The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Folio ini dihasilkan bagi memenuhi kriteria subjek kursus MPU31042 Penghayatan Etika dan Peradaban

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Hafifi, 2021-11-26 09:34:40

Tragedi 13 Mei 1969: Punca dan Pengajaran

e-Folio ini dihasilkan bagi memenuhi kriteria subjek kursus MPU31042 Penghayatan Etika dan Peradaban

Tragedi 13 Mei 1969:

Punca dan Pengajaran

Muhammad Hafifi, Shaikh 11/22/21 MPU31042 Penghayatan
Muhammad Hilmi, Muhammad Etika dan Peradaban
Habib

MPU31042
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

BMA1A SESI AKEDEMIK 1 2021/2022

Diterbitkan oleh : Politeknik Sultan Azlan Shah

35950 Behrang Stesen,

Behrang, Perak

Penulis : Muhammad Hafifi Bin Muhd Halin
Shaikh Muhammad Hilmi Bin Shaikh
Khir Johari
Muhammad Habib Al Aj'mi Bin Hazlee

Pereka Bentuk : Muhammad Hafifi Bin Muhd Halin

Ilustrasi : Shaikh Muhammad Hilmi Bin Shaikh
Khir Johari
Muhammad Habib Al Aj'mi Bin Hazlee

Penghargaan

Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kami yang
sentiasa memberi tunjuk ajar iaitu Dr. Siti Fazlina Binti Isnin dan Semua pihak yang
terlibat secara langsung dalam usaha menjayakan tugasan ini. Semoga Allah
membalas jasamu.

i

ISI KANDUNGAN I
II
MPU31042 Penghayatan Etika dan Peradaban III
Isi Kandungan 1
Abstrak 2
Pengenalan Tragedi 13 Mei 1969 5
Kronologi Tragedi 13 Mei 1969 10
Punca Tragedi 13 Mei 1969 13
Pengajaran Daripada Tragedi 13 Mei 1969 14
Kesimpulan 16
Refleksi
Rujukan

ii

ABSTRAK

Tugasan yang kami sediakan berkisarkan tentang insiden 13 Mei yang pernah
berlaku di Malaysia lebih kurang 4 dekad yang lalu. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan
sejarah hitam negara Malaysia iaitu rusuhan kaum. Rusuhan kaum yang berlaku pada
tarikh tersebut merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.
Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.Semasa kempen pilihan
raya dijalankan, calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti
pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu),kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara
kaum semakin menebal. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami
kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.

Pasukan Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit) dikeluarkan dari
kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang
terdiri daripada Melayu , Iban , Cina , India dan lain-lain turut menembak orang Melayu
dan menyebabkan orang melayu semakin marah.

Akhirnya, Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul
Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung
Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ramai penonton
Melayu yang mati di panggung tersebut.

iii

PENGENALAN
TRAGEDI 13 MEI 1969

Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis masa perjalanan
dengan peristiwa, tokoh-tokoh, asal sesuatu peristiwa. Yang paling penting adalah
bagaimana untuk mengambil iktibar, pengajaran dan mengelakkan sesuatu yang
buruk daripada berulang dan terus mengulangi kesilapan silam. Hari yang menjadikan
satu mimpi negeri dan sejarah ini kini genap 52 tahun berlakunya Peristiwa 13 Mei
pada tahun 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia,
simbol rapuhnya perpaduan kaum serta tipisnya tahap kesabaran jika provokasi isu
kaum berterusan.

Tanggal 13 Mei 1969 telah berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan
kehilangan nyawa, kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda.
Tragedi ini mempunyai kaitan secara langsung dengan keputusan pilihan raya umum
1969, lonjakan pengaruh parti cauvinis Cina serta hilang majoriti dua pertiga Perikatan
di dun Selangor.

1

Untuk maklumat lanjut

KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 1969

Perarakan Rumah Menteri Rejimen Renjer
Kematian Besar Selangor
Seorang Cina
dan rusuhan
pertama

Askar Melayu Panggung Penubuhan
Odeon Majlis Gerakan

Negara

Figure 1
Ringkasan Perjalanan Tragedi 13 Mei 1969

Selepas Pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama Parti
Tindakan Rakyat (DAP) dan GERAKAN menang yang memberangsangkan.
Walaupun Parti perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan
mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya. (Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2020)

Daripada peristiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihan raya yang
kemudian, apabila diteruskan menjadi semakin hangat sehingga perbincangan
tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu.
Seterusnya DAP dan GERAKAN mengadakan perarakan secara besar-besaran pada
11 dan 12 Mei 1969.perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 Mei
1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan
pihak polis sebelum pilihan raya.

2

Figure 2
Perakan yang dilakukan oleh DAP

(Nor, 2020)

Disamping itu juga, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) berasa
tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan
selepas pilihan raya tersebut. Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor
mengetuai perarakan tersebut.

Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil
apabila polis gagal mengawal keadaan. Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu
dan jangka masa yang terhad. Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan
sekeliling Selangor. Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor adalah
seramai 172 sehinggan 196 orang. Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang
tidak merekodkan kecederaan mereka. Para pemimpin mula memikirkan agar
rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.

3

Figure 3
Sekatan jalanraya dilakukan bagi menyekat rusuhan

(Polis Diraja Malaysia, 2016)

Figure 4
Jalan raya menjadi sesak pada waktu itu

(Polis Diraja Malaysia, 2016)

Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang
menyokong rusuhan, perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio dan
televisyen, menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh
parti-parti politik, dan mengharamkan kempen pilihan raya.(ketika ini Sabah dan
Sarawak belum melaksanakan pilihan raya peringkat negeri).

4

PUNCA TRAGEDI 13 MEI 1969

Punca utama berlakunya peristiwa hitam ini adalah perarakan kemenangan
pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan
menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala
Lumpur. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-
tepi jalan.

Pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. orang melayu berkumpul dengan berbekalkan
pedang dan parang panjang berlakunya kejadian pembunuhan orang Melayu di
Setapak. Antara kejadian berlaku ialah pembunuhan , dipancung , dibunuh . Rusuhan
besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina .

Antara punca lain yang menyebabkan konflik ini berlaku adalah layanan berat
sebelah oleh Tentera Jepun. Iaitu masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza. Di mana, masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu dan keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan mereka. Oleh
itu, layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-
orang Melayu dan Cina. (Ahmad & Ibrahim, 2016)

Yang ketiga, disebabkan oleh Dasar Pecah dan Perintah penjajah Inggeris
iaitu British yang mengamalkan konsep ini merupakan satu tindakan yang berkesan
dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi
dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong
dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. (Ahmad & Ibrahim, 2016)

5

Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau
nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan
pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India
adalah bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat
bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan
ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan
kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. (Ahmad & Ibrahim, 2016)

Sehubungan dengan itu, mengapa pihak British melakukan Dasar Pecah dan
Perintah tersebut bagi mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri
akan mengancam kedudukan mereka. Selain itu, kesannya juga menyebabkan
interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan
perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi lalu tercetusnya
sentimen 13 Mei 1969.

Selepas daripada peristiwa 13 Mei 1969 tersebut lahirnya Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan.
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Figure 5
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969

(Polis Diraja Malaysia, 2016)

6

Yang keempat adalah latar belakang pendidikan yang berbeza di mana sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing berkiblatkan
negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah
dibawa dari Negeri China dan India. (Ahmad & Ibrahim, 2016)

Yang kelima, perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu.
Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party) PAP telah secara lantang menyuarakan
rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.

Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan
Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13
Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun
hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah jauh berbeza
berbanding dengan kaum Cina. Ringkasnya apa yang dikatakan oleh orang- orang
Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah
sebagai alat semata-mata untuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik
perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.

Menyedari akan bahayanya pengaruh majoriti Cina dari Singapura ini, Tunku
telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9
Ogos 1965. Disamping itu, keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba
membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.

Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil
alih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik
(DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain
telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal

7

ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan
rakyat menjadi bertambah.

Figure 6
Dipetik daripada artikel Utusan Malaysia

(Ahmad & Ibrahim, 2016)

Seterusnya, punca yang kelima adalah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Daripada perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah diwujudkan yang antaranya terdapat di dalam
tersebut menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.

Selepas sepuluh tahun kemerdekaan kerajaan akan mengkaji semula tentang
kedudukan bahasa Inggeris bertujuan untuk menggugurkannya daripada status
bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Untuk mencapai perkara tersebut, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan untuk memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.

8

Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu
bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan
Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail. (Ahmad & Ibrahim, 2016)

Oleh itu, terdapat lagi beberapa punca dan faktor yang menyebabkan
berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Secara ringkasnya, semua ini berlaku akibat daripada
penjajahan, memperluaskan kuasa, tidak puas hati dan kepentingan kaum atau
sebuah masyarakat bagi mendapatkan hak istimewa. Daripada ini juga, perpaduan
tidak dapat disatukan oleh punca dan faktor tersebut.

9

PENGAJARAN
DARIPADA TRAGEDI 13 MEI 1969

Pengajaran daripada tragedi ini, yang pertama ialah kehilangan nyawa dan
harta benda. Hal ini kerana sebenarnya ia tidak menghasilkan sebarang faedah
kepada semua pihak menyebabkan perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu
dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang
paling malang ialah nyawa yang terkorban dalam mempertahankan ideologi masing-
masing, kejadian seperti ini meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir
kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat. (Zaky, Sheng, Lamuni, &
Sabli, 2015)

Figure 7
Kerosakan harta benda ketika berlakunya tragedi ini

(Zaky, Sheng, Lamuni, & Sabli, 2015)

10

Figure 8
Mayat yang terkorban pada tragedi 13 Mei

(Noor, 2014)

Pengajaran seterusnya adalah perbaiki hubungan antara kaum. Hal ini juga
membuka ruang untuk bermuhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan
sejauh mana hubungan antara kaum sesama kaum sebelum ini dan selepas ini.
Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu
sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain.
Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kepada negara
ini. (Noor, 2014)

Pengajaran yang ketiga yang perlu diambil iktibar adalah betapa pentingnya
kesatuan dan perpaduan antara kaum. Hal ini terjadi tragedi 13 Mei 1969 daripada
sesetengah kaum yang memikirkan kepentingan peribadi sahaja dan mengetepikan
kesatuan dan perpaduan. Sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang
timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal
bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati
kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di
kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah
tanggungjawab semua pihak. (Zaky, Sheng, Lamuni, & Sabli, 2015)

Selain itu adalah kebersamaan kaum di Malaysia amat perlu selaras dengan
aspirasi Perdana Menteri yang Kesembilan iaitu Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob
berkenaan dengan konsep “Keluarga Malaysia”. Hal ini sesuai dengan keadaan pada
zaman ini yang disebabkan oleh krisis pendemik Covid-19. Di mana mengajak seluruh
rakyat merentasi fahaman politik, tidak kira kaum dan agama untuk mendakap erat

11

prinsip kebersamaan supaya dapat bersama-sama keluar daripada krisis akibat
pandemik Covid-19.

Disamping itu, semua pihak bertanggungjawab dan bersama-sama
menghargai persamaan bukan perbezaan supaya dapat membina semula Malaysia.
Daripada sini kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara
kaum di Malaysia kerana tidak mahu untuk mengulangi kesilapan yang lama berikutan
tragedi 13 Mei 1969.

Tambahan lagi, pengajaran yang dapat dipelajari adalah peristiwa ini telah
menguntungkan pihak musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan
dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai
taklukan dan jajahan negaranya .Pengajaran yang perlu diteladani daripada peristiwa
ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang
berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isu-
isu yang sensitif terutama isu perkauman .antara kaum. Selain itu, segala aktiviti
harian masyarakat tersekat. Menyebabkan ekonomi pada masa tersebut terjejas
dengan teruk.

Antara contoh yang boleh di lihat kepada negara ialah kejatuhan empayar
Melayu Melaka di tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan
pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di
Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordan oleh kuasa Israel , dan penindasan
secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini. Di
sini boleh di lihat bagaimana musuh menakluk dan mengambil kesempatan. Oleh
sebab itu, kita perlu sedar dengan mengambil iktibar daripada contoh tersebut.

12

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dari pada peristiwa ini kita haruslah mempunyai sifat bertolak
ansur. Contohnya, rakyat Malaysia haruslah hormat-menghormati antara kaum
supaya kejadian ini tidak akan berlaku. Sehubungan dengan itu, negara ini
mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan berbilang bangsa. Oleh itu, sebagai
masyarakat yang bersatu padu dan haruslah saling menghormati sesama kaum tak
kira melayu, cina ,atau india. Sikap saling hormat menghormati amat penting kerana
dapat melahirkan masyarakat yang majmuk dan saling bantu membantu dan dapat
bersatu padu membangunkan negara.

Oleh itu, kita tidak patut mencontohi budaya barat yang menanam sifat untuk
memilih kasih antara kaum. Mereka mengutamakan orang berkulit putih manakala
orang berkulit gelap disisihkan. Perkara ini akan menyebabkan perselisihan antara
kaum dan boleh mengakibatkan pergaduhan. Jika ini berlaku di negara Malayasia
tragedi berdarah yang pernah berlaku pada tahun 1969 akan berulang. Justeru,
perkara ini haruslah dielakkan berlakunya kembali, negara akan menjadi kucar kacir
jika kita bergaduh sesama kaum. Disamping itu, kita haruslah bersama-sama menjaga
hubungan baik sesama bangsa untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan
pada generasi akan datang.

13

REFLEKSI

Tugasan yang diberikan kepada kami ini adalah merupakan satu e-majalah
atau e-buletin. Di mana kami telah menghasilkan dan menyiapkan dalam tempoh yang
telah ditetapkan oleh pensyarah.

Sepanjang menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini perkara yang kami
dapat ialah belajar bagaimana menghasilkan e-majalah atau e-buletin yang bertajuk
Tragedi 13 Mei 1969 Punca dan Pengajaran daripada sejarah tersebut degan
menggunakan pelbagai perisian seperti Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan
anyflip.

Seterusnya, dapat mendalami lebih dalam berkaitan dengan tajuk Tragedi 13
Mei 1969. Hal ini kerana, daripada hasil pembelajaran dan rujukkan sumber-sumber
yang berkaitan dengan tugasan ini sedikit sebanyak menambah lagi pengetahuan
dalam mengenal sejarah Malaysia Selain itu, memberi kesedaran dan iktibar kepada
diri kami kerana perpaduan kaum itu amat penting untuk mengekalkan dan
menguatkan hubungan sesama kaum di Malaysia. Justeru, usaha yang dilakukan oleh
kerajaan dalam menangani isu perselisihan faham antara kaum amatlah dititik
beratkan dalam memperbaiki kehidupan pada masa kini supaya tragedi tersebut tidak
berulang lagi.

Akhir sekali, kepentingan antara kerjasama dalam berkumpulan dan pensyarah
bagi menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini. Menerima maklumat dan
penerangan yang di buat oleh pensyarah serta menganalisis maklumat yang
disampaikan. Sebagai contoh pengagihan tugas dalam mencari maklumat bagi
tugasan ini setiap ahli perlu mengambil bahagian dalam menyiapkan tugasan ini
supaya mencapai waktu yang ditetapkan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu,
ahli kumpulan juga menyumbangkan idea-idea dan susun atur isi kandungan dalam
penulisan ini.

14

Sehubungan dengan itu, antara komen dan cadangan bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di masa akan datang untuk tugasan ini ialah mencadangkan agar
bilangan muka surat dapat ditambahkan agar maklumat disampaikan dengan lebih
lagi. Tambahan pula, komen dan cadangan lain ialah masa bagi penghantaran
tugasan diperpanjangkan lagi supaya isi dan maklumatnya lebih teliti dan berkualiti.
Komen dan cadangan yang terakhir ialah menambahkan tugasan ini dengan video
ringkas atau video pendek berkaitan dengan tugasan ini. Contoh perisian PowToon,
Canva dan lain-lain lagi mengikut kreativiti pelajar.

15

RUJUKAN

Ahmad, M. '., & Ibrahim, M. S. (2016, Ogos 11). Tragedi 13 Mei 1969. Didapatkan
dari Blogger.com: http://my13mei.blogspot.com/

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2020). Tragedi Hubungan antara Kaum. Dalam D. M.
Samsudin, D. A. Dali, R. b. Hasan, I. b. Saidoo, R. b. Baharudin, & A. S.
Yusob (Ed.), Sejarah Tingkatan 5 (ed. Pertama, hlm. 129-131). Kuala
Lumpur: Ultimate Print Sdn. Bhd.

Hanisah, M. (2020/2021). Peristiwa-13-Mei 1969. Retrieved from StuDocu:
https://www.studocu.com/my/document/intec-education-college/mpu-
hubungan-etnik/peristiwa-13-mei-1969/8089671

K.S., J. (1988). Pembangunan ekonomi dan kelas sosial di Semenanjung Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nawawi, M. H. (2021, Ogos 22). Konsep Keluarga Malaysia hargai kebersamaan.
Retrieved from Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745692/konsep-keluarga-
malaysia-hargai-kebersamaan

Noor, M. S. (2014, November 4). KESAN DAN PENGAJARAN 13 MEI 1969.
Didapatkan dari Blogspot: https://peristiwamei1969.blogspot.com/

Nor, D. R. (2020, Mei 14). Peristiwa 13 Mei 1969: Belajar Daripada Luka Dan Getir
Sejarah. Didapatkan dari 1Media.My:
https://www.1media.my/2020/05/peristiwa-13-mei-1969-belajar-daripada.html

Polis Diraja Malaysia. (2016). Peristiwa 13 Mei. Didapatkan dari Portal Rasmi Polis
Diraja Malaysia: https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-
malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei

Zaky, M. M., Sheng, C. Y., Lamuni, N. M., & Sabli, M. I. (2015, Oktober 10).
PERISTIWA 13 MEI 1969. Didapatkan dari Blogspot:
https://peristiwa13meipengajianmalaysia.blogspot.com/

16


Click to View FlipBook Version