The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANIS RAFIQAH MOHAMAD AZHAR, 2023-11-15 22:28:25

BAB 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

BAB 1 PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

• Agama Hindu merupakan agama yang utama dalam peradaban India. • Prinsip etika dalam agama Hindu dapat dilihat melalui prinsip yamas (external ethics) dan niyamas (internal ethics). Peradaban India Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Agama Hindu Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Yamas Sathya (tidak menipu / tidak mungkir janji / berlaku jujur) Ahimsa (belas kasihan / tidak mencederakan orang lain dengan pemikiran, perbuatan dan perkataan) Bramacharya (mulia rohani & jasmani) Asteya (tidak mencuri / merompak) Aparigraha (murah hati / tidak tamak haloba / bersederhana dalam berbelanja) Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Niyamas Saucha (suci gerak laku / sikap baik / sopan santun) Tapas (disiplin diri, tabah) Isvarapranidhana (ikhlas dan dermawan) Svadhyaya (refleksi diri, pemikiran, ucapan dan tindakan diri sendiri) Santosha (kepuasan hati & hormat menghormati) Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Karma • Karma adalah fahaman dan kepercayaan dalam agama Hindu. • Mengikut hukum karma, perbuatan baik akan diberi balasan yang baik manakala perbuatan jahat akan membawa padah. • Menurut hukum karma, setiap manusia adalah bertanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukannya. Karma dikaitkan dengan kepercayaan kelahiran semula (reinkarnasi). Semasa hari pembalasan, manusia akan dibalas mengikut amal perbuatan mereka semasa hidup. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Selain agama Hindu, agama Sikh merupakan salah satu lagi agama yang sinonim dengan peradaban India. • Perkataan Sikh bermaksud Seeker of truth’. • Sikh diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji. • Agama ini mempercayai satu Tuhan iaitu abadi dan tidak berbentuk. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Sikh Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Ajaran ini mempunyai konsep persaudaraan yang disebut Khalsa yang bermakna rela berkorban apa saja apabila melibatkan agama. • Ia diwakili oleh 5 simbol utama (5K): Kesh (rambut panjang) Kangha (sikat) Kara (gelang besi) Kirpan (pedang kecil) Kachera (seluar jerut). Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Nilai Teras dalam Agama Sikh 1) Kesamaan Gender • Kaum wanita dipandang tinggi dan mempunyai hak, kedudukan dan keistimewaan yang sama dengan lelaki. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM 2) Kedudukan manusia adalah sama • Semua manusia adalah sama di sisi Tuhan meskipun berbeza budaya, bahasa, warna kulit dan lain-lain. Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


3) Mengingati Tuhan • Berkait rapat dengan The Three Pillars of Sikhism. i) Naam Japna - fokus kepada Tuhan. ii) Kirat Karni (hidup dengan jujur / honest living) – jujur setiap masa, menjalani kehidupan dengan sopan dan penuh dengan nilai kerohanian dan moral. iii) Vand Chakna - berkongsi dengan orang lain / sharing with others)- berkongsi kekayaan dengan mempraktikkan Vand Chakna (Share and consume together). Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


4) Bekerja keras dalam hidup • Melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan cara yang jujur dan betul. • Menggunakan kemahiran dan kebolehan yang diberikan Tuhan untuk kebaikan sendiri, keluarga dan masyarakat Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


5) Berkongsi dengan orang lain • Berkongsi kekayaan dengan orang lain, bersedekah dan mengedarkan makanan di Langar (dapur percuma). Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


6) Menolong orang lain • Melakukan sewa (selfless service) tanpa mengharapkan balasan. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


7) Melindungi dan menghormati hak orang lain. 8) Bersedia berkorban untuk orang lain. 9) Bersikap lemah lembut dan bertindak dengan rendah hati. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia Melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Dalam konteks ilmu sosiologi, sejarah ialah himpunan peristiwa dan pengalaman lalu yang saling berkait melibatkan individu, keluarga dan komuniti dalam masyarakat. • Meneliti sejarah ialah dengan melihat kembali asal usul kita sejak dahulu. Sejarah • Dari mana asal kita? • Siapakah kita pada hari ini? • Bagaimanakah negara ini dibentuk menjadi sebuah negara? Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Tahap penghayatan mengenai etika dan peradaban di Malaysia sudah pasti berbeza mengikut struktur sosial kita. • Struktur sosial melibatkan komuniti dan sistem sekeliling sama ada formal atau tidak formal di mana kita tinggal dan dibesarkan, bersekolah dan bekerja. • Memahami struktur sosial akan membolehkan kita menghayati etika dan peradaban kita yang telah terbina dan sedang berlangsung dalam negara kita. Struktur Sosial Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Dari segi bahasa, biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. • Memahami bagaimana biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem sosial di negara kita akan membolehkan kita mengenali siapa diri kita sekarang ini serta biografi orang yang penting bagi negara kita. • Menghayati biografi diri kita bermula sejak lahir hingga kini, bagaimana kita menjalani hidup, bagaimana kita terbentuk hasil daripada sejarah diri kita dan struktur sosial yang membentuk diri kita. • Etika dan peradaban Malaysia terbina di atas etika dan peradaban biografi rakyat di negara ini yang teracuan sejak sekian lama. Biografi Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Contoh: Biografi Tunku Abdul Rahman Latar belakang Tunku (membentuk jiwa dan diri sebagai pejuang). Mencorakkan sejarah kemerdekaan negara. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Penghayatan Etika dan Peradaban Mengikut Masyarakat, Negara dan Pasaran Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


• Biografi negara kita akhirnya akan dilihat berdasarkan faktor masyarakat, negara dan pasaran. • Biografi masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang baik akan membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan yang baik serta dihormati. • Keadaan negara yang baik/bagus adalah kerana keadaan masyarakatnya mempunyai peradaban tinggi yang mencorak pemerintahan dan kehidupan yang hebat sekarang dan untuk masa depan. • Biografi negara yang baik akan membolehkan hal perekonomian melibatkan pasaran berkembang pesat. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Kesimpulan • Ringkasnya, penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia berdasarkan susur masa: Era prakolonial - konsep ‘adab’ dan ‘adat’ (adat istiadat dan adat resam). Era kolonial - sifat dan kefahaman mengenai etika berciri moden telah diperkenal dan dilaksanakan – etika, etos & etiket Era Pasca Kolonial - gabungan kedua-dua bentuk etika iaitu tradisional dan moden dalam ‘acuan’ Malaysia. • Penghayatan yang tinggi terhadap etika dan peradaban di Malaysia dapat membantu kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing secara beretika dan bermoral dan seterusnya memberi kesan yang positif terhadap masyarakat, komuniti, negara dan pasaran. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM Dilarang memuatnaik dokumen ini di mana-mana platform perkongsian.


Sekian, terima kasih Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA) Centre for Internship Training and Academic enrichment (CITrA) Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Click to View FlipBook Version