The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danish, 2022-12-23 10:54:58

Kerja lapangan geo penggunaan teknologi hijau

Danish 2 Amber

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(TAMAN NESA, JOHOR BAHRU.)

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD DANISH HAKIM BIN
MOHAMED FAROUK

TINGKATAN:

2 AMBER

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

23/12/2022

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKASURAT
3
1. PENGHARGAAN 4
2. PENDAHULUAN 5
6
3. OBJEKTIF KAJIAN 7

KAJIAN KES 8-10

4. KAWASAN KAJIAN 11
12
5. KAEDAH KAJIAN
13-17
6. HASIL KAJIAN

I. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
II. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di

Taman Nesa, Skudai
III. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
IV. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan

dalam kehidupan seharian
V. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat

bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai

7. RUMUSAN
8. RUJUKAN

9. LAMPIRAN
Lampiran A – Foto
Lampiran B – Soal Selidik
Lampiran C- Temubual

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail, Encik Razali bin Tamadi kerana memberikan kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, iaitu Puan Hanifah
binti Jamaluddin yang telah memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian
ini dijalankan.

Ucapan terima kasih jugak ditujukan kepada ibu saya iaitu Nuradila binti Mohd Zaiyadi yang
sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja lapangan
ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan saya yang telah membantu saya
dalam menyiapkan kerja lapangan ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada responden Taman Nesa yang sudi
memberi kerjasama.

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Muhammad Danish Hakim bin Mohamed Farouk merupakan pelajar Tingkatan 2 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail. Saya telah memilih tajuk Teknologi Hijau
kerana tajuk ini memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan serta
membuat rujukan daripada laman sesawang dan juga buku-buku yang berkaitan.

Kawasan kajian ialah di Taman Nesa ,Skudai, Johor kerana ia merupakan kawasan tempat
tinggal saya. Saya telah menetapkan 5 objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkan kerja lapangan iaitu :-

2.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2.2 Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Nesa, Skudai
2.3 Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
2.4 Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
2.5 Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan

penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai

Saya menggunakan 4 kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kaedah rujukan
dan kaedah temubual. Saya mengambil masa selama 1 minggu untuk menyiapkan untuk
menyiapkan kerja lapangan saya.

Berikut merupakan jadual kerja saya bagi menyiapkan kerja lapangan ini :

Bil. Tarikh Perkara
1 5/12/2022
Menerima taklimat dan tugasan kerja lapangan Geografi daripada guru
2 18/12/2022 matapelajaran iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin
3 19/12/2022 Menulis penghargaan, pendahuluan dan objektif kajian

4 20/12/2022 i) Membuat pemerhatian dan mengambil gambar yang berkaitan di
5 21-24/12/2022 kawasan kajian
ii) Memberi soalan kepada respondan dalam bentuk Google form
Menganalisis data yang diperoleh daripada hasil soal selidik respondan

Menyiapkan kerja lapangan

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dilakukan bertujuan untuk :-

3.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
3.2 Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Nesa, Skudai
3.3 Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
3.4 Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
3.5 Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan

penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai

4.0 KAWASAN KAJIAN

Saya memilih Taman Nesa, Skudai sebagai kawasan kajian saya kerana ianya merupakan
kawasan tempat tinggal saya menjadikan saya lebih mudah mendapat maklumat kerana
sudah biasa dengan kawasan sekeliling. Jarak kawasan ini ke pusat Bandar Johor iaitu Johor
Bahru ialah kira-kira 9.85 km.

Antara sebab penduduk memilih untuk menetap di kawasan ini ialah kerana kawasan ini
mempunyai kemudahan seperti kedai, sekolah, masjid, tempat penginapan dan lain-lain.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menyiapkan kerja lapangan ini. Antara kaedah
yang saya gunakan termasuklah :-

1. KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian di kawasan kajian saya . Saya juga
turut mengambil beberapa keping gambar yang berkaitan dengan tajuk kerja
lapangan ini.

2. KAEDAH SOAL SELIDIK

Saya menggunakan kaedah ini untuk menanyakan beberapa soalan kepada
penduduk Skudai melalui “Google Form”. Ini membolehkan saya menganalisis data
yang diperoleh dengan lebih cepat dan mudah.

3. KAEDAH RUJUKAN

Saya menggunakan buku teks dan melayari internet bagi memudahkan saya untuk
mendapat lebih banyak maklumat tentang kajian yang dilakukan.

4. KAEDAH TEMUBUAL

Kaedah ini memerlukan saya untuk menemubual penduduk Taman Nesa bagi
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan amalan penggunaan
Teknologi Hijau.

6.0 HASIL KAJIAN

KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada
aktiviti seharian.
Teknologi Hijau juga merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Antara contoh amalan penggunaan teknologi hijau adalah seperti penanaman pokok bunga,
mengasingkan sampah mengikut jenisnya, penggunaan panel solar dan lain-lain.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU YANG TERDAPAT DI TAMAN NESA

(Rajah 1)

Rajah 1 menunjukkan amalan penggunaan teknologi hijau yang diamalkan oleh penduduk
Taman Nesa. Hasil menunjukkan bahawa majoriti penduduk Taman Nesa mengamalkannya.
Amalan yang paling popular di kalangan penduduk merupakan penanaman pokok bunga
yang merangkumi separuh daripada keseluruhan carta iaitu 50%. Hal ini kerana
kebanyakkan penduduk di sini mempunyai kawasan yang luas untuk menanam pokok bunga.
Diikuti dengan penggunaan panel solar, penduduk juga menggunakan panel solar namun
hanya 30% daripada mereka yang menggunakannya kerana panel solar ini memerlukan kos
yang tinggi untuk dimiliki. Akhir sekali, tong kitar semula yang menjadi minoriti dengan
peratusan sebanyak 10% dan peratusan penduduk yang tidak mengamalkan penggunaan
amalan Teknologi Hijau iaitu sebanyak 10% juga.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau mengandungi banyak kepentingan termasuklah :-
 Dapat mengurangkan peningkatan suhu dengan menggunakan peralatan elektronik yang
tidak melepaskan gas yang merbahaya seperti gas klorofluorokarbon (CFC).
 Dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti
gas asli dan petroleum.
 Dapat mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula dan menghasilkan
produk baru yang berguna.
 Dapat meningkatkan kualiti udara dengan menggunakan kereta hibrid dan mengurangkan
pelepasan gas karbon ke udara.
 Dapat meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan secara
antarabangsa dan menyumbang kepada pendapatan negara.

PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN

 Tiada ruang untuk menanam pokok bunga
 Tiada kesedaran tentang kewujudan Teknologi Hijau
 Penduduk tidak berminat untuk mengamalkannya
 Tiada pengetahuan tentang cara untuk mengamalkan penggunaan Teknologi Hijau

LANGKAH-LANGKAH DAN STRATEGI YANG BOLEH DIBUAT BAGI MENINGKATKAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

 Mengadakan kelas tentang cara untuk menanam pokok bunga walupun di ruang
sempit.

 Membuat kempen kesedaran tentang amalan penggunaan Teknologi Hijau sekurang-
kurangnya 3 minggu sekali.

 Mengajak jiran terdekat untuk mengamalkan penggunaan Teknologi Hijau bersama-
sama.

 Mengedarkan postertentang cara mengamalkan penggunaan Teknologi Hijau di
sekitar kawasan yang berkenaan.

7.0 RUMUSAN

Pada akhir kajian ini saya mendapati bahawa ramai penduduk sudah mula sedar akan
kepentingan penggunaan amalan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian walaupun
masih ada segelintir penduduk yang tidak sedar akan kepentingannya. Kajian ini juga telah
memberikan saya semangat untuk mengamalkan amalan penggunaan Teknologi Hijau dan
cara untuk melaksanakannya dengan betul.

Saya mendapat banyak pengalaman sepanjang menyiapkan kerja lapangan ini dengan
menggunakan beberapa kaedah yang ada di dalam matapelajaran Geografi ini.

Sebagai penutup kata saya mengajak semua untuk menerapkan dan mengamalkan
penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian agar generasi yang akan dating tidak
akan merana akibat daripada perbuatan kita pada hari ini.

8.0 RUJUKAN

INTERNET
I. https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau
II. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

III. http://shafseducational.blogspot.com/2017/04/tong-sampah-kitar-semula-konsep-
3r-3.html

BUKU
I. Buku teks Geografi Tingkatan 2

9.0 LAMPIRAN

-LAMPIRAN A-
FOTO

-LAMPIRAN B-
SOAL SELIDIK





-LAMPIRAN C-
TEMUBUAL

Nama: Enton binti Mohamed
Alamat: Jalan Zapin 13, Taman Nesa

Danish: Assalamualaikum, makcik. Saya tertarik dengan pokok-pokok bunga makcik,
Enton: makcik ke yang tanam pokok-pokok ni?
Danish: Waalaikumussalam, ya makcik yang tanam semua ni.
Enton: Saya Danish, mahu menanyakan beberapa soalan pada makcik untuk kerja
Danish: lapangan Geografi saya, tetapi sebelum itu bolehkah saya tau nama makcik?
Enton: Baiklah, nama makcik Enton binti Mohamed, apa soalan yang kamu mahu
Danish: tanyakan?
Enton: Saya mahu bertanya, adakah makcik mengamalkan amalan penggunaan Teknologi
Hijau?
Danish: Ya, makcik mengamalkannya dan salah satunya ialah penanaman pokok bunga
yang dapat kamu lihat di sini dan pengasingan sampah mengikut jenis.
Enton: Oh, jadi bolehkah saya tahu mengapa makcik melakukan perkara tersebut?
Makcik menanam pokok bunga atas sebab minat makcik sejak kecil lagi.
Pengasingan sampah pula, kerana makcik diberitahu oleh anak makcik tentangnya
dan makcik dapati bahawa membuat demikian banyak kebaikannya. Perkara-
perkara ini telahpun menjadi amalan harian makcik sekeluarga.
Wah ! Bagusnya amalan yang dilakukan keluarga makcik. Baiklah, saya ingin
berundur diri dan mengucapkan terima kasih kepada makcik kerana sudi
menjawab pertanyaan saya.
Sama-sama.


Click to View FlipBook Version