MODUL 1:
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
A. NUTRIEN UNTUK MINDA
1.1.1. Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan
perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
dengan jelas dan betul.
Pembelajaran 1
[Rujuk buku teks hlm 16 – 17]
B. PENYAKIT BERJANGKIT
2.1.1. Membaca pelbagai jenis teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi
serta nada yang sesuai.
Pembelajaran 2 :
1. Baca teks ceramah dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.
2. Berbincang tentang teks ceramah tersebut.
3. Kenal pasti isi-isi penting berdasarkan teks ceramah tersebut kemudian persembahkan
dalam bentuk grafik mengikut kreativiti anda.
Pembelajaran 3 :
1. Kenal pasti punca-punca berlakunya penyakit berjangkit
2. Tulis teks ucapan tersebut secara berkumpulan
3. Persembahkan dalam bentuk ucapan.
4.2.1. Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul
mengikut konteks.
Pembelajaran 4 :
1. Berdasarkan teks ucapan tersebut, sampaikan pendapat anda tentang sejauhmanakah
keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan bagi menangani penularan penyakit
berjangkit.
2. Nyatakan lima peribahasa yang sesuai berdasarkan kandungan bahan. Kemudian, bina
ayat dengan peribahasa tersebut.
TEKS CERAMAH : PENYAKIT BERJANGKIT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan selamat pagi
Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang berusaha, Tuan Haji Ahmad Azan b. Ab.Latif, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Indah Jaya,barisan guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, guru
cemerlang, guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada pagi ini. Saya
mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput saya untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit
Berjangkit”.
1
Hadirin yang dihormati,
Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut
masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam
daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia
khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit
terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan penyakit masih
lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan oleh
masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.
Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan
memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap
anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri
ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga
melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini
terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidak menjaga kesihatan. Tambahan pula sejak
akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita. Contohnya penyakit
selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk negara ini.
Oleh hal yang demikian penjagaan kesihatan yang teratur merupakan satu cara yang
berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata peribahasa mencegah
itu lebih baik daripada mengubati.
Hadirin sekalian,
Selain itu, pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari
luar negara. Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan
kawalan yang ketat terhadap orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam
umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini
bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan
tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut
dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut
tidak dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong
dan haiwan dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit
berkenaan. Misalnya suatu ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema
burung yang serius. Oleh itu pelancong dan barangan import yang berasaskan haiwan
hendaklah diperiksa dengan lebih terperinci agar negara kita bebas daripada ancaman
penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak berkuasa hendaklah mengetatkan syarat
kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan penularan
penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.
Hadirin sekalian,
Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah
pihak kerajaan hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti
penyakit berjangkit dengan kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa
mengira bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini
kerana penyakit berjangkit biasanya merebak dengan pantas apabila pembawanya tidak
dihapuskan, bak kata peribahasa biar titik jangan tumpah. Misalnya dalam kes penularan
2
penyakit Selesema Burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara atau yang hidup
bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh pilih
bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam seperti kata
peribahasa biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat kematian haiwan peliharaan adalah
lebih baik berbanding kehilangan nyawa manusia akibat diserang penyakit berjangkit.
Tindakan tersebut juga hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera. Pihak berwajib
tidak harus menanti keputusan majoriti kerana penularan penyakit tidak akan berhenti jika
tidak dibendung. Tindakan yang lambat akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit
berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan atau
pembawa penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan penularannya dapat
dikawal.
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan
penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota
masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat
ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan
kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Sebelum saya mengundur diri,
saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima
kasih.
wabillahi't-taufiq wa'l-hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
C. TABIAT PEMAKANAN YANG SIHAT
3.1.1. Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah,
maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks
Pembelajaran 5 :
1. Analisis maklumat dalam bahan dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata, dan
umgkapan dengan betulnya mengikut konteks.
2. Bincang dan senaraikan langkah-langkah tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan
anak-anak. Kemudian senaraikan isi-isi penting tersebut.
3. Bina ayat bagi membezakan makna kata, istilah, rangkai kata, dan ungkapan dengan
betulnya mengikut konteks yang bebeza.
Kecenderungan kanak-kanak untuk memilih makanan segera mewujudkan tabiat
pemakanan yang tidak sihat. Lebih memburukkan keadaan, kanak-kanak terdedah dan
tertarik pada iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan pada setiap hari.
Makanan ringan sangat mudah diperoleh di merata-rata tempat malahan bukan suatu yang
pelik apabila premis perniagaan yang menjual makanan segera banyak dibuka di hadapan
pintu pagar sekolah.Makanan ringan ini manis, berwarna-warni dan mempunyai pek
pembungkus yang menarik di samping bungkusan makanan ini dimuatkan dengan hadiah
mainan kecil yang cukup mengujakan, terutamanya bagi kanak-kanak yang masih kecil.
3
Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan
makanan utama. Di samping itu, ibu bapa perlu menentukan jenis makanan, tempat dan
waktu makan untuk anak-anak mereka.Anak pula perlu bertanggungjawab untuk memilih
kuantiti makanan yang perlu dimakan. Hal ini berkemungkinan memerlukan tempoh masa
yang lama tetapi tindakan ini dapat meningkatkan tahap disiplin dari aspek pemilihan
makanan yang berkhasiat. Ibu bapa wajar mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat supaya
dapat diteladani oleh anak-anak. Selain itu, saranan daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) menerusi Kempen Gaya Hidup Sihat menggalakkan masyarakat
mengambil makanan mengikut piramid makanan dalam menu harian. Melalui amalan ini,
masyarakat lebih mudah berbincang tentang tabiat pemakanan dan jenis makanan yang baik
bagi seisi keluarga
Ibu bapa juga digalakkan untuk makan bersama-sama anak dalam tempoh yang kerap. Menu
makanan yang disediakan perlu menarik, pelbagai dan segar. Jika mampu, anak boleh
dibawa berjumpa pakar pemakanan atau hadir ke pusat kesihatan supaya pemeriksaan
kesihatan dilakukan dan khidmat nasihat yang sewajarnya diperoleh. Nasihat doktor tentang
tabiat makanan yang betul lebih dipercayai oleh anak berbanding dengan nasihat ibu bapa.
Daripada perspektif agama, didikan tentang kepentingan penjagaan aspek pemakanan
berdasarkan konsep bersih dan berkualiti menjadi tanggungjawab ibu bapa. Maka, ibu bapa
perlu berusaha sebaik-baik mungkin supaya kaedah pemakanan dan cara hidup yang
berkualiti selaras dengan agama dibudayakan.
Jika pemakanan anak tidak diselaras dan dikawal oleh ibu bapa, anak mudah menghidap
penyakit kronik yang dapat memberikan kesan negatif. Oleh itu, pemilihan makanan yang
tepat turut membantu seisi keluarga memiliki badan yang sihat. Ironinya, kita perlu
mengambil makanan yang sihat supaya individu dan masyarakat menerima kesan positif
daripada tabiat pemakanan ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah
pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin
sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahan kerana mencegah lebih
baik daripada mengubati
D. KKM SAHKAN SUKU BATEQ DIJANGKITI DEMAM CAMPAK
3.1.1. Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah,
maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks
Pembelajaran 6 :
1. Baca teks dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam teks tersebut.
2. Perbincangan secara lisan berdasarkan soalan yang diberikan
3. Catat isi-isi penting dan pelajar membuat ringkasan selengkapnya.
4
Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang tindakan-
tindakan mencegah wabak demam campak dalam kalangan orang asli suku Bateq. Panjang
ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
KKM Sahkan Suku Bateq Dijangkiti Demam Campak
NINA FARZUIN MD SHAROM | 17 Jun 2019
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan orang asli suku Bateq di
Kuala
Koh, Gua Musang, dijangkiti wabak measles atau demam campak. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Ahmad berkata, pengesahan itu dibuat dengan berdasarkan hasil ujian makmal yang
dilaksanakan. Antara faktor utama wabak tersebut merebak di perkampungan itu ialah liputan
imunisasi MMR yang sangat rendah, iaitu 61.5 peratus bagi dos pertama dan 30 peratus bagi suntikan
dos kedua.
"Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini. Apabila membuat ulasan selanjutnya, beliau berkata, setakat 15
Jun lalu, sebanyak 170 daripada 185 atau 92 peratus orang asli Kuala Koh telah diperiksa status
kesihatan mereka. "Daripada jumlah itu, 112 kes dilaporkan kepada KKM termasuk tiga kematian
terbaharu yang
melibatkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun enam bulan pada petang semalam di Hospital
Raja Perempuan Zainab II kerana pneumonia sebagai akibat daripada komplikasi demam campak,"
katanya apabila memberikan maklum balas kepada pihak media.
Tambahan pula, menurutnya, KKM telah menjalankan beberapa tindakan pencegahan dan
kawalan wabak di perkampungan orang asli tersebut. Kakitangan KKM telah melakukan carian kes
secara aktif di perkampungan orang asli dan sekitarnya berdasarkan pergerakan mereka sebelum ini
dan
memberikan Vitamin A kepada kanak-kanak yang dirawat kerana demam campak. "Liputan imunisasi
kepada penduduk orang asli yang terlibat juga dipertingkatkan selain memberikan pendidikan
kesihatan terutama penjagaan kebersihan diri. Pada masa yang sama, KKM mempertingkatkan
Kawalan Pencegahan Jangkitan (IPC) di prasarana kesihatan dan sentiasa mengamalkan penggunaan
alat perlindungan diri," katanya.
Dzulkefly berkata, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) diarahkan untuk meningkatkan
pengawasan jangkitan campak dan meningkatkan liputan imunisasi kepada orang asli di negeri
masing-masing. "JKN perlu membuat laporan dengan kadar segera kepada Pusat Kesiapsiagaan dan
Tindak Cepat
Krisis Kebangsaan jika terdapat gejala atau kematian yang mempunyai gejala yang sama. Campur
tangan daripada pelbagai pihak amat perlu untuk menangani krisis ini.” "Polis Diraja Malaysia
(PDRM) juga terus memantau perkampungan Kuala Koh untuk memastikan tiada pihak luar yang
tidak berkenaan memasuki kawasan itu bagi mengelakkan penularan jangkitan. Kerjasama semua
pihak untuk menangani masalah ini amat penting sekali,” katanya lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/32945/BERITA/Nasional/
KKM-sahkan-suku-Bateq-dijangkiti-demam-campak
5
Latihan Pengukuhan 1.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang cara-cara
remaja menjalani gaya hidup sihat. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asalnya.
Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja. Seorang remaja yang sihat
bukan sekadar bebas daripada penyakit tetapi sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan
spiritualnya. Namun begitu, masalah kesihatan seperti obesiti, dan diabetes dalam kalangan
remaja hari ini bukan jenaka tetapi merupakan realiti kehidupan. Kaedah yang paling
mudah bagi remaja untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari info tentang
kesihatan dengan melayari laman sesawang, membaca buku dan bertanya dengan pakar
kesihatan.
Remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini.
Tindakan bertanya amat digalakkan sebelum remaja mencuba sendiri menjalani kehidupan
sihat. Kunci seterusnya untuk hidup secara sihat adalah dengan mengambil makanan yang
berkhasiat. Remaja memerlukan lebih kandungan protein, kabohidrat, vitamin dan lemak
dalam badan. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini
bukan sahaja penting bagi memastikan badan remaja tidak berbau dan disenangi oleh orang
lain, malahan bagi memastikan remaja tidak terdedah dengan sebarang punca penyakit,
seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat.
Di samping itu, remaja perlu melakukan aktiviti bersenam untuk menjaga kesihatan.
Selain dapat mengisi masa lapang serta hidup dengan lebih sihat, remaja berpeluang
mengasah bakat seni dalam diri remaja. Aktiviti sihat tidak hanya berfokus kepada senaman
untuk fizikal semata-mata. Otak juga perlu menjalani kehidupan yang sihat. Sehubungan
dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif, seperti
menagih dadah dan merokok, dapat membantu remaja menjadi lebih cerdas.
Selain itu, aktiviti lain yang perlu dilakukan oleh remaja untuk hidup lebih sihat ialah
mempunyai masa rehat yang cukup. Waktu rehat yang secukupnya dapat membantu remaja
merehatkan badan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Dalam menjalani kehidupan
yang sihat, keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting. Pengambilan makanan
seimbang mengikut piramid makanan merupakan satu cara yang perlu diikuti oleh remaja
bagi memastikan remaja terhindar daripada sebarang penyakit. Pendek kata, cara hidup sihat
bukan sahaja dapat membantu remaja berfikir dengan lebih matang, tetapi dapat memberikan
keyakinan diri dan daya kreativiti akan semakin bertambah.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada“Remaja Prihatin Remaja Sihat,”
Dewan Siswa, September, 2011)
Soalan perbincangan
(i) Apakah maksud rangkai kata bukan jenaka?
(ii) Mengapakah remaja perlu menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan diri?
(iii) Apakah kebaikan apabila remaja melakukan senaman?
(iv) Pada pendapat anda, mengapakah remaja pada hari ini gemar mengambil makanan
segera?
6
E. KKM SAHKAN SUKU BATEQ DIJANGKITI DEMAM CAMPAK
KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
[Rujuk petikan berita dalam pembelajaran 6]
5.1.1. Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk
dengan betul mengikut konteks.
Pembelajaran 7 :
1. Guru memberi penerangan berkaitan kata tunggal dan kata majmuk.
2. Berdasarkan petikan berita dalam pembelajaran 6, kenal pasti bentuk kata tunggal
dan kata majmuk. Kemudian, gunakannya dengan betulnya mengikut konteks.
3. Pelajar diminta membuat latihan pengukuhan.
KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
1.1.Definisi
Kata Tunggal :
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian.
Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata, dua atau lebih suku kata. Contoh: bah, ubi,
pelajaran.
Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i. Kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Contoh: Siapa?, Sudah, Gitar.
ii. Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu
unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: Di, dari, pada, untuk.
iii. Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa
perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contoh: NATO, cerpen, pawagam.
Kata Majmuk :
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau
lebih dan perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu.
Latihan Perbincangan:
Baca petikan berita d dengan teliti, kemudian senaraikan Kata Tunggal dan Kata Majmuk.
[Rujuk petikan berita bertajuk KKM KKM Sahkan Suku Bateq Dijangkiti Demam
Campak
NINA FARZUIN MD SHAROM | 17 Jun 2019]
7
Latihan Pengukuhan
Berdasarkan grafik di bawah senaraikan penggunaan kata tunggal dan kata majmuk dalam
bahan grafik
Sumber: Laman web rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya
Latihan Pengukuhan
Gabungkan kata tunggal di bawah untuk membentuk kata majmuk yang tepat.
darah lintah kitar nyamuk titik hayat semula putih
daging jangka adu medan berat keledar ubat kawal
perang topi ambil buta tinggi domba darat selia
8
F. MENAWAN SAMUDERA
[Rujuk buku teks hlm 4 – 5]
Pembelajaran 8 :
1. Guru memberikan penerangan.
2. Baca teks syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.
3. Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian bina ayat berdasarkan
kata majmuk dan kata tunggal.
NOTA PENERANGAN:
1. Bina ayat [PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT]
BIL JENIS AYAT CONTOH AYAT
1 Membina ayat Kita hendaklah menjadikan angan-angan kita sebagai
daripada kata ganda satu kenyataan dalam hidup
2 Membina ayat (a).Deklarasi : Satu deklarasi mengenai penjagaan
daripada perkataan alam sekitar telah dibuat di Kuala Lumpur oleh ketua-
yang hampir sama ketua negara ASEAN.
bunyi tetapi berlainan (b).Deklamasi : Pertandingan deklamasi sajak
maksud sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Segamat
telah diadakan pada bulan lepas
3 Membina ayat (a). Tupai.: Beberapa ekor tupai telah terperangkap
daripada perkataan dalam jebak yang dipasang di atas pokok durian di
tunggal atau kata dusun Pak Leman.
dasar dan perkataan (b). Tupai-tupai : Tupai-tupai dipasang pada tiang
berganda. bumbung rumah itu supaya kedudukan bumbung
rumah itu terus kukuh.
4 Membina ayat Hati terbuka : Cikgu Halimah menerima tetamu pada
daripada rangkai hari raya dengan hati terbuka.
kata atau ungkapan
5 Membina ayat (a) Penyedap : Rempah ratus dari India digunakan
daripada perkataan sebagai penyedap dalam masakan itu.
berimbuhan (b) Menyedapkan : Udang kering yang dikisar
dimasukkan ke dalam makanan itu untuk
menyedapkan rasanya.
6 Membina ayat Cetek.
daripada banyak 1. Sungai di belakang rumahnya tidak berbahaya
makna. kerana airnya cetek.
2. Dia tidak terpilih menjadi ketua kerana ilmu
persilatan yang dimiliknya masih cetek
9
2. Contoh kesalahan umum penggunaan kata majmuk
Salah Betul Penjelasan
kenalpasti kenal pasti Kata majmuk lazimnya dieja terpisah
dikemas dikemaskinikan Apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan,
kinikan ejaannya dirapatkan.
penguatkuasa penguat kuasa Apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan
dayaserapan daya serapan atau akhiran, ejaannya kekal dijarakkan.
campuradukkan campur
adukkan Merupakan salah satu daripada 15 perkataan yang
tanda tangan tandatangan tergolong dalam kata majmuk yang sudah dianggap
mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh.
Contoh lain: antarabangsa, beritahu, bumiputera,
jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga,
matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya,
tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya..
Latihan Pengukuhan :
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i) Olahraga
ii) jangka hayat
iii) nilai murni
iv) tanggungjawab
v) akhir kata
vi) luncur air
vii) gemar
viii) stamina
ix) dera
10
RANCANGAN PELAJARAN SEMESTER (RPS/RSL)
BAHASA MELAYU MINGGU 1
MINGGU / TEMA / TAJUK STANDARD STANDARD
TARIKH KANDUNGAN PEMBELAJARAN
1.1 Mendengar, 1.1.1 Mendengar,
Minggu Tema: mengenal dan
menyebut mengenal,
1-2 Kesihatan dan perkataan, rangkai menyebut dan
Kebersihan kata, istilah dan mengenal pasti
ungkapan serta perbezaan sebutan
intonasi ayat dalam perkataan, rangkai
pelbagai ujaran. kata, istilah dan
ungkapan dalam
2.1 Membaca secara pelbagai ujaran
mekanis pelbagai dengan betul dan
bahan prosa dan jelas.
puisi. 2.1.1 Membaca pelbagai
jenis teks untuk
mengenal pasti dan
membandingkan
intonasi serta nada
yang sesuai..
3.1 Menulis untuk 3.1.1 Menulis untuk
menerangkan membina ayat
makna kata dan dengan
istilah, rangkai kata, membezakan
ungkapan dan ayat. makna kata, istilah,
maksud rangkai
4.2 Memahami dan kata, dan ungkapan
menggunakan dengan betul
peribahasa dalam mengikut konteks.
lisan dan penulisan
4.2.1 Menggunakan
5.1 Memahami dan peribahasa dan
menggunakan menghubungkait
bentuk kata yang maksudnya dengan
sesuai dalam betul mengikut
pelbagai bidang konteks.
5.1.1 Mengenal pasti dan
menggunakan
pelbagai kata
tunggal dan kata
majmuk dengan
betul mengikut
konteks.
11