BAHASA MELAYU fungsi dan peraturan MPU3112 (TUGASAN 1) BY NICOLEE LEOGORY TESL SJKC 2
KANDUNGAN 1) definisi bahasamelayu 2)analisis fungsi bahasamelayu 3) analisis penggunaan,peraturan sertakesantunanberbahasa dalam komunikasilisan 4)kesimpulan 5)referens
Menurut takrifan daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa dapat didefinisikan sebagai kata - kata yang disusun menurut tatabahasa serta digunakan sebagai suatu medium komunikasi secara lisan atau bertulis. Manakala melayu pula didefinisikan sebagai suatu bahasa dan bangsa yang dikenali sebagai orang melayu. Menurut penyelidikan secara kasar yang dilakukan oleh sarjana eropah iaitu Hendrik kern (belanda) dan Robert Von Heine Geldern (australia), teori mereka menyatakan bahawa bangsa melayu berasal daripada kelompok Austronesia iaitu kelompok manusia yang berasal daripada daerah yunan di china yang telah berhijrah dan akhirnya telah menduduki wilayah asia tenggara. Rentetan daripada itu, Bahasa melayu merupakan satu medium komunikasi yang telah digunakan sebagai alatan yang menjadi penghubung bagi suatu interaksi sosial dalam kalangan kelompok manusia ini. Pada masa kini, Bahasa melayu yang berasal daripada asia Tenggara telah diangkat sebagai bahasa rasmi yang menjadi bahasa kebangsaan sebagai satu identiti kepada bangsa melayu terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia. DEFINISIBAHASA MELAYU
. Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan alat komunikasi yang penting, tetapi ianya turut bermanfaat dalam mengekalkan identiti negara, memperkukuhkan perpaduan etnik, dan memainkan peranan penting dalam pendidikan negara. Menerusi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, dijelaskan bahawa Bahasa Melayu yang turut dikenali sebagai Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikaikan fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Perkara ini amatlah penting kerana bahasa merupakan penghubung kepada Masyarakat yang berbilang kaum dan etnik untuk berkomunikasi serta dapat mengelakkkan salah faham yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan antara kaum. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat dijadikan sebagai satu lambang penyatuan dan jati diri semua kaum di negara ini selaras dengan prinsip “Bahasa Jiwa Bangsa”. (Nazri et al., 2011). Fungsi dan peranan bahasa melayu ini juga berbeza mengikut cara penggunaannya. ANALISIS FUNGSI BAHASA MELAYU
Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menekankan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Menurut Tungku Abdul Rahman, pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. ANTARAPERANANBAHASA MELAYUTERMASUKLAH: Bahasamelayu sebagai bahasakebangsaan Bahasamelayu sebagai bahasa rasmi Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan memainkan peranan yang amat signifikan dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu serta menjadi agen kepada perpaduan negara. Hal ini demikian kerana bahasa melayu dalam konteks bahasa kebangsaan dapat digunakan sebagai alat ataupun wadah perpaduan yang dapat membantu untuk meningkatkan persefahaman serta merapatkan jurang sosial antara Masyarakat yang berbilang kaum
Penyata Razak yang dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957 menekankan bahawa bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan. Laporan Rahman Talib yang menyusul kemudiannya telah menyuburkan lagi perkembangan bahasa Melayu, iaitu dengan menukarkan bahasa pengantar Inggeris pada peringkat sekolah rendah kepada bahasa Melayu dan peperiksaan umum turut dijalankan dalam bahasa Melayu. Melalui usaha ini, Masyarakat yang cerdik dan kaya dengan penggunaan kosa kata bahasa melayu yang tepat dapat dilahirkan. Bahasamelayu sebagai bahasa perpaduan Bahasamelayu sebagai bahasa ilmu Melalui penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dalam interaksi sosial di kalangan masyarakat, perpaduan dapat dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang dapat mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang harmoni kerana kemampuan pelbagai etnik secara bersama menuturkan bahasa tersebut. Rentetan itu, bahasa Melayu menjadi alat yang bermanfaat bagi mewujudkan dan mengekalkan perpaduan antara kaum.
ANALISIS PENGGUNAAN PERATURANSERTA KESANTUNAN BERBAHASADALAM KOMUNIKASI LISAN
Menurut pandangan Asmah Haji Omar, 2002, santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan - peraturan tertentu. Peraturan bahasa dibahagikan kepada tiga jenis iaitu peraturan liguinstik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi. Peraturan ini diwujudkan bagi mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan. Contohnya, interaksi dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik manakala interaksi menggunakan cara kasar menunjukkan perasaan marah dan tidak puas hati seseorang. peraturanlinguistik peraturansosiolunguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika berinteraksi dengan yang lain. Contohnya, menggunakan kata sapaan, kata ganti diri dan kata panggilan hormat yang betul menurut system dalam masyarakat. peraturanpragmatik menekankan ketepatan bentuk dan binaan bahasa seperti sebutan, intonasi dan tatabahasa. Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang
Kerancauan bahasa merupakan kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa. Kekeliruan bahasa, dalam konteks pendidikan Malaysia, merujuk kepada kebiasaan pelajar untuk mencampuradukkan bahasa yang berbeza, khususnya antara Bahasa Melayu dan bahasa lain seperti Inggeris. Hal ini dikenali sebagai bahasa rojak. KERANCAUANBAHASA
BAHASAROJAK penggunaan perkataan seperti “lol’ , “kmu”(singkatan perkataan “kamu”) , “frfr” merupakan bahasa rojak yang boleh ditemui dalam teks ini. terdapat juga penggunaan singkatan perkataan yang digunakan secara meluas yang boleh dilihat di dalam teks ini
KEBURUKAN KERANCAUAN BAHASA pencairanidentiti budaya Bahasa bukan sekadar alat komunikasi tetapi wadah budaya dan warisan. Kekeliruan bahasa boleh membawa kepada pencairan identiti budaya kerana bahasa melayu bertindak sebagai aras untuk mempamerkan identiti bangsa dan negara Malaysia. penggunaan bahasa melayu yang tidak utuh akan menyebabkan berlakunya keruntuhan bahasa melayu sebagai jiwa bangsa. komunikasi yang tidakberkesan Isu kerancauan bahasa ini boleh menyebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan Masyarakat disebabkan oleh perbezaan pemahaman konteks yang berlaku apabila penggunaan suatu bahasa tidak digunakan dengan seutuhnya dari segi komunikasi lisan ataupun bertulis.
LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 1) pendedahanpelajarkepada kesusasteraan, seni,muzikdansejarah Melayu 2) menubuhkankelabmembaca,mengesyorkan buku, danmelibatkanmurid dalamaktiviti berkaitankesusasteraan Melayu untukmenyemai minatterhadap bahasamelayu dalamdiri pelajar mereka. 3)menetapkanstandard bahasa dimana guru memantaukosakata danpenggunaan bahasamelayumuridmurid bagimembantu mengurangkanpenggunaanbahasa rojak yang semakinmenular (melalui perananguru )
KESIMPULAN Kesimpulannya, kekeliruan bahasa menimbulkan cabaran besar kepada pelajar dan masyarakat secara amnya. Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting dalam menangani isu seperti kerancauan bahasa bagi membentuk pelajar yang mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi serta memartabatkan penggunaan bahasa melayu. Dengan mengutamakan bahasa Melayu, para pendidik boleh memperkasakan pelajar mereka untuk berkomunikasi dengan berkesan, berjaya dalam akademik, dan meraikan warisan bahasa kita yang unik.