . . . . . . . . . . . . . ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) Lain-lain Sijil


Click to View FlipBook Version