The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziqahchan, 2021-09-10 16:54:58

BUKU LOG PPIM

BUKU LOG PPIM

siti haziqah haimi
[COMPANY NAME] [Company address]

INSTITUT PENDIDKIAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA : SITI HAZIQAH BINTI HAIMI

NO. KAD PENGENALAN : 010-727-13-0594

EMAIL : [email protected]

ALAMAT : LOT 1754, LORONG CAHYA DAMAI 3B, BANDAR
BARU SAMARIANG, 93050 KUCHING, SARAWAK

STATUS : BUJANG

NOMBOR TELEFON : 016-8961447

NAMA BAPA : HAIMI BIN BRAHIM

NAMA IBU : KADARIAH BINTI DOLLAH

UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1

AMBILAN : JUN 2020

LATAR BELAKANG
ImagePergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian
seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan
Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM
dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar
Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar
sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan
khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Tunku Kursiah

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri
Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.Pada
17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong
Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah
Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin
Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap
tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat

kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM
telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September
1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum
(GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan
oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan
penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat
seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

Tengku Hajah Afzan

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8
April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam
Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah
Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian
Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.Pada 24 Mac 2007,
kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan
setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

Datin Hajah Badiah

FALSAFAH

PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat
Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan dan
sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum
secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah
bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai
kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam.

OBJEKTIF

Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya.
Walaubagaimanapun, PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan
keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahli-ahli dan kalangan para pelajar
sekolah-sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti, maka PPIM
menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keperihalan diri masing-masing seperti
berikut :

• Melahirkan sebuah masyarakat yang taat kepada perintah Allah, berilmu, berakhlak
mulia, dan berbakti kepada masyarakat.

• Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, positif dan diterima masyarakat.
• Mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.

Objektif di Peringkat Sekolah

Objektif Pergerakkan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah disusun dengan tujuan seperti berikut :

1.1 Melahrikan satu masyarakat muda yang taat kepada Allah, Raja dan Negara, berilmu,
berakhlak mulia, berbakti kepada masyarakat.

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan
Kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka
berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan
Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.
1.4 Mengukukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan mengjormati generasi tua.

Objektif di Peringkat Institut Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusipengajian tinggi bertujuan,
disamping memperkukuhkan segala apayang termaktub di dalam 4.1 di atas adalah juga
untuk:-

2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa,berdedikasi dan
mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakatremaja yang mampu:

- Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T.,Rasul S.A.W dan
pemerintah serta cintakan Negara.

- Menguasai berbagai bidang ilmu.
- Berakhlak mulia.
- Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan danmasyarakat.

2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek,akhlak, emosi, rohani dan
jasmani supaya menjadi insan kamilah,berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan
dan berketrampilan.

2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidupmereka kelak
berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapatberbakti kepada keluarga, agama,
bangsa dan Negara.

2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri danberwawasan, progresif,
berfikiran terbuka serta mampu menjadipenggerak masyarakat.

2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormatigenerasi tua serta
menjadi penghubung kesinambungan antaragenerasi lama dan baru.

Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri)

3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu prosespendidikan yang berlanjutan,
tersusun dan bersistem yang bolehmembantu mereka melalui daya usaha sendiri, untuk
mengembangkankemampuan supaya dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakatyang
memerlukan. Dengan cara ini, puteri berupaya menyesuaikan diridengan kehendak
masyarakat.

3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dansosioekonomi dengan
keadaan persekitaran.

3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien ataumasalah yang dihadapi oleh
klien supaya memahami keperluan kliendan seterusnya memberi bantuan.

3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkanputeri berfikiran secara
rasional.

3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang maksima agar
mencapai matlamat perkembangan kendiri yangmunasabah.

3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahapyang paling optima.

3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antaraahli-ahli Skuad dengan
masyarakat atau kelompok klien yangsiknifikan, untuk menyelami dan mengenalpasti
keperluan kedua-duabelah pihak.

3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yangditangani bersama untuk
warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaansecara gabung jalin
dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapaimatlamat seperti berikut :

- Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikaldan spiritual puteri-
puteri melalui penyemaian, penyuburan danpengukuhan nilai-nilai pendidikan.

- Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim dikalangan puteri- puteri.
- Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagaibidang gerakerja

kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej danuniversiti.
- Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
- Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka danmenyeronokkan.
- Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antarasekolah dengan ibubapa

dan masyarakat, khasnya masyarakatsetempat

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

• Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
• Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari

seigi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
• Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri,

keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM
• Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam
dan kehidupana yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
• Memberikan pendidikan dan latihan tidak formaal kepada masyarakat khususnya
puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
• Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya
dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan
berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf
jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
Di bawah logo ini tertulis perkataan : “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -
Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau : Agama
Taqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat
lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
Penggunaan :
1) Setiap upacara rasmi
2) Tatacara Perjumpaan
Kedudukan bendera dalam tatacara perjumpaan

Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM

PAKAIAN

SULUH KATA PPIM

LAGU PPIM

IKRAR PPIM

RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

STRUKTUR ORGANISASI KEBANGSAAN

STRUKTUR ORGANISASI NEGERI

STRUKTUR ORGANISASI DAERAH/BAHAGIAN

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
LAPORAN MINGGUAN AKTIVITI PPIM
MINGGU 1

TARIKH 22 JUN 2021

TAJUK Mesyuarat Agung dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa

MASA 8.00 pagi - 12 tengah hari

PENGISIAN AKTIVITI

- Dimulakan dengan bacaan doa dan nasyid Asmaul Husna berserta lagu PPIM, ikrar PPIM
dan bacaan doa

- Mesyuarat agung Puteri Islam

: melantik ahli jawatankuasa dan merancang aktiviti tahunan

- Penerangan dan huraian mengenai sejarah PPIM

: Diilhamkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Malaysia (LKPIM) pada tahun 60-an yang
diasaskan oleh Yang Amat Mulia Tungku Puan Besar Kursiah, Raja Permaisuri Agung
Malaysia yang pertama.

: Pada 06 Mei 1980 - PPIM diterima sebagai pergerakan beruniform di peringkat sekolah
menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

: Tanggal 17 Jun 1981 - PPIM dilancarkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Ke-
6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah
Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhamad Rahimahallah, di Dewan
Cancelor Tun Abdul Razak, UKM.

: Pada tanggal 08 Disember 1988 - PPIM diiktiraf dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan
yang berperlembagaan sendiri

PENUTUP
: tasbih kifarah dan surah Al-asr

MINGGU 2 29 JUN 2021
TARIKH Pengenalan/Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
TAJUK 8.00 pagi - 12 tengah hari
MASA

PENGISIAN AKTIVITI
- Tatacara perjumpaan PPIM
: Dimulakan dengan bacaan doa dan nasyid Asmaul Husna berserta lagu PPIM, ikrar PPIM
dan bacaan doa.
- Penerangan mengenai struktur organisasi, pakaian seragam, cogan kata serta
bendera dan lencana
: Melaksanakan demonstrasi menaik dan menurunkan bendera serta melipat

STRUKTUR ORGANISASI
PENGERUSI :
NAIB PENGERUSI :
SETIAUSAHA :
NAIB SETIAUSAHA :
BENDAHARI :
PEN BENDAHARI :
AJK :

PAKAIAN SERAGAM PPIM

MINGGU 3 6 JULAI 2021
TARIKH Kemahiran Perkhemahan
TAJUK 8.00 pagi - 12 tengah hari
MASA

PENGISIAN AKTIVITI
- Tatacara perjumpaan PPIM
: Dimulakan dengan bacaan doa dan nasyid Asmaul Husna berserta lagu PPIM, ikrar PPIM
dan bacaan doa.
- Pengenalan perkhemahan
: mendirikan khemah atau tempat perlindungan dan bermalam di luar
: didirikan berkelompok mengikut kumpulan mengelilingi khemah
: JENIS KHEMAH
- khemah satu tiang
- khemah A
- khemah ridge = helaian terbang, tiang, besar
: PENJAGAAN KHEMAH

- sentiasa melindungi pacamg khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah berada
dalam kedaan baik

- letakkan pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka

- jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan binatang mencari dan
merosakkan khemah

- jangan melakukan pembakaran terbuka atau menggunakan lilin dan mancis berdekatan
dengan khemah

MINGGU 4 13 JULAI 2021
TARIKH Kemahiran Perkhemahan (Kraf/Gajet)
TAJUK 8.00 pagi - 12 tengah hari
MASA

PENGISIAN AKTIVITI
- Tatacara perjumpaan PPIM
: Dimulakan dengan bacaan doa dan nasyid Asmaul Husna berserta lagu PPIM, ikrar PPIM
dan bacaan doa.

PENGENALAN GAJET

- Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal
dan menta

: JENIS-JENIS GAJET
❖ Gajet kawasan pintu.
❖ Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan.
❖ Gajet kawasan tempat basuhan.

❖ Gajet kawasan tempat tinggal.
❖ Gajet kawasan pengeringan

Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasanperkhemahan iaitu
:-Bahagian pintu hadapan
-Bahagian pagar -Bahagian pintu belakang

- Gajet bahagian dapur
-Buat dari bahan semulajadi
- Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gajet sampingan di dapur seperti
:-Rak pinggan mangkuk
- Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
-Meja makan
-Penyangkut cawan / gelas.

-Rak menyimpan kayu api / tong gas.
-Gajet gerobok (camp larder).
-Gajet lubang basah dan kering

GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
➢ Gajet tempat meletak besen air.
➢ Gajet tempat menyimpan alat pergigian.
➢ Gajet tempat menyimpan sabun.
➢ Gajet mengantung tuala mandi.
➢ Gajet kawasan tempat basuhan.

MINGGU 5 27 JULAI 2021
TARIKH SIMPULAN DAN IKATAN
TAJUK 8.00 pagi - 12 tengah hari
MASA

PENGISIAN AKTIVITI

- Tatacara perjumpaan PPIM
: Dimulakan dengan bacaan doa dan nasyid Asmaul Husna berserta lagu PPIM, ikrar PPIM
dan bacaan doa.

PENGENALAN SIMPULAN DAN IKATAN
- Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif.
: JENIS- JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
TUJUH IKATAN ASAS
❖ Ikatan Buku Sila / Reef Knot
❖ Ikatan Bunga Geti / Common Bend
❖ Simpulan Tindih Kasih / Bowlin
❖ Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch
❖ Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot
❖ Simpulan Angka 8 / Figure of 8

IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini
direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsinya ialah:
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

IKATAN BUNGA GETI
Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi :
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul.

SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau
mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam
kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi :

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

MINGGU 6 17 OGOS 2021
TARIKH ASAS KAWAD KAKI
TAJUK 8.00 pagi - 12 tengah hari
MASA

PENGISIAN AKTIVITI
- Tatacara perjumpaan PPIM
: Dimulakan dengan bacaan doa dan nasyid Asmaul Husna berserta lagu PPIM, ikrar PPIM
dan bacaan doa.

PENGENALAN ASAS KAWAD KAKI
- Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan
- Tujuan : untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas
dan taat perintah

ELEMEN DALAM KAWAD KAKI
KAWAD KAKI MENGANDUNGI 5 ELEMEMN
: kawad statik
: kawad dinamik
: kawad asas
: kawad formasi
: kawalan kehormatan

CONTOH ARAHAN DALAM KAWAD
Baris .Sedia.
• KeKanan .Lurus.
• Pandang. Depan .
• Buka Barisan .Gerak
• Tutup Barisan. Gerak.
• Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .
• Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.
• Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .
• Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.

MINGGU 7 24 OGOS 2021
TARIKH ASAS PERTOLONGAN CEMAS
TAJUK 8.00 pagi - 12 tengah hari
MASA

PENGISIAN AKTIVITI
- Tatacara perjumpaan PPIM
: Dimulakan dengan bacaan doa dan nasyid Asmaul Husna berserta lagu PPIM, ikrar PPIM
dan bacaan doa.

PENGENALAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

- Bantu mula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan
kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang
oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau
bantu mula.

TUJUAN
- membantu menyelematkan nyawa mangsa
- mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk
- membantu mengurangkan kesakitan dan kesengsaraan mangsa

TINDAKAN SERTA MERTA
- menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik
- memberikan rawatan renjatan dengan segera
- cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah
- memberikan rawatan yang rapi dan sempurna



JENIS BALUTAN ANDUH

KEGUNAAN
- mengampu bahagian cedera
- menahan darah
- membalut bahagian cedera/patah

Terdapat 3 jenis anduh
- anduh besar / lebar
- anduh leher dan lengan
- anduh segi tiga.

ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN

- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
- bucu atas kain anduh di atas tangan.
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN

- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian
dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
BALUTAN LUKA BAHU
BALUTAN LUKA BAHU

CARA MEMBUAT ANDUH
ANDUH LENGAN.

- Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
- Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian
dalam untuk lebih kemas.


Click to View FlipBook Version