The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syikin Aziz, 2020-03-04 21:55:17

TEMA 3 PERPADUAN

TEMA 3 PERPADUAN

MODUL 3
[PERPADUAN]

A. KARYA PENULISAN MEMASYARAKATKAN KAUM
1.5.2. Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang
betul secara berhemah dan bertatasusila

Pembelajaran 1 :
1. Teliti bahan. Kemudian, dengar dan nilai soalan dengan menggunakan borang yang

disediakan.
2. Berikan respons terhadap soalan secara berhemah dan bertatasusila.

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat
dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan
mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk
perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk
yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan.

Pernahkah anda membaca buku Apakah pandangan anda
bertemakan semangat perpaduan kaum?. tentang gambar ini?

Apakah tafsiran anda tentang
lukisan ini?

1

Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Rakyat berganding bahu bersatu hati
baik dalam negara mahupun negeri
demi kasih saying, cinta mencintai
suasana harmoni dapat dilahirkan.

Tiada sengketa, irihati jua benci membenci
setiap budaya , bangsa, agama saling mempercayai
menjaga hati sanubari jua sentiviti
bekerjasama, tolong-menolong, sungguh toleransi
mampu meningkatkan imej di mata dunia.

Kita bina negara atas nama perpaduan
setiap perayaan saling sama rasa dirai
saling bersalaman, muhibah, memupuk silaturahim
sudah sering menjadi budaya murni sebati
menarik pelancong datang ke sini.

Wujudnya satu yang pasti realiti bukan fantasi
kerna ia satu harapan sejati suci murni
kelak negara jua negeri makmur dipunyai
inilah perpaduan sejati realiti bukannya mimpi
dapat membangunkan negara ku Malaysia.

Masshah 2013

Soalan perbincangan :
1. Pernahkah anda mendengar lagu yang mempunyai nilai perpaduan? Bahaskan.
2. Apakah kepentingan perpaduan yang terkandung dalam sajak Perpaduan Sejati Bukan
Mimpi?
3. Berikan ulasan anda tentang sajak tersebut.
4. Adakah filem atau drama boleh menyemai sikap perpaduan dalam kalangan rakyat di
Malaysia? Berikan alasan anda.
5. Pada pendapat anda, mengapakah karya seni seperti filem dan drama boleh
membangkitkan semangat perpaduan kaum?

B. PERPADUAN TERAS PEMBANGUNAN NEGARA
2.3.1. Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks
dengan betul.

Pembelajaran 2 :
1. Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam bahan

tersebut. Kemudian buat penyelesaian masalah secara rasional.
2. Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

2

Petikan 1

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza, di bawah satu
bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan di
negara ini. Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956 yang bertujuan
menyatukan semua pelajar daripada pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan lagi
Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sama. Matlamatnya
sama, iaitu memupuk perpaduan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi yang telah
menggugat keamanan dan kestabilan politik di negara ini. Selain itu, harta benda juga turut
musnah.Hal ini penting kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu hala tuju negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Memupuk Perpaduan
Dalam Kalangan Pelajar, Dewan Siswa, Mac 2006)

Petikan 2

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam
dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah
suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada
setiap warganya sejak sekian lama.

Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan
perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan
rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan
budaya.

Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada
wajah hari.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
Oleh Husna Nazri

Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan bahan 1, apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata penentu hala tuju

negara? [2 markah]

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, apakah kesan-kesan berlakunya peristiwa 13 Mei

1969? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan itu penting dalam sebuah negara yang

terdiri daripada pelbagai kaum? [3 markah]

(iv) Anda mempunyai jiran pelbagai bangsa yang berbeza dari segi agama, bahasa dan

budaya. Pada suatu malam anda telah ternampak beberapa orang pencuri cuba

memasuki rumah jiran anda. Anda merasakan bahawa anda perlu mengambil beberapa

tindakan bagi menghalang pencuri tersebut daripada memasuki rumah jiran anda

tersebut. Apakah tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan pada masa tersebut ?

[4 markah]

3

C. SAJAK PERPADUAN SEJATI BUKAN MIMPI
3.3.1. Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut
situasi dan keperluan.

Pembelajaran 3 :
1. Rujuk bahan pembelajaran 1.
2. Penulisan karangan.

Berdasarkan sajak Perpaduan Sejati Bukan Mimpi tersebut , huraikan pendapat
anda tentang kepentingan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakat di
Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan

D. JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
3.3.1. Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut
situasi dan keperluan.

Pembelajaran 4 :
1. Berdasarkan bahan dan pelbagai bahan rujukan, lengkapkan maklumat tentang

faedah hidup berjiran.
2. Bincangkan usaha-usaha yang boleh diambil untuk meningkatkan semangat kejiranan

dalam kalangan masyarakat.
3. Latihan ringkasan.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang faedah-faedah
hidup berjiran . Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Hubungan
yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti.
Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan
setempat yang aman dan harmoni. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu
diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan
pertolongan pada saat kita ditimpa bencana..

Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan
setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya
samseng. Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat
dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial
seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran
memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita
perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri.

Selain itu, jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara
satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan
kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan
persefahaman yang mantap sesama jiran. Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan
kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan
masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaaan aman dan damai. Jiran yang baik ialah
jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur

4

dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang
pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

Soalan perbincangan :
1. Berikan maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat
2. Nyatakan kepentingan perpaduan dalam hidup berjiran.
3. “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.” Pada pendapat anda, mengapakah

keadaan ini berlaku?
E. AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT

4.4.1. Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan
menarik

Pembelajaran 5 :
[Rujuk buku teks hlm 120]
F. SAJAK TANAH ,PEPOHON DAN LURAH
KATA GANDA DAN AKRONIM
5.1.3. Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan

betul mengikut konteks.
Pembelajaran 6 :

1. Penerangan oleh guru
2. Kenal pasti dan berikan kata gandaan yang sesuai.
Nota Penerangan :
6.1 Definisi Kata Ganda
Kata ganda ialah perkataan yang terbentuk melalui proses mengulang atau menggandakan
kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan
penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

5

6.2.Penggunaan Kata Ganda
i. Contoh penggunaan kata ganda dalam sajak

Tanah, Pepohon dan Lurah Di lembah lurah tanah merkah itu
angin lembut membisikkan cinta murni
Karya: Joseph Selvam mata melihat pantai kasih di bibir lurah
Beri aku besi wajah asyik menari-nari di tengah lurah
sebidang tanah sebebas-bebas hatinya
seluas tapak tangan hingga tangan sopan
bersama pepohon yang menari-nari menariknya perlahan-lahan
bersama serangga buas dan ganas tersandar di dadanya
subur atas segala kesuburan Tanah bersama pepohon dan lurah
indah atas segala keindahan! besi waja atas kapal membakar
Jejariku hendak berenang-renang dalam tenang laut kecintaan
berputar dengan pepohon yang basah bisa jua menjadi teman hidup manusia
di atas timbunan lagu-lagu kepujian dan hidup cuma untuk sendiri-sendiri
selembut sutera Diubah suai daripada antologi sajak Tanah
betapa suburnya ia dari tanah-tanih Airku,
melambai-lambai ke kiri dan ke kanan
bersama merdu nian sepoi angin (Selenggaraan Zalila Sharif dan Hasni Abas),
di tepi lembah lurah Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005
penuh dengan madu maha manis!

Penggandaan penuh
lagu-lagu, sendiri-sendiri

Penggandaan separa
jejari, pepohon, berenang-renang,

melambai-lambai, menari-nari,
sebebas-bebas, perlahan-lahan

Penggandaan berentak
tanah-tanih

ii. Contoh kesalahan umum penggunaan kata ganda

Salah Betul Penjelasan
Lemah-longlai Lemah longlai
Sayur mayor Sayur-mayur Lemah longlai ialah kata majmuk yang

Sampah-sarap Sampah sarap bermaksud gerak berliuk-liuk yang elok dan

bukannya kata ganda.

Sayur-mayur ialah kata ganda dan dengan itu

memerlukan tanda sempang kerana perkataan
“mayur” tidak mempunyai maksud yang

membolehkannya berdiri sendiri
“sarap” bermaksud kotoran seperti debu yang
halus-halus. Ini bermakna perkataan “sarap”
boleh berdiri sendiri. Maka, “sampah sarap”

ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai

jenis sampah dan bukannya kata ganda.

6

Kerusi kerusi Kerusi-kerusi Semua perkataan yang mengalami penggandaan
penuh dieja dengan menggunakan tanda
Mengucar-kacirkan mengucar- sempang.
ngacirkan Perubahan huruf k kepada huruf ng bagi kata
Kertas kerja-kertas ganda berentak turut berlaku pada kata selepas
kerja Kertas-kertas kerja tanda sempang semasa proses pengimbuhan
sekiranya kata tersebut juga bermula dengan
Suruhan-suruhanjaya Suruhanjaya- huruf yang sama.
suruhanjaya Penggandaan kata nama majmuk dieja secara
Daun-daun yang Daun yang terpisah dan hanya perkataan pertama yang
berguguran… berguguran perlu digandakan.

Untuk kata majmuk yang dieja bercantum (kata
majmuk mantap), seluruh perkataan perlu
digandakan.
Imbuhan ber-…-an membawa maksud jamak.

6.3. Latihan Pengukuhan
i. Petikan di bawah ini mempunyai beberapa perkataan yang perlu digandakan. Kenal
pasti perkataan tersebut dan berikan gandaan yang sesuai.

Intan Syazleen berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika itu, Tok
Penghulu sedang duduk di anjung rumah sambil membaca surat khabar. Beliau
terkejut melihat Intan Syazleen yang bergegas memasuki pekarangan rumahnya.
Gadis itu nyaris terlanggar pasu bunga yang terletak di tepi pintu rumahnya.
Nafasnya termengah. Apabila dia mula bercakap suaranya putus. Menurut Intan
Syazleen, ibunya yang sering sakit itu sudah tidak sedarkan dirinya.

ii. Isi tempat kosong di bawah dengan kata ganda yang sesuai. Anda boleh menambahkan
imbuhan sekiranya perlu.

Anak-anak muda yang sedang (mandi) ……… di sungai itu lari (lintang)……… apabila
mendengar bunyi ngauman itu. Mereka bukannya tidak mengetahui haiwan yang
menghuni belantara di kawasan (gunung)……… itu, malah Yusof Ariff yang berbadan
sedikit gempal itupun mampu mengheret tubuhnya meninggalkan tempat itu dengan
pantasnya. Cuma Fareez Izuan yang masih (cari)……… kaca matanya. Keadaan pada
mulanya yang begitu ceria bertukar menjadi (huru)……… dalam sekelip mata.

iii. Betulkan kesalahan bahasa dalam ayat yang berikut.

i) Semua kanak itu masih bermain di luar rumah meskipun hujan sudah mulai
turun.

ii) Encik Samad membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit selepas
membeli belah di pasar raya.

iii) Kami berasa terpegun melihat kelawar-kelawar yang bergayutan pada dinding
gua Gua Niah.

7

iv) Pemain pemain Cameroon melakukan protes terhadap pengadil yang
mengesahkan jaringan kedua England yang pada awalnya dikatakan ofsaid.

v) Pengguna lebuh raya akan menerima manfaat, iaitu penjimatan bayaran tol
susulan daripada pengambil-alihan empat batang lebuh raya utama oleh pihak
kerajaan.

vi) Surat khabar-surat khabar yang sudah dibaca oleh ayah telah dihantar ke pusat
kitar semula.

vii) Ibu-ibu bapa yang menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru
dihidangi mihun dan kopi.

viii) Pemimpin itu berjanji untuk menunaikan apa yang dijanjikannya dalam pilihan
raya yang lepas.

G. AKTIVITI RAKAN ALAM SEKITAR
KATA AKRONIM

Pembelajaran 7 :
1. Penerangan oleh guru
2. Kenal pasti dan berikan akronim yang sesuai.
3. Latihan pengukuhan

Kata akronim ialah perkataan yang terbentuk dengan ;
a. Menggabungkan huruf awal suku kata, atau
b. Menggabungkan huruf awal dan suku kata, atau
c. Menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata sehingga
terbentuk perkataan baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang
utuh.

Kata akronim tergolong sebagai kata tunggal
Contoh penggunaan kata akronim
Aktiviti Rakan Alam Sekitar
Aktiviti-aktiviti Rakan Alam Sekitar (RAS) meliputi pelaporan atau aduan mengenai kes-kes
pencemaran dan kerosakan alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan yang
bertanggungjawab untuk mengambil tindakan, melaksanakan program pencegahan,
mengawal pencemaran, memperindah alam sekitar, dan memperhebat kempen pendidikan
dan kesedaran alam sekitar. Pelbagai aktiviti yang memanfaatkan inovasi sains dan teknologi
juga akan dilaksanakan bagi melestarikan alam sekitar. Usaha murni ini akan digerakkan oleh
Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Antara program RAS yang turut dilaksanakan menerusi Program Pendidikan dan Kesedaran
Alam Sekitar JAS adalah seperti yang berikut:

1. Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS)
2. Program Projek Wira Alam
3. Program Sambutan Hari Bumi (Bersempena dengan Hari Bumi pada 22 April setiap

tahun)
4. Program Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) (Bersempena dengan

Minggu Alam Sekitar Malaysia pada 21 Oktober hingga 27 Oktober setiap tahun dan
Hari Alam Sekitar Malaysia pada 21 Oktober)
5. Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)
6. Program Anugerah Langkawi

8

7. Program Sebaran dan Hebahan Maklumat mengenai Alam Sekitar menerusi
Penerbitan
dan Media.

8. Program Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi Anjuran Bersama
Majlis
Debat Universiti-universiti Malaysia (Madum)

9. Program Kesedaran Alam Sekitar (Penanaman pokok, konservasi alam dan lain-lain
termasuk inisiatif dengan Jabatan Perhilitan)

10. Sukarelawan RAS dalam penganjuran Program Pendidikan dan Kesedaran Alam
Sekitar

Sesungguhnya, program murni seumpama ini wajar dilaksanakan terhadap murid-murid
termasuklah murid tadika supaya kesedaran generasi muda tentang kemaslahatan pelestarian
alam sekitar dapat ditingkatkan dari awal lagi, bak kata peribahasa, melentur aur biarlah dari
rebungnya. Sehubungan dengan itu, lebih banyak aktiviti menarik seperti pertandingan
menulis cerpen bertemakan alam sekitar boleh dianjurkan dengan kerjasama Gapena. Bukan
itu sahaja, pertandingan berunsurkan kesenian dan muzik seperti kugiran, drama, dan koir
juga wajar diadakan. Usaha-usaha ini penting kerana berdasarkan statistik, secara purata, 13.5
juta tan sampah dihasilkan di negara ini setiap tahun. Padahal, bilangan rakyat Malaysia yang
mengamalkan kitar semula hanya 15 peratus. Keadaan ini diburukkan lagi oleh sikap
sebilangan rakyat, baik yang muda mahupun yang tua, tidak mengira jantina dan kumpulan
etnik yang tidak memperlihatkan kesungguhan untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar. Untuk memugar keadaan alam sekitar kita, pelbagai inovasi hasil daripada
penyelidikan secara saintifik berbantukan teknologi canggih juga mesti diusahakan oleh
pihak yang berkenaan. Sebagai contohnya, teknologi untuk kitar semula bahan yang tidak
terbiodegradasikan seperti polistirena perlu dicipta untuk menangani pelbagai implikasi
negatif yang disebabkan oleh masalah alam sekitar. Kejadian bah yang serius saban tahun
juga berkait rapat dengan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar. Masalah asbut atau
jerebu yang menyelubungi ruang udara juga berpokok pangkal daripada kealpaan kita sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada maklumat
dalam laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia

Kata Nama Akronim Cantuman Huruf Awal Perkataan
RAS, JAS

Kata Akronim Campuran Huruf dan Suku Kata
Perkataan

Madum, Perhilitan
Kata Akronim Cantuman Suku Kata Awal Perkataan

tadika, cerpen, Gapena, kugiran
Kata Akronim Cantuman Bahagian Awal Perkataan

Pertama dengan Bahagian Lain Perkataan
purata, jantina, asbut

9

Latihan Pengukuhan 1 Akronim
Tulis akronim untuk rangkai kata yang berikut :

Rangkai Kata
Debu bunga
Jambatan jalan atas
Panggung wayang gambar
Jentera tolak
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Jenis nama
Sekan aneka

Latihan Pengukuhan 2

HARAPAN SETINGGI GUNUNG.
[Rujuk buku teks hlm 36-37]

10

RANCANGAN PELAJARAN SEMESTER (RPS/RSL)
BAHASA MELAYU MINGGU 3

MINGGU / TEMA / STANDARD KANDUNGAN STANDARD
TARIKH TAJUK PEMBELAJARAN

Minggu Tema: 1.5 Bersoal jawab 1.5.2. Mendengar dan
5-6 Perpaduan tentang sesuatu menilai keseluruhan
perkara dengan soalan serta
menggunakan memberikan respons
pelbagai soalan. yang betul secara
berhemah dan
bertatasusila.

2.3 Membaca untuk 2.3.1 Membaca dan
memproses maklumat membanding beza
daripada pelbagai maklumat daripada
bahan. pelbagai bahan teks
dengan betul.

3.3 Menulis untuk 3.3.1. Menulis dan
melengkapkan melengkapkan
maklumat dalam maklumat dalam
pelbagai bahan. pelbagai bahan
mengikut situasi dan
keperluan.

4.4. Mempersembahkan 4.4.1. Mempersembahkan
pelbagai prosa dan sketsa dalam bentuk
puisi secara kreatif. multimedia secara
kreatif dan menarik.
5.1. Memahami dan
menggunakan bentuk 5.1.3 Mengenal pasti dan
kata yang sesuai menggunakan bentuk
dalam pelbagai bidang kata ganda dan
akronim dengan betul
mengikut konteks..

11


Click to View FlipBook Version