MODUL 2:
KESELAMATAN
A. KERJAYA DI AWAN BIRU
1.2.1. Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek
kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul.
Pembelajaran 1 :
[Rujuk buku teks hlm 28 - 29]
B. PROSA TRADISIONAL : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
2.1.2. Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang
sesuai berdasarkan situasi.
Pembelajaran 2 :
1. Guru memberi penerangan panduan menjawab soalan pemahaman.
2. Baca petikan prosa tradisional dengan intonasi yang betul dan yang sesuai.
Kenal pasti isu-isu yang terdapat dalam petikan, kemudian bersoal jawab secara
lisan.
3. Latihan pengukuhan.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka
kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku
ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu
sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan
penggawa agung.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang
kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun
jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira
jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita,
seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka
sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara
pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.”
(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
1
i) Berikan maksud mati dengan pekerjaan?
ii) Apakah reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang
diucapkan oleh Kertala Sari?
iii) Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai
penggawa agung?
Soalan (i)
Berikan maksud mati dengan pekerjaan?
Panduan
Cari maksud rangkai kata berdasarkan konteks ayat menggunakan idea sendiri
Ketika menulis jawapan i, gugurkan kata arahan soalan dan tanda soal
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada maksud yang dicari.
Berikan maksud mati dengan pekerjaan?
mati dengan pekerjaan
meninggal dunia / terbunuh akibat perbuatan
Jawapan i
Maksud mati dengan pekerjaan adalah meninggal dunia akibat perbuatan.
Soalan ii
Apakah reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan
oleh Kertala Sari?
Panduan
Jawapan untuk soalan ini terdapat dalam petikan yang telah diberikan.
Cari kata kunci dalam soalan tersebut untuk dijadikan panduan untuk mencari jawapan
dalam petikan (perlu cari tiga jawapan).
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang
kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun
jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira
jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka (1) ia pun terlalu
sukacita, (2) seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan (3)
diberinya persalin.
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara.
Ketika menulis jawapan, gugurkan kata arahan soalan dan tanda soal
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada jawapan yang telah
dicari dalam petikan
Gunakan dua penanda wacana.
2
Apakah Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang
diucapkan oleh Kertala Sari ? ialah .......................................... . Selain itu,
............................................................ . Seterusnya, .........................................................
Jawapan (ii)
Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh
Kertala Sari adalah (1) ia pun terlalu sukacita, (2) seraya diperjamunya makan
minum dan bersuka-sukaan dan (3) diberinya persalin.
(Jawapan yang begini markah calon akan ditolak ½ daripada markah keseluruhan
kerana calon hanya menyalin jawapan daripada petikan tanpa menukar kepada ayat
sendiri)
Jawapan (ii)
Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh
Kertala Sari ialah (1) terlalu sukacita/gembira. Selain itu, (2) Kertala Sari dihidangkan
makanan dan minuman. Seterusnya (3) Kertala Sari diberi persalinan.
(Jawapan yang begini calon akan mendapat 3 markah. Hal ini dikatakan demikian
kerana calon membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada petikan)
Soalan 2(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai
penggawa agung?
Panduan
Jawapan untuk soalan ini berdasarkan idea atau pendapat sendiri.
Murid perlu mengemukakan idea berdasarkan jumlah markah (3 markah = 3 idea)
Ketika menulis jawapan, salin separuh daripada ayat soalan
Gantikan perkataan anda kepada saya
Gugurkan kata tanya dan tanda soal
Sambungkan kepada idea atau pendapat sendiri serta menggunakan dua penanda
wacana.
Pada pendapat anda saya, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai
penggawa agung ? adalah kerana ......................................... Selain itu,
...................................................Seterusnya, ............................................. .
Jawapan 2(iii)
Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung
adalah kerana (1) ingin membakar semangat juang Kertala Sari untuk melawan
musuh. Selain itu, (2) pelantikan ini supaya Kertala Sari boleh membalas dendam atas
kematian bapanya yang telah dibunuh oleh Laksamana. Seterusnya, (3) pelantikan ini
untuk menghargai jasa bapa Kertala Sari yang terkorban di tangan Laksamana
Melaka.
3
Latihan Pengukuhan :
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan
orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang
maha
mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu
pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi
Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun
memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagikan tiga, diambil oleh Laksamana harta itu
sebahagi.
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan
pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada
penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun
habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau
tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud negeri Melaka pun kararlah. [2 markah]
(ii) Bagaimanakah Laksamana membahagikan harta yang dicuri oleh Kertala Sari?
[3 markah]
(iii) Sekiranya anda seorang pemerintah sebuah negara, apakah langkah-langkah yang
perlu dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan negara anda? [3 markah]
SOALAN KBAT
Jelaskan kebaikan konsep Kepimpinan Melalui Teladan.
Nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh dijadikan suri teladan.
Pada pendapat anda, wajarkah seseorang pahlawan itu menggunakan tipu helah
untuk menewaskan musuhnya?
4
C. KEKEJAMAN TERHADAP KANAK-KANAK
Pembelajaran 6 :
Latihan Pengukuhan:
Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah pencegahan kes-kes kekejaman terhadap kanak-
kanak.. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan.Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian menyayat hati yang
membabitkan pembunuhan kanak-kanak. Paling sadis jenayah disabitkan oleh perlakuan
indvidu yang bermasalah jiwa dan mental serta tidak boleh dikenal pasti kerana individu
ini kelihatan normal dan hidup bebas dalam masyarakat. Berdasarkan kajian, kes jenayah
kanak-kanak juga boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tingkah laku pelakunya sukar
dijangkakan kerana tidak semua kes mempunyai corak perlakuan jenayah yang sama.
Kanak-kanak di bawah umur seharusnya sentiasa berada di bawah pengawasan keluarga.
Kebanyakan kes jenayah yang terjadi disebabkan kealpaan ibu bapa yang
membenarkan kanak-kanak ini bersendirian. lbu bapa harus mengajar anak supaya
mempunyai sifat curiga kepada orang yang tidak dikenali dan mengehadkan sempadan
kehadiran orang yang tidak diiktiraf sebagai saudara mara atau sahabat keluarga. Jangan
sudah terhantuk, baru tengadah. Kesilapan sedetik ini akan menyebabkan penderitaan
sepanjang hayat. Walaupun pesanan seperti ini sentiasa disampaikan, masih ada lagi ibu
bapa yang beranggapan tiada salahnya membenarkan anak kecil berada di luar rumah
kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran kawasan tempat tinggal.
Selain itu, ibu bapa jangan lah mengawasi anak anak hanya secara bermusim. Sebagai
contoh, ketika berlaku kes kehilangan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin Jazmin dan
Dirang barulah ibu bapa sibuk memastikan keselamatan anak mereka terjamin.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mencari titik keseimbangan bagi memastikan
masa berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu sedar bahawa
anak-anak juga berhak untuk bersama-sama mereka.
Harus menjadi ingatan, kejadian jenayah akan berlaku apabila wujud peluang yang
luas untuk penjenayah bertindak. Penjenayah tidak seharusnya diberikan ruang untuk
bertindak. Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan persekitaran anak sentiasa
selamat. lbu bapa merupakan benteng pertama dalam memastikan kehidupan anak
terjamin. Semoga kisah arwah Nurul Nadirah Abdullah menjadi pengajaran yang berguna
kepada semua pihak.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jangan ambil mudah
Keselamatan anak di luar rumah, Oleh Anuar Patho Rahman,
Berita Harian lsnin 1 April 2012)
5
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kejadian menyayat hati?
(ii) Mengapakah pelaku jenayah terhadap kanak-kanak sukar dikenal pasti?
(iii) Berikan pendapat anda tentang peranan masyarakat dalam memerangi kes-kes
kekejaman terhadap kanak-kanak.
D. MEMPERTAHAN HARTA BENDA, NYAWA DAN NEGARA.
3.2.1. Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton
dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.
Pembelajaran 3 :
1. Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang masa depan tentang cara-cara manusia
menjaga keselamatan harta benda dan negara dari ancaman musuh pada masa
hadapan.
2. Sampaikan pandangan peribadi anda berdasarkan bahan.
Baca kedua-dua teks dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Petikan 1
Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan
tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah
tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat
bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga
dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, Kaduk yang sudah bertahun-
tahun menjadi ejekan bangsa.
Hakim pernah berseloroh, “kalau akau berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak
dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu
menjadi peringkatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka.
Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.
“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam kampung ini.
Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.
“Aku bergurau saja.Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian.
Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan
berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang
bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini
beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken
menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur ata namanya
RAJA.
(Dipetik daripada cerpen “Kaduk,Ayam dan Raja”
Oleh Zurinah Hassan)
6
Petikan 2
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk
bangkai pula aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana
dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente
mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah
tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja.Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syawat dan keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika
lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada
dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
E. SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
3.2.1. Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan
ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.
Pembelajaran 4 :
1. Berdasarkan petikan keratan berita di bawah, tulis ramalan tentang masa depan seni
mempertahankan diri yang merangkumi pelbagai jenis yang terdapat di Malaysia.
2. Bahaskan tentang kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri.
3. Tulis karangan selengkapnya.
7
Berdasarkan keratan berita di bawah, huraikan pendapat anda tentang kebaikan
mempelajari seni mempertahankan diri. Panjang huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan
KERATAN BERITA
Seni mempertahankan diri merupakan cara
terbaik untuk anak anda membina jati diri, di
samping meningkatkan tahap kecergasan dan
kecerdasan mereka.
#1 Disiplin
Mengajar tentang disiplin, serta cara mengawal
diri dan emosi.
#2 Keyakinan diri
Menghadiri kelas seni mempertahankan diri
membolehkannya bertemu dengan pelajar lain
yang mungkin berkongsi minat yang sama.
#3 Kecergasan fizikal
Membina ketangkasan koordinasi mata dan
tangan mereka menerusi pelbagai pergerakan
yang dipelajari
#4 Merendah diri dan hormat menghormati
Hormat menghormati serta merendah diri
menjadi perkara yang utama bagi pengamalnya.
F. MEMPERTAHAN HARTA BENDA, NYAWA DAN NEGARA.
4.1.1. Memahami dan mengapresisasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
Pembelajaran 5 :
[Rujuk petikan 1 dan 2 dalam pembelajaran 3 di atas]
i) Berdasarkan petikan 1, apakah tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya
semula?
ii) Berdasarkan petikan 2, nyatakan perkara-perkara yang telah berlaku kepada mayat
Kertala Sari?
iii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan tindakan Hakim terhadap tanah datuknya
dan tindakan Laksamana terhadap Kertala Sari?
iv) Huraikan pandangan anda tentang sikap Hakim dan Laksamana berdasarkan petikan-
petikan tersebut?
v) Suatu hari anda telah melihat tiga orang cuba untuk mencuri beberapa ekor lembu
ternakan di kampung anda. Anda merasakan perlu diambil tindakan dengan segera
untuk mengagalkan rancangan pencuri tersebut. Apakah tindakan-tindakan yang akan
lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
8
G. HARI KEBANGSAAN 2018
KATA TERBITAN
5.1.1. Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul
mengikut konteks
Pembelajaran 7 :
1. Penerangan oleh guru
2. Kenal pasti kata terbitan yang terdapat dalam petikan di bawah
3. Jawab soalan latihan kesalahan ejaan dan imbuhan.
7.1. Definisi
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan,
iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan pula
dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar
ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
iii) apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir
serentak di awal dan di akhir kata dasar.
iv) sisipan, yang hadir di celah kata dasar, seperti -el-, -em-, -er-, -in
7.2. Penggunaan Kata Terbitan
Contoh penggunaan kata terbitan dalam poster
Sumber: https://www.permohonan.my/tema-hari-kebangsaan-malaysia/
9
Imbuhan Imbuhan Imbuhan Imbuhan Akhiran
Awalan Apitan Sisipan
membawa pelancaran gemilang ciptaan
sekata menyatukan hadapan
mengangkat kebangsaan gerakan
bermula perarakan nyanyian
bersatu perbarisan sayangi
berbilang kemerdekaan
kepimpinan
7.3. Contoh kesalahan penggunaan kata terbitan
a. Daun kelapa di tepi pantai itu kelihatan melambai-lambai apabila ditiupi angin pada
waktu petang.
Salah Betul Penjelasan
ditiupi ditiup Ayat ini mengandungi kesalahan imbuhan kata kerja pasif “ditiupi”.
Perkataan ini tidak memerlukan imbuhan apitan “di-...-i” kerana
imbuhan kata kerja pasif “di-” sudah memberikan makna yang tepat,
iaitu yang berasal daripada kata kerja aktif “meniup” dan bukannya
“meniupi”. Perkataan “meniupi” merupakan bahasa percakapan
yang membawa maksud “menyembur” (lazimnya merujuk
perlakuan bomoh yang memanterai seseorang).
b. Mak Minah sedang memberikan kucingnya makanan berupa bijirin.
Salah Betul Penjelasan
memberikan memberi perkataan tersebut membawa maksud “menyerahkan sesuatu”.
Hal ini bermakna objek kepada kata kerja transitif
“memberikan” mesti merupakan benda atau perkara dan
bukannya penerima (objek bernyawa). Oleh hal yang demikian,
perkataan “memberi” mesti digunakan kerana objek yang
mengikutinya, iaitu “kucing” merupakan penerima (objek
bernyawa).
c. Kerja-kerja memperlebarkan jalan di kampung saya sedang giat dijalankan.
Salah Betul Penjelasan
memperlebarkan memperlebar
Kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan apitan
memper-...kan. Contoh kesalahan lain adalah seperti
“mempercepatkan”, “memperbesarkan”,
mempercantikkan” dan sebagainya. Perlu juga
ditegaskan bahawa imbuhan per- membawa makna
lebih, iaitu “memperlebar” bermaksud menjadikan
sesuatu lebih lebar. Walau bagaimanapun, kekeliruan
sering berlaku bagi perkataan “memperkasakan”
(betul) yang ditulis sebagai “memperkasa” (salah)
kerana kata dasar perkataan ini ialah “perkasa” dan
bukannya
“kasa”.
10
7.4. Latihan Pengukuhan
Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan tatabahasa. Tuliskan empat
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Aspek sosial juga mempengaruhkan murid merokok. Alasan utama ialah tekanan
oleh rakan sebaya. Kebanyakan daripada mereka mencabar oleh rakan untuk
merokok. Murid yang dilibat biasanya terdorong untuk merokok sebagai syarat
wajib sebelum diterima dalam sesuatu kumpulan. Antara faktor sosial yang lain
termasuklah murid mencontoh ibu bapa, penjaga dan saudara-mara yang merokok.
7.5. Latihan Pengukuhan : Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Latihan 1
(i) Menurut kajian doktor, makanan ringan seperti mee goreng yang mengandung
banyak kapur boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
(ii) Sahlin Zulkifli bukan sahaja terkenal sebagai pemain bowling negara, bahkan
beliau turut disanjung kerana kejayaannya harumkan nama negara di persada
antarabangsa.
(iii) Tuan pengetua SMK. Pulau Bum Bum telah mempengerusi mesyuarat pada
pagi ini dan dibantu oleh Encik Jalil sebagai pencatit minit.
(iv) Asrol telah meninggalkan dunia dalam satu kemalangan jalanraya dua hari
yang lalu.
(v) Bandaraya-bandaraya utama di Malaysia menghadapkan masalah pencemaran
udara yang serius kerana pertambahan jumlah kenderaan bermotor dari tahun
ke tahun.
Latihan 2
Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan,negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi
dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan baik
dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok semangat
muhibbah,saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
H. BILIK DARJAH MASA HADAPAN
Pembelajaran 8 :
[ Rujuk buku teks hlm 24-25]
11
RANCANGAN PELAJARAN SEMESTER (RPS/RSL)
BAHASA MELAYU MINGGU 2
MINGGU / TEMA / STANDARD KANDUNGAN STANDARD
TARIKH TAJUK PEMBELAJARAN
Minggu Tema :
1.2 Mendengar dan 1.2.1 Mendengar dan
3-4 Keselamatan memahami perkataan, memberikan
rangkai kata, istilah, respons dengan
ungkapan dan ayat mengutamakan
dalam pelbagai ujaran aspek kejelasan,
nada, dan
kefasihan dengan
betul.
2.1 Membaca secara 2.1.2 Membaca petikan
mekanis pelbagai prosa dan puisi
bahan prosa dan puisi dengan intonasi
yang betul dan
nada yang sesuai
berdasarkan situasi.
3.2 Menulis untuk 3.2.1 Menulis untuk
mengemukakan meramal sesuatu
maklumat tentang perkara yang
sesuatu perkara. dibaca, didengar
dan ditonton
4.1 Memahami dan dengan
mengapresiasi karya memberikan
sastera. justifikasi
menggunakan ayat
5.1 Memahami dan yang gramatis
menggunakan bentuk
kata yang sesuai dalam 4.1.1 Memahami dan
pelbagai bidang mengapresisasi
prosa moden dan
prosa tradisional
dengan menyatakan
respons peribadi
yang sesuai terhadap
karya.
5.1.2 Mengenal pasti dan
menggunakan
pelbagai kata terbitan
dengan betul
mengikut konteks
12