The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK ANXIETY DISORDER DALAM KALANGAN REMAJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabihah Nawawi, 2023-06-02 08:38:53

ANXIETY DALAM KALANGAN REMAJA (G4)

EBOOK ANXIETY DISORDER DALAM KALANGAN REMAJA

ANXIETY DISORDER SGDQ2123 PsikologI Kanak-kanak dan Remaja di Sekolah KUMPULAN 4 MUHAMAD FAIZ BIN YAHAYA 278368 AIDA NUR AQILAH BINTI AZINI 281025 SITI NORHANIM BINTI OSMAN 281029 NUR NABIHAH BINTI MOHAMAD NAWAWI 281295 ANXIETY DISORDER


PENGENALAN Satu keadaan di mana seseorang akan berasa sangat takut dan bimbang yang melampau. MAKSUD: Ianya berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan keresahan berlarutan sehingga memudaratkan pesakit. Penyebabnya berkemungkinan kesan daripada sesuatu kejadian sama ada yang pernah dialaminya atau tidak dan hampir setiap perkara yang berlaku walau hanya hal kecil akan mendatangkan perasaan cemas dan resah yang melampau.


Menurut Altrocchi (1980), beliau mentakrifkan kebimbangan sebagai seseorang yang mengalami kebimbangan bukan berpunca daripada sebarang ancaman luar tetapi berpunca daripada bahaya dalaman yang tidak realistik. Eric J. Trimmer (1970) menyatakan Anxiety Disorder sebagai fenomena untuk membela diri di mana terdapat pelbagai ciri kegelisahan seperti debaran jantung yang kuat, bukaan anak mata yang luas, cemas berlebihan dan ketegangan urat saraf. Keadaan ini sebenarnya adalah persediaan seseorang untuk menghindari ancaman-ancaman terhadap dirinya.


JENIS-JENIS ANXIETY DISORDER


GANGGUAN KECEMASAN UMUM (GENERALIZED ANXIETY DISORDER) Seseorang yang menghidapi gangguan kecemasan umum akan merasa risau atau cemas berlebihan secara terusmenerus terhadap pelbagai hal seperti pekerjaan, kesihatan sehingga hal-hal yang sederhana dan wajar terjadi sehari-hari seperti berinteraksi dengan orang lain


FOBIA Fobia merupakan jenis gangguan anxiety yang membuatkan penderitanya memiliki rasa takut yang berlebihan dan cenderung tidak rasional terhadap sesuatu benda, binatang atau situasi tertentu Orang yang memiliki fobia bisa mengalami serangan panik atau rasa takut yang hebat ketika melihat sesuatu atau berada di tempat yang menjadi pemicu fobia, misalnya laba-laba, darah, berada di tengah keramaian, tempat yang gelap, tempat tinggi, atau ruangan tertutup


GANGGUAN KECEMASAN SOSIAL Penderita gangguan kecemasan sosial atau fobia sosial memiliki kecemasan atau ketakutan yang luar biasa terhadap linkungan sosial atau situasi ketika harus berinteraksi dengan orang lain Penderita fobia ini selalu merasa diawasi dan dinilai oleh orang lain serta takut atau merasa malu secara berlebihan saat berada di keramaian


POST-TRAUMATIC STRES DISORDER (PTSD) Gangguan stres pascatrauma atau PTSD dapat muncul pada seseorang yang pernah mengalami kejadian trauma atau berada di situasi berbahaya yang mengancam nyawa. Contohnya, tinggal di daerah konflik atau perang, terkena bencana alam, atau korban kekerasan. Orang yang memiliki PTSD juga bisa mengalami insomnia dan bahkan depresi.


GANGGUAN PANIK Penderita gangguan panik yang boleh merasa takut atau panik tanpa alasan yang jelas. Anxiety dan serangan panik akibat gangguan ini dapat muncul pada bila-bila masa saja dan terjadi secara tibatiba atau berulang. Ketika gejala panik muncul, penderita gangguan panik biasanya dapat merasakan sejumlah gejala lain, seperti jantung berdebar-debar, berpeluh dingin, pusing, sesak napas, serta tubuh gemetar dan terasa lemas.


GANGGUAN OBSESIF KOMPULSIF (OCD) Orang yang menderita gangguan OCD memiliki kecenderungan untuk melakukan sesuatu secara berulang-ulang untuk meringankan rasa cemas yang berasal dari pikirannya sendiri, contohnya, mencuci tangan harus sebanyak 3 kali karena berpikir tangannya masih kotor.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ANXIETY DISORDER


SEJARAH KESIHATAN KELUARGA Seseorang lebih berisiko mengalami Anxiety jika terdapat sejarah ahli keluarga yang turut menghidap penyakit ini.


TRAUMA Jika terdapat kejadian yang menyebabkan seseorang trauma ketika masih kecil akan menyebabkan badan dan minda lebih cenderung mengalami anxiety. Begitu juga dengan orang dewasa, ketika mereka melalui detik detik cemas yang hampir sama dengan peristiwa trauma mereka. Maka mereka akan cenderung untuk diserang anxiety disorder.


KESIHATAN Sesetengah individu yang mengidap penyakit yang kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagai nya akan sentiasa kebimbangan yang terlampau terhadap kesihatan diri mereka. Kebimbangan yang serius boleh membawa kepada penyakit anxiety.


PENYALAHGUNAAN DADAH Pengaruh dadah juga boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami anxiety disorder. Hal ini kerana individu yang mengambil dadah akan menyebabkan ketidakupayaan untuk mengawal emosi yang keterlaluan


KESAN ANXIETY DISORDER KE ATAS REMAJA


Kesan-kesan Anxiety Anxiety disorder boleh serius menyekat pendidikan, pekerjaan, aktiviti rekreasi dan sosial kerana penghidap anxiety disorder akan cuba untuk mengelakkan situasi yang mencetuskan gejala penyakitnya. Individu yang terjejas teruk oleh anxiety disorder juga lebih berkemungkinan mengalami sama ada jenis gangguan kecelaruan yang lain, major depression atau distimia, penyalahgunaan alkohol atau bahan, atau kecelaruan personaliti. Ini memberikan cabaran untuk rawatan yang berkesan.


Kesan-kesan Anxiety Anxiety disorder memberi kesan ekonomi yang besar (Adult Mental Health Division, 2002). Mereka menyumbang kepada kehilangan produktiviti kerana tidak bekerja dan berlaku pengangguran. EKONOMI TERKESAN


INTERVENSI HADAPI ANXIETY DISORDER PRACTICAL TIPS Ini mungkin melibatkan kerja melalui terapi tingkah laku kognitif (CBT), kursus komputer atau menggunakan aplikasi mudah alih tanpa kos seperti Catch-it, SAM (Self-help for Anxiety Management) atau, untuk golongan muda khususnya, aplikasi Mindshift. Penggunaan aplikasi kesihatan mental tertentu telah terbukti berkesan untuk memperbaiki gejala kemurungan dan kebimbangan (Kwansy et al, 2019). SELF HELP & RAWATAN PSIKOLOGI Membantu seseorang individu untuk menyoal fikiran negatif atau cemas Biasanya melibatkan pertemuan dengan pakar terlatih dan bertauliah khas ahli terapi untuk sesi satu jam dalam tempoh masa sesi pertemuan (NICE, 2017). Salah satu rawatan yang paling berkesan untuk anxiety ialah CBT, yang: TERAPI TINGKAH LAKU KOGNITIF (CBT)


INTERVENSI HADAPI ANXIETY DISORDER PRACTICAL TIPS Teknik ini memerlukan individu itu menarik nafas secara dalam. Teknik ini menjadikan tubuh lebih tenang dan perasaan gelisah dapat dikurangkan. teknik ini dapat dilakukan dengan cara menarik nafas selama 4 saat, kemudian tahan selama 7 saat dan hembuskan nafas perlahan-lahan selama 8 saat. Lakukan teknik ini berulang kali sehingga diri lebih berasa tenang. DEEP BREATHING Sebagai contoh, Benzodiazepin, yang mempunyai kesan sedatif, kadangkala boleh digunakan sebagai rawatan jangka pendek semasa tempoh kebimbangan yang teruk (NICE, 2011a). RAWATAN FARMAKOLOGI


KESIMPULAN Anxiety disorder adalah gangguan mental yang menyebabkan rasa cemas dan takut berlebih. Hal ini akan menyebabkan individu menjadi tidak semangat untuk melakukan kegiatan seharian, termasuk hobi yang biasanya dilakukan. Rasa cemas itu merupakan rasa boleh terjadi dan dialami oleh sesiapa sahaja, dan rasa itu menjadi alarm tersendiri untuk tubuh badan kita setiap kali kita menghadapi situasi yang berbahaya atau mengancam diri. Terdapat beberapa jenis anxiety disorder yang mempunyai perbezaannya sendiri. Setiap jenis ini mengalami simptom-simptom serta memberi kesankesan yang berbeza terhadap diri individu. Walaubagaimanapun, anxiety disorder ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada kesihatan individu, malahan emosi, kehidupan seharian dan lain-lain.


Adult Mental Health Division, British Columbia Ministry of Health. The Provincial Strategy Advisory Committee for Anxiety Disorders. A Provincial Anxiety Disorders Strategy, 2002. Kwasny MJ et al (2019) Exploring the use of multiple mental health apps within a platform: secondary analysis of the IntelliCare Field Trial. JMIR Mental Health; 6: 3, e11572. Minda, S. (2022). Faktor-Faktor Anxiety Disorder. Dilayari pada Jun 1, 2023. Daripada https://sihatminda.com.my/faktor-faktor-anxiety-disorder/ National Institute for Health and Care Excellence (2017) Generalised Anxiety Disorder. London: NICE National Institute for Health and Care Excellence (2011a) Generalised Anxiety Disorder and Panic Disorder in Adults: Management. London: NICE RUJUKAN


TERIMAKASIH


Click to View FlipBook Version