The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syikin Aziz, 2020-03-04 21:56:56

TEMA 4 KEBUDAYAAN KESENIAN DAN ESTETIKA

TEMA 4 KEBUDAYAAN KESENIAN DAN ESTETIKA

MODUL 4
[KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA]

A. MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA
1.6.1. Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan dengan
jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila.

Pembelajaran 1 :
[Rujuk buku teks hlm 122- 123]

B. KENALI BUDAYA MALAYSIA
2.3.3. Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.

Pembelajaran 2 :
1. Baca dan kenal pasti masalah. Kemudian berbincanglah dengan rakan anda untuk menyelesaikan

masalah secara rasional berdasarkan soalan perbincangan di bawah.

Kenali Budaya Malaysia
Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia
mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri. Sebagai contohnya, terdapat perbezaan
antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Seni tari merupakan
sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis
keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang
diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik.Alat-alat muzik
terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.

JENIS – JENIS TARIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

TARIAN ZAPIN
 Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri

Johor.
 Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki.
 Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai

tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman
Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan
digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun islam.
 Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis
formal dan tidak formal.

TARIAN MAK YONG
 Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu

tradisional.
 Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari

golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan
drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan
yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu.
 Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung
selesai menuai padi dibendang

1

TARIAN GAMELAN
 Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar

Riau dan Lingga pada kurun ke-17.
 Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari

wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun
persembahan terbuka.
 Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut.
 Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan
merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya
dalam kebanyakan adat tarian Melayu

TARIAN SUMAZAU
 Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya

dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan
kemasyarakatan.
 Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil
tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan
untuk mengubati penyakit.
 Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang
mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta
pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang
terbang

TARIAN NAGA
 Sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya

Cina.
 Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan

pada musim perayaan.
 Orang Cina selalu menyebut “Keturunan Naga” sebagai

lambang identiti etnik.
 Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh

menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah

TARIAN IBAN
 Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa

menyambut Hari Gawai.
 Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju

burung serta topi yang dihias dengan bulu burung.
 Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran

ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan
lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah
bersesuaian dengan upacaranya.
 Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti
gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

2

JENIS – JENIS ALAT MUZIK KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

GAMBUS Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-
. akan labu air dengan belakangnya yang melengkung.
REBAB Lehernya ialah persambungan dari badannya.
Ia dipetik sama seperti bermain gitar.
. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian
GONG Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai
oleh orang Brunei di Sabah.
.
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan
muzik tradisi Melayu.
Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan
bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam
masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut
main peteri.
Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada
pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh
pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya
kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala.
Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm.

Gong ini diperbuat daripada besi.
Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur
timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak.
Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi
misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja
dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta
membonjol keluar.
Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah
dihujungnya dan bunyinya berdengung

BONANG CAKLEMPONG

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz
caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu
melengkung ke bawah. Muka caklempong licin.
Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil.
Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di
atas para khas.
Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian
piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main
puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu
tempatan.
Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan
Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

3

REBANA Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk
seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik
. sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu
SERUNAI bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin,
Cinta Sayang dan Ayam Didik.
Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama
dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai
irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu
cross rythmn

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup
apabila hendak membunyikannya.
Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya
sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering.
Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak
badan serunai.
Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun
dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng.

Soalan perbincangan ;
1. Apakah pandangan anda tentang budaya Malaysia tersebut?
2. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan warisan
budaya Malaysia yang semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini.
3. Sejak akhir-akhir ini, dikatakan masyarakat semakin melupakan warisan budaya ini. Sebagai
seorang remaja yang cinta akan warisan budaya ini, jelaskan peranan anda dalam usaha untuk
mengekalkan warisan budaya tersebut.

C. MANFAAT TARIAN
2.3.3. Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.

Pembelajaran 3 :
1. Baca dan kenal pasti masalah. Kemudian berbincanglah dengan rakan anda untuk menyelesaikan

masalah secara rasional berdasarkan soalan perbincangan di bawah.
2. Latihan pengukuhan ringkasan.

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat ringkasan tentang manfaat tarian sebagai
medium perkembangan remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan.

Tarian merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan. Unsur
utama dalam tarian ialah gerakan yang melibatkan semua anggota badan penari. Rentetan itu,
pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihat kepentingan pelibatan remaja dalam bidang
ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekolah. Aktiviti tarian memainkan
peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Penglibatan remaja dalam bidang

4

seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Secara tidak
langsung kebolehan ini boleh digilap dan dibangunkan agar menyambung tradisi pada masa depan.

Seterusnya, aktiviti tarian dapat membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk
tampil di hadapan semasa membuat persembahan.Proses penguasaan seni tari yang dipelajari
meliputi kemampuan individu menghafal gerakan, memahami dan menghayati sesuatu tarian.
Seterusnya, tarian berupaya melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif.
Kebiasaannya individu yang menceburi bidang tarian ini lebih cekap menghafal dan mengimbangi
diri mereka dalam sesuatu perkara. Melalui pelibatan ini, remaja juga dapat mengetahui susur galur
keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia. Hal ini memberikan nilai tambah terhadap
pengetahuan am seseorang remaja.

Tambahan pula, melalui pertandingan tarian yang disertai dapat menyatukan pelajar berbilang
bangsa tanpa mengira kaum. Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga mampu melahirkan
individu yang berdisiplin tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana persembahan tarian memerlukan
penari yang berdisiplin, menepati masa dan memberikan sepenuh komitmen semasa latihan,
persediaan sebelum persembahan, semasa persembahan ataupun selepas persembahan.

Bagi menyemarakkan pelibatan remaja dalam aktiviti ini, sokongan ibu bapa penting dengan
memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni tari. Sekatan dan
sikap yang terlalu mengongkong aktiviti anak akan melemahkan perkembangan diri mereka. Ibu
bapa juga perlu membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju.
Selain itu, motivasi yang diberikan secara berterusan mampu melahirkan anak-anak yang aktif dalam
seni tari. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya mempertahankan warisan seni budaya bangsa
agar terus bertahan dalam mendepani zaman moden ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Tarian Sebagai Medium
Perkembangan Remaja’, oleh Shasha Shakierah, Dewan Siswa, Mac 2016)

Soalan Perbincangan

i) Apakah maksud rangkai kata kemampuan individu?
ii) Pengarang mengatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan

penyertaan anak-anak dalam bidang tarian. Nyatakan peranan-peranan tersebut.
iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan

untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia?
iv) Anda mendapati rakan anda tidak berminat untuk menyertai Kelab Kebudayaan di

sekolah anda. Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan yang boleh anda lakukan bagi
menarik minat rakan anda tersebut?

D. KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
3.4.1. Menulis kerangka karangan (respons tertutup) dengan menyusun dan menganalisis isi penting
secara terancang

Pembelajaran 4 :
1. Berdasarkan bahan, analisis dan senaraikan isi-isi penting karangan tentang kepentingan

permainan tradisional kepada masyarakat dan negara.
2. Tulis kerangka karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah anda senaraikan.
3. Kerangka penulisan boleh disediakan dalam bentuk peta pemikiran, carta alir dan sebagainya.

[Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan
budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. [Ayat Huraian (AH)- Mengapa?] Hal ini adalah kerana
permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan
identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika] Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu

5

generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah
tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga
dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. [Ayat Penyimpul (AP)] Jelaslah,
permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang
perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.

[AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk
mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana
permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. [AC] Sebagai contoh, permainan
congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang
perlu dimainkan secara berkumpulan. [AH-Kesan] Secara tidak langsung, permainan tradisional ini
dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. [AP]
Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa
lapang dan menyihatkan tubuh badan.

[AT] Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan
yang menguntungkan negara. [AH-Mengapa] Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara
kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. [AC] Sebagai contoh, permainan
wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. [AH-Kesan]
Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran
masuk mata wang asing ke dalam negara. [AP] Izharlah bahawa permainan tradisional membawa
signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.

[Rumusan] Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat
mahupun negara. [Pendapat] Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat
penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. [Cadangan] Sebagai rakyat Malaysia yang
menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan
permainan tradisional ini. [Harapan] Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh
Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana
tak kenal maka tak cinta.

3.4.2. Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan
laras bahasa yang sesuai dan gramatis

Pembelajaran 5 :
1. Guru memberikan penerangan jenis-jenis pendahuluan dan contoh pendahuluan.
2. Berdasarkan maklumat dalam bahan pembelajaran 4 di atas, tulis perenggan pendahuluan jenis

persoalan dan gabungan.

NOTA :
APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?

 menarik perhatian dan minat pembaca
 menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan
 menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?

 Tepat dengan kehendak soalan
 jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
 menggunakan bahasa yang tepat dan jelas

6

 ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan
 ditulis dalam satu perenggan
 tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan

Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat pembaca untuk mengetahui isi-
isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah

bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah
kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998
Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha
pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar

berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan
sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan
pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan

sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu
kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan
rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang
dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ?

7

Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ?
Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat
sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat
yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat
berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-
punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan
betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada
keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan,
tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan

Contoh:

Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang
berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan
awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam,
kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku
dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

8

PERENGGAN PENDAHULUAN
Soalan :
Masalah vandalisme semakin berleluasa sekarang. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
berkesan untuk menangani masalah ini.

Ayat Soalan Penjelasan

A1 Isu semasa tentang tajuk Kebelakangan ini, gejala vandalisme dalam kalangan
remaja sering menjadi topik hangat media massa sama
ada media elektronik ataupun cetak

A2 Bila? Gejala ini sebenarnya sudah lama berlaku, dan
Bagaimana? perbuatan ganas merosakkan harta benda milik sendiri
mahupun awam semakin meningkat. Tindakan ini
boleh dikatakan satu manifestasi keruntuhan akhlak
yang menimpa remaja dan rakyat Malaysia umumnya.

A3 Siapa? Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh remaja ataupun
individu yang tiada kesedaran sivik dan mungkin juga
berhadapan dengan konflik jiwa.

A4 Apa? Perbuatan vandalisme ini antaranya termasuklah
menconteng dinding bangunan, tandas awam,
perhentian bas atau meroskkan telefon awam, papan
tanda jalan dan lain-lain.

A5 Kesan Vandalisme menyebabkan kerajaan menanggung
kerugian yang banyak selain menjejaskan imej negara.

A6 Ayat Arah Oleh itu, langkah-langkah drastik perlu dilaksanakan
untuk menangani masalah yang kian menular ini
sebelum nasi menjadi bubur.

Perenggan pendahuluan di atas boleh ditulis seperti berikut:
[Ayat Topik / Isu semasa tentang tajuk] Kebelakangan ini, gejala vandalisme dalam kalangan
remaja sering menjadi topik hangat media massa sama ada media elektronik mahupu media cetak.
[Ayat Huraian / Bila? / Bagaimana?] Gejala ini sebenarnya sudah lama berlaku, dan perbuatan
ganas merosakkan harta benda sendiri mahupun awam semakin meningkat. Tindakan ini boleh
dikatakan satu manifestasi keruntuhan akhlak yang menimpa remaja dan rakyat Malaysia umumnya.
[Ayat Huraian / Siapa? Siapa yang melakukan vandalisme] Perbuatan ini biasanya dilakukan
oleh remaja ataupun individu yang tidak ada kesedaran sivik dan mungkin juga berhadapan dengan
konflik jiwa. [Ayat Contoh / Apa?] Perbuatan vandalisme ini antaranya termasuklah menconteng
dinding bangunan, tandas awam, perhentian bas atau merosakkan telefon awam, papan tanda jalan
dan lain-lain. [Ayat Huraian – Kesan] Vandalisme menyebabkan kerajaan menanggung kerugian
yang banyak selain menjejaskan imej negara. [Ayat Arah - Menjurus kepada isi yang akan
ditulis] Oleh itu, langkah-langkah drastik perlu dilaksanakan untuk menangani masalah yang kian
menular ini sebelum nasi menjadi bubur.

9

E. ADAT PEMINANGAN DALAM MASYARAKAT MELAYU
4.1.1. Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons
peribadi yang sesuai terhadap karya

Pembelajaran 6 :
1. Baca kedua-dua teks dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Bahan 1

“Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku berserah. Aku tahu
setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga sahabatku bahagia di sana. Kau pinjamkan dia
kepada kami lalu Kau ambil dia kembali setelah sampai waktunya.
Aku redha dengan takdir-Mu. Aku tahu takdir-Mu adalah takdir yang terindah dalam hidup ini.
Terima kasih Ya Allah untuk segalanya.” Aku menyapu wajahku usai berdoa.
Selesai menanggalkan telekung, aku mendekati jendela. Membuang pandang ke arah jalan raya
yang sepi. Kesejukan mula sampai ke tulang hitam. Kenangan lalu masih membelenggu fikiranku
meskipun sudah dua tahun semuanya berlaku.
Mimpi tadi benar-benar menyesakkan dada. Peristiwa itu bagaikan berlaku semalam. Dan aku
masih menyalahkan Riffat atas kematian sahabat baikku. Sahabat yang aku kenal sejak tadika.
Kalau Musyrif masih ada, pasti aku tidak akan selemah ini.
Pinangan Riffat benar-benar mengejutkan aku. Aku dan dia tidak jadi bertunang. Semuanya kerana
kecurangan yang dia lakukan dan kematian Musyrif. Dan kini dia kembali dengan hajat untuk
bersamaku. Aku masih cintakan dia tapi aku keliru.
“Bolehkah aku percaya kata-kata Musyrif? Bolehkan Riffat bahagiakan aku?”

(Dipetik daripada cerpen “Detik Cinta Terakhir”
Oleh Suria November)

Bahan 2

Maka sahut perempuan itu. “Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri
Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada
tuan puteri.”

Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itu pun lenyaplah. Ada kadar sesaat,
maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada
Tun Mamat, “Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya
Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, “Jikalau Raja Melaka hendakkan aku,
perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini.
Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air
pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja
Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka
itu.”
Setelah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.
Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang merupakan
dirinya seperti orang tua.

(Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

Soalan Perbincangan :
1. Berdasarkan bahan 1, mengapakah aku menolak pinangan Riffat?
2. Berdasarkan bahan 2, berikan maksud rangkai kata kabullah tuan puteri akan kehendak

raja itu.
10

3. Berdasarkan bahan 1, apakah bukti –bukti bahawa aku reda dengan takdir-Mu.
4. Pada pandangan, apakah perbezaan dalam adat peminangan masyarakat sekarang dengan

masyarakat dahulu?
5. Pada pendapat anda, mengapakah Puteri Gunung Ledang memberikan syarat-syarat

peminangan yang sukar untuk ditunaikan
6. Dalam adat istiadat peminangan, pihak wanita mengemukakan syarat yang wajar dipenuhi oleh

pihak lelaki yang ingin meminangnya. Pada pendapat anda, adakah adat tersebut boleh
diteruskan pada zaman ini? Jelaskan alasan anda.

F. REALISASIKAN IMPIAN : KATA NAMA
5.2.1. Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.

Pembelajaran 7 :
1. Penerangan oleh guru
2. Kenal pasti golongan kata nama dan bina ayat dalam bentuk dialog.

1.1 Definisi Golongan Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama dan lazimnya golongan kata ini menamakan orang, haiwan, tempat,
benda atau konsep.

1.1. Golongan kata nama dibahagikan kepada:
a. Kata nama khas
b. Kata nama am
c. Kata ganti nama

1.3. Cara mengenal pasti golongan kata nama:
a. Kata nama didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan atau kedua-duanya.

Kata Bilangan/Penjodoh Bilangan Kata Nama
tiga hari

dua ekor kucing

a. Kata nama diikuti oleh kata ganti nama tunjuk ini atau itu.

Kata Nama Kata Ganti Nama Tunjuk
Rumah ini
Peristiwa itu

b. Kata nama didahului oleh kata sendi nama atau didahului oleh kata sendi nama dan kata arah.

Kata Sendi Nama Kata Nama
di Sekolah saya

pada Hari Isnin

Kata Sendi Nama Kata Arah Kata Nama
dari - Kuala Lumpur
dari Kuala Lumpur
Selatan

11

1.4. Penggunaan Kata Nama
Contoh Penggunaan Kata Nama

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama
a. tapak a. Selangor mereka
b. pameran b. Perdana Menteri
c. tempat c. YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
d. makanan d. Pameran Pertanian, Hortikultur dan
e. produk Agropelancongan Malaysia (MAHA)
f. negara (mana-mana contoh lain daripada
(mana-mana contoh lain petikan)
daripada petikan)

12

Latihan Pengukuhan

REALISASIKAN IMPIAN
[Rujuk buku teks hlm 48-49]

Pembelajaran 8:
1. Perbincangan dan latihan
i. Contoh Penggunaan Golongan Kata Nama

Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah
Bandar Raya

Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.

Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.

~ Usman Awang ~

13

a. Kata Nama Khas dan Kata Nama Am

Kata Nama Khas Beringin
Kata nama Am jalan raya, matari, bumi, burung-burung, anak-anak, kupu-
kupu, bulan, awan, pagi, gergasi teknologi, pohon tua,
pembangunan, pagi, gigi-gigi besi, lembayung, petang, rumah,
mereka

b. Kata Nama didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan atau kedua-duanya.

Kata Bilangan/Penjodoh Bilangan Kata nama
setengah muda
ratusan tahun

c. Kata Nama didahului oleh kata sendi nama atau Kata sendi nama diikuti oleh Kata
Arah

Kata Sendi nama Kata Nama
ke bumi

Kata Sendi Nama Kata Arah/ penjodoh Kata Nama
bilangan
di sini rumah mereka
di sebuah Ibu kota

ii. Contoh kesalahan umum penggunaan golongan kata nama

Salah Betul Penjelasan

Adham dan Izhar Adham dan Izhar Dalam penulisan, huruf pertama

memancing di Sungai. memancing di sungai. kata nama am mestilah huruf

kecil kecuali pada pangkal ayat.

Kakak saya belajar di Kakak saya belajar di Dalam penulisan, huruf pertama

universiti malaya. Universiti Malaya. kata nama khas mestilah ditulis

dengan huruf besar.

Kucing itu sangat Kucing itu sangat lembut Kata ganti nama diri mereka dan

lembut bulunya. bulunya. ia tidak boleh digunakan untuk

Ia sangat manja. Kucing itu sangat manja. merujuk binatang, benda dan

perkara/konsep.

Penagihan dadah dalam Penagihan dadah dalam Kata ganti nama diri ketiga ia

kalangan murid perlu kalangan murid perlu dan nya tidak boleh digabungkan

dibanteras kerana dibanteras kerana dikhuatiri menjadi ianya

dikhuatiri ianya kian masalah ini kian menular.

menular.

Latihan Pengukuhan
Bina ayat yang gramatis berdasarkan kata nama yang berikut;

a. Matahari
b. Bumi
c. burung-burung
d. anak-anak
e. kupu-kupu

14

RANCANGAN PELAJARAN SEMESTER (RPS/RSL)
BAHASA MELAYU MINGGU 4

MINGGU TEMA / STANDARD STANDARD
/ TAJUK KANDUNGAN PEMBELAJARAN

TARIKH Tema : 1.6 Mempersembahkan 1.6.1 Menyampaikan
Minggu maklumat secara maklumat yang betul
Kebudayaan lisan tentang sesuatu dan tepat dalam bentuk
7–8 , Kesenian, perkara dalam pembentangan dengan
dan Estetika pelbagai situasi jelas dan intonasi yang
sesuai secara
bertatasusila.

2.3 Membaca untuk 2.3.3 Membaca dan
memproses maklumat mendapatkan
daripada pelbagai penyelesaian masalah
bahan secara rasional.

3.4 Menulis untuk 3.4.1 Menulis kerangka
menghasilkan karangan (respons
sesuatu penulisan tertutup) dengan
secara terancang. menyusun dan
menganalisis isi penting
secara terancang

3.4.2 Menulis pelbagai jenis
perenggan pendahuluan
yang menepati tema
menggunakan laras
bahasa yang sesuai dan
gramatis.

4.1 Memahami dan 4.1.1 Memahami dan
mengapresiasi karya mengapresiasi prosa
moden dan prosa
5.2 Memahami dan tradisional dengan
menggunakan menyatakan respons
golongan kata yang peribadi yang sesuai
sesuai dalam terhadap karya
pelbagai bidang
5.2.1 Mengenal pasti dan
menggunakan golongan
kata nama dengan betul
mengikut konteks.

15


Click to View FlipBook Version