The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBook ini direka khas untuk membantu anda menguasai asas-asas penggunaan Canva untuk mereka bentuk poster. Anda akan dibimbing langkah demi langkah, dari proses pendaftaran sehingga anda berjaya mencipta poster pertama anda. Di dalam eBook ini, anda akan mempelajari cara mempelajari Canva,memilih dan mengubahsui template,teknik asas dan lanjutan rekabentuk dan cara untuk simpan dan kongsi rekaan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZIAH BINTI ABDUL RAHMAN (PUO), 2024-06-28 11:45:47

Mudahnya Design Guna Canva

EBook ini direka khas untuk membantu anda menguasai asas-asas penggunaan Canva untuk mereka bentuk poster. Anda akan dibimbing langkah demi langkah, dari proses pendaftaran sehingga anda berjaya mencipta poster pertama anda. Di dalam eBook ini, anda akan mempelajari cara mempelajari Canva,memilih dan mengubahsui template,teknik asas dan lanjutan rekabentuk dan cara untuk simpan dan kongsi rekaan.

Keywords: Design,Canva

MUDAHNYA DESIGN GUNA CANVA PENULIS : AZIAH ABDUL RAHMAN


1 Pengenalan 2 Apakah Canva 3 Kenapa Belajar Canva 4 5 6 Mencipta Rekaan Pertama Anda Memilih Template Mengubahsuai Template Menggunakan Elemen dan Alat Reka Bentuk Menyimpan dan Berkongsi Rekaan Anda 7 8 Penutup 9 Latihan Prinsip Reka Bentuk Visual Sedia untuk Memulakan Canva Mendaftar dan Log Masuk Pengenalan Muka Canva ISI KANDUNGAN Tips untuk rekabentuk yang lebih menarik 3 Mukasurat 4 5 6 9 11 15 16 19


Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan E-Book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada AZIAH ABDUL RAHMAN. Tanggungjawab hakcipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam E-Book ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak penerbit dan penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang disalahgunakan. PENAFIAN Penerbitan ini mengandungi pandangan serta pengalaman penulis dan juga sumber dari yang boleh dipercayai. Ia bertujuan membantu dan menyediakan maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan E-Book ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN Penulis hanya memberi lesen untuk kegunaan individu pembeli sahaja. TIADA Lesen “Private Label Rights” atau “Master Resell Rights” dibekalkan untuk E-Book ini. Anda TIDAK dibenarkan sama sekali menyalin, mengubah, membuat kelas/seminar menggunakan kandungan ini dan juga tidak dibenarkan menyebarkan E-Book ini secara percuma atau berniat menjualnya kembali sama ada dalam bentuk E-Book atau bercetak. HAK CIPTA TERPELIHARA 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana membeli E-Book MUDAHNYA DESIGN GUNA CANVA Alhamdulillah, E-Book ini telah siap sepenuhnya dan ia dihasilkan dengan baik dan ikhlas untuk pembaca semua. Inspirasi di Sebalik E-Book Ini Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya sering menerima pertanyaan dan permintaan dari rakan-rakan serta kenalan mengenai cara mudah untuk mereka bentuk poster yang menarik dan profesional. Dengan perkembangan pesat dalam teknologi dan kemudahan alat reka bentuk dalam talian, saya sedar bahawa banyak orang yang berpotensi untuk menghasilkan karya yang hebat jika diberikan panduan yang betul. Saya mula mengenali Canva beberapa tahun yang lalu dan terpesona dengan kesederhanaannya serta keberkesanannya. Saya mendapati bahawa Canva bukan sahaja memudahkan proses reka bentuk tetapi juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang atau tahap kemahiran, untuk mencipta rekaan yang menakjubkan. Dari situlah tercetusnya idea untuk menghasilkan eBook ini - untuk berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai orang menguasai seni reka bentuk poster menggunakan Canva. Harapan saya adalah agar eBook ini menjadi panduan yang bermanfaat untuk anda dalam perjalanan kreatif anda. Saya berharap setelah memiliki eBook ini dapat menguasai asas rekabentuk dan meningkatkan kreativiti menghasilkan poster dengan menggunakan canva. Anda mampu menghasilkan rekabentuk poster yang luar biasa. Selamat berkreatif AZIAH ABDUL RAHMAN SELAYANG PANDANG 2


Pengenalan 3


Canva ialah platform reka bentuk grafik yang menyediakan alatan untuk mencipta grafik media sosial, persembahan, barangan promosi dan tapak web. Dilancarkan di Australia pada 2013, perkhidmatan ini menawarkan alat reka bentuk untuk individu dan syarikat. Apakah Canva 4


Kenapa belajar Canva Meningkatkan kreativiti dan persembahan digital. Mudah difahami dan mesra pengguna serta ada intergrasi dengan pelbagai platform . Akses berasaskan web dan fleksibel untuk bekerja di mana-mana sahaja. Harga berpatutan dan juga menawarkan pelan percuma. Sokongan pembelajaran seperti tutorial dan dan panduan video serta komuniti yang aktif 5


Prinsip Rekabentuk Visual Perbezaan (Contrast) Kesederhanaan (Simplicity)) Keseimbangan (Alignment)) Penyatuan (Proximity) Penekanan (Emphasis) Pengulangan (Repetition) C.A.S.P.E.R 6


2.A-Alignment (Seimbang) Kedudukan elemen Perkataan Ruang 7 Prinsip Rekabentuk Visual 1. C - Contrast (Kontras) Font Warna Bentuk Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Terdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visual iaitu C.A.S.P.E.R. 3. S- Simplicit (Kesederhanaan) 3-5 Pilihan Font Terhadkan bilangan elemen


Prinsip Rekabentuk Visual 6.R - Repetition (Keseragaman) Font Elemen 5.E-Emphasis (Dominan) Tahu Fokus Point Tajuk Utama Mesej 4. P-Proximity(Penyatuan) Font Elemen Mesej Warna 8


Sedia Untuk Memulakan Canva Memulakan Canva Daftar dan Log Masuk ke Canva Memilih Template Poster Mengubah Suai Template Menambah dan Mengedit Elemen Reka Bentuk Menyimpan dan Berkongsi Reka Bentuk 9


Langkah 1: Daftar dan Log Masuk ke Canva 1.Daftar Akaun: Pergi ke laman web Canva (https://www.canva.com) dan daftar akaun baru jika anda belum mempunyai akaun. Anda boleh mendaftar menggunakan email, akaun Google, atau akaun Facebook. 2. Log Masuk: Selepas mendaftar, log masuk ke akaun Canva anda. Daftar dan Log masuk di sini. 10


Langkah 2: Memilih Template Poster Klik di halaman Canva dan di bahagian bar carian taip Poster. Cari Template: Di halaman utama Canva, gunakan bar carian untuk mencari "Poster" atau pilih kategori "Poster" dari senarai template yang tersedia. Pilih Template: Pilih template poster yang paling sesuai dengan keperluan anda daripada pelbagai pilihan yang tersedia. Anda boleh menyesuaikan semua elemen dalam template ini. 11


Langkah 3:Mengubah Suai Template Klik di menu; “upload” untuk muatnaik gambar sendiri dari file. Edit Teks: Klik pada teks dalam template untuk mengeditnya. Anda boleh menukar kata-kata, font, saiz, warna, dan gaya teks mengikut keperluan anda. Ganti Gambar: Klik pada gambar dalam template untuk menukarnya. Anda boleh memuatnaik gambar sendiri atau memilih dari pustaka gambar Canva yang besar. Untuk mengganti gambar, klik "upload" di bar sisi kiri dan seret(drag) gambar anda ke kawasan yang dikehendaki. Klik gambar yang telah di muat naik jika ingin tukar gambar . 12


Langkah 4 : Menambah dan Mengedit Elemen Reka Bentuk Klik di menu ; “elemen” untuk edit atau tambah ikon,garisan,bentu k dan ilustrasi Tambah Elemen Baru: Klik "Elemen" di bar sisi kiri untuk menambah elemen seperti ikon, bentuk, garisan, dan ilustrasi. Cari elemen yang anda inginkan dan seret ke dalam reka bentuk anda. Edit Warna dan Susunan: Pilih elemen dalam reka bentuk untuk menukar warna, saiz, dan kedudukan. Gunakan alat di bahagian atas untuk membuat pengubahsuaian yang diperlukan 13


Simpan Reka Bentuk: Setelah selesai, klik butang Muat turun "Download" di sudut kanan atas skrin. Pilih format yang anda inginkan (contohnya PNG, JPG, PDF) dan muat turun reka bentuk anda. Berkongsi: Anda juga boleh berkongsi reka bentuk anda secara langsung dari Canva melalui email atau media sosial. Klik butang Kongsi "Share" dan pilih cara perkongsian yang sesuai. Klik butang “share”/kongsi untuk simpan secara“download”/mu at turun dan kongsi Reka bentuk poster yang siap. Langkah 5 : Menyimpan dan Berkongsi Reka Bentuk 15


Taa daa..Ini Hasil Rekabentuk (Design) Poster 14


Tips untuk Rekabentuk yang lebih menarik Pilih Warna dengan Bijak Hierarki Visual Tambah Elemen Interaktif dan Kreatif Gambar dan Grafik Berkualiti Tinggi Manfaatkan Ruang Negatif QR Code dan pautan laman web . Animasi (Untuk Digital) Fokus pada elemen utama seperti tajuk dan mesej dengan menggunakan font besar dan warna berbeza. Tipografi yang betul seperti font dan saiz yang sesuai dengan tema poster. Gunakan skema warna yang konsisten dan harmoni. Pilih 2-3 warna utama dan gunakan variasi tona untuk menambah kedalaman. Gunakan kontras warna yang kuat untuk menonjolkan elemen penting dan memastikan teks mudah dibaca. Gambar yang digunakan adalah resolisi tinggi dan tidak pecah atau kabur. Konsistensi Visual selaras dengan tema dan poster. Jangan padatkan poster dengan terlalu banyak elemen. Berikan ruang kosong atau ruang negatif untuk membolehkan elemen penting menonjol. Seimbangkan elemen dalam poster dan mencipta komposisi yang lebih teratur dan mudah difahami. 15


Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca eBook ini dan belajar cara menggunakan Canva untuk mereka bentuk poster yang menarik. Kami berharap panduan ini telah memberikan anda pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencipta reka bentuk poster yang profesional dan kreatif. Sepanjang eBook ini, anda telah belajar: Asas menggunakan Canva, termasuk mendaftar, log masuk, dan mengenali antara muka pengguna. Cara memilih dan mengubah suai template poster untuk memenuhi keperluan khusus anda. Teknik-teknik asas dan lanjutan dalam reka bentuk poster, termasuk penggunaan warna, tipografi, elemen visual, dan komposisi. Cara menyimpan, berkongsi, dan mencetak reka bentuk anda dengan mudah. Tips dan trik untuk membuat reka bentuk poster anda lebih menarik dan berkesan. Penutup 16


Latihan Berterusan Eksperimen dengan Gaya Berbeza Terokai Sumber Tambahan Langkah untuk Mengasah kemahiran Canva Teruskan berlatih dengan mencipta pelbagai jenis poster untuk meningkatkan kecekapan anda. Jangan takut untuk mencuba gaya reka bentuk yang berbeza dan menggunakan elemen-elemen baru dalam Canva. Baca buku, tonton tutorial video, dan ikuti kursus dalam talian untuk memperdalam pengetahuan anda dalam reka bentuk grafik. 17


Akhir kata Ingatlah, reka bentuk adalah perjalanan kreatif yang tidak berkesudahan. Setiap projek adalah peluang untuk belajar sesuatu yang baru dan memperbaiki kemahiran anda. Teruslah berkreativiti, berinovasi, dan bersenang-senang dalam setiap reka bentuk yang anda hasilkan. Selamat berkreativiti dan semoga berjaya dalam semua usaha reka bentuk anda! 18


latihan Pengukuhan 19


TUGASAN Reka satu poster berkaitan perniagaan anda dengan menggunakan Canva dan imbas QR di bawah untuk kongsi reka bentuk poster yang telah siap.Rekabentuk terbaik akan menerima hadiah misteri. 20


EBook ini direka khas untuk membantu anda menguasai asas-asas penggunaan Canva untuk mereka bentuk poster. Anda akan dibimbing langkah demi langkah, dari proses pendaftaran sehingga anda berjaya mencipta poster pertama anda. Di dalam eBook ini, anda akan mempelajari cara mempelajari Canva,memilih dan mengubahsui template,teknik asas dan lanjutan rekabentuk dan cara untuk simpan dan kongsi rekaan . EBook ini sesuai untuk semua peringkat pengguna, sama ada anda baru sahaja bermula atau sudah mempunyai sedikit pengalaman dalam reka bentuk grafik. Tidak kira apa pun latar belakang anda, eBook ini akan memberikan anda pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk menghasilkan poster yang menarik dan berkesan. BIODATA PENULIS Aziah Abdul Rahman merupakan seorang Pensyarah Kanan di Politeknik Ungku Omar,Ipoh,Perak.Beliau berkelulusan dalam Bachelor Of Commerce (Accounting)( UQ Australia) dan MBA Islamic Banking Banking and Finance(UKM).Pengalaman sebagai tengaga pengajar di politeknik melebihi 20 tahun dan mengajar pelbagai kursus dan termasuk kursus Usahawan.Beliau juga merupakan penyelaras Keusahawanan di PUO dan banyak terlibat dengan aktiviti dan kursus - kursus berkaitan keusahawanan. EBOOK MUDAHNYA DESIGN GUNA CANVA


Click to View FlipBook Version