1
2 Isi Kandungan BIL PERKARA MUKA SURAT 1. JADUAL KERJA 3 2. PENGHARGAAN 4 3. PENDAHULUAN 5 4. LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN 6 5. OBJEKTIF KAJIAN 7 6. KAEDAH KAJIAN 8 7. KONSEP DAN TAKRIFAN KAJIAN 9 8. JADUAL DARIPADA DATA SOAL SELIDIK 10 9. MEMBINA GRAF DARIPADA DATA SOAL SELIDIK SERTA MEMBUAT TAFSIRAN 11 10. MENGHURAI JENIS, KEPENTINGAN, KESAN DAN LANGKAH 12-14 11. RUMUSAN 15 12. SENARAI RUJUKAN 16 13. BORANG SOAL SELIDIK 17 14. GAMBAR PEMERHATIAN 18
3 1. JADUAL KERJA Bil Perkara Tindakan Catatan 1 Penerangan tentang tajuk Kerja Kursus Pengagihan kerja Objektif Kajian Kaedah Kajian 4.7.2023 2 Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan 12.7.2023 3 3.1 Grafik i.Jadual ii. Graf 3.2 Konsep dan takrif sisa domestik 3.3 Jenis sisa domestik 3.4 Kesan pembuangan sisa domestik di Kawasan kajian 3.5 Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di Kawasan kajian. 29.7.2023 15.7.2023 16/7/2023 18/7/2023 22/7/2023 4 Rumusan 30.7.2023 5 Rujukan 30.7.2023 6 Lampiran 30.7.2023 7 Susun atur dan kekemasan 30.7.2023
4 2. PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Suzela atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya menyempurnakan tugasan ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Sumantri bin Suhaimi dan Farah Diba binti Ahmad Tajuddin yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya memberikan idea serta membantu dri segi kawangan semasa kajian ini dijalankan.
5 3. PENDAHULUAN Kajian Kursus Geografi ini dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dalam sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 1. Saya telah memilih lokasi kajian di MRSM Kuala Klawang untuk kajian lapangan pada kali ini kerana saya tinggal di asrama dan ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian di sini. Semasa kajian,saya mendapati terdapat sistem pungutan sampah berjadual yang dijalankan di kawasan ini, namun pembuangan sisa yang tidak mengikut pengasinag yang ditetapkan membuatkan sampah bercampur dan dibuang di tempat yang tidk sepatutnya. Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 responden iaitu penghuni asrama untuk mendapatkan maklumat terkini tentang masalah yang dihadapi dan cadangan untuk mengatasinya, sebanyak 32 responden telah menjawab dan kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan Kerja Kursus Geografi ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod.
6 4. LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya ialah MRSM Kuala Klawang dan mula ditubuhkan pada 20 April 1987 yang mulanya dikenali dengan MRSM Jelebu. Kampus ini mula beroperasi di bangunan sementara berhampiran dengan balai Undang di Pekan Kuala Klawang. Setelah beroperasi lebih kurang tiga tahun, usaha untuk menubuhkan kampus tetap telah dilakukan. Akhirnya, pada 12 Februari 1990 majlis pecah tanah kampus tetap telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu YAB Encik Ghafar Baba di Ladang Jelebu. Pada tanggal 2 Ogos 1993, MRSM Jelebu kepada MRSM Kuala Klawang dan mula beroperasi pada 2 Ogos 1993, MRSM Jelebu telah berpindah sepenuhnya ke kampus tetapnya di Kuala Klawang. Dengan perpindahan ini, MRSM Jelebu telah ditukar namanya kepada MRSM Kuala Klawang.
7 5. OBJEKTIF KAJIAN Saya menjalankan kajian di kawasan MRSM Kuala Klawang adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut : • Memberi takrifan sisa domestik. • Menyenaraikan jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian. • Membina jadual bagi menerangkan sisa domestik di kawasan kajian. • Menyatakan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. • Mencadangkan dan menghuraikan langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.
8 6. KAEDAH KAJIAN Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah: i. Pemerhatian Saya telah melawat kawasan kajian saya kawan saya untuk melihat sisa domestik yang terdapat di sekitar kawasan MRSM. ii. Soal selidik. Saya telah membuat soal selidik secara dalam talian (google form) dan mengagihkan kepada 31 responden. iii.Rujukan. Saya telah membuat banyak rujukan dari internet, buku ilmiah serta buku teks geografi serta beberapa bahan bacaan geografi yang lain.
9 7. KONSEP DAN TAKRIFAN KAJIAN Menurut sumber Wikipedia sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada kegiatan seharian manusia. Ianya boleh mendatangkan bencana alam dan selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.
10 8. MEMBINA JADUAL DARIPADA DATA SOAL SELIDIK
11 9. GRAF DARIPADA DATA SOAL SELIDIK
12 10. MENGHURAI JENIS, KESAN DAN LANGKAH 10.1 Jenis sisa domestik Terdapat 2 jenis sisa domestik iaitu bahan organik dan bahan bukan organik. Sisa domestik bahan organik terdiri daripada sisa makanan,sisa kebun serta kertas. Manakala sisa domestik bagi bahan bukan organik pula ialah tin,plastik besi buruk dan kaca. Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil dari Kawasan perumahan. Sisa domestik ini terdiri daripada sisa pepejal seperti sisa makanan, plastik,kertas dan logam manakala sisa cecair pula seperti minyak masak. Berdasarkan dapatan responden, masalah sisa domestik yang paling tinggi Di Kawasan MRSM Kuala Klawang plastik. Ianya berlaku akibat daripada sikap murid yang malas untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Selain itu, tong sampah yang tidak mencukupi mengakibatkan murid tidak boleh membuang sampah dan mengambil jalan mudah dengan membuangnya di merata tempat. Sebagai contoh, botol plastik yang telah digunakan di padang, ditinggalkan sahaja tanpa membuang ditempat yang sepatutnya. Sikap ini boleh mengakibatkan padang kotor dan pekerja pembersihan terpaksa melakukan kerja pembersihan di Kawasan tersebut.
13 10.2 Kesan pembuangan sisa domestik di Kawasan kajian Terdapat 3 kesan utama yang sering kali berlaku akibat daripada sisa domestik plastic yang tidak diselia dengan betul dan baik. Seramai 26 responden bersetuju sisa domestic seperti plastic akan menyebabkan berlakunya pencemaran. Menurut pembacaan yang telah saya lakukan, pencemaran yang boleh berlaku akibat pengurusan sisa domestic plastic yang tidak diurus dengan baik ialah pencemaran air, udara dan tanah. Ini adalah kerana plastic merupakan bahan yang tidak boleh terurai dengan sendirinya. Dengan sebab ini pencemaran pasti akan berlaku. Sebanyak 22 responden bersetuju kesan yang kedua daripada buangan sisa domestic plastik yang tidak diurus dengan baik boleh mengakibatkan kemunculan wabak-wabak penyakit. Contohnya barubaru ini saya sendiri telah dimasukkan ke wad di KPJ Ampang Puteri selama 7 hari dan doctor memberitahu hasil ujian darah yang dijalankan, bakteria yang ada di dalam badan saya dipanggil ‘funny bakteria’ iaitu bakteria baharu yang tiada nama dan ianya disebabkan daripada pencemaran air atau tanah yang berlaku semasa di MRSM. Akhir sekali, sebanyak 22 responden telah bersetuju kesan yang ketiga ialah peningkatan dalam kos penyelenggaraan. Ianya disokong dengan mesyuarat permuafakatan yang telah diadakan baru-baru ini , pihak pengurusan telah memberitahu bahawa kos penyelenggaraan telah meningkat dan meminta ibu bapa berpesan kepada anak-anak supaya menguruskan sisa domestic yang telah digunakan dengan bertanggungjawab.
14 10.3 Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di Kawasan kajian. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah, mengadakan kempen dan pertandingan kelas terbersih. Seramai 26 responden telah memilih Langkah tersebut. Seperti di sekolah rendah, aktiviti pertandingan kelas terbersih diadakan setiap bulan dan impaknya murid lebih bersemangat untuk membersihkan kawasan kelas dan ianya sikit sebanyak telah memupuk sikap tanggungjawab murid membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Seterusnya, responden telah memilih denda dan penguatkuasaan harus dilakukan bagi meningkatkan kesedaran kepada murid. Contohnya murid yang didapati membuang sampah perlu membersihkan kawasan sekolah seperti padang dan tandas. Akhir sekali responden telah memilih untuk mengadakan Pendidikan alam sekitar seperti yang telah dianjurkan di dalam buku teks. Dengan aktivit yang menarik,pastinya kesedaran murid makin bertambah.
15 11. RUMUSAN KAJIAN MRSM Kuala Klawang merupakan tempat murid menimba ilmu, maka seharusnya gedung ilmu ini sentiasa bersih dan indah agar murid dapat belajar dalam keadaan tenang dan selesa. Namun segalanya akan tercapai apabila semua pihak bekerjasama membersihkan kawasan serta bertanggungjawab terhadap sisa buangan yang dilakukan. Saya berharap dapatan kajian saya ini dapat sedikit sebanyak memberikan informasi serta idea untuk memastikan kebersihak Kawasan MRSM sentiasa bersih.
16 12. SENARAI RUJUKAN https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSes5PzcCEv1xd3He1SEA omZEheIRaEdfDiDT53w4vlGMOjMoA/viewform?usp=pp_url https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik http://mrsmkualaklawang.blogspot.com/ Buku Teks Geografi Tingkatan 1
17 13. BORANG SOAL SELIDIK
18 14. GAMBAR PEMERHATIAN . .
19 SEKIAN TERIMA KASIH.