The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reyundeversus, 2021-10-09 09:22:47

Teori Kognitivisme

Teori Kognitivisme

Teori Kognitivisme

Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam
pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan
pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur
pengetahuan. Pengkajian terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran
tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan
informasi yang bermakna.

Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung
kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam
persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama
utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan
atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini
melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep
(penanggapan).

Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan
satu teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat
menarik untuk dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem
pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya
sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.

Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut

beliau, konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan

kita mengenal pasti, memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah.

Contohnya melalui cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun

maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat

memudahkan pengurusan

keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami,

mempelajari serta mengingati.

Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran
dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat
perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif
adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat
mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang

guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri
mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan
oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.

Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan
gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan.
Konsep disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan
dalam satu situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud
atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-
tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia
melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan
penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.

Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat
diajarkan secara efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap
perkembangan manapun. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan
menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap itu adalah:

(1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau
pengalaman baru;
(2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat
untuk hal-hal yang lain, dan
(3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.

Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat
ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga
ada empat tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu:

a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan,
b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar,
c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,
d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk
memotivasinya

Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman
perlu difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui
bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik.
Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang
bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang
bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut
menjadikan kanak-kanak merasa puas.

Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner.
Teori ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan
aktif dalam proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang
kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka
menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari
konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.

Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat
diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat
perkembangan anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif
adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat
mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan
kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan
mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka.

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif
iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses
pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan,
kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada
penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman
baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya,
Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh
manusia dalam proses pembelajaran.

Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar
kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam
proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi
untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses
pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.

Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang
tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap
rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan
melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti
bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.

Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih
rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu
akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa
Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan
disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi
menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.

Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah
simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan
luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan
berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru.
Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi,
di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan
panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.

Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa
ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses
pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas
seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku
yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada
murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam
diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.

Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David
Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna
adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan
terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran
dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:

- Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial

- Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.

Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu
memiliki kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam
struktur kognitif siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David
Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:

1. Pengatur awal (advance organizer)

Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu
mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan
pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama
materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali
pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu
digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.

2. Diferensiasi progresif

Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-
konsep. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian
baru yang lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.

3. Belajar superordinat

Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan
kearah deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep
dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga
pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-
konsep yang lebih luas dan inklusif.

4. Penyesuaian Integratif

Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau
lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang

sama diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu,
Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi
pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki
konseptual ke atas dan ke bawah selama informasi disajikan.

Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali
dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar
discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa
tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga
mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam
mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan model
pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan.

Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori
Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong
manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi
menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab
aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan
celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-
alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru.

Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor
cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di
bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk
mendapatkan pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk
menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik
akal.

Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu
menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan
masalah pelajaran. Selain itu, boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan
persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya,
kita sebagai guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk
membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan
atau generalisasi.

Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting
iaitu persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-
unsur di persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai
langkah-langkah memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran
resepsi serta bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan
konsep dan proses penemuan.


Click to View FlipBook Version