The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-02-14 00:59:49

BUKU CERITA KANAK KANAK Riuh Riang Di Kampung

RIUH RIANG DI KAMPUNG

Riuh Riang Di Kampung Perpaduan

Ditulis Oleh:Lim Gaik Cheng

RIUH RIANG DI KAMPUNG
Perpaduan

Ini merupakan sebuah cerita kanak-kanak yang berkaitan tentang seorang
gadis kecil yang bernama Lili dan kawan-kawanya.Kawan-kawan Lili terdiri
daripda pelbagai kaum. Lili dan kawan-kawanya merupakan kanak-kanak
yang sangat suka bermain permainan tradisional. Mereka telah memperoleh
johan dalam pertandingan Permainan Tradisional yang dianjurkan oleh
Tadika Cemerlang. Akhirnya Lili dan kawan-kawanya berjaya telah berjaya
membuat persembahan Tarian Jongket di Majlis Gruaduasi Tadika
Cemerlang.

1

Hai, kawan kawan semua nama saya Lili. Saya berusia enam tahun saya
mempunyai ramai kawan-kawan yang pelbagai kaum seperti Aina,Geetha Ah
Keong dan Ahmad. Kami semua belajar di Tadika Cemerlang. Kampung yang
kami tinggal ialah kampung Perpaduan. Kampung Lili tinggal terdiri daripada
masyarakat pelbagai bangsa seperti bangsa Melayu,Cina dan India tetapi
semua masyarakat di kampung Perpaduan hidup dalam suasana yang aman

dan harmoni.

2

Setiap hari, aktiviti yang wajid dilakukan oleh Lili ialah bermain bersama-
sama dengan kawan-kawanya. Lili dan kawan-kawanya akan berkumpul di
padang kampung tepat pada pukul lima petang untuk bermain. Lili dan
kawan-kawanya sangat suka bermain permainan tradisional contoh
permainan tradisional yang paling digermari oleh Lili dan kawan-kawannya
ialah gasing, batu Seremban dan galah panjang. Lili dan kawan-kawanya
akan bermain sehingga pukul tujuh malam.

3

Pada keesokan harinya, Lili dan kawan-kawanya iaitu Aina,Geetha, Ah Keong
dan Ahmad pergi ke Tadika dengan menaiki van yang disediakan oleh pihak
tadika. Apabila mereka tiba di tadika Cikgu Hanis iaitu cikgu yang mengajar
Lili dan kawan-kawanya memberitahu mereka bahawa satu pertandingan
permainan tradisional akan diadakan pada “Hari Kanak Kanak”. Murid-
murid yang berjaya mendapat johan dalam Pertandingan Permainan
Tradisional akan mendapat peluang untuk membuat persembahan tarian
jongket semasa majlis graduasi tadika yang akan diadakan tidak lama lagi.
Lili dan kawan-kawanya sangat gembira apabila mendengar pertandingan
tersebut kerana hobi mereka ialah menari selain suka berman permainan
tradisional.

4

Apabila!Lili pulang ke rumah Lili tanya kepada ibunya?.
“Ibu! bolehkah Lili dan kawan-kawan menyertai pertandingan permainan
tradisional yang diadakan di tadika?”
“Boleh Lili,kamu dan kawan–kawan boleh menyertai pertandingan tetapi
kamu semua perlulah saling bekerjasa dan tolong-menolong antara sama
lain.”kata ibu kepada Lili.
“Baik ibu,kata Lili kepada ibunya.”

Pada waktu petang, Lili dan kawan-kawanya berkumpul seperti biasa di
padang kampung.Semua kawan-kawan Lili bersetuju untuk menyertai
pertandingan permainan tradisional. Mereka bercadang untuk mengambil
bahagian dalam pertandingan gasing kerana mereka mempunyai lima orang
dan dapat membentuk satu kumpulan.Lili dan kawan-kawanya berharap
mereka boleh mendapat johan dalam pertandingan permainan tradisional
kerana mereka ingin mendapat peluang untuk membuat persembahan
tarian Jongket semasa majlis graduasi tadika.

“Lili!berkata kita perlu rajin berlatih dan saling bantu membantu antara satu
sama lain supaya kita dapat memperolehi johan dalam pertandingan.”

“Ya!mulai hari ini kita mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh kata
Ahmad dengan penuh semangatnya!”

“Kita perlu berlatih beberapa jam sehari tanya Geetha?”

“Kita perlu berlatih selama 3 jam sehari kata Ah Keong kepada rakan-
rakanya.”

5

Mulai pada hari itu Lili dan kawan-kawanya berlatih dengan bersungguh-
sungguh pada setiap petang di padang kampung. Bukan itu sahaja Lili dan
kawan-kawanya juga minta tunjuk ajar daripada Pak Kasim iaitu penghulu
Kampung Perpaduan kerana Pak Kassim sangat pandai dalam bermain
permainan tradisional terutamanya dalam permainan gasing.

6

Pada suatu pagi, jam rumah telah menunjukkan 8:00 pagi tetapi Lili masih
belum bangun lagi. Apabila Lili dikejutkan oleh ibunya Lili terus berlari
dengan pantas untuk turun tangga kerana sudah kelewatan untuk pergi ke
tadika. Tiba tiba, Lili telah jatuh dari tangga rumahnya. Hal ini menyebabkan
Lili telah mengalami kecederaan ringan pada kaki kananya.

7

Perkara ini menyebabkan Lili berasa sangat sedih kerana pertandingan
permainan tradisional akan bermula selepas 2 hari lagi. Dia dan kawan-
kawanya telah membuat banyak persediaan untuk pertandingan permainan
tradisional tersebut. Bukan itu sahaja, Lili juga sangat takut dirinya tidak
dapat menyertai pertandingan dan akan menjadi beban kepada

kawankawanya.
Apabila ibu Lili melihat Lili menangis ibu Lili memberitahu Lili
bahawa.
“Lili! jangan sedih,apabila kita menyertai sesuatu pertandingan
mesti ada kawan-kawan yang menang dan mesti ada kawan-
kawan yang kalah.Yang penting ialah Lili telah mencuba dan
membuat terbaik dalam pertandingan tersebut.”

8

Pada pagi ini Lili kelihatan sangat cermas dan risau kerana hari ini
merupakan Hari Kanak-Kanak. Bukan itu sahaja hari ini juga merupakan
hari yang penting kepada dia dan kawan-kawanya iaitu pertandingan
permainan tradisional.Lili telah bangun pada awal pagi selepas mengambil
sarapan ibu dan bapa Lili telah menghantar Lili ke tadika.

9

Acara pertandingan permainan tradisional akan bermula pada pukul 8:30
pagi. Semua tetamu dan ibu-bapa dijemput duduk untuk memberi sokongan
kepada anak anak mereka. Pada pukul 9:00 pagi pertandingan gasing telah
bermula.Sebelum bermula pertandingan kawan-kawan Lili seperti
Aina,Geetha,Ahmad dan Ah Keong telah memberi kata semangat dan
dorongan yang kuat kepada Lili yang bimbang akan kecederaanya pada
kakinya.

10

Dengan adanya sokongan dan dorongan daripada kawan-kawanya
menyebabkan Lili dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam
pertandingan pertandingan gasing.Hal ini telah menyebabkan Lili dan
kawan-kawanya seperti Aina,Geetha,Ahmad dan Ah Keong menjadi johan
dalam pertandingan permainan tradisional.

11

Oleh itu,Lili dan kawan-kawanya telah mendapat peluang untuk membuat
persembahan Tarian Jongket semasa Majlis Graduasi Tadika Cemerlang. Lili
dan kawan-kawanya berasa sangat gembira kerana mereka dapat membuat
persembahan tarian Jongket bersama-sama. Ini merupakan kenangan yang
sangat baik antara Lili dan kawan-kawan baiknya iaitu iaitu Aina,Geetha,Ah
Keong dan Ahmad.

12

13


Click to View FlipBook Version